Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negerisebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dangolongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orangMelayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit.
Jenis Wau
Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, waupari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jalabudi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yangsangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorakbermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasikebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni.Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisipembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainanianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.Galeri Wau
Membuat Wau
Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untukdijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebutmengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripadakepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainanwarna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yangberbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk.Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagianbelakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busuldiperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Iaberbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakangsebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.
Cara Bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau danseorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarikmelawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi diudara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan jugaantarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yangberbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali.Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika
Wau bulan
Leave a Comment