You are on page 1of 26

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM


JALAN DATIN HALIMAH, 80350 JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH AMBILAN JUN 2011
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENGAJIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN SEMESTER 5

PJM 3112
PENGURUSAN & PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (KERTAS KERJA KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL)

PENYELARAS :

PPG PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN (KUMPULAN 2)

UNTUK PERHATIAN :

EN. HISHAMUDDIN BIN HASSAN EN. PONIRAN BIN SALAMON


Page 1

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015 1.0 PENDAHULUAN

Permainan tradisional merupakan salah satu khazanah warisan negara yang diwarisi sejak zaman nenek moyang kita. Namun setelah arus permodenan mengubah zaman, permainan tradisional semakin dilupakan terutamanya oleh generasi muda kini. Mereka lebih berminat dengan permainan-permainan moden dan menganggap permainan tradisional sebagai ketinggalan zaman dan bersifat kekampungan. Negara kita, Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, didapati mempunyai pelbagai permainan tradisional yang diwarisi oleh nenek moyang tersendiri. Antara permainan tradisional yang terkenal ialah sepak raga, ketinting, galah panjang, kabadi dan sebagainya.

Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai. Sudah menjadi tanggungjawab kita memelihara warisan yang menjadi identiti kita. Tambahan pula, permainan tradisional ini mencakupi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan keseimbangan individu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan social. Permainan tradisional merupakan salah satu cara bagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana menggunakan kemahiran asas antaranya pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta manipulasi alatan. Maka, penganjuran pertandingan ini dijadikan sebagai batu loncatan kepada bakal pendidik untuk mengenali dengan lebih mendalam permainanpermainan tradisional di negara kita. Di samping itu, aktiviti ini dapat mewujudkan nilai-nilai murni seperti semangat kerjasama, bertanggungjawab, memupuk semangat internasional antara pelbagai kaum dan melahirkan generasi yang aktif.

Page 2

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015 2.0 RASIONAL Siswa guru merupakan aset negara yang akan membimbing masyarakat pada masa hadapan. Kesinambungan profesionalisme keguruan adalah merupakan tanggungjawab yang harus dipikul oleh guru sekalian untuk memastikan ianya terus berkembang sejajar dengan aspirasi negara. Dalam aktiviti kokurikulum aspek organisasi dan pertandingan sukan adalah satu perkara yang amat dititikberatkan untuk memastikan sesuatu sukan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Melalui pertandingan ini, diharapkan para siswa-siswi guru dapat menimba pengetahuan dan pengalaman dalam mengurus, mengendali dan mentadbir sesuatu kejohanan atau pertandingan dengan cemerlang. Dari psikologi pula, pengalaman yang serupa ini akan membina sifat yakin diri dalam sanubari siswa-siswi sekalian.

3.0 MATLAMAT

Melahirkan siswa-siswi guru yang mampu menghayati dan mengangkat martabat warisan masyarakat ke mata generasi muda. Di samping itu juga dapat merancang dan menguruskan sesuatu pertandingan sukan sebagai satu pengalaman sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebagai guru siswazah. Selain itu juga, menjadi satu medan untuk mencungkil bakat-bakat siswa-siswi guru sekalian dalam permainan tradisional.

Page 3

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015 4.0 OBJEKTIF Objektif pertandingan permainan tradisional ini adalah : 4.1 Memperkenalkan permainan tradisional dengan cara permainannya. 4.2 Memupuk integrasi nasional dan kemahiran interpersonal dalam kalangan siswa-siswi guru. 4.3 Meningkatkan kecergasan psikomotor, fizikal dan mental dalam kalangan peserta. 4.4 Melatih siswa-siswi guru bagi mengelola dan mengurus sesuatu pertandingan dengan baik dan sistematik. 4.5 Memenuhi syarat di dalam Profoma PJM3112

5.0 TARIKH/ MASA Tarikh Hari Masa : 29 September 2013 : Ahad : 2.00 petang 6.00 petang

6.0 TEMPAT

Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor

7.0 SASARAN/PENYERTAAN

40 orang siswa guru Program Pensiswazahan Guru Semester 5 IPGKTI

Page 4

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015 8.0 KEWANGAN : SUMBER DAN PERBELANJAAN

Perkara

Kuantiti

Harga/unit

Jumlah

Air Mineral

48

RM 1.00

RM 48.00

Makanan Pelajar 40 RM 6.00 RM 240.00

VIP

RM 6.00

RM 30.00

Hadiah/Cenderamata

Hamper

RM 20.00

RM 100.00

Cenderahati VIP

RM 20.00

RM 100.00

Ulasan/cadangan: . . . .

Page 5

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015 9.0 JAWATANKUASA INDUK

Penaung Tuan Hj. Mohd Said Bin Hasran (Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim)

Penasihat Puan Rashidah Bt Suib (Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPGKTI)

Penyelaras Encik Hishamuddin Bin Hassan (Pensyarah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPGKTI)

Setiausaha Encik Poniran Bin Salamon (Pensyarah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPGKTI)

Bendahari Puan Norhayati Bt Ibrahim ( Pegawai Eksekutif Kanan IPGKTI)

Page 6

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015 10.0 JAWATANKUASA KECIL Pengerusi Solikin Bin Ahmad

Naib Pengerusi Farahdilla Bt Mohd Badri

Setiausaha Noor Hasmimi Bt Hassan

Naib Setiausaha Diana Bt Abu

Bendahari Nor Bismi Yamnun Bt Abd Rashid

Naib Bendahari Rafiza Bt Pondi

Page 7

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015 AHLI JAWATANKUASA

Buku Program Nor Zamzalizah Bt Abd Kadir (K) Nik Zuliana Bt Nik Mohamad Mokhtar

Pendaftaran Rohani Bt Eshak Adnan Bin Abd Rahman

Persediaan Tempat Ahmad Imran Bin Md Isa (K) Nik Zuliana Bt Nik Mohamad Mokhtar

Pembukaan dan Penutupan Rasmi Mohammad Rozairin Bin Rozali (K) Norulsafura Bt Kamaludin

Pengacara Majlis Abd Rahman Bin Ali Abu Bakar (K) Nuraini Bt Mohamad

Peralatan Mohd Azman Bin Ahmad Sukri (K) Mohd Azlan Bin Rus

Keselamatan dan Kecemasan Muhammad Albazli Bin Abd Kadir (K) Ghaffar Bin Abu Bakar

Page 8

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015 Makanan dan Minuman (peserta/pegawai/VIP) Azizul Bin Shafii (K) Rapiah Bt Sulaiman

P/A Sistem Mohamad Nizam Bin Isnin(K) Mohd Ezzad Bin Salman

Fotografi / Dokumentasi Nor Amri Bin Johari (K) Nor Zamzalizah Bt Abd Kadir

Siaraya Mohd Nizam Bin Abu Bakar (K) Zulkarnain Bin Mohd Tap

Kebersihan Shamsul Azri bin Saadun (K) Mohd Nazri Bin Saderi

Kepegawaian dan Pengadilan Al- Yussry@Zeynorene B. Tukimin (K) Isamudin Bin Bahrin Nasrul Bin Mohd Salleh Shahrul Izwan Bin Abd Rahman

Hadiah dan Cenderamata Rohani Bt Eshak (K) Norlida Bt Ismail

Page 9

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015 Permainan :

Galah Panjang Syed Abd Adiputra B. Syed Omar

Capteh Sugeng Asianto Bin Muryono

Konda Kondi Herman Bin Md Yusoff

Baling Selipar Mohd Shah Reza Bin Abd Razak

11.0

PERATURAN PERMAINAN Sila Rujuk Lampiran

12.0

TENTATIF PROGRAM MASA 2.00 petang 2.15 petang 2.20 petang 2.30 petang 3.30 petang 3.45 petang 4.45 petang 5.00 petang 6.00 petang AGENDA Pendaftaran peserta Ketibaan tetamu kehormat Ucapan alu-aluan oleh Ketua Jabatan PJ Pertandingan bermula Rehat Pertandingan bermula (sesi 2) Upacara penyampaian hadiah Upacara penutupan Sesi fotografi dan bersurai

Page 10

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015 13.0 PENUTUP Semoga setiap perancangan dan perlaksanaan Karnival Permainan Tradisional 2013 ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat serta objektifnya. Kerjasama daripada semua pihak yang berkenaan dapat membantu guru bagi mempertingkatkan kemahiran dalam mengendalikan sesebuah program dengan cemerlang. Selain itu juga ,amatlah diharapkan agar penganjuran Karnival Permainan Tradisional ini dapat membantu serba sedikit dalam menaikkan semula keunggulan permainan tradisional dalam kalangan murid-murid generasi kini.

Disediakan oleh, (NOOR HASMIMI BT HASSAN) Setiausaha, Karnival Permainan Tradisional

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

................................................. (HISHAMUDDIN B. HASSAN) Pensyarah, Jabatan PJK IPGKTI

................................... (RASHIDAH BT SUIB) Ketua Jabatan Jabatan PJK IPGKTI

Page 11

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015 LAMPIRAN PERATURAN UMUM PERMAINAN TRADISIONAL 1. Setiap kumpulan terdiri daripada 8 orang peserta. 2. Setiap kumpulan akan bermain 4 permainan iaitu : a) Galah Panjang b) Baling Selipar c) Konda Kondi d) Cap Teh 3. Keputusan permainan adalah seperti berikut : a) Menang b) Seri c) Kalah - 3 mata - 1 mata - 0 mata

4. Keputusan adalah muktamad. 5. Sekiranya terdapat bantahan daripada mana-mana pasukan, sila sertakan borang bantahan dan wang tunai RM30.

Page 12

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015 PERATURAN PERMAINAN PERMAINAN CAPTEH PERATURAN CAPTEH Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan 4 orang pemain. Kumpulan yang berjaya membuat timbangan yang banyak akan dikira sebagai pemenang. Bulu ayam perlu di sepak dengan tepi tumit atau sebelah dalam kaki. Dalam keadaan tertentu, pemain dibenarkan menyambut bulu ayam dengan kepala, dada atau lutut. Tidak dibenarkan menggunakan tangan kerana jika terkena tangan, pemain dikira "mati".

Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ke tanah. Timbangan yang dibuat selain daripada kaki tidak dikira. Sebelum permainan dimulakan, hak memulakan permainan mesti ditentukan. Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti atau mati dengan seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan. Permainan dijalankan dalam 3 pusingan dan hak mutlak kemenangan diberikan apabila kumpulan berjaya memenangi 2 pusingan berturut-turut. CARA BERMAIN CAPTEH Permainan capteh boleh dimainkan secara perseorangan atau berkumpulan. Tetapi ianya lebih seronok dimainkan beramai-ramai atau berpasukan. Permainan ini lebih menekankan kemahiran menimbang bulu ayam dengan kaki. Memandangkan permainan ini merupakan perlumbaan mengutip mata, pemain akan menimbang bulu ayam sekerap yang mungkin tanpa menjatuhkannya ke tanah. Semakin tinggi jumlah timbangan, semakin terserlahlah kemahiran si pemain. Jadi, si pemain mesti pantas pergerakkan kakinya. Atas faktor inilah maka kaum perempuan tidak menggemari permainan ini.
Page 13

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015 PERMAINAN BALING SELIPAR

PERATURAN BALING SELIPAR Setiap pasukan dikehendaki menyediakan 5 orang pemain. Masa bermain adalah selama 15 minit di mana setiap pasukan diberi masa 3 minit untuk menyusun semula selipar yang dijatuhkan. Sekiranya dalam masa 3 minit tersebut selipar tidak dapat disusun, pusingan dikira tamat dan pihak lawan akan memulakan pusingan yang baru. Peralatan yang diperlukan adalah 3 belah selipar dan sebelah selipar untuk balingan. Pemain pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara membaling selipar ke arah selipar yang telah disusun. Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali lontaran untuk menjatuhkan kesemua selipar. Pemain kedua dari kumpulan utama boleh menyambung permainan dengan membaling selipar bagi menjatuhkan baki selipar yang ada. Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain kumpulan kedua berusaha mematikan lawannya dengan membuat balingan bola dan disasarkan ke arah anggota badan kumpulan utama. ( kesemua anggota kumpulan utama akan dikira kalah sehingga semua ahli sudah berjaya dikalahkan) Satu mata diberikan jika pemain kumpulan utama berjaya menyusun semula kesemua selipar tersebut. Pemenang ditentukan berdasarkan jumlah mata yang dikumpul dalam permainan tersebut.

Page 14

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015 PERMAINAN KONDA KONDI

CARA BERMAIN KONDA KONDI Sediakan dua batang kayu iaitu kayu pendek dan kayu panjang. Sebuah lubang dikorek di tempat permainan. Kayu pendek diletakkan secara melintang di atas lubang. Pemain dibahagikan kepada dua pasukan. Setiap pasukan mempunyai ahli yang sama banyak . Undian dibuat bagi menentukan kumpulan mana yang perlu main dahulu. Pemain yang memulakan permainan akan berdiri dekat lubang tempat permainan . Pasukan lawan pula akan berdiri di hadapan serata tempat . Permainan dimulakan dengan pemain menguis kayu pendek ke hadapan dengan menggunakan kayu panjang . Ukur jarak kayu pendek itu dari lubang dengan kayu panjang. Apabila pihak lawan dapat menangkap kayu pendek,pasukan yang bermain dikira mati . Mata akan dikira daripada bilangan ukuran yang dibuat . Permainan diteruskan apabila pemain berjaya melaksanakan langkah 1 Mata yang dikumpulkan oleh pemain dalam pasukan itu dicampurkan bagi mendapat mata keseluruhan. Kumpulan yang mengumpul bilangan mata terbanyak akan memenangi permainan itu .

Page 15

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015 PERATURAN PERMAINAN KONDA KONDI

Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan 5 orang pemain yang akan bermain. Jika kumpulan lawan berjaya mencampakkan kayu pendek ke dalam lubang, pemain yang menguis kayu pendek dikira mati dan terpaksa memberhentikan permainan . Pemain lain dari kumpulan yang sama akan meneruskan permainan. Sepanjang permainan, sekiranya kayu pendek dapat ditangkap oleh pihak lawan, maka pemain yang menguis kayu pendek dikira mati . Jika pihak lawan berjaya menangkap kayu pendek dengan menggunakan sebelah tangan sahaja, maka semua pemain dalam kumpulan yang menguis kayu tersebut dikira mati . Permainan diteruskan dengan cara menukar peranan.

Mata diberikan berdasarkan jarak kayu yang diukur dari lubang kuis selepas dilempar oleh pihak lawan sekiranya mereka tidak berjaya menyambut kayu tersebut. Bagi menentukan pemenang permainan, mata setiap ahli kumpulan dicampurkan.

Page 16

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015 PERMAINAN GALAH PANJANG

PERATURAN GALAH PANJANG Setiap pasukan dikehendaki menyediakan 5 orang pemain yang akan bermain. Sekiranya penjaga gelanggang dapat menyentuh pemain, maka pemain tersebut akan dikira mati atau tamat gilirannya dan dikehendaki keluar daripada gelanggang. Sekiranya penjaga gelanggang dapat menyentuh ketua pemain, maka semua ahli penempuh dikira mati dan permainan akan bertukar peranan. Pemain penyerang tidak boleh berundur ke belakang setelah melepasi garisan gelanggang, mereka dikira mati. Pemain dikira mati terkeluar dari garisan gelanggang. Pasukan penyerang akan mendapatsatu mata jika salah seorang daripada mereka dapat melepasi semua garisan hingga kembali semula ke garisan permulaan. Pemenang dikira berdasarkan bilangan mata tertinggi yang terkumpul. Masa hanya diberikan 5 minit kepada setiap kumpulan sebelum pertukaran pemain. Jika didapati pemain menipu dalam pertandingan tersebut, 1 mata akan ditolak dalam kiraan mata terkumpul.

CARA BERMAIN GALAH PANJANG

Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tetapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan kepantasan setiap pemain. 1. Gelanggang galah panjang dilakar di atas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemai. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter X 1.5 meter. 2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi sesiapa yang menempuh gelaggang. 3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak di atas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang

Page 17

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015 4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tangannya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya mereka berlari masuk ke dalam gelanggang. 5. Penjaga akan menjaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya. 6. Penempuh akan menempuh sehingga melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang. 7. Kemenangan ditentukan apabila pemain yang melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan dan mata akan diberikan.

Page 18

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015 JADUAL PERLAWANAN DAN SENARAI KUMPULAN

PUNGUTAN MATA MENGIKUT PERMAINAN PERMAINAN

GALAH PANJANG

CAP TEH

BALING SELIPAR

KONDA KONDI

MATA

KUMPULAN NIKE ADIDAS PUMA LINE 7

Page 19

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015 JADUAL PERLAWANAN : BIL 1 MASA 2.00 - 2.15 ptg 2 2.15 2.30 ptg 3 2.30 KUMPULAN NIKE VS ADIDAS PUMA VS LINE 7 NIKE VS ADIDAS PUMA VS LINE 7 NIKE VS ADIDAS PUMA VS LINE 7 4 2.45 NIKE VS ADIDAS PUMA VS LINE 7 5 3.05 NIKE VS LINE 7 ADIDAS VS PUMA 6 3.20 NIKE VS LINE 7 ADIDAS VS PUMA 7 3.20 NIKE VS LINE 7 ADIDAS VS PUMA 8 3.35 NIKE VS LINE 7 ADIDAS VS PUMA 9 3.55 NIKE VS PUMA LINE 7 VS ADIDAS 10 4.10 NIKE VS PUMA LINE 7 VS ADIDAS 11 4.25 NIKE VS PUMA LINE 7 VS ADIDAS 12 4.40 NIKE VS PUMA LINE 7 VS ADIDAS PERMAINAN GALAH PANJANG CAP TEH CAP TEH BALING SELIPAR BALING SELIPAR KONDA KONDI KONDA KONDI GALAH PANJANG GALAH PANJANG CAP TEH CAP TEH BALING SELIPAR BALING SELIPAR KONDA KONDI KONDA KONDI GALAH PANJANG GALAH PANJANG CAP TEH CAP TEH BALING SELIPAR BALING SELIPAR KONDA KONDI KONDA KONDI GALAH PANJANG CATATAN

Page 20

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015 BORANG PENDAFTARAN PESERTA MENGIKUT KUMPULAN

NAMA KUMPULAN : NIKE PERMAINAN BIL NAMA GALAH PANJANG 1 ABD RAHMAN BIN ALI ABU BAKAR 2 3 4 5 6 M. ROZAIRIN BIN ROZALI M. AIMAN BIN ABDULLAH AL HAFIZ BIN IBRAHIM ISHAK M. AL BAZLI BIN ROSALI FARAHDILLA BT MOHAMED@MOHD BADRI 7 8 RAPIAH BT SULAIMAN NORLIDA BT ISMAIL CAP TEH BALING SELIPAR KONDA KONDI CATATAN

Disediakan oleh :

..... ( )

Page 21

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015 BORANG PENDAFTARAN PESERTA MENGIKUT KUMPULAN

NAMA KUMPULAN : ADIDAS PERMAINAN BIL NAMA GALAH PANJANG 1 2 3 4 5 6 7 8 AHMAD IMRAN BIN MD ISA M. AZMAN BIN A. SUKRI MOHD RAZEIF BIN YAHYA M. NIZAM BIN ISNIN NOR AMRI BIN JOHARI NOR BISMI YAMNUN ROHANI BT ESHAK NOR ZAMZALIZAH CAP TEH BALING SELIPAR KONDA KONDI CATATAN

Disediakan oleh

..... ( )

Page 22

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015 BORANG PENDAFTARAN PESERTA MENGIKUT KUMPULAN

NAMA KUMPULAN : PUMA PERMAINAN BIL NAMA GALAH PANJANG 1 2 3 AZIZUL BIN SHAFII M. EZZAD BIN SALMAN SHAMSUL AZRI BIN SAADUN 4 5 6 7 8 M. AZLAN BIN RUS SOLIKIN BIN AHMAD NOOR HASMIMI BT HASSAN DIANA BT ABU NURAINI BT MOHAMAD CAP TEH BALING SELIPAR KONDA KONDI CATATAN

Disediakan oleh

..... ( )

Page 23

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015 BORANG PENDAFTARAN PESERTA MENGIKUT KUMPULAN

NAMA KUMPULAN : LINE 7 PERMAINAN BIL NAMA GALAH PANJANG 1 2 3 4 5 GHAFFAR BIN ABU BAKAR M. NAZRI BIN SADERI ADNAN BIN ABD RAHMAN M. NIZAM BIN ABU BAKAR ZULKARNAIN BIN MOHD TAP 6 NIK ZULIANA BT NIK MOHAMAD MOKHTAR 7 8 RAFIZA BT PONDI NORUL SAFURA CAP TEH BALING SELIPAR KONDA KONDI CATATAN

Disediakan oleh

..... ( )

Page 24

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015 KEPUTUSAN RASMI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL ANJURAN : PELAJAR PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN JUN 2011 2015 IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU

PERMAINAN GALAH PANJANG : Johan : Pasukan Puma

Naib Johan : Pasukan Nike Ke-3 Ke-4 : Pasukan Adidas : Pasukan Line 7

PERMAINAN CAPTEH : Johan : Pasukan Nike

Naib Johan : Pasukan Puma Ke-3 Ke-4 : Pasukan Line 7 : Pasukan Adidas

PERMAINAN BALING SELIPAR : Johan : Pasukan Adidas

Naib Johan : Pasukan Nike Ke-3 Ke-4 : Pasukan Puma : Pasukan Line 7

Page 25

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015 PERMAINAN KONDA-KONDI : Johan : Pasukan Puma

Naib Johan : Pasukan Nike Ke-3 Ke-4 : Pasukan Line 7 : Pasukan Adidas

Page 26

You might also like