You are on page 1of 6

BMM3109

TAJUK 13 : ZURINA BT RAJU


KATA TUGAS BAHASA MELAYU
-Kelompok Dasar Kata Tugas
-Kata Praklausa
13.1 KATA TUGAS BAHASA MELAYU
13.1.1 KATA TUGAS
Kata yang hadir dalam frasa, klausa dan ayat dengan tugasnya sematamata untuk memungkinkan kata lain berperanan dalam ayat, sama ada sebagai
penerang, penentu, penguat, pemeri, pembantu, atau tugas lain.
13.1.2 CIRI CIRI KATA TUGAS
a) Tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam frasa predikat.
b) Mempunyai maksud gramatikal tetapi tidak mempunyai maksud leksikal.
c) Maksud KT ditentukan oleh kehadiran kata lain.
d) Tidak mempunyai makna tetapi mempunyai tugas.
e) Tidak mengalami perubahan bentuk untuk sebahagian besar KT.

13.1.3 KELOMPOK KATA TUGAS


Terdapat 4 kelompok Kata Tugas .
1. Kata Penyambung Ayat
2. Kata Praklausa
3. Kata Prafrasa atau Pascafrasa
4. Kata Pascakata

13.2 KATA PENYAMBUNG AYAT


Kata yang menghubungkan ayat melalui proses penyambungan atau
penerusan.Dua binaan ayat atau lebih yang digubungkan itu akan mewujudkan
ayat majmuk.

Kata hubung berfungsi sebagai penghubung unit tatabahasa.

Tiga jenis kata hubung, iaitu:


a. kata hubung gabungan
b. kata hubung pancangan

a)Kata hubung gabungan


Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya.
Contoh kata: dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara,
sebaliknya, seterusnya.
Contoh ayat:
Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana
busurnya patah.
Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung, katanya.
Dia mengelak, lantas menikam.
b)Kata hubung pancangan
- Kata hubung pancangan keterangan
Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan
kepada klausa utama.
Contoh kata: kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau,
andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah,
sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala dan walaupun.
Contoh ayat:
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat

Saya berkawan dengannya semenjak kecil


- Kata hubung pancangan relatif
Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa
pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.
Contoh ayat:
Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
-Kata hubung pancangan komplemen
Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada
satu klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa pancangan
komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan
begitu ialah bahawa dan untuk.
Contoh ayat:
Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai

13.3 KATA PRAKLAUSA


Kata yang hadir sebelum rangkaian perkataan yang mengandung subjek
dan predikat yang menjadi konstituen atau bahagian ayat. Tugasnya
untuk mewujudkan seruan, pertanyaan, pengiaan atau penerang pada klausa.
Kata yang termasuk dalam praklausa ialah:
* kata seru
* kata tanya
* kata perintah
* kata pembenar
* kata pangkal ayat

KATA SERU
DEFINISI
1. Bentuk kata yang berfungsi untuk melahirkan berbagai-bagai perasaan.
2. Digunakan dalam ayat seruan.
CONTOH AYAT
1. Aduh, sakitnya kepalaku!
2. Cis, terimalah tikamanku!
3. Wah, cantiknya gadis itu!
4. Oh, Tuhanku, temukanlah aku dengan jodohku!
5. Eh, bergaya nampaknya mereka semua!
KATA TANYA
DEFINISI
1. Digunakan untuk menanyakan sesuatu
2. Menggunakan kata tanya bila, mengapa, siapa, dan sebagainya
3. Hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat
CONTOH AYAT
1. Harga barang itu berapa?
2. Mengapakah kau tergamak melukai hatiku?
3. Bagaimanakah hendak menjadi suami yang baik?
4. Bilakah dia akan datang?
5. Kesihatannya sekarang bagaimana?
KATA PEMBENAR
DEFINISI
1. Perkataan untuk mengesahkan sesuatu penyataan.
2. Menggunakan kata ya, benar, betul.

CONTOH AYAT
1. Ya, itulah orangnya.
2. Benar, dialah yang mengumpat awak tadi.
3. Betul, tanyalah dia.
4. Ya, inilah rumah Cikgu Zul.
5. Betul, mereka akan berkahwin bulan depan.
KATA PERINTAH
DEFINISI
1. Menimbulkan sesuatu tindak balas.
2. Berbentuk perintah, larangan, suruhan, permintaan dan silaan.
CONTOH AYAT
1. Jangan ganggu dia lagi.
2. Usah biarkan aku berseorangan.
3. Sila ambil makanan di sana.
4. Jemput masuk!
5. Harap jelaskan hutangmu secepat mungkin.
KATA PANGKAL AYAT
DEFINISI
1. Hadir di hadapan ayat
2. Menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana
CONTOH AYAT
1. Hatta istana itu pun siaplah.
2. Maka panglima pun diberi persalinan.
3. Syahadan baginda pun berangkat meninggalkan Melaka.
4. Adapun kuda itu dipunyai Tun Umar.
5. Kalakian berlakulah permusuhan antara kedua-dua kerajaan itu.

You might also like