You are on page 1of 3

Jutaan kesyukuran dipanjatkan kerana dengan izin-Nya dapat saya menyelesaikan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

bagi subjek Seni dalam Pendidikan (WAJ 3107). Terima kasih juga kepada pensyarah saya Encik Tay Teck Pin dan Cik Lam Shenn Yuh yang banyak memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan tugasan ini.

Pada awalnya saya merasakan tugasan yang diberikan ini merupakan satu cabaran kepada saya. Ini disebabkan kesukaran dalam mendapatkan bahan rujukan berkaitan tajuk yang diperoleh. Tetapi ia tidak menjadi halangan kepada saya untuk menyiapkan tajuk yang diberikan. Dalam tajuk tugasan ini saya perlu menyediakan satu tugasan yang mencakupi konsep membuat corak dan rekaan yang terdiri daripada menggambar dan membuat kraf tradisional. Setiap tajuk-tajuk ini saya perlu menyertakan sekali contoh gambar atau hasil karya lukisan mengikut tajuk yang sesuai bagi memudahkan sesiapa sahaja untuk memahaminya selain dari diri saya sendiri.

Bidang mencorak ini perlu menggabung jalinkan dengan elemen asas seni reka iaitu unsur seni dan prinsip rekaan. Ini kerana ianya penting bagi seorang guru seni untuk menilai dan menyediakan pelajaran yang berkesan untuk pelajarnya. Ini kerana kreatviti dan imaginatif murid adalah berbeza dan luas. Guru juga perlu melihat kepada keperluan dan kemahiran di dalam menyediakan sesuatu alat bantu mengajar untuk pelajaran seni.

Pada pendapat saya tajuk kerja kursus ini mempunyai banyak fakta dan kemahiran yang perlu diingati, dipelajari dan difahami. Saya perlu memahami setiap isi dalam setiap tajuk agar mudah untuk saya melaksanakan tugasan yang diberikan. Ketika inilah pemikiran yang tinggi, kritis dan kritikal perlu digunakan kerana terdapat banyak teori-teori menggambar dan seni kraf tradisional perlu difahami konsepnya selaras dengan kehendak tugasan ini. Terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan saya kenal pasti sepanjang melaksanakan tugasan kerja kursus yang berkisahkan tentang menggambar dan kraf tradisional.

Antara kelebihan yang diperoleh dari tugasan ini adalah penambahan ilmu dan kreativiti tentang bidang menggambar. Sebelum ini saya tidak mengetahui untuk membezakan antara teknik bidang menggambar dan mencorak. Setelah tugasan ini siap, saya dapat merasakan bahawa aktiviti ini sangat menyeronokkan kepada saya dan murid saya khususnya nanti. Selain itu juga saya mendapat pendedahan ilmu tentang susunan dan teknik yang boleh digunakan dalam bidang ini dari teknik susah kepada teknik senang. Bidang menggambar ini juga dapat menyediakan alat bantu mengajar atau sesuatu karya seni amatlah perlu dikuasai oleh seorang guru seni. Seterusnya, saya mengharapkan murid saya nanti akan dapat melihat betapa seronoknya pelajar saya melakukan aktiviti seni di dalam kelas.

Contohnya aktiviti membuat kolaj yang dijalankan di dalam kelas akan menyeronokkan kepada murid-murid nanti. Kepentingan seorang guru seni untuk menyediakan alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan, diikuti kaedah-kaedah yang sesuai serta rancangan mengajar yang lengkap banyak membantu di dalam menyediakan satu pelajaran seni yang menarik dan berkesan kepada pelajar. Bak kata pepatah, Kalau tak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya. Kerjasama yang diberikan dan segala perkongsian ilmu sungguh berharga. Tugasan ini juga banyak mengajar dan membuka minda dan mata kami tentang seni yang telah dimanipulasikan dalam kehidupan harian kita. Masyarakat sekeliling sahaja yang tidakada kesedaran tentang itu. Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang kreatif dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

Seterusnya kelebihan yang saya dapat daripada melakukan pergerakan berasaskan muzik. Pada mulanya saya merasakan muzik ini sesuatu yang mudah kerana saya mempunyai latar belakang muzik yang sangat kuat. Namun apabila digabungkan muzik dan pergerakan, ini menjadi satu cabaran buat saya untuk menggabung jalinkan kedua-dua unsur seni ini menjadi satu.

Semasa membuat tugasan muzik, iaitu mencari lirik alternatif, ini bukan sesuatu yang sukar buat saya kerana saya berhadapan dengan tugasan seperti ini sepanjang kelas Muzik. Namun menjadi cabaran apabila saya terpaksa mencari pergerakan yang sesuai dan seiring dengan lirik lagu yang saya cipta. Disini saya harus menggunakan pemikiran kritis dan kreatif terutamanya untuk memberikan persembahan yang menarik agar tidak menjadi sesuatu yang membosankan.

Unsur muzik dan pergerakan ini merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan untuk dijadikan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Murid-murid sekolah rendah terutamanya, ebih cenderung ke arah

pembelajaran yang bercirikan hiburan. Saya menggelarkan pendidikan jenis ini sebagai Didik Hibur. Sebagai seorang guru, kita harus kreatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran kita supaya ia tidak membosankan dan membebankan pelajar. Lakukan sesuatu untuk menjadikan pengajaran sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bermakna.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yangterlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini. Segala kelemahan dan kekurangan akan diperbaiki untuk kursus yang akan datangsupaya tercapai segala matlamat dan objektif dengan jayanya.

You might also like