You are on page 1of 10

1.

PENGENALAN

Pendidikan Jasmani merupakan satu mata pelajaran yang fleksible. Dimana bukan sahaja melibatkan fizikal murid tetapi juga melibatkan emosi, sosial dan kognitif murid. Menurut Capel, 2000 definisi pendidikan Jasmani ialah Pendidikan Jasmani adalah suatu proses pembelajaran yang bertujuan untuk membangunkan

pengetahuan tertentu, kemahiran dan kefahaman serta untuk menggalakkan kecekapan fizikal Manakala menurut Freeman, 1997 Pendidikan Jasmani merupakan aktiviti fizikal yang bermatlamat pendidikan. Ia menumpukan kepada pembangunan keseluruhan individu dan memberi perhatian kepada kualiti fizikal, mental dan emosi Balley & Field, 1976 menyatakana Pendidikan Jasmani adalah suatu proses pengubahsuaian dan pembelajaran tentang organik, neumaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetika

2.0 2.1 SOALAN 1

TUGASAN

SOALAN 1 : Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang. Bincangkan hubungkaitnya matlamat Pendidikan Jasmani dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Falsafah Pendidikan Negara menyatakan "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara" Dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani ada mengatakan beberapa matlamatnya bagi melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial ataupun JERIS seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu membantu seseorang insan tersebut untuk mencapai pembangunan yang optimum, membangun kemahiran motor sesuai dengan tahap kemampuan murid dan mampu untuk mengaplikasikannya seumur hidup serta membangun dan mengekalkan tahap kecergasan murid. Matlamat pendidikan Jasmani yang pertama ialah pembangunan yang optimum bagi murid. Pendidikan Jasmani merupakan sebuah mata pelajaran yang merangkumi perkembangan holistik seseorang individu tersebut bukan sahaja dari segi kebolehan fizikal mereka malah turut melibatkan kognitif mereka dalam menyelesaikan masalah contohnya dalam melakukan pergerakan yang susah mereka perlu melakukan langkah-langkah yang betul agar hasil yang mereka dapat adalah tepat dan memuaskan. Permainan badminton bukan sahaja memerlukan ketangkasan dan stamina seseorang individu tersebut malah untuk menjadi lawan yang hebat, kognitif juga diperlukan untuk mewujudkan saingan yang hebat kepada pihak lawan. Perkembangan kognitif murid melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani ini melibatkan kemahiran berfikir, pengalaman pengetahuan mereka dan
2

kemudiannya berupaya menginterpretasikan pengalaman pengetahuan mereka itu. Kemahiran berfikir mewujudkan pemikiran yang kreatif dan kritis dan diri murid dimana disinilah pengalaman pengetahuan murid akan terjadi. Daripada pemikiran kreatif mereka, maka terjadilah pergerakan gimnastik irama yang cantik dan menarik. Melalui pemikiran kritis individu dapat meningkatkan lagi kefahaman mereka dalam sesuatu permainan seperti catur. Walaupun permainan ini tidak menggunakan pergerakan fizikal, namun permainan catur adalah sebuah permainan yang masih dirangkumi dalam mata pelajaran pendidikan Jasmani dan inilah yang lebih menjadikan mata pelajaran ini sebuah mata pelajaran yang holistik. Dengan ini ternyata sekali kaitan matlamat Pendidikan Jasmani dengan matlamat FPN kita iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani dan intelek. Matlamat yang kedua ialah membangun kemahiran motor sesuai dengan tahap kemampuan murid dan mampu untuk mengaplikasikannya seumur hidup. Murid dilatih kemahiran motor mereka sejak daripada tadika lagi dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Namun setiap tahap murid mempunyai matlamat pegerakan motor yang berbeza mengikut tahap kemampuan umur mereka. Aktivitiaktiviti yang dilakukan oleh murid menguatkan badan murid seterusnya menyihatkan fizikal murid. Badan yang sihat melancarkan sistem pemakanan dan sistem penafasan. Ini memenuhi matlamat FPN yang ingin melahirkan insan yang mencapai kesejateraan diri. Kesejahteraan merupakan cara hidup ke arah mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan diri yang optimum merangkumi fizikal, mental dan spiritual yang diintegrasikan oleh individu untuk kehidupan yang berkualiti di dalam masyarakat (Myers, Sweeney and Wittmer, 2005, p. 252). Oleh itu, Pendidikan Jasmani secara tidak langsung membantu peningkatan dan perkembangan sosial murid. Murid secara semula jadi dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan antaranya ialah batas pergaulan antara murid lelaki dan perempuan. Selain daripada memperkembangkan kemahiran motor, murid juga dapat diterapkan dengan apek emosi dan rohani. Dari segi aspek emosi, semasa aktiviti murid secara semula jadinya dapat mengekspresikan diri mereka dengan kegembiraan dan murid dapat mengawal emosi yang negatif dengan bimbingan guru. Dari aspek rohani, murid diajar untuk bersabar untuk menunggu giliran mereka bermain dan menerima adat permainan menang atau kalah dan cuba lagi pada masa akan dating. Kesemua aspek yang dipelajari dalam Pendidikan Jasmani ini

tidak kiralah fizikal, emosi, sosial ataupun rohani tidak akan berhenti selepas tamatnya zaman persekolahan murid malah berterusan seumur hidup mereka. Matlamat Pendidikan Jasmani yang seterusnya pula ialah membangun dan mengekalkan tahap kecergasan murid. Ini seiring dengan matlamat FPN dari segi JERIS. Seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya inilah yang harus pegang bagi melahirkan insan yang selaras dengan matlamat FPN. Teori kecergasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner (1983) iaitu kecergasan pelbagai aspek kinestetik, interpersonal, intrapersonal, logik Matematik, Muzik, semula jadi, linguistik serta ruang. Kesemua asepk kecergasan ini semestinya telahpun diterapkan dalam pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Jasmani. Kecergasan murid ini membantu murid untuk mengawal perasaan mereka agar mereka tidak terlalu mengikuti emosi dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Secara kesimpulannya, matlamat pendidikan Jasmani berhubung rapat dengan matlamat FPN dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi JERIS agar generasi yang dilahirkan ini mampu bersaing secara global setanding dengan pembangunan negara-negara luar yang maju.

2.2

SOALAN 2

SOALAN 2: Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi banyak membantu dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Bincangkan tiga contoh penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran permainan asas sejenis permainan.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran dan pengajaran membantu guru untuk meningkatkan proses pembelajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Dengan adanya penggunaan TMK dalam bidang pendidikan, kefahaman murid dalam sesuatu topik meningkat, secara tidak langsung menjaminkan penguasaan dalam topik tersebut. Penggunaan TMK adalah bersifat adil bagi semua tahap murid. Ini kerana penggunaan TMK ini memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid. Murid merasa lebih bermotivasi untuk belajar dan terangsang untuk menerokai sendiri terutama sekali dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Ini kerana Pendidikan Jasmani merupakan mata pelajaran yang menyeronokkan dimana murid boleh mengekspresikan diri mereka melalui aktiviti yang dilakukan. Secara keseluruhannya, terdapat dua aspek yang diambil kira bagi penggunaan TMK dalam bidang pendidikan iaitu daripada aspek pengajaran dimana guru lebih memainkan peranan dan aspek kedua ialah aspek pembelajaran dimana peranan murid diutamakan. Terdapat empat kategori yang boleh dikelaskan dalam pembelajaram dan pengajaran TMK dalam pendidikan Jasmani iaitu tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani sesuatu topik boleh menggunakan lebih daripada satu kaedah ataupun kategori pembelajaran dan pengajaran. Bagi permainan congkak, permainan ini merupakan permainan tradisional Melayu yang diperturunkan dari zaman nenek moyang yang berasal daripada Afrika. Congkak ini terdiri daripada dua bahan iaitu sebuah papan yang diperbuat daripada kayu yang mempunyai lima atau tujuh rumah sebaris dikenali sebagai kampung serta dua buah rumah pada hujung papan tersebut dan biji guli ataupun biji getah

digunakan sebagai buah. Permainan asas congkak ini adalah berasaskan pengiraan. Contoh pertama penggunaan TMK dalam pembelajaran dan pengajaran permainan asas matematik ialah dengan menggunakan kaedah tutorial. Kaedah tutorial ialah kaedah dimana guru mempersembahkan maklumat melalui CD-ROM ataupun laman sesawang. Kaedah penyampaian haruslah mengikut urutan daripada awal sehinggalah habis cara bermain congkak. Melalui kaedah tutorial ini guru pada mulanya memberi pengenalan berkaitan dengan permainan congkak termasuklah peraturan permainan, kemudian menayangkan cara bermain congkak melalui CDROM ataupun video klip daripada laman sesawang. Dengan adanya teknologi ini, kita boleh mengulang tayang cara bermain congkak tanpa perlu mengeluarkan papan congkak tersebut. Ini sekali gus menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran mereka dengan adanya teknologi ini. Contoh seterusnya ialah penggunaan TMK dari segi pembelajaran

penerokaan dalam permainan congkak. Melalui TMK, murid mempelajari untuk meneroka berkaitan dengan permainan congkak melalui laman sesawang seperti Google, Youtube dan lain-lain namun dengan pengawasan daripada guru. Murid akan diberikan kebebasan untuk mengakses internet bagi meneroka permainan congkak. Penerokaan ini lebih mengutamakan penglibatan dan pengalaman murid itu sendiri. Murid boleh melihat sendiri video klip yang berkaitan dengan permainan congkak dan merenungkan serta mencuba untuk memahaminya melalui penerokaan mereka. Di sini, murid akan saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mendapat maklumat yang lebih. Ini kerana mungkin sesetengah akan mendapat maklumat lain daripada yang lain. Murid diberikan peluang untuk menangani masalah sebenar dalam kelas. Ini akan memperkembangkan lagi ilmu pengetahuan mereka berkenaan dengan permainan congkak. Pada akhir pembelajaran guru boleh meminta maklumat yang telah dikumpul oleh murid dan mengaplikaskannya. Namun, guru perlu mengawal sesi pembelajaran ini kerana kaedah penerokaan ini memakan masa yang lama sekiranya tidak mempunyai kawalan daripada guru. Contoh yang ketiga ialah penggunaan TMK sebagai alat pemudah komunikasi. Teknologi zaman sekarang banyak membantu guru dalam

menguruskan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Perisian grafik, teks audio, video dan animasi-animasi membantu persembahan mengajar guru. Ini bukan sahaja memudahkan guru malah membantu guru secara lebih efektif.
6

Persembahan powerpoint berkaitan dengan permainan congkak lebih menarik dengan adanya animasi, gambar dan video klip. Seni muzik dan pergerakan juga boleh diaplikasikan dalam powerpoint yang berkaitan dengan permainan congkak ini agar murid lebih tertarik untuk belajar. Dalam video klip tersebut boleh diselitkan muzik yang tenang. Ini kerana permainan congkak ini merupakan satu permainan yang santai dan tidak memerlukan murid berfikir secara kritikal. Terdapat empat teknik yang boleh diaplikasikan dalam TMK sebagai alat pemudah komunikasi iaitu teknik seorang ataupun sendirian, teknik seorang kepada seseorang, teknik seorang kepada ramai dan teknik ramai kepada ramai. Teknik ini boleh diaplikasikan mengikut situasi kelas ataupun keadaan murid dan sekeliling. Kesimpulannya, penggunaan TMK ini sangat berguna bagi seorang guru untuk menjadi seorang guru yang berkualiti selaras dengan pembangunan kemajuan teknologi dunia.

3.0

REFLEKSI

Pertama

sekali,

sepanjang

saya

menjalankan

tugasan

in

banyak

pengetahuan baru dan pengalaman baru yang saya dapat sebagai seorang bakal guru. Melalui tugasan ini saya mempelajari bagaimana untuk menjadi seorang guru Pendidikan Jasmani yang berkualiti dan bagaimana sesebuah tekologi itu dapat membantu pembelajaran dan pengajaran didalam kelas. Saya secara tidak langsung meneroka satu ilmu pengetahuan yang amat berguna yang mana pengetahuan ini akan membantu saya dalam kerjaya saya padqa masa akan datang. Kekuatan saya pada tugasan saya pada kali ini ialah berdasarkan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) saya sewaktu semester 3 saya gunakan bagi menjawab soalan-soalan tugasan ini. Ini kerana, pada semester 3, saya telah melakukan tugasan yang berkaitan dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan sempat berkolaborasi dengan guru-guru berkaitan dengan pendidikan Jasmani dimana serba sedikit berkaitan dengan tugasan pada kali ini iaitu pembelajaran dan pengajaran pendidikan Jasmani. Saya juga telah menggunakan nota yang diberikan serta maklumat daripada internet sebagai rujukan saya. Kelemahan saya pada tugasan ini ialah dari segi kekeliruan dalam memahami soalan-soalan yang terdapat dalam tugasan ini. Namun kelemahan ini tidaklah terlalu merumitkan kerana telah diterangkan oleh pensyarah. Saya juga dapati bahawa kelemahan saya ialah dari segi penggunaan bahasa. Saya mempunyai sedikit masalah dalam penyusunan dan penggunaan ayat namun saya cuba perbaiki dengan bantuan daripada buku, internet dan rakan-rakan saya. Secara keseluruhannya, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada waktunya walaupun terdapat kekangan-kekangan yang timbul namun saya dapat atasi dengan tenang tanpa ada sebarang masalah lain. Sesungguhnya tugasan ini membantu karier saya sebagai seorang bakal guru. Sekian.

4.0 BUKU

RUJUKAN

Dr. Sharifah Maimunah Bte. Syed Zin. (2001) . Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dr. Sharifah Maimunah Bte. Syed Zin. (2001) .Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian

Pendidikan Malaysia.

INTERNET

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan.

http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php

Diakses pada 15 Julai 2013.

Pendidikan Jasmani. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_jasmani. Diakses pada 15 Julai 2013.

Keberkesanan Penggunaan Elemen Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.http://eprints.utm.my/26221/1/Keberkesanan%20Penggunaan %20Elemen%20Multimedia%20Dalam%20Pengajaran%20dan%20Pembelaj aran.pdf. Diakses pada 15 Julai 2013

Komponen Kesejahteraan http://wpc.upsi.edu.my/index.php/mengenaikami/komponen-kesejahteraan Diakses pada 15 Julai 2013

Tujuan Pendidikan Jasmani.http://www.psychologymania.com/2013/04/tujuanpendidikan-jasmani.html Diakses pada 15 Julai 2013

5.0

LAMPIRAN

10

You might also like