• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 11
    CommentGo Back
Download
 
1.0 PENGENALAN
Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara majumengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik sosial, keharmonian dan kebudayaan. Selaras dengan itu salah satu agenda pentingkerajaan adalah untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itukementerian pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkanwarganegara yang bersifat progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripadamelahirkan warganegara yang berpengetahuan dan berkemahiran.Dalam usaha kerajaan memartabatkan sebuah sistem pendidikan yang berkualitidan bertaraf dunia pelbagai dasar dan perundangan pendidikan telah dirangka dandiwartakan bagi menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberasasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Bagimembolehkan bidang pendidikan dapat berdiri selaras dengan bidang lain penggubalandisiplin, peraturan, dan perundangan dalam pendidikan telah dilaksanakan, bagimemudahkan pencapaian matlamat pendidikan negara.Menurut Kamus Dewan (2005) disiplin merupakan latihan pemikiran dan kelakuansupaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib, peraturan yang ditetapkanuntuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan yang telahditetapkan. Peraturan pula merujuk kepada segala yang telah ditentukan atau ditetapkandan harus diturut dan dipatuhi, ketentuan atau garis panduan yang dibuat oleh kerajaan berkaitan dengan kuasa dan masyarakat.Bagi perundangan pula merujuk kepada hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang iaitu sesuatu undang-undang itu ditadbir yang lazimnya mengikut adat sendirisebuah negara. Perundangan lebih besar ruang lingkupnya dan menjadi undang-undangyang perlu dipatuhi dalam sesebuah negara.1
 
1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpasistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan zaman , boleh dianggap bangsa dan negara tersebut gagal dalam melaksanakan tanggungjawabmemartabatkan sesuatu bangsa dan negara. Oleh itu dalam melaksanakan tanggungjawabtersebut negara Malaysia tidak terlepas dengan situasi yang mencabar kewibawaan negaradalam menjadikan sistem pendidikan negara yang dihormati dan bertaraf dunia.Pendidikan bertujuan untuk membentuk masyarakat yang terdidik dalam pelbagai jurusan kehidupan. Ini membolehkan masyarakat yang dilahirkan dapat berfikir secaramatang. Keadaan ini membolehkan mereka mempunyai kemahiran untuk memikultanggungjawab dan mempunyai komitmen untuk mendukung aspirasi negara. Ini akanmenjadikan hasrat pembangunan masyarakat dalam bidang fizikal, material dankerohanian dapat dicapai sepenuhnya. Keadaan ini sekaligus dapat menghasilkangolongan yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat,agama, bangsa dan negara.Berlandaskan tujuan ini matlamat pendidikan negara bertumpu kepada beberapaaspek seperti individu, sosial, ekonomi, politik, permodenan dan kefahaman antarabangsa.Bagi aspek individu, pendidikan adalah untuk membentuk individu yang terdidik dari segiintelek, moral, estetika, emosi dan menggalakkan perkembanagan potensi pelajar padatahap yang maksimum. Pendidikan berpusatkan kepada pelajar dan bersifat lebih menuruti prinsip perkembanagan psikologi manusia. Harapan yang tinggi adalah untuk melahirkan pelajar yang mencurahkan taat setia kepada raja dan juga menyintai negara sendiri.Dari segi sosial, pendidikan adalah untuk membina individu yang mempunyaicelik akal dan kefahaman mengenai persekitaran alam, budaya dan hidup masyarakat. Inidapat membantu pelajar menjadi warganegara yang mempunyai sikap dan komitmen yang positif. Berlandaskan ekonomi, pendidikan dan latihan adalah untuk membangunkan2
 
sumber tenaga manusia yang bijaksana bagi meningkatkan produktiviti sektor ekonominegara.Bagi politik pula, pendidikan adalah untuk membentuk warganegara yangmempunyai kefahaman, kepekaan dan komitmen tentang dasar negara demokrasi, idealogidan idealisme kepimpinan negara. Maruah dan kekuatan bangsa Malaysia adalah berdasarkan kepada kesedaran dan komitmen yang bersifat kebangsaan dan cintakan tanahair. Sistem pendidikan hari ini dapat memperkembangkan kefahaman, menerima danmengamalkan prinsip demokrasi mengikut perlembagaan.Bagi aspek permodenan, pendidikan adalah untuk megubah nilai-nilai tradisionaldan konservatif yang bersifat menghalang kemajuan fizikal, material, spiritual dan pemikiran dalam usaha membentuk masyarakat yang progresif dan integratif. Sistem pendidikan sekarang menyediakan peluang pendidikan kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama. Pelajar dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran yangmembolehkan mereka membezakan antara kebenaran dengan yang palsu, fakta, pendapatdan pemikiran kritis.Peruntukan juga disediakan dalam sistem pendidikan untuk menyediakan individudengan pendidikan sepanjang hayat. Mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan saintifik dan teknologi. Bagi aspek kefahaman antarabangsa, pendidikan adalahuntuk membina semangat persaudaraan sesama umat manusia sejagat apabila duniamerupakan sebuah masyarakat. Corak pendidikan yang ada dapat memperkembangkanfizikal, mental dan menghargai keindahan alam sekitar.Berlandaskan kepada matlamat pendidikan negara Falsafah Pendidikan Negaratelah dibentuk untuk menjadi dasar, hala tuju dan panduan kepada segala usaha yangdilakukan dalam sistem pendidikan, dan seterusnya bagi peningkatan mutu pendidikannegara setaraf dengan negara luar. Hakikatnya sesuatu sistem pendidikan yang bertaraf dunia perlu mempunyai falsafah pendidikan yang unggul, kurikulum yang sentiasa mantapdan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...

well done. keep it up.

hey , hukuman rotan mesti dikekalkan? A.s.a.p

kalu blh saya nak sebelum 15/2/2010....segala bantuan anda amat saya hargai...

minta bantuan....boleh bagi elemen perubahan infrastruktur dalam sistem pendidikan dahulu hingga kini.. atau perubahan kaedah pengajaran dahulu hingga kini..kalu ada terjumpa isi tolong kongsi bersama saya

emm..sorry..x dapat membntu..Bz dgn tugasan lain..

kalu blh saya nak dasar ppsmi... saya nak buat esei... jd saya nak sejarah pelaksanaan ppsmi....atau pun kalau blh tolong.. tajuk esei saya pendidikan malaysia kini dan dahulu...saya perlu cari isi isi untuk buat perbndingan

mcmana nak download?saya x dapat download ni..:-(

emm..biasanya ada sign download..x tau la kalo x dapt...

bhn nie sya tulis sendiri..ini cuma sbgi rujukan..

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...