pada 31 Mei 2001, Hari Gawai di Kuching Sarawak pada 9 Jun 2001, Deepavali di KualaLumpur Oktober 2001 dan Krismas pada Disember 2001.Sebagai sebuah negara majmuk, penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagaikaum mengamalkan bahasa, agama, dan budaya yang berlainan. Dengan adanya rumah-rumah terbuka ini cenderung dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan mencerminkanidentiti masyarakat yang harmonis di mata pelancong asing. Hal ini demikian kerana terdapatnegara-negara lain yang mempunyai penduduk majmuk seperti di negara kita juga, gagaluntuk mencapai tahap perpaduan. Malah rakyat negara berkenaan saling bercakaran sesamadiri.Asal usul majlis rumah terbuka ini dapat dirintis kembali kepada ada budaya dankonsep seruan beragama anutan setiap kaum yang terdapat di Malaysia. Tanpa mengira man-mana perayaan sama ada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,atau Hari Natal masing-masing tetap meyambutnya dengan cara tersendiri. Sesungguhnya proses pembudayaan yangwujud dalam konsep rumah terbuka menyaksikan pertembungan dua atau lebih budaya. Inimenyebabkan berlakunya proses asimilasi dan penyerapan unsur-unsur kebudayaan olehsesuatu kaum minoriti kepada kaum majoriti. Sebagai contoh banyak unsur melayu akanditerima secara tidak langsung sebagai unsur-unsur budaya kepada kaum lain seperti Iban,Murut dan sebagainya ekoran perayaan sering diadakan saban tahun.Amalan rumah terbuka memdedahkan semua kaum kepada kepelbagaian budayamasyarakat di Malaysia. Bukan sahaja dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain,dan mengeratkan hubungan silaturahim, amalan ini juga membolehkan setiap kaummengenali juadah kaum-kaum lain, memahami di antara satu sama lain selain didedahkankepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka sendiri. Secara tidak langsungsemangat toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi sekarang. Sikap toleransi inisangat penting dalam mewujudkan sebuah negara yang utuh disamping mencapai matlamatmenjadikan negara Malaysia sebuah negara bangsa.Simboliknya Rumah Terbuka ialah medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuh hubungan kekeluargaan dan silaturahim termasuk jiran tetangga selain sebagai jambatan memgeratkan tali persaudaraan dan menjamin ikatan perpaduan antara kaum kearah hubungan yang lebih kukuh, dinamik dan harmoni. Fenomena seperti ini amatdititikberatkan agar sistem kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan padu, bukannya semakin layu dan pudarmalah tanpa konsep rumah terbuka hubungan silaturahimdan perpaduan akan terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya akan hilang kepada generasiakan datang. Pertemuan masyarakat berbilang kaum, berbagai keturunan termasuk pelancong