• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
artikel
PERTUBUHAN BELIA SEBAGAI SAYAP PARTI PEMERINTAH
Oleh
Zulkifli Ahmad
(mediajaya@gmail.com) Pertubuhan belia lazimnya dihubungkaitkan dengan agen proses perubahan masyarakat.Penglibatan dan peranan termasuk berupa gerakan agama, politik dan sumbangan tenagaproduktif ekonomi yang mereka ceburi membuktikan betapa besarnya pengaruh golonganini dalam masyarakat.Bagaimanapun terdapat pertubuhan belia yang mewakili sebahagian besar generasi mudatidak mempunyai sikap dan matlamat yang jelas. Potensi yang ada tidak digunakan untukmengembeling tenaga belia sebagai suatu kuasa dan agen menyeru kepada kebaikan danmencegah kemungkaran. Masing-masing mempunyai keutamaan matlamat perjuanganyang tidak melambangkan pertubuhan belia. Mereka terlalu condong dan akur kepadakerajaan, malah menjadi penyambung dasar dan hasrat kerajaan. Umpamanya untuk mengukuhkan kekuasaan nazisme di Jerman, memantapkan ideologikomunisme di Rusia dan isme Zionisme Yahudi, golongan belia merupakan tenagapenggerak utama. Di Malaysia pertubuhan belia 4B dan MAYC boleh digolongkan dalamkategori ini.Belia 4B dan MAYC adalah sinonim. Mereka adalah pro pemerintah dan akan akur kepadaapa sahaja yang dilakukan oleh pemerintah dan tidak mungkin akan berpendirian ataubersifat kritis. Sesungguhnya apabila mengkaji dan memperihalkan Gerakan Belia 4B dan MAYC,penampilan peranan dan sumbangan kerajaan tidak dapat dielakkan malah amat menonjol.Ianya berlaku di semua peringkat sama ada di peringkat penubuhan hinggalah di peringkatuntuk menggerakkan aktiviti.Dari segi penubuhan, kerajaanlah yang memainkan peranan utama dalam menggalak,menganjur dan menubuhkan kedua-dua organisasi ini. Belia MAYC ditubuhkan pada tahun1954. Kerajaan kolonial menubuhkannya kerana khuatir dan bimbang terhadapkemungkinan belia dipengaruhi oleh fahaman komunis. Bagi Belia 4B pula, penubuhannyapada tahun 1966 untuk mengatasi masalah kemunduran golongan belia luar bandar dalammenyertai rancangan dan arus pembangunan sosio-ekonomi di zaman pascakemerdekaan.Untuk mengurus dan menggerakkan aktiviti, kerajaan dan agensinya sentiasa bersediamenyumbangkam bantuan dan kemudahan termasuklah sumbangan kewangan dankemudahan asas yang lain. Umpamanya untuk tujuan menguruskan pentadbiran BeliaMAYC, sejak tahun 1973, kerajaan melalui Kementerian Kebudayan Belia dan Sukan(sekarang Kementerian Belia dan Sukan) menyumbang pelbagai bantuan kewangan dankemudahan infrastruktur.Dari segi keahlian, sungguhpun keahliannya terbuka kepada semua kaum, tetapi dewasaini majoriti ahlinya terdiri daripada belia-belia Melayu. Mengikut perangkaan rasmi KBStahun 1986, keahlian Belia 4B dan MAYC adalah teramai sekali jika dibandingkan denganpersatuan belia lain.
1
 
artikelDari 1.5 juta belia yang menganggotai pertubuhan belia di negara ini, sejumlah 461,233belia adalah ahlinya. Penumpuan ini dipercayai hasil daripada kempen-kempen kerajaan.Dari segi aktiviti, kecenderungan utama Belia 4B dan MAYC di tahun-tahun 60an adalahkepada kegiatan yang bercorak kesenian dan kebudayaan. Namun berdasarkan kepadalapuran mesyuarat agung tahunannya, dewasa ini terutamanya selepas kerajaanmelancarkan dasar ekonomi baru (DEB) kecenderungan itu telah berubah kepada kegiatandi bidang perdagangan dan perniagaan, umpamanya koperasi Shamelin, Syarikat Nur Harapan, Maycee Air Transport, Segemal 4B, perniagaan sewa-menyewa bilik pejabat,perusahaan lombong bijih dan lain-lain.Tidak dinafikan aktiviti keagamaan juga mendapat perhatian. Akhir-akhir ini sebagaimenyahut seruan penerapan nilai-nilai Islam kerajaan pimpinan Dr. Mahathir (sekarangIslam Hadhari pimpinan Abdullah Ahmad Badawi) banyak program agama yang dijalankan.Contohnya Seminar dan Khemah Kerja Keislaman, Musabaqah Membaca al-Quran, KuizAgama, Pertandingan Nasyid, ceramah dan kelas-kelas agama.Suatu aspek penting yang mendasari Belia 4B dan MAYC ialah hubungan dua hala denganpemerintah. Sungguhpun konsep kesukarelaan merupakan ciri utama gerakan belia ini,namun sebagai pertubuhan belia yang ditubuhkan dan mendapat bantuan dan sokongandaripada kerajaan tentulah menjadi harapan kerajaan supaya ia menjadi saluran bagimemenuhi dan menjayakan hasrat dan dasar kerajaan.Oleh kerana itu dalam menghadapi dasar-dasar kerajaan , Belia 4B dan MAYC tidakmungkin bersifat kritis dan analitis, sebaliknya mereka akan menyokong danmempertahankan dasar-dasar dan hasrat kerajaan. Sebagai contoh Belia 4B dari MajlisBelia Malaysia(MBM) pada tahun 1974 kerana membantah penglibatan pimpinan MBMdalam demontrasi Baling.Bagi kerajaan, Belia 4B dan MAYC bukan sahaja menjadi saluran untuk menjaya danmempertahankan dasar-dasarnya, tetapi digunakan sebagai tempat latihan para pemimpinparti kerajaan. Ini tergambar dalam struktur organisasi kepimpinan pertubuhan beliaberkenaan. Penaung, penasihat dan pemimpin-pemimpin belia ini sama ada diperingkatpusat, negeri dan daerah umumnya adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik partipemerintah. Sarjana Sains Sosial, Dr. Hussein Muhammad dalam bukunya
Gerakan Belia di Malaysia
mengakui kelangsungan ini. Lebih jauh beliau menyatakan organisasi belia seperti Belia 4Bdan MAYC merupakan
training ground 
(tempat latihan) atau
stepping stone
(batu loncatan)bagi memperluaskan pengaruh dan latihan berpolitik seseorang, ataupun organisasi beliadigunakan sebagai alat dan kumpulan bagi seseorang pemimpin muda dalammengukuhkan kedudukan, imej peribadi serta mencari pengikut untuk mereka terpilihsebagai pemimpin kemudiannya.Keterangan mengenai hubungan ini dapat dijelaskan dengan penglibatan bekas dan tokoh-tokoh yang masih lagi memimpin belia 4B dan MAYC dalam politik UMNO. Daripada Belia4B umpamanya Haji Suhaimi Datuk Haji Kamaruddin, Muhammad Rahmat, Tajul Rosli TanSri Ghazali, Abu Bakar Daud dan Mohd Isa Abd.Samad. Daripada MAYC umpamanyaSanusi Junid, Tengku Razaleigh Hamzah, Ahmad Rastom Hj. Ahmad Mahir dan RamliNgah Talib. - Zulkifli Ahmad. 
2
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...