Para pengkaji penderaan kanak-kanak melihat terdapat pelbagai jenis penderaankanak-kanak yang saling berkait rapat. Jenis penderaan yang akan menjadi fokusutama kajian ini adalah penderaan fizikal, penderaan seksual, penderaan emosi, danpengabaian kanak-kanak. Untuk perbincangan ini jenis penderaan akan dipecahkankepada empat kategori seperti berikut :-•Penderaan Fizikal•Penderaan Seksual•Penderaan Emosi•Pengabaian kanak-kanakPenderaan FizikalPenderaan fizikal sebagai satu fenomena sosial yang ditakrifkan sebagai keganasansecara fizikal terhadap kanak-kanak oleh ibubapa , penjaga atau sesiapa sahajayang bertanggungjawab melindungi kanak-kanak tersebut.Definisi penderaan fizikal adalah sukar dan kompleks kerana pelbagai faktor yangterlibat dalam perlakuan seseorang kanak-kanak.Ammermen dan Hersen ( 1990: 26 ) berpendapat bahawa ” faktor tambahan yangmemainkan peranan dalam mendisiplinkan penderaan fizikal termasuk pendekatandisiplin dikalangan ibubapa , keceraan yang dialami, kesan pada tingkah laku dankeseriusan kecederaan kanak-kanak. Pemboleh ubah penting yang perlu diuji adalahbentuk niat yang menyebabkab mereka didera ataupun kecederaan fizikal dandigabungkan dengan situasi keluarga yang melakukannya menyebabkan definisipenderaan fizikal menjadi kompleks.Akta Kanak-Kanak 2001 pula mentakrifkan bahawa seseorang kanak-kanak dicederakandaripada segi fizikal jika ada kecederaan dan boleh dilihat pada mana-manabahagian tubuh kanak-kanak itu yang didalilkan antara lain, laserasi, konstusi,lelasan, parut, patah atau kecederaan tulang lain, dislokasi, seliuh pendarahan,pecah viskus, luka terbakar, melecur, hilang atau berubah kesedaran atau fungsifisiologi seperti gugur rambut atau gigi.Pakar perubatan yang mendefinisikan penderaan fizikal sebagai tindakan yang bolehmenyebabkan kecederaan seperti pendarahan otak, lebam yang teruk, kecacatan akibatperderaan fizikal, retak dan patah tulang, bekas gigitan, lecur dan terbakardicucuh putung rokok. Disamping itu kajian pihak hospital ada membuktikan bahawapenderaan fizikal boleh membawa maut kepada dua kumpulan kanak-kanak iaitu kanak-kanak cacat sejak dilahirkan dan juga kanak-kanak cacat akibat penderaan tersebut.Namun begitu banyak lagi cara dan alat yang digunakan untuk mendera fizikal kanak-kanak. Menurut Mohd Sham Kasim ( 1994 ) cara dan alat yang digunakan untuk menderaselain memukul manggunakan tangan, dirotan, disebat, digigit, disimbah air panas,dicucuh dengan besi atau benda panas, puntung rokok atau ubat nyamuk, dirantai,diikat, dikurung, dikunci didalam bilik atau rumah, ditumbuk, disepak, diterajang,dicubit, dikepit, atau dipulaskan telinga dan sebagainya.Takrif Akta Kanak-Kanak dan diagnosis pakar perubatan perlu diberi perhatian bagimenentukan kanak-kanak tersebut terlibat dalam kes penderaan fizikal. Pakarperubatan juga mendapati kadangkala penderaan fizikal mempunyai hubungkait denganlain-lain jenis penderaan seksual, emosional dan pengabaian kanak-kanak.
Leave a Comment
ade tak reseach yg mcm kt ats ni tp tentg derma darah??klau ade boleh tak email kt sy: alin_koala92@yahoo.com thanks ^___^
can email to me? estherloh624@hotmail.com
bagus ar artikel ni.. boleh buat rujukan time kasih sapa yang buat ni