K
ARANGAN CONTOH BAHAGIAN B
CALON SPM
Tajuk : Ada pendapat yang mengatakan bahawa
masalah sosial timbul disebabkan oleh kemiskinan
.
Nyatakan pendapat anda tentang perkara tersebut.
Apakah imej yang sudah
menjajahi seluruh benak fikiran kita
apabila frasa tentang masalah
sosial disebut? Sudah pasti terdapat pelbagai
hipotesis dan analogi
yang akan menyelubungi pemikiran
bagi mencari jawapan tepat berhubung soalan tersebut. Sesungguhnya kini, gejala sosial sedangmelanda negara pada tahap yang agak serius.
Tuntasnya
, masalah ini
acap kali
dikaitkan dengan
golongan remaja, miskin tanpa ilmu dan keluarga yang porak peranda. Walaupun kita tidak menolak
gejala ini menular berkaitan faktor yang dinyatakan, namun masalah sosial turut melibatkan segenap
lapisan ma
sayarakat. Justeru, saya berpendapat masalah gejala sosial terbit daripada pelbagai
permasalahan sosial
lain
tanpa memilih status, taraf hidup dan usia.
Saban hari, kes
-
kes maksiat , rompakan, pembunuhan, penderaan dan penyalahgunaan dadah
dan berbagai
-
bagai lagi
penyakit terpampang dan terhidang di dada
-
dada akhbar
dan tersiar melalui
televisyen. Seandainya ada pihak yang berpendapat masalah ini sering timbul dan
bersinonim
dengan
faktor kemiskinan nescaya tuduhan tersebut tidaklah boleh diremehkan begitu
sahaja. Kemiskinan juga
merupakan suatu penyakit masyarakat. Faktor kemiskinan yang sering menghimpit menjadi puncaseseorang itu terdesak dan memilih untuk terjun ke kancah permasalahan sosial. Keadaan hidup yangdiibaratkan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang boleh menyebabkan seseorang itumudah menjadi gelap mata untuk bertindak di
luar batasan undang-undang dan etika sosial
. Mereka
sanggup mencuri, menipu, memperkosa dan pelbagai
angkara dek keinginan memenuhi nafsu yang
meluap
-
luap
. Sem
entera itu, anak remaja yang berasal daripada keluarga yang daif akan berasa bosan
hidup dibaluti kemiskinan
dan mula memilih jalan yang salah. Akhirnya dalam
percaturan fikiran
yang
singkat dan nana
r mereka akan melibatkan diri dalam pelbagai anasir yang
tidak sihat sepertimelepak,berfoya-foya, menagih dadah dan mencuri.
Walau bagaimanapun , amatlah tidak adil kita m
engasosiasikan
kemiskinan sebagai faktor utamaberlaku kebejatan sosial. Sebenarnya
kegoyahan dalam institusi keluarga
turut menjadi penyumbangutama menularnya gejala ini.
Arus modenisasi dan materialistik
telah mengheret sekelompok besar
institusi rumah tangga menjadi goyah dan pincang.
Hidup ala nafsi-nafsi siapa lu gua
telah menjadi
sebahagian budaya songsang masyarakat bandar. Keghairaha
n mengejar wang ringgit, pangkat dan
martabat menjadi kiblat manusia moden. Akhirnya anak
-nak terbiar dalam
kedahagaan kasih sayang bak
laut yang tidak bertepi
. Demi mengubati
kehibaan dan kehausaan kasih sayang
anak-anak hanyaditemani oleh kad
-
kad visa d
an kad kredit yang menjadi lambang status masyarakat elit.Akhirnya dengan
kuasa wang anak
-
anak
hidup lepas bebas melepasi batasan moral, akhlak dan agam
a. Justeru,berkembanglah
konflik sosial
yang tiada noktahnya.Selain itu,
ketandusan agama dan iman y
ang setebal kulit bawang
boleh mencetuskan
seseorang itu tergamak melakukan angkara yang boleh mencemar maruah dan harga diri serta keluarga.
Dengan
kedangkalan ilmu
agama seseorang itu gagal untuk membezakan antara
fardu dan rukun atau
haram dan halal
. Oleh itu, setiap tindakan hanyalah
berlandaskan pertimbangan akal yang dangkal dan
hanya bertindak secara membujur lalu melintang patah
. Iman merupakan
kompas kehidupan yang
bertunjangkan amal.
Sesungguhnya seseorang yang tidak teguh imannya akan mudah terpe
ngaruh oleh
runtuhan nafsu syahwaniah
ajakan syaitan daripada memilih
landasan takwa
yang ditentukan oleh tuhan.Media massa yang turut “
bias” kepada peradaban ma
syarakat Barat turut
menggali jurang sosial
untuk menjerumuskan remaja. Media seperti televi
syen adalah
wahana
penting hari ini dengan begitu
tega
menayangkan adegan
-
adegan yang tidak sihat yang berunsurkan “3S” iaitu seks, sadis dan seram.Pengaruh negatif melalui media massa amatlah
destruktif
kepada pemikiran masyarakat terutamanya
generasi muda. Kanak
-
kanak yang sentiasa
dihidangi aksi ganas dan onar
akan cepat belajar dan
membesar dalam pengaruh yang serba negatif. Akhirnya generasi ini akan terus membesar dalam
lingkungan kebejatan sosial
dan menjadi golongan yang liar,
anarkis
, perosak dan tidak produktif.
Pendidikan menjaring masa seumur hidup bagi setiap insan. Pendidikan yang berasaskan
unsur
-
unsur material tanpa menitikberatkan aspek pembentukan jati diri dan sahsiah akan melahirkan
generasi yang
barbar dan pagan
. Generasi seperti ini
lah yang sanggup mencemarkan imej diri, keluarga
bangsa dan negara dengan melibatkan diri dalam gejala negatif seperti jenayah kolar putih, rasuah dan
salah guna kuasa. Sistem pendidikan yang gagal mengimbangi antara tuntutan jasmani, emosi, rohani
dan int
elek seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara akan membentuk individu yangbermaklumat tetapi buta akan sistem nilai, etika dan agama. Musibahnya, akan berkembanglah
bermacam-
macam angkara jenayah seperi pecah amanah dan menjual maruah negar
a.
Leave a Comment
good
de x karangan tntng kerja2 sukarelawan..??
thankyou:D keep up the good work:D
thanks a lot
ad x krgn tntg 1 malaysia???