You are on page 1of 6

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-56 PERINGKAT SEKOLAH

SALUTASI

Yang berusaha Encik Ahmad Azmi bin Yahaya, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu Pekaka

Yang Dihormati, Tuan Haji Md Akhir bin Othman, Guru Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan Batu Pekaka

Puan Zaharah binti Mohd Nayan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Batu Pekaka

Puan Hajah Zaiton binti Ali, Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batu Pekaka

Puan Jasmin binti Daud, Penolong Kanan Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Batu Pekaka

Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-56 PERINGKAT SEKOLAH

MASA 7.45 Pagi 8.40 Pagi

TEKS Perhimpunan: Murid-murid masuk ke dalam dewan:

CATATAN

Ubi kayu untuk dimakan, Buat santapan seisi keluarga, Assalamualaikum saya ucapkan; Sebagai tanda pembuka bicara.

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera.

Bacaan Doa:

Merah menyala si bunga raya, Biarkan ia mekar dihati, Izinkan saya mula bicara; Agar manfaat bersama dikongsi.

Lebat kemiri pohonnya rendah. Dahan terikat tali perkasa, Sepuluh jari kami menadah; Mohon berkat yang Maha Esa.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Marilah kita bersama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin bacaannya oleh ........................................................................... < BACAAN DOA > Amin-amin Ya Robbalalamin. Terima kasih

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-56 PERINGKAT SEKOLAH kepada ................................................................. atas bacaan doa sebentar tadi. 8.45 Pagi Kuiz Kenegaraan Guru Antara Rumah Sukan:

Bagi acara yang pertama, dijemput Encik Mohamad Roslan bin Mohamad Basri, untuk mengendalikan Kuiz Kenegaraan Guru Antara Rumah Sukan. Dipersilakan.

10.15 Pagi Rehat:

Taha1 dan Tahap 2 11.15 Pagi Pertandingan Lagu Patriotik Tahun 3, 4, 5 dan Pendidikan Khas: - Senarai nama para peserta

Berkibar megah aduhai megah. Jalur Gemilang bendera tercinta, Perhimpunan sudah, rehat pun sudah, Ke arena persembahan beralih kita.

Anak-anak bangsa penyambung kelestarian merdeka,

Tak lengkap rasanya majlis kita tanpa alunan lagu merdu berirama. Justeru, marilah kita sama-sama berhibur dengan Pertandingan Lagu Patriotik peringkat Sekolah Kebangsaan Batu Pekaka. Lagu-lagu yang bakal menghiburkan kita sebentar lagi akan didendangkan oleh murid-murid tahun 3, 4, 5 dan Pendidikan Khas.

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-56 PERINGKAT SEKOLAH

11.45 Pagi Pertandingan Pakaian Beragam Tahun 1, 2, 3, Pra Sekolah dan Pendidikan Khas

Sekarang tibalah pula masa bagi Pertandingan Pakaian Beragam yang akan diperagakan oleh murid-murid tahun 1, 2, 3, Pra Sekolah dan Pendidikan Khas.

Untuk makluman hadirin, Pertandingan Lagu Patriotik dan Pakaian Beragam ini diadili oleh: i) Cikgu Zuhairah binti Mahmud ii) Puan Noraewin binti Ahmad iii) Puan Syarifah Amira bt. Ismail

12.15 Tengah Hari

Ucapan Penutupan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2013:

Generasi Merdeka Sekalian.

Jejari mengkudu berbias kesuma, Di celah angsana duduk menanti, Tiba masa hajatnya semua; Ucapan penutupan dinanti kini. - Ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu Pekaka.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan berbesar hatinya mempersilakan Encik Ahmad Azmi bin Yahaya, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu Pekaka untuk memberikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-56 Sekolah Kebangsaan Batu Pekaka bagi tahun 2013.

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-56 PERINGKAT SEKOLAH

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

< UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN MAJLIS >

Terima kasih diucapkan kepada Ecik Ahmad Azmi bin Yahaya atas ucapan penutupan sebentar tadi.

12.20 Tengah Hari

Majlis Penyampaian Hadiah:

Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang.

Dijemput ............................................................................ diiringi oleh................................................................... Untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. - Senarai nama pemenang

Terima kasih diucapkan kepada ............................................................................ atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

Berakhirnya majlis penyampaian hadiah sebentar tadi maka berakhirlah Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan ke56 Peringkat Sekolah Kebangsaan Batu Pekaka bagi Tahun 2013.

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-56 PERINGKAT SEKOLAH

Majis berakhir penuh inayah Menjadi kebanggaan anugerah di nobat Semoga yakin terus istiqamah Semangat kental menjadi azimat

Indah terukir ciptaan seni Lembut bagaikan sentuhan bayu Jari sepuluh disusun kini Andai ada kata terlalu. Sekian, terima kasih daun keladi tahun hadapan kita sambut lagi...

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH. WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH.

You might also like