You are on page 1of 10

PENGENALAN

CARA-CARA MEMELIHARA ARNAB

Kebelakangan ini, dilihat semakin ramai individu yang tertarik untuk memelihara arnab atas pelbagai faktor, terutamanya pastilah disebabkan kecomelannya. Hal ini boleh dilihat melalui bilangan pengunjung dalam blog-blog arnab semakin meningkat, bilangan ahli dalam laman muka buku berteraskan peliharaan arnab semakin ramai, penjual arnab dipasar malam ataupun downtown semakin ramai dan banyak lagi. Namun, apa-apa yang semua harus tahu adalah pemeliharaan arnab bukanlah semudah A, B, C iaitu beli, bagi makan dan biar. Semuanya lebih dari itu. Bagi mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan cara-cara memelihara arnab, rujuk info dibawah.

Tyra semasa junior

Giorgio semasa junior, kedua-duanya sangat comel sehinggakan sayasukaarnab terus memelihara arnab sehingga hari ini

1) Beri makanan dan air bersih setiap hari. Pemberian kuantiti makanan adalah berbeza-beza bagi arnab diusia bawah 5 bulan dengan arnab diusia 6 bulan ke atas. Arnab yang usianya bawah 5 bulan perlu diberi makan pellet secukupnya, manakala 6 bulan ke atas harus disukat kuantiti pelletnya bergantung kepada berat dan usia arnab. Timothy hay baik untuk arnab 6 bulan ke atas sebagai makanan ruji iaitu pemberian tanpa had, baik di siang hari atau malam hari. Manakala alfalfa hay baik untuk anak arnab bawah 5 bulan dan untuk induk yang mengandung serta menyusukan anak. Hal ini kerana alfalfa mengandungi kandungan protein yang baik untuk tumbesaran. Sayursayuran basah dan buah-buahan boleh diberikan sebagai treat kepada arnab anda, tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Waktu malam adalah waktu paling aktif bagi arnab, maka arnab akan makan lebih banyak diwaktu malam. Jadi jangan lupa untuk sediakan makanan yang secukupnya dan bekalkan air bersih yang ditukarkan setiap hari.

2) Bersihkan sangkar arnab dengan kerap. Sangkar yang kotor bukan sahaja akan mengundang bakteria, fungus dan juga makhluk perosak serta mampu membahayakan kesihatan arnab, malahan diri anda juga.

3) Beri perhatian kepada arnab anda setiap hari. Bermainlah dan luangkan masa dengan arnab anda sekurang-kurangnya sekali sehari agar arnab anda rasa disayangi. Jika anda merancang untuk melancong atau ke mana-mana sahaja, pastikan ada individu yang boleh membantu anda untuk menjaga arnab anda.

4) Sediakan permainan untuk arnab anda. Tidak perlu barangan mahal, cukuplah sekadar role tisu yang sudah tidak digunakan, mahupun loceng dan biarkan arnab anda bermain bersama barangan tersebut. Pastinya keletah arnab akan mengundang senyum dibibir anda.

5) Lakukan pemeriksaan kesihatan di klinik haiwan. Rutin pemeriksaan arnab ke klinik haiwan harus dilakukan, seminimumnya adalah 6 bulan sekali. Hal ini bagi memastikan arnab diberi imunisasi merentang penyakit bahaya seperti kurap dan cacing.

6) Lepaskan arnab anda dihalaman yang bebas makhluk perosak. Pastikan arnab dibiar lepas bebas dikawasan yang tidak terdapat haiwan pemangsa dan makhluk perosak seperti kutiu mahupun cacing.

7) Sediakan ruang sangkar yang selesa bagi arnab anda. Jangan letakkan arnab dalam sangkar yang terlalu kecil mahupun terlalu banyak bilangan arnab dalam satu-satu sangkar. Pastikan arnab diletakkan seekor sahaja dalam setiap sangkar bagi memudahkan tugas memantau kesihatan dan proses mengawan arnab anda.

8) Arnab tidak perlu mandi. Lumrahnya, seperti haiwan lain arnab akan membersihkan diri sendiri. Namun jika arnab didapati terlalu kotor, cukuplah sekadar menggunakan dry shampoo iaitu shampoo arnab tanpa bilas. Ditakuti jika arnab yang tidak biasa dimandikan akan mati secara tiba-tiba kerana terkejut dengan perubahan suhu badan.

9) Pegang arnab dengan cara yang betul. Jangan pegang arnab dengan mengangkat kedua-dua telinganya sahaja kerana dibahagian telinga arnab terdapat jutaan saraf yang dikhuatiri jika tersalah pegang akan membahayakan arnab anda. Genggam kulit belakang badan arnab dan tampung badan arnab dengan sebelah tangan lagi atau peluk arnab macam peluk kucing (itu pun kalau arnab anda tidak menendang dan mencakar).

CARA-CARA JINAKKAN ARNAB

Arnab merupakan sejenis haiwan yang aktif dan agak agresif jika tidak kena pada tempatnya. Sementelah kini semakin ramai individu yang memelihara arnab, pastinya ada antara mereka yang berdepan dengan masalah arnab yang agresif mahupun sukar untuk dibelai. Hal ini bergantung kepada pelbagai faktor. Antaranya ialah faktor baka (kalau netherland dwarf memang aktif sebab salasilahnya daripada arnab liar), hormon (arnab bunting memang agak agresif), persekitaran (rasa terancam dan tidak selamat) dan pelbagai lagi.

bukan mudah nak grooming arnab kalau agresif, silap hari bulan calar-balar tangan dibuatnya..

antara contoh arnab yang jinak, boleh dibelai tanpa melarikan diri dan tidak bertindak agresif dengan menggigit dan mencakar tangan

Walaupun sedemikian, jangan risau arnab kesayangan kita masih boleh dijinakkan. Berikut merupakan antara langkah mudah untuk menjinakkan arnab anda :

1) Kerap luangkan masa bersama arnab anda. Lepaskan arnab anda bebas beriadah dan bermain serta belailah arnab tersebut. Jika kita sentiasa meluangkan masa bersama arnab-arnab tersebut, pastinya arnab tersebut akan menjadi terbiasa dengan kehadiran kita dan tidak berasa terancam jika kita memegang mereka.

2) Pegang arnab dengan cara yang betul. Sentiasa mengangkat arnab anda dengan cara yang betul iaitu memeluk badannya seperti kucing atau pun genggam kulit belakang badan arnab dan tampung punggung arnab dengan tangan lagi sebelah. Ingat, jangan sesekali angkat arnab anda dengan menggenggam telinganya kerana telinga arnab merupakan bahagian arnab yang sensitif, bukan sahaja mengandungi

ribuan malahan jutaan urat saraf. Jika arnab berasa selesa dipegang kita, maka arnab tersebut akan merelakan dirinya diangkat oleh kita kelak.

3) Hadiahkan treats berupa ganjaran kepada arnab. Sekali-sekala ketika menjenguk arnab disangkar, hadiahkanlah mereka sepotong buah-buahan segar mahupun kering. Sambil mengusap bulu arnab, berikan mereka treats tersebut. Maka, arnab akan berasa seronok dengan perlakuan tersebut kerana mendapat ganjaran dan kelak akan ternanti-nanti kedatangan kita untuk membelainya lagi.

4) Letakkan sangkar arnab di tempat yang tenang dan bebas gangguan cuaca, pemangsa dan bunyi. Jika arnab berasa tidak selamat akan keadaan persekitarannya, maka arnab akan sentiasa berjaga-jaga dan akan menyerang sesiapa yang cuba menghampirinya (tak kisahlah orang mahupun arnab lain) untuk mempertahankan diri. Oleh itu, letakkan arnab anda ditempat tiada gangguan. Jika ada, mungkin arnab anda bukan sahaja bersifat defensif malahan turut boleh mengakibatkan kematian arnab yang stres dan terkejut itu.

CARA-CARA POTONG KUKU ARNAB

Sepertimana kebanyakkan haiwan peliharaan lain, arnab juga perlu di grooming agar kesihatan dan kecantikkannya kekal terpelihara. Tambahan pula, sebagai haiwan kesayangan daripada spesis yang menggorek tanah, kuku arnab akan sentiasa tumbuh memanjang. Jadi jika tidak dipotong, kuku arnab yang terlalu panjang akan menyebabkan kecederaan kepada manusia jika dicakar. Namun, sayasukaarnab sering mendengar rintihan sesetengah individu yang mengatakan, Takutlah potong kuku arnab. Takut kena cakar, Susahlah nak potong kuku arnab, saya tak tahu, dan Boleh ke potong kuku arnab? Arnab ok ke?. Oleh itu, sayasukaarnab ingin menunjukkan kepada semua cara-cara untuk memotong kuku arnab. Dalam entry terdahulu iaitu MARI MENCANTIKKAN ARNAB, saya sukaarnab telah meuar-uarkan kepada pencinta

arnab agar memotong kuku arnab supaya tidak luka apabila dicakar. Kini, tutorial melalui video akan lebih memudahkan semua untuk mempelajari cara-cara memotong kuku arnab dengan betul, mudah dan selamat. Selamat menonton.

Mudah bukan? Jadi tunggu apa lagi? Potonglah kuku arnab anda semua, agar arnab sihat, cantik dan kemas sentiasa. Selamat mencuba.

CARA-CARA MENYIKAT BULU ARNAB

Sememangnya di akui kerja-kerja menyikat bulu arnab adalah kerja yang paling kerap perlu dilakukan dalam aktiviti grooming arnab anda (terutamanya arnab yang memiliki bulu yang panjang). Cara-caranya :

1)

Sediakan arnab anda, helaian surat khabar dan penyikat bulu arnab atau kucing yang boleh dibeli dimana-mana pet shop. Saya memilih sikat dwi permukaan iaitu satu bahagian bergerigi halus dan rapat-rapat (untuk meleraikan kekusutan bulu), manakala

permukaan satu lagi memiliki gigi sikat yang lebih kasar (untuk menarik sisa-sisa bulu yang tertanggal).

fuyyoo Tyra jadi model (nasib arini kurang agresif..kalau tak, tukar model lain..hihi)

2)

Letakkan arnab anda di atas surat khabar yang sudah dibentangkan.

letakkan Tyra atas old news paper..

3) Ambil sikat, dan sikatlah bulu arnab anda dengan permukaan yang bergigi halus. Seterusnya ulang langkah ini dengan menggunkan permukaan bergigi kasar.

sikat guna sikat bergigi halus dan rapat..

diikuti dengan sikat berbulu kasar untuk menarik bulu-bulu yang berlebihan

4)

Hasilnya, bulu arnab kembali terurus (iklan syampoo ke? Hihi).

You might also like