You are on page 1of 2

Satu Malaysia membawa maksud satu bangsa yang bernaung di bawah satu bendera, berpegang pada satu prinsip

rukun negara dan melaungkan satu bahasa yang sekata. Ia menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan tembok kepentingan etnik dan kaum. Sekiranya ia berjaya dilaksanakan, kita boleh membayangkan hasil kesatuan hati semua warga Malaysia yang bakal mengubah suasana persekitaran kita menjadi lebih harmoni, aman dan sejahtera. Persoalannya, bagaimanakah wawasan ke arah Satu Malaysia ini mampu dicapai sedangkan masih wujud perasaan rasisme di kalangan kita. Rasisme (bahasa Inggeris:Racism) merupakan satu bentuk kepercayaan, sikap dan amalan yang mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri perkaumannya. Rasisme sangat berkaitan dengan perkauman dan juga semangat assabiyah. Walaupun, rasisme, perkauman dan assabiyah berbeza dari segi bahasa, namun fundamental atau prinsipnya tetap sama iaitu kehadirannya mampu memusnahkan fitrah kemanusian yang saling kasih mengasihani, sehingga boleh menyebabkan kehancuran sebuah negara. Sejarah banyak mengajar kita tentang erti kehidupan. Samada kita sedar atau tidak, rasisme, perkauman dan assabiyah telah menghasilkan titik hitam dalam kamus hidup rakyat Malaysia. Tragedi 13 Mei, rusuhan Kg. Medan telah menyebabkan berlakunya pertumpahan darah dan kerosakan harta benda apabila satu kaum itu menidakkan hak kaum yang lain. Sesetengah dari kita memandang assabiyah ini wujud di kalangan masyarakat antarbangsa sahaja . Sifat negatif ini sebenarnya telah sekian lama disemai oleh penjajah apabila mereka melaksanakan fahaman pecah dan perintah. Orang Melayu telah disusun di kampung-kampung sebagai petani, orang Cina di bandar sebagai peniaga dan orang India di estet-estet sebagai pekerja ladang. Hasilnya mereka tidak mampu bersatu dan mudah dimanipulasi. Walaupun pada hakikatnya, penjajah telah pulang ke negara asal mereka, sifat ini terus berkekalan apabila secara tidak langsung ibu bapa telah mengaplikasikannya dalam sistem rumah tangga mereka. Anak-anak yang berjaya diberikan layanan yang istimewa berbanding anak-anak yang lemah. Mewujudkan konsep Satu Malaysia bukanlah satu idea baru yang dicipta oleh pemerintah untuk memancing atau meraih perhatian rakyat. Ia merupakan satu kesinambungan daripada perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan terdahulu seperti Tun Sambathan, Tunku Abdul Rahman dan juga Tun Tan Cheng Lock yang bersatu menolak perkauman atau assabiyah bagi melahirkan sifat nasionalisme dalam menentang penjajah. Nasionalisme lebih menjuruskan kepada sifat memperjuangkan kesatuan bangsa tanpa melihat dari warna kulit, agama bahasa dan budaya. Hasilnya, ia akan melahirkan sifat cintakan negara (patriotisme) secara fitrah. Islam merupakan satu agama yang bersifat universal. Ia bukan milik orang Melayu ataupun bangsa-bangsa yang lain.. Ia mengajar umat manusia untuk saling mengenali dan secara jelas menolak rasisme, perkauman ataupun assabiyah. Allah berfirman di dalam Surah Al hujarat ayat 13, maksudnya : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuannya.

Firman di atas menjelaskan bahawa Allah yang menciptakan manusia ini dari pelbagai bangsa dan jantina untuk kebaikan manusia ciptaannya. Allah menyarankan agar kepelbagaian bangsa dan kaum ini harus diambil peluang untuk memperbanyakkan ilmu dan kefahaman, kepintaran dan mendalami erti kasih sayang sesama insan, semuanya atas konsep menang-menang `win win situation. Ummat ini dijadikan sedemikian untuk saling berkongsi budaya, ilmu dan kepakaran agar semakin mensyukuri dan menyayangi satu sama lain. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya kelainan kaum dan bangsa ini dijadikan asas permusuhan, saling mencurigai dan bunuh membunuh antara satu sama lain atas dasar apa yang masyhur dipanggil PERKAUMAN atau ASSOBIAH. Hasilnya adalah kehancuran, jauh sekali dari kesejahteraan. Kalau amalan sistem Islam, sepertimana yang Allah sarankan pada sudut takruf dan 1 MALAYSIA itu dikatakan membawa kesejahteraan, maka jelaslah apa yang dialamai oleh kebanyakan manusia di mukabumi atas sudut pandang perkauman sekarang ini adalah tidak Islam, itu termasuklah di kalangan mereka yang kononnya beragama Islam. Untuk itu, Nabi Muhammad telah membuktikan kebenaran ayat tadi dengan kejayaannya mempersatukan penduduk Madinah yang terdiri dari berbilang bangsa, agama dan kaum. Yahudi, Nasrani, Auz dan Khazraj, yang ditambah pula kedatangan Bani Hasyim, Kaum Quraish yang membentuk dua puak dipanggil Muhajirin (pendatang) dan Ansar (Bumiputera), semuanya (termasuk Arab Badui) boleh hidup aman damai. Perlaksanaan satu sistem Islam yang adil dan saksama, keluhuran pemerintahan baginda Rasulullah telah mampu menawan kaum bukan Islam bukan saja untuk sama-sama membangun MADINAH melalui sumbangan cukai yang dipanggil JIZYAH, malah mereka turut ikut berperang, mempertahankan Madinah dari serangan musuh. Namun, adakah perlaksanaan baginda menjadi tauladan dan pelajaran untuk kita?. Jangka hayat kemerdekaan kita genap memasuki angka yang ke 52 tahun. Wajah Malaysia terus menerima arus perubahan. Selami lubuk hati kita adakah kita sudah berubah seiring dengan zaman atau kita masih membiarkan jiwa kita diselaputi dengan sifat negatif itu. Bayangkanlah betapa luasnya bumi ciptaan Allah ini jika tidak disempadani dengan perkauman. Oleh itu, usaha pembentukan 1 MALAYSIA bagi kita adalah SUATU KEMESTIAN, kita tiada pilihan dan kami di PRIHATIN teramat menyokong. Inilah satu tindakan penting dan berani yang diluahkan dengan jujur oleh seorang Perdana Menteri yang mewarisi perjuangan ayahandanya yang juga seorang Bapa Perpaduan yang menyelamatkan Malaysia dari peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

You might also like