Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
6Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 2).docx

Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 2).docx

Ratings: (0)|Views: 1,280|Likes:
Published by Hazman Azhar
Sejarah Lisan di Malaysia
Sejarah Lisan di Malaysia

More info:

Published by: Hazman Azhar on Nov 09, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/29/2014

pdf

text

original

 
 
1
Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda
©
2013
BAB DUA: SEJARAH LISAN DI MALAYSIA 1. SUMBER LISAN SEBAGAI BAHAN SEJARAH TEMPATAN
 Penggunaan sumber lisan sebagai sumber sejarah di Malaysia masih dianggap baru dan masih belum diterima sepenuhnya sebagai satu kaedah penyelidikan sejarah. (Rahilah Omar, 2012)
 Menurut Mohd Amin Hassan (1974), ketika beliau menulis jurnalnya pada ketika itu, sejarah lisan dilihat masih setahun jagung dan baru bertapak di Malaysia pada ketika itu.
 Malah di peringkat dunia sekali pun, penggunaan sumber lisan hanya dimulakan oleh  Allan Navins di Amerika Syarikat pada tahun 1948.
 Hanya pada tahun 1960-an dan 1970-an bidang sejarah lisan berkembang pesat di United Kingdom akibat gerakan aliran
oralist
yang diketuai oleh Thomson dan rakan-rakannya.
 Di Malaysia, universiti-universiti tempatan telah mula menunjukkan kecenderungan terhadap sejarah lisan. Paling konsisten dan terkehadapan adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah menubuhkan Pusat Kajian Sejarah Lisan di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
 Sejarah lisan sebagai satu kursus yang ditawarkan di Universiti Kebangsaan Malaysia pula telah ditawarkan pada tahun 1981.
Bab ini berfokus kepada: 1.
 
Sumber lisan sebagai bahan sejarah tempatan; 2.
 
Kesukaran memperoleh bahan-bahan bertulis; 3.
 
Cerita yang benar-benar dilalui oleh individu dan kumpulan; 4.
 
Kekuatan sejarah lisan sebagai pengukuh kepada pelbagai bahan bertulis; 5.
 
Memperbanyakkan penulisan sejarah tempatan dalam pelbagai tema; 6.
 
Memperkaya tradisi sejarah
 
 
2
Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda
©
2013
 Selain itu, Persatuan Sejarah Lisan Malaysia turut ditubuhkan bagi menggerakkan perkembangan sejarah lisan di Malaysia.
 Penggunaan sumber lisan sebagai bahan sejarah tempatan di Malaysia juga semakin mendapat tempat. Antara projek sejarah lisan yang telah berjaya dilaksanakan di Malaysia termasuklah: 1. Projek golongan nasionalis kiri Melayu dan sejarah pergerakan Rejimen Kesepuluh Parti Komunis Malaya di Lubuk Kawah; 2. Projek peristiwa Memali; 3. Projek peristiwa di zaman Jepun dan pentadbiran BMA; 4. Projek 69 Komando; 5. Projek UMNO Negeri Sembilan; 6. Projek biografi tokoh
 Penggunaan sumber lisan sebagai sumber sejarah di negara ini dipelopori oleh
 Abdullah Munsyi melalui bukunya “Kisah Pelayaran Abdullah”. Melalui wawancara
beliau dengan masyarakat tempatan di negeri-negeri Pantai Timur, beliau kemudiannya menulis semula gambaran berkenaan masyarakat di Pantai Timur berdasarkan apa yang telah diberitahu kepadanya.
 Selain itu, jurnal-jurnal berkaitan sejarah yang ditulis oleh para pegawai British di Tanah Melayu juga cenderung untuk menggunakan keterangan lisan sebagai sumber sejarah mereka.
 Sebagai contoh, W.E. Maxwell ketika menulis mengenai sejarah negeri Perak turut mendapatkan maklumat daripada masyarakat Orang Asli di Perak.
 Selepas era pasca merdeka, usaha ke arah pendokumentasian sejarah lisan sebagai satu sumber sejarah hanya dimulakan secara serius apabila Arkib Negara Malaysia mengambil inisiatif menjalankan beberapa projek bagi mengisi bahagian  Arkib Perdana Menteri.
 
 
3
Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda
©
2013
2. KESUKARAN MEMPEROLEHI BAHAN BERTULIS
 Menurut Nadzan Haron (2012), penyelidik sejarah di Malaysia kini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sumber sejarah yang lengkap bagi kajian peristiwa sejarah yang berlaku terutamanya pada zaman sebelum kemerdekaan negara terutamanya disebabkan oleh beberapa faktor.
 Antaranya, masyarakat di Malaysia bukanlah masyarakat yang minat menulis. Kebanyakan rekod-rekod bertulis yang wujud di negara ini hanyalah rekod-rekod rasmi kerajaan dan rekod-rekod istana.
 Hal ini adalah berbeza dengan tradisi Bugis di Istana Johor-Riau yang menjadikan penulisan catatan harian sebagai satu tradisi para pembesar Bugis.
 Faktor kurangnya penulisan yang berbentuk catatan, diari harian atau surat-menyurat dalam kalangan masyarakat di Malaysia baik sebelum merdeka dan selepas merdeka dipengaruhi oleh banyak faktor. Antaranya: 1. Tidak menjadi suatu kebiasaan atau budaya masyarakat; 2. Kekangan waktu dan kesibukan harian; 3. Kurangnya kesedaran tentang kepentingan catatan sebagai rekod sejarah; 4. Perkembangan teknologi perhubungan
 Sedar atau tidak, perkembangan teknologi perhubungan terutamanya telefon telah membawa kesan negatif kepada sumber bertulis sebagai sumber sejarah di negara kita.
 Proses surat-menyurat telah dianggap ketinggalan zaman, lambat dan hanya digunakan untuk tujuan-tujuan rasmi sahaja.
 Hubungan dan komunikasi antara individu telah dipermudahkan menggunakan medium seperti telefon atau internet yang lebih pantas untuk perkara yang lebih mustahak.
 Akhirnya, banyak peristiwa atau perkara sejarah yang penting hanya kekal dalam memori ingatan pelaku
(actor)
 tanpa didokumentasikan secara bertulis.

Activity (6)

You've already reviewed this. Edit your review.
AznurAzral added this note
Terima kasih sebab sharing.. :)
AznurAzral liked this
1 thousand reads
bagus2.... tq
1 hundred reads

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->