You are on page 1of 7

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SK SEKSYEN 2 BANDAR KINRARA 1.

0 PENGENALAN

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform merupakan aktiviti pasukan badan beruniform yang disertai oleh semua pasukan unit beruniform SK Seksyen 2 Bandar Kinrara. Selari dengan perkembangan semasa yang mencabar, kecemerlangan seseorang pelajar bukan sahaja diukur dari sudut pencapaian akademik, bahkan para pelajar perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan, pekerti yang mulia dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi. Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan unit beruniform bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan dapat difahami dan dihayati sepanjang pelaksanaan program perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan diharap akan dapat membentuk sikap bekerjasama dalam satu pasukan dalam semua aktiviti yang dilaksanakan. 2.0 RASIONAL

Program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Sk Seksyen 2 Bandar Kinrara merupakan satu bentuk pendedahan awal kepada kepada murid-murid untuk menguasai kemahiran hidup berdikari dan meneruskan kelangsungan hidup di dalam hutan. Selain itu, murid juga akan mendapat peluang untuk mengaplikasikan teori yang telah mereka pelajari sepanjang sesi perjumpaan mingguan unit beruniform. 3.0 MATLAMAT

Memberi pendedahan awal dan pengalaman baharu kepada murid dalam usaha sekolah mengembangkan bakat dan potensi murid. 4.0 OBJEKTIF

Di akhir program, murid mampu untuk: 1. Melahirkan ahli yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. 2. Memberi pengalaman baharu yang berbeza daripada kehidupan seharian ahli. 3. Memupuk semangat kerjasama, berdikari dan serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta. 4. Menggalakkan integrasi nasional, memahami budaya dan kepercayaan yang pelbagai serta menghormati pegangan agama masing-masing. 5. Mengembangkan individu secara seimbang. 5.0 TEMA

Berdisiplin, Berdikari dan Berkredibiliti Pemangkin Kehidupan Cemerlang. 6.0 TARIKH

11 & 12 Oktober 2013 (Jumaat dan Sabtu)

7.0

TEMPAT

SK Seksyen 2 Bandar Kinrara 8.0 ANJURAN

Badan Unit Beruniform, Unit Kokurikulum Sk Seksyen 2 Bandar Kinrara, Puchong 9.0 i. ii. iii. iv. v. 10.0 PENGISIAN AKTIVITI Persembahan Kebudayaan Night Walk Pertandingan Kawad Kaki Pertandingan Gajet Pertandingan Memasak KUMPULAN SASARAN

Semua murid tahun 4,5 dan 6 11.0 JAWATANKUASA INDUK Pn. Rabiyah bt Fakir Mohd Guru Besar Pn. Azura bt Ali Penolong Kanan Kokurikulum En. Mohamed Salem b. Fazal Deen (PK 1) Pn. Asmahanim bt. Ahmad (PK HEM) Timbalan Komandan En. Nazri b. Adnan Bendahari Pn. Norrihan bt. Jalaluddin

Penasihat

Pengerusi

Naib Pengerusi

Komandan En. Mohd. Fadzli b. Mansor Setiausaha Cik Nur Atiqah bt Che Saad

12.0

JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL JAWATANKUASA NAMA AJK SKOP TUGASAN 1. Kem Komandan En. Mohd Fadzli b. i. Memberi taklimat mengenai peraturan Mansor perkhemahan dan perjalanan aktiviti. ii. Melantik seorang penghulu dan penghuluwati dalam kalangan peserta. iii. Melati penghulu dan penghuluwati membuat laporan aktiviti dan harian. iv. Memastikan peserta menepati masa dan menyertai setiap aktiviti yang dijalankan. v. Menentukan kawasan bagi setiap slot aktiviti.

2.

Jawatankuasa Pendaftaran Peserta

3.

Jawatankuasa Keselamatan Kebersihan

1. Pn. Azmazura bt (Pengakap) 2. Pn. Noor Aenszan bt Idris (PPIM) 3. Pn. Norhayati bt Hassan (Pandu Puteri) 4. (TKRS) 5. (PBSM) 1.

i. Mempromosikan penyertaan kepada murid mengikut unit uniform masingmasing. ii. Menerima dan mengumpul wang pendaftaran peserta. iii. Menyerahkan borang dan wang kutipan kepada bendahari setiap minggu.

dan

4. 6.

Jawatankuasa Penginapan Jawatankuasa Makanan

7.

Jawatankuasa Kerohanian

8.

Jawatankuasa Peralatan

10.

Jawatankuasa Fail dan Tanda Nama

i. Memastikan keselamatan setiap murid ketika pergi dan balik daripada perkhemahan. ii. Memastikan keselamatan setiap murid sepanjang perkhemahan. iii. Membuat jadual keselamatan berkala. iv. Menyediakan alat bantu kecemasan (First aid) v. Memastikan para peserta sentiasa menjaga kebersihan tempat tinggal dan persekitaran kem (dorm/khemah) vi. Menghantar peserta ke hospital sekiranya perlu. vii. Memberi rawatan kecemasan kepada peserta sekiranya perlu. i. Memastikan tempat penginapan murid selesa dan mencukupi. i. Menyediakan makan yang mencukupi kepada peserta dan guru sepanjang perkhemahan. ii. Memastikan makanan mencukupi untuk peserta. iii. Memastikan kebersihan tempat makan peserta. iv. Membuat jadual guru bertugas. i. Membuat jadual imam dan bilal setiap waktu solat. ii. Memastikan peserta solat berjamaah. iii.Memastikan peserta menepati masa hadir dan tatatertib semasa berada di dalam surau. iv. Menyediakan penceramah untuk kulian Maghrib dan Subuh. i. Menyenaraikan dan menyediakan peralatan yang diperlukan semasa perkhemahan. ii. Menyenaraikan perlatan yang perlu dibawa oleh murid. iii.Menyediakan peralatan yang diperlukan untuk semua pertandingan. i. Membeli fail, pensil, kertas dan tali lanyard.

12.

Jawatankuasa Riadah dan Senaman Jawatankuasa Hadiah Cenderahati

13.

dan

14.

Jawatankuasa Sijil

ii. Membuat tanda nama menggunakan plastik laminate. iii.Mendapatkan pamplet program daripada penyelaras. iv. Memasukkan semua bahan ke dalam fail. v. Mengagihkan fail kepada peserta. i. Merancang aktiviti riadah yang sesuai untuk peserta. ii. Memimpin peserta melakukan senaman. i. Menyediakan hadiah kepada para peserta. ii. Menyediakan cenderahati kepada jurulatih. i. Menyediakan sijil penyertaan untuk peserta dan sijil penghargaan kepada jurulatih, jemputan dan ajk. ii. Menyediakan sijil pencapaian kepada seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan terbaik. iii.Mendapatkan tandatangan Guru Besar. iv. Menyediakan sijil yang lengkap semasa majlis penutup. i. Merancang pelaksanaan majlis penutup. ii. Menyediakan tentatif dan buku program. iii. Menyediakan juruacara dan pembaca doa. iv. Menyediakan tempat majlis. v.Menghias pentas i. Merancang aktiviti malam kreatif. ii. Menentukan bahan yang diperlukan untuk kegunaan malam kreatif. iii.Menyediakan juruacara dan hakim. iv. Menyediakan tempat bagi acara malam kreatif. i. Mengambil gambar sepanjang aktiviti perkhemahan. ii. Membuat rakaman video untuk ditayangkan pada malam kreatif. iii.Membuat dokumentasi. iv. Menyediakan 4 salinan dokumentasi dan diserahkan kepada penyelaras (Cik Atiqah) i. Menyediakan dan mengedarkan surat siaran kepada ibu bapa peserta. ii. Mengedarkan borang kebenaran kepada murid. iii.Menyediakan pamplet aktiviti perkhemahan dan diserahkan kepada penyelaras 2 minggu sebelum perkhemahan dijalankan.

15.

Jawatankuasa Majlis Penutup

16.

Jawatankuasa Malam Kreatif

17.

Jawatankuasa Dokumentasi, multimedia Fotografi

dan

18.

Jawatankuasa Publisiti

19.

Jawatankuasa Pertandingan

iv.

13.0

TENTATIF PROGRAM

JUMAAT 11 OKTOBER 2013 MASA 3.00 p.m 4.00 p.m AKTIVITI Pendaftaran peserta Taklimat Keselamatan Perkhemahan Solat Asar Berjamaah Minum Petang Penempatan 5.30 p.m Latihan Persembahan 7.00 p.m Makan Malam Solat Maghrib Berjamaah Kuliah Maghrib Solat Isya Berjamaah 9.00 p.m Persembahan Kumpulan 10.30 p.m Minum Malam 11.00 p.m Night Walk 12.00 p.m Tidur SABTU 12 OKTOBER 2013 MASA 5.00 a.m AKTIVITI Persiapan Diri Solat Subuh Berjamaah Kuliah Subuh 7.00 a.m Malaysia Cergas Senaman Pagi 7.30 a.m Explorace 9.00 a.m Pertandingan: Kawad kaki Gajet Memasak 10.30 a.m Minum Pagi 12.30 p.m Makan Tengah Hari Solat Zohor Berjamaah 2.00 p.m Penyampaian Hadiah dan Majlis Penutup Sesi Fotografi 3.00 p.m Pulang ke Rumah CATATAN/TINDAKAN Kem Komandan JK Kerohanian Kem Komandan JK Riadah dan Senaman JK Riadah dan Senaman JK pertandingan dan JK Peralatan CATATAN/ TINDAKAN Penyelaras JK Kerohanian JK Makanan JK Penginapan Kem Komandan JK Makanan JK Kerohanian

JK Malam Kreatif JK Makanan Kem Komandan JK Keselamatan

JK Makanan JK Makanan JK Kerohanian JK Hadiah & Cenderamata JK Majlis penutup JK Sijil

14.0 14.1

BELANJAWAN ANGGARAN PENDAPATAN KUANTITI 80 x RM 125 JUMLAH JUMLAH (RM) 10000 1480 11480

BIL PERKARA 1. 2. Yuran Penyertaan Kokurikulum (Kerajaan)

14.2 BIL 1.

ANGGARAN PERBELANJAAN PERKARA Makanan KUANTITI JUMLAH (RM)

2. 3. 4. 5. 6.

Sijil Hadiah dan Cenderamata Bahan Masakan Kain Rentang Runcit JUMLAH

80 x RM 1

80

15.0

PENUTUP

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform diharapkan dapat menjana murid yang berdisiplin, berkeyakinan tinggi, mempunyai jati diri dan dapat bekerjasama di dalam satu pasukan. Di samping itu, para peserta juga diharap mempunyai kemahiran dalam ikhtiar hidup. Program ini merupakan salah satu aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan antara guru dengan murid SK Seksyen 2 Bandar Kinrara. Diharap melalui program ini, peserta akan dapat membina sahsiah yang baik sejajar dengan visi sekolah untuk melahirkan murid yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum dan bersahsiah mulia.

Disediakan Oleh: ................................... (NUR ATIQAH BT CHE SAAD) Penyelaras Program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 2013 SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

Disemak Oleh: ...................................... (PN. AZURA BT ALI) Penolong Kanan Ko-kurikulum SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

Disahkan Oleh: ............................................ (PN RABIYAH BT FAKIR MOHD) Guru Besar SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

You might also like