You are on page 1of 20

Cikgu Sarah

2013

SEJARAH KERTAS 3 ( Pengenalan ) SOALAN: 1 TEMA UMUM: MALAYSIA DAN KERJASAMA ANTARABANGSA Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau. Soalan: Jelaskan latar belakang penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau. Jawapan: Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara-negara yang berjiran antara satu sama lain. Sejak mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertai oleh Malaysia iaitu Persatuan Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961. Pertubuhan seterusnya ialah Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO) yang ditubuhkan pada tahun 1963. Seterusnya Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang ditubuhkan tahun 1967. Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik, ekonomi atau sosial. Soalan: ( Pengenalan ) Setiap pemimpin Malaysia mempunyai dasar luar negara yang berbeza kerana mengikut perkembangan semasa. Jelaskan peranan pemimpin negara kita dalam menentukan halatuju hubungan serantau yang diwujudkan. Jawapan: Dasar luar yang dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahap pertama adalah berbaik-baik dengan negara jiran. Ini disebabkan oleh timbulnya krisis dengan negara jiran seperti Konfrontasi dengan Indonesia, terputusnya hubungan dengan Filipina dan keluarnya Singapura daripada Malaysia. Untuk memelihara hubungan dengan negara jiran, Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) pada 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina. MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersamasama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Untuk mencapai matlamat tersebut, beberapa usaha telah dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau ZOPFAN bersama-sama dengan anggota negara ASEAN.

www.sarahcikgusejarah.blogspot.com

Page 1

Cikgu Sarah

2013

Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada 1976. Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran. Dasar luar Malaysia pada tahap ketiga telah mengekalkan dasar tahap kedua tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Kepentingan ini adalah berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan dalam usaha mencapai matlamat dasar tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis-krisis Vietnam dan Kampuchea. Soalan: ( Pengenalan ) Malaysia menjalankan dasar berbaik-baik dengan semua negara termasuk dengan negara serantau. Nyatakan matlamat dasar luar yang ingin dicapai oleh Malaysia. Jawapan: Antara matlamat dasar luar yang ingin dicapai oleh Malaysia melalui dasar luarnya ilah bagi menjamin keselamatan rakyat dan negara. Disamping itu ia juga bertujuan untuk memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi serta mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa. Selain itu, matlamat dasar luar Malaysia adalah untuk menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia. Penting; Pilih mana-mana yang sesuai dengan kehendak soalan no 1 iaitu Pengenalan. Jangan abil semua pilih satu sahaja Soalan 2 : Jelaskan mengapakah Malaysia menyertai pertubuhan-pertubuhan berikut : ( ITEM MEMAHAMI ) i. Persatuan Negara-negara Asia Tenggara

Jawapan : i. ASA

Malaysia telah menyertai pertubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara ( ASA ) setelah mencapai kemerdekaan kerana diancam hebat oleh pengaruh Komunis. Di Malaysia pergerakan PKM telah memainkan peranan penting dalam menyebarkan pengaruh fahaman komunis di kalangan rakyat. PKM telah diharamkan oleh kerajaan dan ini menyebabkan ahli-ahlinya melancarkan gerakan gerila bagi menjatuhkan kerajaan Malaysia. Di negara-negara Jiran, ancaman komunis juga hebat terutamanya di Thaliland yang bersempadan dengan Malaysia. PKM telah menggunakan sempadan Malaysia-Thailand sebagai pangkalan gerakan gerila mereka dan ini menyukarkan usaha kedua-dua buah negara untuk melemahkan dan seterusnya menghapuskan gerakan komunis, begitu juga dengan negara Filipina yang turut diancam oleh pengaruh Komunis. www.sarahcikgusejarah.blogspot.com Page 2

Cikgu Sarah

2013

Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran agar dapat membendung pengaruh dan gerakan PKM. Oleh itu Tunku Abdul Rahan telah mencadangkan penubuhan ASA. Pertubuhan ini diharapkan dapat melindungi negaranegara anggota daripada ancaman komunis dan juga menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial. Pada 31 Julai 1961, satu mesyuarat diadakan di Bangkok antara Malaysia dengan Thailand dan Filipina, hasilnya ASA telah ditubuhkan. Antara matlamat ASA ialah menjalinkan kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sains dan sosial. Matlamat ASA yang kedua adalah untuk memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi di kalangan negara anggota. Matlamat ASA yang terakhir ialah mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara-negara anggota. Walaubagaimanapun, matlamat tersebut tidak banyak dicapai kerana keadaan kerjasama yang erat. ASA juga dianggap sebagai sebuah antipemerintahan Presiden Soekarno di Indonesia. Kesangsian ini timbul kerana Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Britain sementara Thailand dan Filipina mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika Syarikat. Pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina tentang penubuhan persekutuan Malaysia telah membawa kepada pembubaran ASA pada tahun 1963. ii. MAPHILINDO

MAPHILINDO merupakan cantuman nama tiga buah negara iaitu Malaysia, Filipna dan Indonesia. Tujuan utama penubuhannya adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan MalaysiaIndonesia. Pertelingkahan yang timbul antara Malaysia dengan kedua-dua negara tersebut adalah disebabkan oleh cadangan pembentukan Malayisa. Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia kerana presiden Soekarno menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonialisme atau penjajahan bentuk baru. Tentagan Filipina pula adalah kerana negara tersebut menuntut Sabah yang didakwanya masih menjadi hak milik negara mereka. Bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, Malaysia telah mengambil langkah mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia. Rundingan ini akhirnya membawa kepada penubuhan MAPHLINDO. Ketiga-tiga negara ini telah mencapai kata sepakat memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia. PBB telah menghantar perwakilannya pada tahun 1963 yang diketuai oleh Lawrence V. Michael More untuk meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah. Hasilnya, Majoriti rakyat dikedua-dua negara negeri berkenaan bersetuju dan menyokong Pembentukan Malaysia Sungguhpun begitu Indonesia dan Filipina terus menentang pembentukan Malaysia. Persengketaan yang berterusan ini menyebabkan MAPHILINDO telah tidak berperanan lagi www.sarahcikgusejarah.blogspot.com Page 3

Cikgu Sarah

2013

iii.

ASEAN

Hasrat Malaysia untuk berbaik-baik dan mengadakan kerjasama dengan negaranegara jiran tetap diteruskan walaupun dua buah pertubuhan yang dibentuk sebelum ini iaitu ASA dan MAPHILINDO gagal dan tidak dapat bertahan lama. Usaha ini akhirnya berhasil dengan termeterainya Deklarasi Bangkok pada 8 ogos 1967 yang membawa kepada penubuhan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai ASEAN. Antara matlamat pembentukan ASEAN termasuklah mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan, meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian, memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan serta mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan dan pertubuhan serantau dan antarabangsa. Keanggotaan ASEAN pada ketika terdiri daripada lima buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura. Jumlah anggotanya bertambah menjadi sepuluh apabila kesemua negara di Asia Tenggara menjadi ahli. Negara-negara berkenaan ialah Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos dan Kampuchea. Negara Papua New Guinea telah dilantik sebagai pemerhati kerana negara ini terletak bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan di dalam Asia Tenggara. Soalan Tiga : Terangkan peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN Malaysia telah memainkan peranan yang penting di dalam pertubuhan ASEAN sesuai dengan matlamat penubuhannya sebagai satu asas yang kuat dalam menjalinkan kerjasama serantau. Jika dilihat dari awal penubuhannya hingga kini, banyak rancangan yang berjaya dilaksanakan demi kebaikan bersama. Dalam mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada bulan November 1971, satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota yang dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur. Mereka sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkcuali atau dikenali sebagai Zone of Peace Free and Neutrality (ZOPFAN). Tujuan utama ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik dirantau Asia Tenggara, tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau Timur bagi mengelakkan campurtangan kuasa-kuasa besar. Walaubagaimanapun konsep ZOPFAN ini teruji apabila Vietnam menceroboh Kampuchea pada tahun 1978 dan menjatuhkan kerajaan Khemer Rouge. ASEAN telah berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demoktarik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Noradom Sihanouk. Vietnam telah bersetuju dengan cadangan berkenaan dan mesyuarat ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982.

www.sarahcikgusejarah.blogspot.com

Page 4

Cikgu Sarah

2013

Dalam mesyuarat pada tahun 1948, Menteri-Menteri Luar ASEAN telah memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon bebas senjata Nuklear. Ini bermakna rantau ini tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear. Pengisytiharan ini menunjukkan kepada dunia akan komitmen negara-negara anggota ASEAN terhadap konsep ZOPFAN. Walaupun agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi, namun, perkembangan ke arah kerjasama ekonomi ini agak perlahan. Negara-negara ASEAN telah membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu, ( Sarawak ) serta Acheh di Indonesia. Kerjasama ekonomi ASEAN cuba difikirkan melalui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade Area ( AFTA ) yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun 1992. Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluaskan skop kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. Idea yang telah dikemukakan oleh Dato Seri Dr. Mahathir dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Temur atau East Asian Economic Caucus ( EAEC ) Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara-negara maju terutamanya Amerika Syarikat, Tetapi usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaja kerana kerjasama secara tidak rasmi tetap terus diadakan melalui konsep ASEAN + 3. Konsep ASEAN + 3 ini merujuk kepada kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara negara timur, iaitu China, Jepun dan Korea. Menteri-Menteri Luar negara-negara ini dijemput menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama yang ingin diwujudkan, Kerjasama lain yang dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN, Selain itu, pertukaran rancangan televisyen dan radio juga dijalankan. Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara melalui semangat kesukanan. Dalam bidang pelancongan kerjasama dijalankan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992. Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama serantau melalui dasar berbaik-baik dengan negara jiran. Ini jelas kelihatan melalui peranan Malaysia dalam pertubuhan ASA, MAPHILINDO dan ASEAN Soalan 4 : Pada pandangan anda, apakah faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan pertubuhan serantau? Faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara ialah dapat membendung pengaruh dan gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) melalui kerjasama negara-negara anggota. Selain daripada itu Malaysia dapat menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial. Negara kita juga dapat kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi dikalangan negara anggota. www.sarahcikgusejarah.blogspot.com Page 5

Cikgu Sarah

2013

Melalui pertubuhan ASA juga Malaysia dapat menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara. Faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam pertubuhan MAPHILINDO ialah dapat meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara negara Filipina dan Indonesia. Faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam pertubuhan ASEAN ialah Malaysia dapat mengekalkan keamanan apabila negara-negara ASEAN diinstiharkan sebagai Zon Aman, bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) kerana keamanan dan kestabilan politik rantau Asia Tenggara. Melalui pertubuhan ASEAN, ianya juga akan dapat mewujudkan satu jumlah pasaran yang luas kerana penduduknya ramai. Negara kita juga dapat mengembangkan industri secara tidak langsung dapat mengembangkan ekonomi. Disamping itu Malaysia juga dapat memperolehi faedah dalam bidang pendidikan melalui Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Negara Malaysia juga dapat mengadakan festival kebudayaan dan kesenian melalui pertukaran rancangan televisyen dan radio. Semangat kesukanan dapat merapatkan hubungan Malaysia dengan negara-negara serantau. Disamping itu sekor perlancongan berkembang melalui kerjasama pelancongan. Akhir sekali negara Malaysia dapat membendung pengaruh dan gerakan Parti Komunis Malaya (PKM). Contoh 2 : Soalan no 4. Sebagai warga global yang bertanggungjawab, bagaimanakah negara Malaysia boleh menumbang kepada kesejahteraan serantau? Jawapan : Sebagai warga global rakyat Malaysia perlu mengamalkan kehidupan bersatu padu dan mencintai keamanan. Setiap kaum mesti saling memahami dan bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah. Generasi muda Malaysia harus menghindari penyalah gunaan dadah dan menghormati hak asasi manusia. Sebagai warga negara Malaysia yang hebat mesti mematuhi undangundang negara serta menolak gejala negetif. Selain itu warganegara Malaysia juga mesti secara suka rela melibatkan diri dalam misi kemanusiaan dan menghormati hak asasi manusia global. Nilai-nilai kasih sayang mesti dipupuk oleh pemimpin bagi melahirkan generasi muda yang cintakan keamanan.

www.sarahcikgusejarah.blogspot.com

Page 6

Cikgu Sarah

2013

Generasi Malaysia juga berusaha untuk menghindari pencerobohan kedaulatan negaranegara lain. Setiap wargenegara juga berpegang kepada prinsip keadilan, sentiasa rasional dan menentang kezaliman. Kita juga perlu menghormati kedaulatan negara-negara lain serta mengutamakan rundingan jika menghadapi sebarang pemasalahan atau konflik dua negara. Seboleh-bolehnya negara Malaysia perlu mengelakkan peperangan dan sentiasa mengamalkan semangat setiakawan bersifat sejagat. Contoh 3 : Soalan no. 4 Sebagai wargenegara yang cintakan keamanan, nyatakan harapan anda kepada pemimpin supaya keamanan serantau berkekalan? Jawapan : Saya mengharapkan agar pengharaman penggunaan senjata nuklear dikalangan negaranegara maju dikuatkuasakan secara serta merta. Perlumbaan senjata nuklear dikalangan negara-negara maju dihentikan. Peperangan yang melibatkan kematian ramai nyawa yang tidak berdosa dihentikan dan kuasa-kuasa barat juga perlu mengelakkan peperangan tercetus. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu mengamalkan kehidupan bersatu padu dan mencintai keamanan. Setiap kaum mesti saling memahami dan bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah. Generasi muda Malaysia harus menghindari penyalah gunaan dadah dan menghormati hak asasi manusia. Sebagai warga negara Malaysia yang hebat mesti mematuhi undang-undang negara serta menolak gejala negetif. Selain itu warganegara Malaysia juga mesti secara suka rela melibatkan diri dalam misi kemanusiaan dan menghormati hak asasi manusia global. Nilainilai kasih sayang mesti dipupuk oleh pemimpin bagi melahirkan generasi muda yang cintakan keamanan. Generasi Malaysia juga berusaha untuk menghindari pencerobohan kedaulatan negara-negara lain. Setiap wargenegara juga berpegang kepada prinsip keadilan, sentiasa rasional dan menentang kezaliman. Kita juga perlu menghormati kedaulatan negara-negara lain serta mengutamakan rundingan jika menghadapi sebarang pemasalahan atau konflik dua negara. Seboleh-bolehnya negara Malaysia perlu mengelakkan peperangan dan sentiasa mengamalkan semangat setiakawan bersifat sejagat.

www.sarahcikgusejarah.blogspot.com

Page 7

Cikgu Sarah

2013

Contoh Soalan 5 : Jelaskan isu yang sering menggugat keharmonian hubungan baik dalam kalangan negara-negara serantau (10 m) Antara isu yang sering menggugat keharmonian hubungan baik dalam kalangan Negaranegara serantau ialah konflik wilayah Pulau Sipadan dan Ligitan. Isu ini merupakan satu isu yang telah berlanjutan dalam tempoh yang cukup lama.Malahan ICJ telah membuat keputusan mengenai isu ini dengan mengambil masa sekitar 41 tahun untuk menyelesaikannya. Selain itu, isu konflik antara Malaysia dengan Filipina tentang tuntutan ke atas Sabah. Isu ini telah dibawa ke ICJ untuk diselesaikan. Selain daripada isu tuntutan bertindih Pulau Batu Putih dengan Singapura, Malaysia juga berhadapan dengan pelbagai isu lain yang sering menggugat hubungan kedua-dua buah Negara seperti isu kastam,imigresen dan Kuarantin (CIQ) , Kereta api di Tanjung Pagar, Isu air dan isu Tambak Laut. Di samping itu, setiap tahun kita sering menghadapi masalah jerebu kesan daripada pembakaran terbuka di Kalimantan dan Sumatera untuk aktiviti pertanian.Oleh itu, rundingan perlu diadakan antara negara jiran untuk mengatasi masalah ini agar hubungan baik negara serantau dapat dikekalkan. Pendatang tanpa izin juga merupakan satu isu yang sering dihadapi oleh Negara. Ini berpunca daripada kemasukan pekerja asing tanpa permit dan menggunakan visa pelancong atau visa pelajar. Oleh itu , orangramai diharap dapat memberikan maklumat kepada pihak berkuasa tentang masalah ini Terangkan cabaran yang dihadapi oleh negara serantau dan bagaimana negara kita mengatasi cabaran tersebut. Antara cabaran yang dihadapi oleh Negara-negara serantau ialah persengketaan akibat salah faham dikalangan Negara anggota.Selain itu Malaysia terpaksa berkongsi kepentingan atau sempadan seperti pencerobohan nelayan asing dalam perairan Negara dan isu keselamatan maritime seperti tuntutan bertindih antara beberapa Negara jiran seperti di selat Melaka, diperairan Johor,diperairan Gugusan Semarang Peninju (spratlys ), diperantauan Sulawesi dan juga ancaman penyusupan melalui Laut sulu oleh kumpulan militant Abu Sayaf.Selain itu juga kemasukan pendatang asing tanpa izin untuk mencari peluang pekerjaan yang membawa kepada perkampungan haram. Negara serantau juga menghadapi masalah gejala rasuah,penyeludupan dadah,pemerdagangan manusia ,masalah kemiskinan dan masalah pengangguran.Cabaran seterusnya ialah nilai mata wang turun naik,teknologi atau kemudahan ICT terhad serta menghadapi persaingan dari Negaranegara maju danpeluang menembusi pasaran antarabangsa.

www.sarahcikgusejarah.blogspot.com

Page 8

Cikgu Sarah

2013

Antara langkah yang diambil oleh Malaysia untuk mengatasi cabaran diatasi ialah Negara meningkatkan keupayaan dalam aspek keselamatan dan juga pertahanan maritime bagi mengelakkan pencerobohan nelayan asing dalam perairan Malaysia.Langkah kedua, merealisasikan wawasan 2020 untuk melahirkan modal insane yang berkualiti. seterusnya menjayakan konsep 1 Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum. Seterusnya, peranan masyarakat penting dalam bersama-sama mengatasi gejala social seperti penyalahgunaan dadah dan pemerdagangan manusia.Malaysia telah mencadangkan isu Antartika sebagai warisan dunia,Dasar pandang Ke Timur,Pelaburan Imbal balik untuk meletakkan Malaysia setaraf dengan dunia lain.Untuk mengatasi masalah ekonomi terdapat kerjasama dalam bidang ekonomi seperti dalam bidang perkapalan dan penerbangan.Selain itu juga pertukaran maklumat, teknik kepakaran. Malaysia juga telah menggalakkan pelancongan untuk meningkatkan ekonomi Negara serta menggalakkan pelaburan syarikat asing ke Malaysia.Terdapat juga pertukaran tenaga pengajar dari Universiti Filipina dengan Universiti Malaya.Penubuhan ZOPFAN dan Perjanjian SEANWFZ untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang bebas dari nuclear.Akhir sekali Menguatkuasakan Undang-undang untuk mengekalkan keamanan dan kedaulatan Negara. CABARAN/ISU/MASALAH/HALANGAN/ANCAMAN YANG DIHADAPI OLEH MALAYSIA DALAM HUBUNGAN NEGARA SERANTAU Antara cabaran yang dihadapi Malaysia adalah pencerobohan wilayah. Contohnya pencerobohan di Lahad Datu oleh kumpulan minoriti Filipina. Selain itu, Malaysia juga menghadapi cabaran apabila ruang udara dicerobohi oleh Singapura untuk melakukan latihan penerbangan. Malah, telah berlakunya penyeludupan subsidi minyak secara besarbesaran di kawasan sempadan Malaysia Thailand. Hal ini, menyebabkan negara terpaksa menanggung kerugian yang banyak. Di samping itu, Malaysia turut berdepan dengan kebanjiran PATI dari negara-negara serantau misalnya kemasukan pembantu rumah asing dan buruh binaan dari Indonesia serta Filipina. Sehubungan dengan itu, sektor perburuhan di Malaysia telah dimonopoli oleh warga asing. Hal ini sekali gus telah merugikan negara kerana berlaku pengaliran keluar wang secara berleluasa. Sementelahan pula, aktiviti negara serantau seperti Singapura yang membuat tambakan laut berhampiran perairan negara telah menjadikan kawasan laut cetek, menghalang laluan kapal besar, menggugat mata pencarian nelayan serta menjejaskan aktiviti maritim negara. Malahan, isu lain yang turut mengancam keamanan negara adalah masalah sosial yang ditimbulkan oleh warga asing yang berhijrah ke sini. Contohnya, berleluasanya aktiviti jenayah. Isu pemerdagangan manusia turut menjadi ancaman besar kepada negara. Perbezaan pandangan ideologi turut menjadi satu isu besar. Contohnya Thailand terikat kuat dengan Amerika Syarikat, Filipina pula dianggap sebagai Ranting Asia Amerika Syarikat manakala Vietnam dikelompokkan sebagai National Communist. Selain itu, antara isu besar yang turut dihadapi oleh Malaysia adalah tekanan nasionalisme negara serantau kerana pertubuhan serantau masih lagi dipandang rendah oleh pertubuhan antarabangsa yang lain. Malah, dalam hubungan ekonomi dua hala antara Malaysia dengan www.sarahcikgusejarah.blogspot.com Page 9

Cikgu Sarah

2013

pertubuhan dunia, Negara Malaysia sering dikenakan syarat perdagangan yang tidak adil seperti cukai yang tinggi. Kedudukan Malaysia yang berhampiran dengan Negara serantau turut menimbulkan ancaman lanun kepada penduduk setempat. Di samping itu, penyeludupan beras, mercun dan senjata api dari Negara-negara jiran atau serantau terpaksa dihadapi oleh Malaysia. Pelbagai isu lain turut timbul seperti perebutan sempadan. Contoh isu perebutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura serta konflik Pulau Sipadan dan Ligitan di Sabah. Langkah-langkah Mengatasi Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk menyelesaikan isu yang sering menggugat hubungan baik dalam kalangan negara jiran ialah mengadakan rundingan diplomatik di antara ketua-ketua Negara. Selain itu, Pertubuhan ASEAN juga boleh memainkan peranan dengan mengadakan mesyuarat dikalangan Menteri. Dalam isu pemerdagangan manusia, kerjasama antara pihak polis dan pasukan keselamatan dalam kalangan Negara serantau direalisasikan. Contohnya gambar-gambar dan penjenayah di edar kepada pihak berkaitan. Berkaitan dengan isu pencerobohan Lahad Datu,peranan Kerajaan Filipina dengan tidak menyokong dan membantu kumpulan pengganas sangat dialu-alukan. Selain itu, isu pendatang asing tanpa izin dapat diselesaikan melalui rundingan antara Negara. Malaysia mengadakan rancangan Pemutihan dan peluang balik tanpa dikenakan tindakan. Malaysia juga menyerahkan isu tuntutan bertindih seperti isu Pulau Sipadan dan Pulau Batu Putih kepada Mahkamah Antarabangsa(ICJ) diselesaikan. Dalam isu alam sekitar iaitu isu jerebu, pasukan bomba Negara kita telah dihantar ke Indonesia untuk membantu usaha memadamkan kebakaran. Pada pendapat anda, mengapakah hubungan luar penting bagi sesebuah Negara? Hubungan luar amat penting kepada sesebuah negara kerana ia boleh meningkatkan eksport/import dari hubungan tersebut. Ia juga boleh menarik pelabur asing ke negara ini yang akan menambahkan lagi kepesatan ekonomi negara. Adanya hubungan luar sesebuah negara akan membolehkan pertukaran teknologi atau kepakaran dengan negara lain. Ia boleh membawa peningkatan kepakaran kerana negara yang menjalankan hubungan luar akan bantu membantu diantara satu negara dengan negara yang mempunyai hubungan luar. Hubungan luar juga boleh menjamin kita mengekalkan kedaulatan negara kerana negara kita tidak akan diancam oleh kuasa luar kerana kita menjalankan hubungan luar dengan semua negara. Contohnya negara kita yang menjalankan hubungan luar denga semua negara. Ia seterusnya akan menjamin kestabilan dan keamanan negara kita. www.sarahcikgusejarah.blogspot.com Page 10

Cikgu Sarah

2013

Dari segi ekonomi pula hubungan serantau atau luar ini membolehkan kita mejalinkan kerjasama yang erat dalam bidang ekonomi dan bidang-bidang lain bagi memanfaatkan kebaikan secara bersama. Hubungan luar atau hubungan serantau juga membolehkan wujudnya perdagangan dua hala antara negara. Contohnya Malaysia menjalankan hubungan serantau dengan Singapura dan Indonesia. Ia membolehkan wujudnya hubungan perdagangan antara dua negara tersebut dengan Malaysia, sudah mestinya ia membawa keuntungan dari segi ekonomi untuk kedua-dua buah negara. Sebarang masalah juga akan dapat diselesaikan melalui hubungan serantau atau hubungan dua hala antara negara yang terlibat. Campurtangan negara serantau jika terdapat masalah boleh membantu menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan, negara serantau yang lain boleh menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah atau pertikaian antara negara. Hubungan serantau atau hubungan luar juga penting kerana ia boleh menarik lebih ramai pelancong dari luar, serta dapat meningkatkan imej negara di mata dunia. Isi-isi lain yang boleh dimasudkan : Pada pandangan anda, mengapakah negara kita perlu terus menjalin hubungan baik dengan negara luar? Mengekalkan kestabilan politik / negara /serantau/dunia Meningkatkan kerjasama/kemajuan/ekonomi Meningkatkan kemajuan sains / teknologi Memastikan kemajuan negara berterusan Menarik kemasukan pelabur-pelabur asing Memajukan bidang perindustrian/peladangan negara Meluaskan pasaran eksport keluaran negara Mendapat pertukaran teknologi Membantu mengekalkan keamanan dunia sejagat Mengelakkan pergolakan/pergeseran/krisis antara negara-negara Mengekalkan persefahaman Meneruskan hubungan diplomatik Membina semangat setiakawan Membuka peluang pekerjaan www.sarahcikgusejarah.blogspot.com Page 11

Cikgu Sarah

2013

Membantu meningkatkan prasarana Menjalin kerjasama dalam bidang perubatan/kesihatan (Mana-mana jawapan yang munasabah) 6. Menjana idea (10 markah) Berikan cadangan anda untuk memastikan negara kita terus bergiat aktif dalam pertubuhan Serantau Cadangan untuk memastikan negara kita terus bergiat aktof dalam pertubuhan antarabangsa ialah dengan melahirkan pemimpin bersuara lantang di peringkat antarabangsa. Negara kita juga perlu menghantar bantuan kemanusiaan ke negara yang memerlukan seperti negara yang ditimpa bencana atau negara yang sedang menghadapi peperangan. Pemimpin negara kita juga perlu menjadi pemimpin atau mengetuai pertubuhanpertubuhan antarabangsa bagi meningkatkan imej negara di mata dunia. Bagi memastikan negara kita terus bergiat aktif dalam pertubuhan serantau, negara kita harus menjadi tuan rumah dalam persidangan antarabangsa. Negara kita juga perlu menganjurkan sukan di peringkat antarabangsa seperti SEA Game, dan lain-lain. Untuk memastikan negara kita terus bergiat aktif dalam pertubuhan serantau ialah dengan menyertai pameran bertaraf antarabangsa yang melibatkan penyertaan seluruh dunia dan yang mampu menarik ramai pengunjung. Negara kita juga perlu terlibat dalam pertandingan antrabangsa berkaitan dengan R & D bagi penjenamaan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Negara kita juga perlu menghasilkan penyelidikan, buku atau novel yang bertaraf antarabangsa yang melibatkan pasaran luar negara. Negara kita juga perlu menjadi perantara atau orang tengah kepada negara-negara yang sedang bergolak bagi memastikan negara kita terus bergiat aktif dalam pertubuhan serantau atau antarabangsa. Negara kita juga boleh menjadi pelopor hab halal dunia bagi memperkenalkan industry makanan halal daripada negara kita.

www.sarahcikgusejarah.blogspot.com

Page 12

Cikgu Sarah

2013

7. Menghayati nilai/iktibar/unsur patriotisme (10 markah) Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme hasil daripada hubungan dengan negara luar. Sifat hormat-menghormati, bertolak ansur dan kerjasama dengan negara luar boleh mendatangkan manfaat kepada negara kita. Di samping itu, sejarah perhubungan dengan negara luar dapat mempertingkatkan semangat cinta akan tanah air serta melahirkan masyarakat berharmoni dalam kalangan warganegara kita. Akhirnya rakyat kita akan menjadi masyarakat yang mementingkan budaya ilmu, mampu berdikaridan tabah menghadapi cabaran luar pada masa akan datang. Pemimpin yang berwibawa serta berwawasan akan berupaya mentransformasikan negara kita menjadi sebuah negara yang sentiasa disegani oleh masyarakat luar. 8. RUMUSAN (5 markah) Anda telah mengetahui banyak perkara berkaitan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Apakah manfaatnya hubungan tersebut kepada diri, masyarakat dan negara? Banyak pengetahuan yang saya dapati dari sejarah pertubuhan antarabangsa. Kita perlu berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi serta bijak menggunakan peluang sedia ada untuk memajukan negara sekiranya ingin berdaya saing dengan negara-negara maju yang lain. Selain itu, negara akan menjadi lebih kuat sekiranya rakyat bersatu padu dan bekerjasamamempertahankan kedaulatan negara. Negara memerlukan pemimpin yang cekap, berintegriti dan berwibawa serta pentadbiran yang sistematik untuk mencapai kejayaan yang lebih bermakna. SEBAB-SEBAB PERLUNYA KEPADA KERJASAMA SERANTAU Sebagai sebuah negara yang baru dibebaskan dari belenggu penjajahan dan menghirup angin kemerdekaan , negara-negara di Asia Tenggara menghadapi pelbagai masalah dalam mengatur dasar luar negara mereka. Ini menyebabkan timbulnya tekanan ke atas soal-soal menubuhkan satu pakatan kerjasama di rantau Asia Tenggara. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keadaan ini: a. Terdapatnya tekanan nasionalismanya sendiri agar negara yang baru merdeka itu mengambil mengambil peranan, mendapat tempat dan diterima sebagai setaraf dengan negara lain di dunia,

www.sarahcikgusejarah.blogspot.com

Page 13

Cikgu Sarah

2013

b. Kemampuan yang begitu terhad serta keadaan dalam negara yang serba kekurangan seperti keadaan politik yang tidak stabil, masyarakat yang terbahagi-bahagi dan ekonomi yang begitu lemah, c. Asia Tenggara merupakan satu rantau yang strategik tetapi paling lemah kerana berpecah-belah dan kucar-kacir. Pengalaman sejarah menunjukkan bahawa keadaan sedemikian memudahkan kuasa-kuasa besar dunia menjadikanya sebagai gelanggang pertelagahan. Dalam era Perang Dingin, Asia Tenggara menjadi salah satu tumpuan perebutan kuasa Barat dengan komunis. d. Negara-negara Asia Tenggara sedang menghadapi tugas-tugas besar dalam menegakkan perpaduan negara dan memperbaiki ekonomi yang masih berbentuk kolonial. Keadaan luar yang tidak stabil akan memberatkan lagi tugas-tugas ini. Di samping itu terdapat pelbagai gejala yang dapat mencetuskan pertikaian sesama sendiri terutama dalam soal-soal yang belum selesai hasil kolonialisma seperti isu sempadan negara, taburan ethnik dan semangat kedaerahan serta wujudnya perbezaan pandangan dan ideolgi setiap negara serantau. Burma dengan neutral-ssosialis, Thai- terikat kuat pada Amerika Syarikat, Indonesia militant-nationalist, Filipina dianggap sebagai ranting Asia Ameria Syarikat, Vietnam Utara, nationals / communist dan sebagainya.[3] Di atas kesedaran ini maka Malaysia sebagai sebuah negara yang terawal menyedari akan hakikat pentingnya kepada penubuhan kerjasama serantau ini membuat satu kesimpulan bahawa keselamatan negara-negara serantau di Asia Tenggara tidak akan terjamin selagi ianya masih hidup berpecah-belah dan membawa haluan masing-masing. Perpaduan adalah mesti untuk membangunn dengan lebih sempurna terutama dari terus bergantung pada kuasa-kuasa luar.

Kerjasama ini dapat dilihat dalam peringkat ASEAN dan dunia luar dalam aspek politik dan keselamatan, ekonomi dan sosial. Dalam peringkat kerjasama dalam ASEAN tujuannya adalah demi kepentingan pengukuhan ASEAN manakala kerjasama ASEAN dengan dunia luar adalah lebih berperanan dalam perdagangan antarabangsa atau lebih kepada kepentingan ekonomi. Dalam hal ini Malaysia telah mengatur langkah-langkah tertentu di arena politik antarabangsa . Oleh itu, penekanan diberikan kepada soal-soal menubuhkan pakatan kerjasama serantau, mengadakan satu jaminan keselamatan yang membolehkan tenaga ditumpukan ke arah penglibatan isu-isu politik dunia mengikut kemampuan dan kepentingan nasional dari semasa ke semasa. Dalam usaha membina dan mengukuhkan kerjasama serantau ini Malaysia tidak ketinggalan memainkan peranan dan penglibatan dalam beberapa isu di Asia Tenggara.

www.sarahcikgusejarah.blogspot.com

Page 14

Cikgu Sarah

2013

Kesimpulan: Sebagai sebuah negara yang berusaha mencapai status sebuah negara maju seperti yang diimpikan dalam Wawasan 2020, Malaysia giat mempertingkatkan usaha ke arah memperkukuhkan kerjasama serantaunya. Hal ini dapat dilihat melalui hubungan luar Malaysia. Dasar luar Malaysia adalah kesinambungan kepada dasar dalam negeri bertujuan menjaga dn mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan negara. Usaha-usaha Malaysia dalam pelbagai forum serantau dan antarabangsa telah berjaya menempatkan Malaysia di mata dunia malah peningkatan kesejahteraan ekonomi dan kestabilan politik membantu melonjakkan nama negara Malaysia. Di samping itu juga, Malaysia mampu menyuarakan pandangannya terhadap isuisu yang tidak dapat disuarakan oleh negara-negara membangun yang lain. Hal ini disebabkan kebimbangan sekatan yang bakal diambil oleh kuasa-kuasa besar sekiranya mereka bersuara. Malaysia mampu melakukan kerana negara kita tidak bergantung kepada bantuan kuasa luar sepenuhnya.

Malaysia berusaha meningkatkan kerjasama serantau supaya rantau ini lebih dinamik dan dapat menggalakkan perdagangan terbuka dan bebas. Justeru itu, Malaysia akan terus memupuk kerjasama ekonomi serantau bagi menjamin satu sistem perdagangan yang adil dan terbuka serta menambah jumlah perdagangan dan pelaburan di kalangan negara anggota ASEAN. Selaras dengan iltizam yang kuat terhadap kerjasama serantau ini, Malaysia akan terus melaksanakan perjanjian-perjanjian yang bertujuan memajukan kerjasama ekonomi, social dan kebudayaan. Sebagai negara yang berkongsi sempadan dengan hampir kesemua negara ASEAN, Malaysia mengambil bahagian secara aktif dalam Forum Serantau mengenai keselamatan iaitu membenateras kegiatan lanun, mencegah penyeludupan, pertikaian wilayah bagi memastikan kestabilan yang berterusan di rantau ini.

Malaysia memegang beberapa prinsip asas dalam hubungan luarnya. Anataranya adalah hormat-menghormati kedaulatan negara masing-masing dan kedaulatan wilayah, tidak campurtangan, penyelesaian secara aman, perhubungan dua hala yang menguntungkan dan keamanan bersama. Sesungguhnya dasar luar Malaysia yang jelas adalah dari segi pertahanan dan keselamatan, pembangunan dan perdagangan, kerjasama antarabangsa dan diplomasi. Malaysia amat menekankan usaha untuk meneruskan hubungan yang rapat dengan negara-negara jirannya. Setiap usaha iplomasi yang telah dilakukan adalah untuk memastikan hubungan dua hala Malaysia dengan jiran-jirannya tidak terjejas. Kesimpulannya adalah diharapkan Malaysia akan terus memainkan peranannya dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai sumbangannya ke arah mengekalkan keamanan rantau ini justeru ke arah keamanan sejagat.

www.sarahcikgusejarah.blogspot.com

Page 15

Cikgu Sarah

2013

Lain-Lain Cadangan isi Keanggotaan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan telah menjadi kepada kejayaan negara .Jelaskan kejayaan tersebut? Keamanan negara terjamin Kedaulatan negara terpelihara Perkembangan ekonomi Wujudnya pakatan ekonomi /EAEC/ ASEAN +3/ AFTA Menjadi rantau bebas daripada ancaman senjata nuklear Menjadi negara contoh dalam membanteras ancaman komunis Menjalin hubungan bilateral / multilateral Malaysia menjadi hab halal Mewujudkan pasaran bebas Berjaya membina Pusat Serantau Sains Matematik / RECSAM Tuan rumah Persidangan OIC Tawaran biasiswa kepada pelajar dari negara anggota OIC Menganjurkan persidangan anti keganasan dalam kalangan negara Islam Menubuhkan SITTDEC di Kuala Lumpur Menganjurkan sukan SEA (Mana-mana jawapan yang munasabah) pemangkin

Apakah cadangan anda untuk mengekalkan keamanan / kedaulatan /hubungan luar Memastikan hubungan baik dengan semua negara. Menjamin keselamatan rakyat Menjamin keamanan negara Memelihara kepentingan nasional Mengekalkan kedaulatan negara Menggalakkan pembangunan ekonomi Page 16

www.sarahcikgusejarah.blogspot.com

Cikgu Sarah

2013

Menggalakan kemajuan ekonomi Mewujudkan rasa cinta kepada negara Mengukuhkan kesetiaan kepada raja dan negara Mengamalkan sikap terbuka Mengekalkan hubungan diplomatik Mewujudkan perpaduan rakyat Mewujudkan kerjasama politik, ekonomi, sosial Memelihara sistem perundangan Menghormati perlembagaan negara Mengelakkan perlumbaan senjata Mewujudkan zon aman, bebas dan berkecuali Mewujudkan zon bebas nuklear Mewujudkan sistem pentadbiran mantap Mengekang budaya negatif Mengekang demonstrasi jalanan Memupuk kesejahteraan sejagat Menjalin hubungan dengan negara maju

Apakah cabaran untuk mengekalkan keamanan / kedaulatan /hubungan luar Ketidakstabilan politik Berlaku demontrasi jalanan Pemerintah tidak adil Politik berasaskan kaum Tiada kerjasama dalam masyarakat Tidak mematuhi undang-undang Tidak menghormati sistem demokrasi Keruntuhan akhlak/ gejala sosial / jenayah Page 17

www.sarahcikgusejarah.blogspot.com

Cikgu Sarah

2013

Tidak mengamalkan nilai-nilai murni Berlaku campurtangan pihak luar Amalan tradisi terpinggir Masyarakat tidak mengamalkan sikap tolak ansur Hubungan diplomatik yang renggang Tidak menghormati kedaulatan negara lain Wujudnya perlumbaan senjata api Ekonomi yang tidak stabil Berlaku amalan rasuah Masyarakat kurang semangat patriotisme [Mana-mana jawapan munasabah]

Apakah nilai-nilai murni/iktibar/pengajaran yang diperoleh melalui pengamalan dasar luar negara? Bijaksana merancang strategi Bekerjasama antara pemimpin dan rakyat Perundingan/musyawarah dalam membuat keputusan Berusaha dengan gigih Permuafakatan antara pemimpin negara Mengekalkan perpaduan kaum/bersatu padu Bekerjasama antara kaum Bertolak ansur antara satu sama lain Mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Tidak berputus asa dalam usaha mencapai kejayaan Tabah menghadapi cabaran Menanam semangat meneroka Rakyat / pemimpin yang berwawasan www.sarahcikgusejarah.blogspot.com Page 18

Cikgu Sarah

2013

Mengamalkan sikap berdikari Bersikap Inovatif dan kreatif dalam semua bidang yang diceburi Mengamalkan pemikiran terbuka dalam menyelesaikan masalah mengekalkan keamanan Menjalankan Pentadbiran teratur/sistematik (Mana-mana jawapan yang munasabah Dicadangkan membuat ayat yang lengkap

Malaysia terus memainkan peranan yang penting dalam hubungan dengan negara lain. Apakah pengetahuan yang anda peroleh daripada pelaksanaan dasar luar negara , iktibar kepada diri, bangsa dan negara serta harapan anda untuk masa depan Malaysia yang lebih gemilang. Pengetahuan l Langkah -langkah dinamis dan Strategi dasar luar penting bagi memastikan negara dapat terus bersaing dari segi politik , ekonomi dan sosial. l Perlu mengejar maklumat dan mengikuti perubahan semasa dalam mengejar kemajuan l Semangat dan daya saing rakyat negara penting untuk berjaya pada peringkat dunia

Iktibar pada diri/bangsa/negara Memperkaya ilmu berkaitan dasar luar Memiliki semangat patriotisme/ cinta akan negara Menanamkan jati diri Memperoleh idea baru untuk meningkatkan kemajuan negara Mempertahan kedaulatan negara Kerjasama penting untuk mencapai kejayaan Semangat meneroka dalam pelbagai bidang

www.sarahcikgusejarah.blogspot.com

Page 19

Cikgu Sarah

2013

Harapan Mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara lain Keamanan dunia bertambah baik Berkongsi kepakaran dalam semua bidang Malaysia menjadi negara maju / makmur Taraf kehidupan rakyat meningkat Pentadbiran negara mendapat pengiktirafan dunia Mengukuhkan identiti negara dan bangsa Malaysia (Mana-mana jawapan yang munasabah) [cadangan supaya pelajar mengambil juga maklumat daripada bahagian rumusan]

www.sarahcikgusejarah.blogspot.com

Page 20

You might also like