You are on page 1of 36

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan

oleh sejarawan. Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut: 1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China. .

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat

di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu. 3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata malo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi. 4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

Asal Usul Bangsa Melayu


Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di

Yunan. Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi) Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera

Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro


Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-

kira 1500 Sebelum Massihi. Keturunannya orang Melayu di Malaysia Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto. Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto

Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia

Tenggara. Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan TibetChina (rujuk carta alir di atas). Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Lau

Perkembangan Bahasa Melayu


Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa

Melayu kepada tiga tahap utama iaitu: Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno


Merupakan keluarga bahasa Nusantara Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13

pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh

luar. Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa. Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:


Pengaruh agama Hindu Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan

dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi. Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke

7 yang ditulis dengan huruf Pallawa: Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M) Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M) Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli,

Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri. Ciri-ciri bahasa Melayu kuno: Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit Susunan ayat bersifat Melayu Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan wulan) bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan) Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas) Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat) Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta) Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semuasamuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu

Klasik Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke13. Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)


ditulis dalam huruf India mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris

sajakm Sanskrit. bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)


masih memakai abjad India buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata

Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-

1387) ditulis dalam tulisan Jawi membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik


Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga

zaman penting: Zaman kerajaan Melaka Zaman kerajaab Acheh Zaman kerajaan Johor-Riau Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik: ayat: panjang, berulang, berbelit-belit. banyak ayat pasif menggunakan bahasa istana kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih) banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun. ayat songsang banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

Bahasa Melayu Moden Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai

permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan..

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan,

Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara

Perubahan Aksara Penulisan Bahasa Melayu Sehingga Kini


Penulisan bahasa Melayu telah mengalami beberapa

perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti. Tulisan yang mula dipakai adalah tulisan Pallava yang berasal dari India. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Oleh itu, timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut: Tulisan Rencong. Tulisan Pallava. Tulisan Kawi. Tulisan Jawi Tulisan Rumi

Tulisan Rencong
Tulisan Rencong (rncong), ialah sistem tulisan yang

terbit daripada Pallava dan Kawi, yang akhirnya berasal daripada tulisan Brahmi. Huruf Rencong iaitu huruf Melayu tua banyak digunakan di Sumatera Selatan (Bangkahulu dan hulu Palembang) dan Minangkabau. Huruf ini kekal hingga kurun ke-18 iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia. Huruf yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba ialah huruf yang tertua iaitu menyerupai seperti bentuk huruf-huruf Rencong atau Rencang, Kawi dan Lampung. Kajian menunjukkan bahawa huruf-huruf tersebut ada kaitan dengan huruf-huruf orang-orang Kambojas pada zaman purba.

Dengan menggunakan huruf-huruf Kawi, Pallava dan

Rencong, orang-orang Melayu kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada batu-batu (batu bersurat). Tulisan kuno ini telah dijumpai pada tahun 1892 di sebatang tiang batu di Kota Kapur (Bangka Barat). Terdapat banyak versi tulisan Rencong, masingmasing berasal dari kawasan-kawasan yang berlainan di Sumatera dan Sulawesi

Carta Tulisan Pallava

Tulisan Pallava ialah suatu sistem tulisan abjad suku kata (abugida) yang berasal daripada tulisan Brahmi dari Selatan India. Tulisan ini juga dikenali sebagai Vatteluttu atau "tulisan bulat".

Carta Tulisan Pallava (Macam Tulisan Tamil)

Tulisan Kawi
Tulisan kawi (juga dinamakan "tulisan Jawa Kuno") ialah sistem tulisan terawal di Kepulauan Melayu. Ia telah wujud dalam kurun ke-8 M. Tulisan kawi digunakan untuk menulis dalam bahasa kawi yang dituturkan oleh orang Jawa ketika itu. Tulisan ini kemudiannya dibawa masuk ke kawasan-kawasan lain di sekitar Asia Tenggara dan bercambah menjadi sistem-sistem tulisan baru. Tulisan kawi asalnya adalah dari huruf Vangki (Wenggi) iaitu huruf orang-orang Pallava yang berasal dari Coromandel, India. Huruf Kawi ini lenyap pada tahun 1400 M. Dengan menggunakan huruf-huruf kawi, Pallava dan Rencong, orang-orang Melayu kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada batu-batu (batu bersurat).

Tulisan Jawi
Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu,

menunjukkan pengaruh Islam di Tanah Melayu. Tulisan Jawi ( ) adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia

Berikut adalah jadual bagi huruf-huruf dalam tulisan Jawi.[1]

Bentuk huruf Nama Tunggal Awal kata Tengah kata Akhir kata Padanan Rumi

alif ba ta sa jim ha ca kha dal zal

s, (th)

h, ()

kh

z, (dh)

ra zai sin syin sad dad ta za ain ghain nga fa

sy

)s, (

)d, (

)t, (

)z, (

)( awal: a, i, u; akhir: k,

gh

ng

pa qaf kaf ga lam mim nun wau va ha ya ye

k, q, (q)

w, u, o

y, i, e taling

e pepet hujung

nya hamzah ta marbutah

ny

awal: gugur; akhir: k, ()

t, h, ()

Catatan: Latar belakang berwarna merah jambu menunjukkan huruf yang

unik dalam tulisan Jawi dan tiada dalam tulisan Arab. Huruf di dalam kurungan ialah padanan untuk transliterasi. Huruf diperkenalkan pada tahun 1983 untuk mewakili huruf v. Huruf imbuhan, iaitu hamzah yang berada 3/4 dari garis asas diperkenalkan pada tahun 1983. Ia digunakan pada perkataan berimbuhan seperti . Namun, tiada fon dewasa ini yang mempunyai kemampuan untuk memaparkan huruf pada kedudukan yang betul. Kebanyakan pengguna menggunakan kaedah superskrip untuk mengubah kedudukan

Abjad Rumi
Abjad Rumi, juga dipanggil abjad Latin, merupakan

sistem tulisan abjad yang paling meluas digunakan di dunia hari ini. Rumi berasal dari perkataan dalam bahasa Arab, Rumiyah ( )yang bermaksud empayar Rom, huruf latin dipanggil abjad rumi kerana ianya digunakan oleh empayar Rom pada ketika itu. Abjad Rumi asas mengandungi 26 huruf[1], iaitu dari A hingga Z. Ia digunakan, dengan sedikit pengubahsuaian, untuk hampir semua bahasa Eropah (kecuali beberapa negara Eropah Timur), Amerika, Afrika sub-Sahara dan Kepulauan Pasifik.

Abjad Rumi Klasik

Huruf

B b

C c

D d

G g

H h

Nama

ef

Sebutan (IPA)

/a/

/be/

/ke/

/de/

/e/

/ef/

/ge/

/ha/

Huruf

K k

P p

Q q

Nama

el

em

en

Sebutan (IPA)

/i/

/ka/

/el/

/em/

/en/

/o/

/pe/

/ku/

Huruf

T t

Y Graeca

Z zta

Nama

er

es

ex

Sebutan (IPA)

/er/

/es/

/te/

/u/

/eks/

/i graika/

/zeta/

You might also like