Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Teknologi Instruksional.pdf

Teknologi Instruksional.pdf

Ratings: (0)|Views: 19 |Likes:
teknologi pendidikan
teknologi pendidikan

More info:

Published by: Shahril Affandi Mat Yusof on Nov 11, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/24/2014

pdf

text

original

 
Teknologi Instruksional
Harapan dan cabaran berkaitan pengintegrasian teknologi instruksional ke dalam pendidikan di sekolah-sekolah negara ini.
  ________________________________________________________________
Pengenalan
 Pendidikan amat penting kepada rakyat di negara kita. Kepentingannya seiring dengan pembangunan negara. Perlu kita sedar, pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana membangunkan generasi alaf baru. Generasi abad ke-21. Generasi yang bertunjangkan kepada sistem maklumat. Persoalannya, mampu kah atau bersedia kah teknologi diintegrasikan ke dalam teknologi instruksional? Bagaimanakah penerimaan guru, murid, pihak pengurusan sekolah atau ibu bapa ? Adakah mereka sanggup menyediakan minda dan diri mereka untuk berubah? Patut kah teknologi diperbanyakkan di sekolah-sekolah negara kita dengan mengabaikan proses instruksional kepada teknologi yang digunakan? Atau menganggap proses instruksional akan datang dengan sendirinya apabila guru menggunakan sesuatu teknologi tersebut? Selalu kah kita berfikir teknologi itu adalah mesin dan mesin itu adalah teknologi? Jika benar,apa itu teknologi instruksional?
Definisi Teknologi Instruksional
 Sebelum pergi lebih jauh adalah lebih baik diterangkan maksud teknologi instruksional. Menurut Seels & Richey, (1994,), teknologi instruksional bermaksud, perihal berkaitan teori, amalan reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian terhadap proses dan sumber pembelajaran. Mengikut Finn (1960), pula, “instructional technology should be viewed as a way of looking at instructional problems and examining feasible solutions to those problems”. Lumsdaine, (1964), mendefinisikan teknologi instruksional sebagai, “Instructional technology could be thought of as the application of science to instructional practices”. DAVI, (1963) pula mengatakan, “Instructional technology is the design and use of messages which control the learning process. It implies systematic design of planning, production, selection, utilization and management”. Jelas, dari keterangan di atas teknologi instruksional berkaitan dengan proses dalam amalan reka bentuk pengajaran yang bersistematik. Ini bertujuan membolehkan murid-murid menjadi faham apa yang mereka belajar.
Amalan penggunaan teknologi di kelas
 
 Penggunaan teknologi di kelas sudah pun bermula sekitar tahun 1920-an di Malaysia. Ketika itu guru-guru pelatih SITC (Sultan Idris Training College), Tanjung Malim, Perak diajar cara-cara membina dan menggunakan alat pandang seperti kad gambar, carta, peta, model dan bahan-bahan terbuang (sumber: Kitab Pedoman Guru, Dussek dan Mohd Hashim Talib, 1929, Kitab Pertolongan Ilmu Mengajar, Terjemahan Abd Aziz bin Din, 1948). Mengikut Yusup Hashim, (2002,h.236), penggunaan teknologi dalam teknologi pendidikan di Malaysia dibahagikan kepada tiga zaman iaitu: 1. Zaman pra dan pos merdeka : perkembangan bahan visual dan 1949 – 1971 pandang dengar 2. Zaman 1972 – 1979 : Pengaruh media komunikasi – radio dan TV pendidikan 3. Zaman 1980 – 1990 : Perkembangan pengajaran berasaskan sumber dan pendidikan komputer Pada zaman pra dan pos merdeka, papan hitam, papan flanel, papan kenyataan dan papan magnet digunakan sebagai bahan utama pengajaran visual manakala papan batu dan bahan bercetak sebagai bahan pembelajaran. Sekitar tahun 1950-an, teknologi ini berkembang lagi penggunaannya (dalam kelas) kepada alat pandang dan dengar seperti siaran radio dan rakaman audio. Zaman 1972-1979, pengaruh media komunikasi (TV dan radio pendidikan) mula berkembang. Media ini digunakan untuk membantu guru dalam pengajaran di kelas. Perubahan perkembangan ini berlaku lagi sekitar zaman 1980-an. Zaman yang mula mengecilkan peranan guru, iaitu pengajaran berpusatkan murid. Ini dapat diterjemahkan dalam kurikulum baru yang diberi nama Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR,1983) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM,1987). Kurikulum ini lebih mengutamakan sumber atau media pengajaran dan literasi komputer. Pengajaran pula dikehendaki dirancang secara sistematik dan mampu mengintegrasikan bahan atau sumber dalam pengajaran guru. Perkembangan literasi komputer berkembang kepada perkembangan teknologi multimedia dan mula dilaksanakan di sekolah sekitar tahun 1990-an. Dari sinilah banyak perisian-perisian kursus pendidikan untuk guru dan pelajar dibangunkan. Komputer juga banyak dibekalkan ke sekolah-sekolah seluruh negara. Mengikut data Kementerian Pelajaran Malaysia,(2006), bilangan sekolah rendah sehingga 2006 adalah sebanyak 7,613 buah sekolah (bilangan guru sekolah rendah: 1,191, 394 orang) manakala sekolah menengah adalah sebanyak 2,045 buah sekolah(bilangan guru sekolah menengah: 137, 730 orang) dan 88 buah sekolah Bestari. Sebanyak 5,037 buah sekolah telah disediakan makmal komputer dan pembekalan komputer sebanyak 133,000 serta 4,700 pelayan, telah dihantar ke sekolah seluruh Malaysia.(PIPP,2006-2010,h.26).
 
Bermula 2006 Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina Pusat Akses Sekolah yang berkonsepkan ala “cyber cafe” supaya pelajar boleh belajar secara akses kendiri. Pembinaan pusat akses ini dilakukan secara berperingkat mengikut fasa dan kini berjumlah 4,489 buah sekolah dari fasa 1 hingga fasa 4 pelaksanaannya. Sebuah pusat akses dilengkapi dengan 10 buah komputer meja (desktop computer) untuk satu sekolah. Guru-guru Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris juga turut dibekalkan oleh kementerian, komputer riba. Ini bertujuan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas bagi melaksanakan program PPSMI (pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris).
CABARAN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL DALAM PENDIDIKAN ICT
 Di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, (2006-2010, PIPP), beberapa usaha telah dirangka oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan antaranya; • Projek Rintis Sekolah Bestari- pelaksanaannya menekankan penggunaan ICT sebagai pengupayaan pedagogi dan pengurusan sekolah. • School-Net - Projek penyediaan prasarana jalur lebar untuk capaian ke Internet di semua sekolah bagi tujuan mengatasi jurang digital. • Projek My School Net - Projek membudayakan penggunaan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran melalui pembangunan laman web yang menyediakan bahan sumber pendidikan untuk pelajar, guru dan pentadbir sekolah seperti modul pengajaran dan pembelajaran, perisian sukatan pelajaran, berita, forum dan program kolaboratif. • Makmal pengkomputeran • Pengajaran dan pembelajaran – Sekolah dibekalkan komputer riba & desktop, Sains dan Matematik dalam LCD, skrin,troli, TV dan pencetak untuk Bahasa Inggeris (PPSMI) memudahkan proses pengajaran & pembelajaran • TV pendidikan - Diwujudkan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah. • Mata pelajaran ICT - Antaranya literasi komputer, reka cipta, dan teknologi maklumat; diperkenalkan bertujuan untuk memupuk insan celik teknologi dan budaya kreatif. • Latihan ICT untuk guru - Diwujudkan untuk melatih guru supaya mahir dalam ICT. Sehingga 2005, seramai 200,000 guru dilatih dalam ICT. Sepintas lalu, penekanan dalam literasi komputer atau celik IT banyak ditekankan oleh Kementerian Pelajaran pada zaman ini. Zaman teknologi maklumat dan komunikasi. Begitu juga prasarana peralatan, banyak dibekalkan oleh Kementerian ke sekolah-sekolah. Persoalannya mahir kah guru-guru mengintegrasikan peralatan tersebut dalam pengajaran

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->