You are on page 1of 29

Buku Peraturan 2009

Bahasa Malaysia Version

Peraturan Peraturan PALS -Official Paintball Asia League Series(PALS)Rules (Version 1.0 April 2009) I. Infomasi Umum Laman web PAL Series www.palsevents.com memberikan sumber maklumat terkini tentang setiap acara paintball PAL Series. Maklumat terkini tentang setiap acara paintball PAL Series termasuk peraturan, yuran pendaftaran, hadiah pemenang, dan info setiap acara boleh didapati dari laman web tersebut. PAL Series akan menerbitkan maklumat bagi setiap pertandingan minimum 30 hari sebelum pertandingan bermula. Tempat pertandingan, termasuk petunjuk Dokumen Pendaftaran Dokumen Waiver Maklumat tentang penginapan

Mesyuarat Pengadil akan diadakan pada malam sebelum pertandingan bermula dan masa serta tempat pertemuan akan diterbitkan pada laman web PAL Series sekurangkurangnya seminggu sebelum pertandingan bermula. Tujuan untuk mesyuarat ini adalah untuk memastikan jadual, peraturan dan tugas diatur dan dilaksanakan dengan baik sebelum pelancaran pertandingan pada hari seterusnya. Mesyuarat Kapten dengan kehadiran wajib setiap ketua pasukan akan diadakan pada malam sebelum pertandingan bermula.Masa serta tempat pertemuan akan diterbitkan pada laman web PAL Series sekurang-kurangnya seminggu sebelum pertandingan bermula. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk memberikan maklumat kepada ketua yang mewakili pasukannya tentang organisasi, peraturan dan syarat-syarat umum semasa bertanding dalam pertandingan ini. Jadual lengkap untuk pusingan awal termasuk masa, tempat dan pasukan yang akan bertanding akan diterbitkan di laman web PAL Series dan maklumat ini juga akan diberi kepada setiap pasukan semasa pendaftaran mereka sebelum hari pertandingan. Semua padang permainan boleh ditinjau oleh setiap pasukan yang bertanding sekurangkurangnya 24 jam sebelum permainan pertama dimulai. Hanya individu yang disahkan oleh PAL Series akan dibenarkan untuk mengambil foto dan rakaman semasa pertandingan / acara PAL Series berlangsung. Setiap ahli media wajib untuk mendapat kelulusan daripada meja administrasi di lokasi acara tersebut diadakan dan jika diluluskan, ahli PAL Series akan memberikan pas media/akhbar kepada individu yang berkenaan.
1

Ahli media tidak dibenarkan melepasi garisan sempadan yang telah ditandakan oleh pihak PAL Series. Ahli media juga dinasihati supaya berkoperasi dengan ahli pengadil dan organisasi terutamanya semasa berada dalam padang permainan kerana kemungkinan yang boleh menganggu atau mempengaruhi permainan yang sedang berlangsung. Ahli media dibenarkan ke dalam kawasan lindungan jaring kecuali melepasi garisan sempadan yang dikenakan oleh ahli PAL Series demi menjamin keselamatan setiap individu. 1. Saiz Padang Dan Persyaratan 1.01 Padang permainan didefinisikan sebagai kawasan yang mempunyai permukaan yang rata untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya kecederaan kepada seorang pemain. Di samping itu, padang permainan ini juga dikelilingi oleh jaring keselamatan yang telah diluluskan oleh pihak yang berkenaan. - P7 : Sekurang-kurangnya 46x38 meter, 35 Perkakasan Bunkers - D2/D3/D4 : Sekurang-kurangnya 55x33 meter, 31 Perkakasan Bunkers Bunker-bunker akan ditempatkan dengan jarak minima 1.5 meter daripada garisan sempadan. Garisan sempadan kawasan permainan akan ditanda dengan jelas dan akan ditetapkan sekurang kurangnya 1.5 meter daripada jaring keselamatan. 1.02 Pangkalan bendera adalah sekurang-kurangnya 2 meter lebar dan akan diletakkan di bahagian tengah di garisan sempadan belakang. 1.03 Pemain dilarang mengubahsuai padang permainan pada bila masa sahaja. Pemain yang mencuba mengubahsuai aturan pandang dalam permainan akan mengakibatkan pemain tersebut disingkirkan dan digantung daripada mengambil bahagian dalam pertandingan yang sedang berlangsung. 2. Yuran Pendaftaran PALS 2.01 Yuran pendaftaran untuk setiap pertandingan mengikut divisi akan diumumkan pada laman web PAL Series. 2.02 Yuran pendaftaran perlu dibayar terdahulu kepada PAL Series mengikut tarikh akhir yang akan diterbitkan. Kegagalan untuk membayar (atau kegagalan untuk mengisi dan menyiapkan borang seperti maklumat yang diperlukan) boleh mengakibatkan penyertaan pasukan dikira tidak sah dan pasukan tersebut akan dikenakan denda. 3. Kad Pengenalan Pemain(Player ID Card) 3.01 Setiap pemain yang menyertai pertandingan wajib mempunyai Kad Pengenalan Pemain (I.D) yang sah dan mampu menghasilkan kad pengenalan permain mereka semasa berada di kawasan pertandingan.
2

Permain tidak akan dibenarkan bermain tanpa menunjukkan Kad Pengenalan Pemain (I.D) sebelum permainan bermula sekiranya diminta oleh pengadil. Hanya pemain yang mempunyai Kad Pengenalan Pemain yang sah dibenarkan ke kawasan Player Restricted Area. 3.02 Kad Pengenalan Pemain (I.D) boleh diterapkan daripada laman web PAL Series atau daripada tempat pertandingan. Harga untuk mendapatkan Kad Pengenalan Pemain (I.D) ini akan diterbitkan di laman web PAL Series. 3.03 Kad Pengenalan Pemain ini sah untuk satu tahun/musim mengikut kalendar acara dan pertandingan. 3.04 Kad Pengenalan Pemain mesti mempunyai nama pasukan yang sama dengan nama pasukan dimana pemain itu telah didaftar dalam barisan pemain(roster) untuk acara / pertandingan tersebut. 3.05 Sepanjang musim berlangsung, pemain tidak dibenarkan bertukar pasukan. Setelah didaftar dalam satu pasukan, pemain tersebut tidak dibenarkan bermain untuk pasukan lain. Pengecualian : Seorang pemain boleh beralih ke pasukan lain hanya jika diluluskan dengan persetujuan oleh pihak PALS. 3.06 Pemain yang mendaftar nama palsu akan digantung daripada menyertai sekurangkurangnya 3 pertandingan PAL Series. 4. Barisan Pemain(Roster) 4.01 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar hingga 15 pemain dalam satu musim pertandingan. Pasukan dalam Division 1 boleh melantik hingga 7 pemain dalam satu permainan manakala pemain dalam Division 2 , Division 3 dan Division 4 boleh melantik hingga 5 pemain dalam satu permainan. Pasukan dalam Division 1/2/3/4 boleh memiliki hingga 15 pemain dalam satu musim, 7 ahli dalam pendaftaran pertandingan, dan melantik 5 pemain aktif dalam satu permainan. 4.02 Setiap pemain hanya boleh berada didalam barisan pemain satu pasukan. 4.03 Semua pemain wajib dibenarkan dari segi undang undang untuk bermain didalam negara dimana pertandingan diadakan. 4.04 Pendaftaran barisan pemain akan diterima hanya selepas bayaran perdaftaran diterima dengan sepenuhnya. 4.05 Semua pasukan mesti menyerahkan barisan pemain(roster) semasa pendaftaran dan barisan pemain pasukan tidak boleh ditukar atau diubahsuaikan setelah pertandingan bermula.
3

4.06 Pemain yang telah digantung daripada bermain kerana telah melanggar peraturan pertandingan tidak dibenarkan bermain untuk pasukan yang lain. Sekiranya pemain itu didapati bermain dengan pasukan baru,pasukan yang terlibat akan disingkir dari pertandingan.. 5. Darjat(Rank) Dan Pertempatan(Seeding) Pasukan 5.01 Markah untuk darjat dan pertempatan pasukan Division 2, Division 3 dan Division 4 diberi mengikut format berikut. R = (Kedudukan Pasukan : Bilangan Pasukan Penyertaan) [(1-R) x 200] + 5 = Markah Pasukan akan mendapat markah pertempatan dalam musim yang berlangsung berdasarkan mata yang didapati secara keseluruhan mengikut mata yang dipungut oleh pasukan-pasukan yang terlibat. Markah pertempatan untuk pasukan dalam Division 1 diberi mengikut skema tersebut. (Sila rujuk laman web PALS) 5.02 Setiap pasukan akan ditempatkan berdasarkan kategori (Division I, II, III & IV) dan sebagainya. Untuk pertandingan pertama pada musim baru, setiap pasukan akan ditempatkan mengikut keputusan dan pertempatan berdasarkan musim yang terakhir. Untuk pasukan yang tidak mempunyai sebarang pertempatan atau mata peringkat, mereka akan ditempatkan mengikut turutan abjad nama pasukan mereka.tanpa mengira bandar, negeri, negara atau apa apa yurisdiksi yang lain yang terkandung didalam nama pasukan mereka. 5.03 Pasukan pasukan yang mengadil akan menerima hingga 200 markah. Markah ini akan diberikan asalkan pasukan-pasukan tersebut telah menepati syarat syarat serta kewajipan yang telah diberikan sama ada sebelum, sementara atau selepas acara / pertandingan diadakan. Pasukan tersebut akan dinilai oleh PALS Series Ref Manager. (Sekiranya pasukan pasukan diminta untuk menjadi pengadil) 6. Struktur Permainan 6.01 P7: Pasukan Div 1 akan bermain sekurang-kurangnya 4 permainan peringkat awal (Race to 3). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Format P7 di www.palsevent.com. Pasukan dalam Division 2 hingga 4 akan bermain sekurang-kurangnya 8 permainan peringkat awal. 6.02 Permainan biasa mempunyai jangka masa 10 minit untuk Division 1 dan 5 minit untuk Divisyen 2, Divisyen 3 dan Divisyen 4.

6.03 Peringkat Divisyen Pasukan Divisyen 1 akan bertanding dengan Pasukan Divisyen 1 sahaja. Pasukan Divisyen 2 akan bertanding dengan Pasukan Divisyen 2 dan Pasukan Divisyen3. Pasukan Divisyen 3 akan bertanding dengan Pasukan Divisyen 3 dan Pasukan Divisyen2. Pasukan Divisyen 4 akan bertanding dengan Pasukan Divisyen 4 dan Pasukan Divisyen3. *Pasukan dari satu divisyen hanya akan bermain dengan pasukan divisyen yang lain jika salah satu daripada kedua atau ketiga divisyen tersebut mempunyai masalah penyertaan. 6.04 Peringkat Kelayakan (Qualifying) Pasukan akan layak maju ke peringkat seterusnya mengikut struktur berikut : a) Untuk kelayakan mengikut Format P7, sila rujuk kepada www.palsevents.com. b) Untuk Pasukan Division 2 hingga 4, Pasukan akan layak ke peringkat seterusnya berdasarkan struktur berikut : -Jika terdapat kurang dari 12 pasukan dalam peringkat awal, peringkat suku akhir akan dibubarkan dan 4 pasukan yang terbaik akan maju ke peringkat separuh akhir secara automatik. -Jika terdapat lebih daripada 11 pasukan dalam peringkat awal, 8 pasukan yang terbaik akan layak bertanding dalam peringkat suku akhir dan 4 pasukan yang terbaik daripada peringkat suku akhir akan maju ke peringkat separuh akhir. -Jika terdapat lebih daripada 16 pasukan dalam peringkat awal, 12 pasukan terbaik akan maju ke peringkat kedua dan 8 pasukan yang terbaik akan layak bertanding dalam peringkat suku akhir dan 4 pasukan yang terbaik daripada peringkat suku akhir akan maju ke peringkat separuh akhir. -Jika terdapat lebih daripada 20 pasukan dalam peringkat awal, 16 pasukan terbaik akan maju ke peringkat kedua dan 8 pasukan yang terbaik akan layak bertanding dalam peringkat suku akhir dan 4 pasukan yang terbaik daripada peringkat suku akhir akan maju ke peringkat separuh akhir. a) Peringkat awal (preliminaries) : Minima 8 permainan peringkat awal b) Peringkat Kedua(Jika ada) : Semua pasukan akan dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada 4 pasukan mengikut posisi daripada keputusan peringkat awal. Setiap pasukan akan bertanding dengan semua pasukan dalam kumpulannya. Johan serta Naib Johan setiap kumpulan akan maju ke peringkat suku akhir yang terdiri daripada 8 pasukan.

-Jika terdapat 12 Pasukan di Peringkat Kedua, pasukan yang ketiga terbaik daripada semua kumpulan akan maju ke peringkat suku akhir. -12 Pasukan, Peringkat Kedua : Kumpulan A: Pasukan Berposisi 1,6,7,12 Kumpulan B: Pasukan Berposisi 2,5,6,8 Kumpulan C: Pasukan Berposisi 3,4,9,10

-16 Pasukan, Peringkat Kedua : Kumpulan A: Pasukan Berposisi 1,8,9,16 Kumpulan B: Pasukan Berposisi 2,7,10,15 Kumpulan C: Pasukan Berposisi 3,6,11,14 Kumpulan D: Pasukan Berposisi 4,5,12,13

c) Peringkat Suku Akhir : Semua pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan, 4 pasukan dalam satu kumpulan, mengikut posisi daripada keputusan peringkat kedua. Setiap pasukan akan bertanding dengan semua pasukan dalam kumpulannya dan Johan serta Naib Johan setiap kumpulan akan maju ke peringkat separuh akhir - Suku Akhir Kumpulan A : Pasukan Berposisi 1,4,5,8 - Suku Akhir Kumpulan B : Pasukan Berposisi 2,3,6,7

d) Peringkat Separuh Akhir : Format Best of 3 akan digunakan. Separuh Akhir A : Johan Suku Akhir Kumpulan A V Naib Johan Suku Akhir Kumpulan B Separuh Akhir B : Johan Suku Akhir Kumpulan B V Naib Johan Suku Akhir Kumpulan A e) Peringkat Akhir : Format Best of 3 akan digunakan. Johan Separuh Akhir A V Johan Separuh Akhir B untuk Johan dan Naib Johan Pertandingan Naib Johan Separuh Akhir A V Naib Johan Separuh Akhir B untuk posisi ketiga Pertandingan 6.05 Kedudukan setiap pasukan selepas permainan akan ditentukan berdasarkan jumlah markah yang telah dipungut selepas setiap pusingan dimain.Sekiranya ada pasukan pasukan yang terikat, provisi di Tiebreaker akan digunakan.
6

7. Pengadil 7.01 Setiap padang permainan akan mempunyai minima lapan Pengadil Padang(Field Referee) yang akan diketuai oleh seorang Ketua Pengadil(Head Referee). Semua pengadil padang serta ketua pengadil akan berada di bawah pengawasan langsung Pengurus Pengadil(Referee Manager). 7.02 Semua pengadil akan memakai pakaian putih hitam berbelang vertikal yang akan membezakan pengadil dari para pemain. 7.03 Hanya pengadil yang diberi kuasa oleh ketua pengadil dibenarkan membuat keputusan dalam padang permainan semasa pemainan sedang berlangsung. 7.04 Semua pengadil harus akrab dengan peraturan peraturan yang telah ditetapkan dan melaksanakan tugasnya sebagai pengadil dengan baik. Semua pengadil haruslah melaksanakan tugasnya dengan adil dan tidak mengamalkan sikap berat sebelah semasa menjalankan tugasnya. Jika salah satu pengadil yang ditemui telah bersikap bias dalam melaksanakan tugasnya, pengail tersebut akan digantung dari tugasnya dan tidak akan dibenarkan melibatkan diri dalam tugas yang seterusnya. Setiap kejadian yang berlaku juga akan disampaikan kepada PAL Series Referee Manager. 7.05 Para pengadil tidak dibenarkan memberi maklumat kepada mana mana pasukan selama permainan berlangsung, kecuali sehubungan dengan masalah keselamatan, peringatan, neutraliti dan penyingkiran. 7.06 Pengadil tidak akan melalui tindakan atau ketidaksedaran, sengaja memperlihatkan atau menyembunyikan lokasi atau tindakan pemain selama permainan sedang berlangsung. Pengadil juga tidak akan menganggu kemajuan permainan. 7.07 Pasukan pasukan pemain dipilih untuk mengadil yang gagal atau tidak melaksanakan tugasnya dengan baik akan dikenakan penalti. PAL Series Referee Manager berhak untuk mengenakan sanksi. Dia mempunyai kuasa untuk mengurangkan markah pasukan yang mengadil ke sifar. 7.08 Semua keputusan yang dibuat dalam padang permainan akan dipertimbangkan oleh Ketua Pengadil untuk padang berikut jika berlakunya apa apa bantahan daripada pemain. Semua keputusan yang dibuat dan diluluskan oleh Ketua Pengadil adalah muktamad dan tidak perlu dipertimbangkan lagi. Hanya Ketua Pengadil berhak untuk menukar keputusan tersebut. 8. Isyarat Tangan Pengadil 8.01 Disingkir(Eliminations) Pengadil akan memberi isyarat jika seorang pemain disingkirkan dengan meletakkan satu tangan di atas kepalanya dan menunjuk dengan satu lagi terhadap pemain yang disingkir. Pengadil juga boleh menyingkirkan seorang
7

permain dari permainan dengan menanggalkan gelung lengannya. (Jika digunakan) Pengadil tidak boleh memasuki pemain tersebut ke dalam permainan lagi selepas dia telah dikeluarkan. 8.02 Selamat / Bersih(Safe/Clean) Pengadil akan memberi isyarat sama ada pemain mempunyai apa apa tanda penyingkiran atau tidak dengan mengangkat tangan atau tualanya ke atas kepalanya dan bergerak dalam gerakan melingkar. 8.03 Neutral Pengadil akan memberi syarat neutral kepada pemain dengan menyentuhnya sambil menjerit neutral dan memegang lengan lainnya di atas kepalanya dan menunjukkan tangannya ke pasukan lawan dengan isyarat STOP!. Pengadil kemudian akan memeriksa dan membuat kesimpulan sama ada pemain itu masih aktif atau telah disingkirkan.. Keputusan neutral adalah hanya dengan kebijaksanaan pihak pengadil dan hanya akan dibuat dalam kasus-kasus ekstrim di mana amat sukar untuk memeriksa seorang pemain untuk mengetahui statusnya dalam permainan. 8.04 One-for-one, two-for-one or three-for-one penalty signal Pengadil akan menentukan penyingkiran seorang pemain yang telah melanggar peraturan. Kemudian, dia akan memberi isyarat pengerakkan dua genggaman ke atas dan ke bawah dengan kedua lengannya di depan badan untuk menandakan hukuman yang telah dikenakan untuk memberi isyarat kepada ahli/ahli-ahli pasukan yang selanjutnya untuk menyingkirkan pemain pemain yang dikenakan penalti. Pengadil juga akan memanggil penalty tersebut secara lisan. II. Peralatan 9. Pakaian 9.01 Setiap pemain hanya dibenarkan memakai dua lapisan pakaian kecuali suhu keadaan telah secara rasminya diumumkan di bawah 10C, di mana 3 lapisan pakaian dibenarkan. Pakaian ini haruslah termasuk sepasang seluar dalam (atau termasuknya sepasang seluar dalam yang panjang) dan satu (atau dua helaian dalam keadaan suhu yang kurang daripada 10C) baju yang mempunyai lengan pendek atau panjang. Pemain haruslah memakai seluar panjang dan baju yang berlengan panjang sebagai lapisan luar. 9.02 Pemain tidak dibenarkan memakai baju atau seragam yang mempunyai warna oren. Baju atau seragam pemain yang berwarna putih haruslah bersih. Pihak pengadil berhak untuk meminta pemain menukar baju / seragamnya. 9.03 Baju dan seragam pemain termasuk baju dan seluar harus bebas daripada sobekan dan terkoyak dan mesti bersaiz tepat. Pemain tidak boleh memakai seragam dan baju yang diperbuat daripada bahan yang kuat menyerap dan mempunyai banyak lapisan keras dan tebal seperti nylon dan getah.

9.04 Quilting adalah dua helai fabrik yang telah dijahit sekali dan quilting dikira
8

sebagai dua helaian pakaian yang dipakai. 9,05 Pemain tidak boleh memakai kasut yang mempunyai cleats(tapak) logam atau tajam. 9,06 Baju pemain haruslah sepenuhnya dimasukkan ke dalam sisi seluar atau harness. 9,07 Pemain dibenarkan memakai sarung tangan yang mempunyai satu helai padding. 9.08 Pemain dibenarkan memakai sarung kepala asalkan sarungnya tidak melebihi 2cm dari bahunya. 9,09 Sweatbands hanya dibenarkan sebagai headbands asalkan mereka tidak melebihi kelebaran 5cm dan ketebalan 1cm. 9.10 Jika seorang pemain dijumpai memakai pakaian yang tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan, dia akan disingkirkan daripada permainan. 9.11 Stickers tidak dibenarkan ditampal pada baju atau seragam pemain. 10. Alat Perlindungan 10.01 Sistem goggle yang akan digunakan oleh pemain mesti dibuat khas untuk kegunaan paintball sahaja dan mesti berada di dalam keadaan yang baik . Sistem google yang digunakan haruslah menepati Standard ATSM. Pengeluar google tersebut mesti menyerahkan hasil pengujian (test results) kepada pihak liga sekurang-kurangnya 10 hari sebelum bermulanya hari pertandingan. Goggle ini mesti dipakai pada setiap masa di kawasan yang marker dibenarkan digunakan termasuknya di : Padang permainan Stesen Kronograph Lapangan Tembak Pasukan yang melanggar peraturan ini, ketua pasukan tersebut akan diberikan peringatan untuk kesalahan petama. Jika berlaku kali kedua, pemain yang melakukan kesalahan tersebut akan digantung daripada menyertai dalam pertandingan ini. 10.02 Pemain, pihak berkuasa dan semua yang bertugas di padang permainan wajib memakai google perlindungan yang penuh yang telah diluluskan. Hanya google perlindungan yang telah diluluskan oleh pihak berkenaan dibenarkan dipakai dan sebarang modifikasi yang telah dilakukan kepada goggle tersebut tidak debenarkan dipakai kecuali telah diluluskan oleh pihak berkenaan dengan surat lulusan. 10.03 Pemain dibenarkan memakai selapis bahan perlindungan pada lengan dan siku(Elbow Guard), asalkan tiada modifikasi telah dibuat untuk megubah asal bentuk dari pengeluar. Bahan perlindungan ini boleh dipakai di luar atau di bawah pakaian.
9

10.04 Pemain dibenarkan memakai selapis bahan perlindungan pada bahagian lutut(Knee Guard), asalkan tiada modifikasi telah dibuat untuk megubah asal bentuk dari pengeluar. Bahan perlindungan ini boleh dipakai di luar atau di bawah pakaian.

10.05 Pemain dibenarkan memakai seluar peluncuran(Slide Pants) asalkan tiada modifikasi telah dibuat untuk megubah asal bentuk dari pengeluar. 10.06 Pemain lelaki dibenarkan memakai perlindungan kunci paha (groin protection) dan pemain wanita dibenarkan memakai perlindungan dada yang telah diluluskan untuk pemainan paintball dengan syarat paintball boleh pecah atas dampak. 10.07 Setiap pemain digalakkan memakai perlindungan leher untuk melindungi leher dengan syarat ketebalan perlindungan tersebut tidak melebihi 2cm. Skaf dan kain yang serupa tidak dibenarkan. 10.08 Pemain juga digalakkan untuk memakai perlindungan kepala untuk mengurangkan kecederaan dengan ketebalan maksimun 1 cm. 10.09 Stickers tidak dibenarkan pada googles. 11. Markers 11.01 Pemain boleh menggunakan marker paintball berkaliber .68 tunggal, yang mempunyai barel tunggal dan sistem memicu tunggal. Marker yang mempunyau sistem memicu dual tidak dibenarkan. Setiap marker mempunyai batas untuk menembak 15 bola per detik, dan dua tembakan bola hanya boleh ditembak sekaligus dengan jangka masa 65ms. Sistem memicu boleh disimpan sampai 100ms setelah tarikan picu tetapi harus batal daripada diaktifkan pada tarikan seterusnya. (ini adalah untuk memastikan senjata mempunyai kadar tembakan modus 15bps semi-automatik). Penembakan Millennium ramping hanya dibenarkan sekali setelah 5 bps telah dicapai dan marker tersebut boleh meningkatkan taraf ramping ke 15bps jika 5 bps terus dipelihara. Setelah memicu dilepaskan, hanya satu tembakan boleh dilepaskan. Sebagai alternatif, letusan akan berlaku untuk penembakan PSP ramping dengan tarikan picu ke-4 dan akan dipelihara asalkan picu sentiasa diaktifkan setiap saat.Kadar tembakan taraf 15bps. 11.02 Definisi picu adalah pergerakan tuas yang akan berlaku apabila butang, suis atau picu betentangan dengan jari. Suis yang saling bertentangan tidak merupakan picu. Picu akan diaktifkan melalui tarikan dan pelepasan picu melalui tenaga tekanan dari jari pemain untuk setiap kali picu berfungsi. 11.03 Marker yang mempunyai sistem menembak elektronik mesti dikunci semasa berada dalam pertandingan. (Rujuk Seksyen 11.01) Pemain tidak boleh mengubah dwell,
10

de-bounce atau modus menembak semasa berada di padang permainan. Marker paintball yang boleh ditembak haruslah mengikut modus yang telah ditetapkan oleh pihak organisasi pertandingan dan hanya boleh diubah secara manual dengan menggunakan alat alat yang berkenaan. 11.04 Semua marker yang mempunyai alat melaraskan kelajuan marker mesti dimodifikasikan supaya kelajuan marker tidak boleh ditukar semasa permainan sedang berlangsung. Semua regulator memerlukan cop pertandingan dan diluluskan supaya kelajuan marker tidak boleh ditukar tanpa alat yang diperlukan. 11.05 Barrel marker boleh dilengkapi dengan porting, slot dan/atau rifling, tetapi penindas bunyiSilencer dan pembinaan integral pada barrel tidak dibenarkan dipasang. Setiap pemain hanya dibenarkan menggunakan satu barrel di dalam padang permainan.. 11.06 Pemain tidak boleh menggunakan kain, neoprene, atau bahan lain untuk menutuploader atau marker. Untuk keselamatan semua pihak, hanya botol neoprene tekanan tinggi boleh digunakan. 11.07 Barrel socks mestilah digunakan pada setiap masa dengan marker yang telah disambung pada tangki gas semasa berada di kawasan pertandingan termasuk , (namun tidak terbatas pada), tempat letak kereta dan di hotel yang berkenaan dengan pertandingan. Mengeluarkan barel atau bahagian dari barel, atau memasang sebuah squeegee, dan barrel plug tidak memenuhi peraturan ini. Hanya yang berikut boleh dikecualikan : Semasa kronograf sedang dijalankan di stesen kronograf Semasa melepaskan beberapa tembakan pemeriksaan di tempat yang dikhaskan Setelah pengadil memberi arahan untuk megeluarkan barrel socks sebelum permainan bermula Semasa membersihkan marker Melanggar peraturan untuk memasang barrel sock ini akan mengakibatkan peringatan rasmi diberikan kepada ketua pasukan pada kali pertama peraturan ini dilanggar. Jika ditangkap pada kali kedua, ahli pasukan yang berkenaan akan digantung daripada menyertai pertandingan yang sedang berlangsung. Pemain seharusnya menyimpan barrel sock miliknya dengan baik dan sedia digunakan setiap kali diperlukan. 11.08 Sesiapa yang ditangkap membawa marker secara terbuka di kawasan luar padang paintball (tanpa menggunakan beg marker ) seperti di kawasan perdagangan atau kawasan masyarakat, akan dibuang daripada pertandingan secara keseluruhan. Jika individu tersebut mewakili sebuah pasukan, dia akan digantung daripada permainan dan pasukannya akan didenda. Setiap ahli organisasi pertandingan, staf sekuriti, pengadil dan staf lain yang diberi tanggungjawab dari PAL Series dan mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan peraturan ini. 11.09 Pemain yang ditangkap melanggar peraturan marker Seksyen 11 akan be
11

dikecualikan untuk sepanjang perjalanan pertandingan ini dan pasukan pemain bertanggungjawab akan forfeit permainan tersebut jika marker yang dikira tidak sah itu telah digunakan. Jika pemain tersebut tidak pasti akan keadaan marker, dia boleh menyerahkan diri untuk menunjukkan bahawa perbuatannya tidak sengaja. Jika berlakunya sebarang masalah semasa permulaan permainan selepas prosedur pra kronografi, permainan tersebut akan dikira forfeited tetapi pemain tersebut tidak akan digantung. 11.10 Pemain dibenarkan menampal stickers pada marker dengan on markers tetapi terhad kepada satu yang berukur 5 x 10 cm pada setiap sisi marker Sticker tersebut tidak dibenarkan mengandungi warna oren. 12. Peralatan Lain 12.01 Loaders (hoppers) tidak boleh berwarna transparan dan mesti dibuat daripada satu warna dasar. Hopper yang berwarna asap dibenarkan. Stickers yang ditampal pada loaders atau alat feed tidak dibenarkan kecuali satu sticker yang berukuran 5 x 10 cm pada setiap sisi. Sticker yang berwarna oren tidak dibenarkan. Penutup loader transparan dibenarkan. 12.02 Pemain dibenarkan membawa beberapa jumlah kantong, pods dan tabung yang diingini tetapi tangki gas dan hopper berlebihan tidak dibenarkan dibawa. 12.03 Dua pemain aktif boleh bertukar peralatan. 12.04 Vests and Pouches yang dipakai tidak boleh mempunyai padding. 13. Barang Larangan 13.01 Barangan larangan termasuk barang yang berwarna oren atau hampir sama warna sama ada (pakaian, hopper, marker etc) serta alat pendengaran, alat kommunikasi atau apa apa jenis alat peninjauan, mesin asap, paintballs yang berisi warna merah atau merah muda, paintballs yang toksik dan tidak boleh dihapuskan secara alam, paintball yang mempunyai tempurung yang telah diubah suai dalam pelbagai cara. Pasukan yang ditangkap dan dijumpai menggunakan paintball yang tidak sah atau paintball yang dilarang dalam pods or loaders(hoppers) di dalam kotak akan dikenakan denda RM500 daripada PAL Series. Pasukan yang didapati bersalah akan digantung daripada menyertai pertandingan yang sedang berlangsung dan semua markah dan mata yang telah dipungut akan dibatalkan. Paintball yang akan digunakan akan diuji mengikut criteria yang diterbitkan di laman web PAL Series. 13.02 Sesuatu tidak ditentukan dalam Pasal 9 sampai 14, sebagaimana diizinkan akan dilarang.
12

14. Paintballs 14.01 Paintballs mesti dibeli daripada sponsor paintball PAL Series yang terdaftar. Semua paintball yang digunakan di acara wajib mempunyai fail Material Safety Data Sheet pada liga tersebut. Paintballs yang digunakan haruslah menepati standard ASTM dan standard liga iaitu tidak melumurkan pakaian. 14.02 Paintballs yang mempunyai cat yang berwarna merah atau merah muda(Pink) tidak dibenarkan. III. Permainan 15. Permulaan Permainan 15.01 Lokasi permulaan setiap pasukan akan ditentukan dengan lenggokan syling sebelum permainan bermula. Hanya lokasi permulaan pusingan pertama untuk best-ofthree series akan ditentukan dengan lenggokan syling. 15.02 Pemain memulakan permainan dengan berada di dalam garis sempadan padang permainan dengan hulu barrel marker menyentuh pada permukaan pengkalan bendera. Pemain yang tidak menyentuh hulu barrel marker semasa permainan dimulakan akan disingkirkan kerana telah melakukan permulaan palsu. 15.03 Setiap pemain harus membawa peralatannya yang ingin digunakan dalam permainan sebelum permainan bermula. . 15.04 Prosedur permulaan permainan seperti berikut. Pengadil yang akan memulakan permainan akan memastikan kedua pasukan bersedia. Kemudian, pengadil akan mengumum,Barrel socks off! dan pemain akan mengeluarkan barrel sock dari marker masing masing dan menyimpannya di badan. Permainan akan dimulakan mengikut tatatertib berikut. (pastikan kedua pasukan mendengarnya): Get ready for the 10 second warning! Three, two, one, TEN SECONDS!" 10 saat kemudian, permainan akan bermula dengan jeritan Game On! oleh pengadil. 16. Permainan Berhenti 16.01 Permainan akan berhenti jika berlaku kecemasan, cuaca yang bahaya, fenomena alam, dan perubahan pelan padang yang tidak diluluskan dan sah. 16.02 Ketua pengadil akan menghentikan dan restart permainan jika berlakunya kesilapan atau masalah komunikasi yang timbul di antara para pengadilnya. 16.03 Semua pengadil di padang perlu mengambil kira masa permainan dihentikan, Setelah permainan tersebut telah dihentikan, para pengadil akan memastikan setiap pemain di padang tidak bergerak dari posisinya. Selepas masalah yang menyebabkan
13

permainan dihentikan telah diselesaikan, semua pemain yang hidup dan bendera pasukan masing masing akan diatur dalam posisi yang betul oleh pengadil padang dan Ketua Pengadil akan memulai permainan tersebut standing dengan prosedur yang ditentukan mengikut lokasi permainan dimulakan. 16.04 Pemainan dihentikan apabila pengadil menjerit Freeze! dan setiap pemain mesti berada di posisinya dan tidak bergerak daripada posisi tersebut. 16.05 Jangka masa permainan rasmi akan dikira dan disimpan oleh Ketua Pengadil atau pengadil padang berdasarkan tanggungjawab yang telah diberikan. Jika berlakunya kejadian kecemasan atau kejadian lain yang menyebabkan permainan terganggu, Ketua Pengadil atau pengadil lain akan menghentikan penghitung masa.Apabila permainan dimulai semula, prosedur start akan digunakan dan waktu akan mulai berjalan seperti pada permulaan.

17. Permainan Tamat 17.01 Permainan akan dikira tamat apabila Ketua Pengadil mengumumkan Game Over! dalam situasi yang termasuknya situasi tamat permainan. Namun begitu, pemain dan peralatannya masih boleh diperiksa oleh pengadil walaupun permainan sudah dikira tamat. 17.02 Situasi tamatan permainan termasuk : - Bendera berjaya digantung - Penyingkiran 5 ahli pasukan lawan - Had masa 5 minit 17.03 Apabila jangka masa permainan telah tamat atau pengadil bendera mengiktirafkan bahawa pemilik bendera membuat gantungan sah, Ketua Pengadil akan berkomunikasi dengan para pengadilnya untuk mengumumkan Game over!. 18. Prosedur Check-out 18.01 Pemain yang telah disingkirkan perlu menunggu di tempat yang telah ditunjuk untuk mendapat arahan daripada pihak berkenaan walaupun permainan telah dikira tamat dengan pengumuman Game Over! dari para pengadil. 18.02 Setelah permainan dikira tamat, pemain yang masih hidup perlu pergi ke pengadil yang paling dekat untuk diperiksa. Pemain dibenarkan mematikan loader tetapi marker harus dibiar hidup. Pada masa ini, pengadil akan memeriksa pemain untuk tandatanda tembakan dan akan melaporkan kepada Ketua Pengadil untuk mengenakan penalti, jika ada. Pemain hidup yang tidak diperiksa akan dikira sebagai pemain yang telah disingkirkan.
14

18.03 Pemain tidak dibenarkan memasuki padang permainan selepas keluar tanpa keizinan Ketua Pengadil. 19. Pemeriksaan Marker Pra-Permainan (Pre game Inspection) 19.01 Semua permainan akan dimulakan dengan pemeriksaan marker untuk setiap pemain dan marker setiap pemain akan dikronografi untuk memastikan marker pemain mematuhi undang-undang dan peraturan kelajuan pertandingan. Setiap pasukan haruslah melaporkan diri ke stesen kronografi berdasarkan padang permainan sekurang-kurang 10 minit sebelum permainan bermula mengikut jadual. 19.02 Kronograf radar akan digunakan sebagai kronograf rasmi setiap permainan. Beberapa alat kronograf boleh diletakkan pada setiap padang untuk memastikan permainan tidak ditangguhkan jika berlakunya masalah dengan alat kronograf. 19.03 Pengadil kronograf akan memeriksa marker pemain untuk : 1.Kehadiran objek yang tidak diluluskan dalam barrel, feed port atau loader (hopper) 2.Kehadiran alat, alat pelarasan atau kekurangan alat yang boleh membenarkan pemain menukar kelajuan tembakan marker atau modus penembakan di padang permainan tanpa menggunakan alat-alat yang diperlukan. 19.04 Setelah marker telah diluluskan, marker tersebut boleh diperiksa untuk menentukan bounce, runaway, kelajuan, kadar penembakan dan modus yang tidak diluluskan. 19.05 Prosedur Memeriksa Marker - Mechanical Bounce Test Marker akan diperiksa untuk mechanical bounce dengan proses bumping atau jarring marker tersebut. Markers akan dipegang pada bahagian belakang dan akan ditonjolkan pada tangki atau hopper tanpa bertentangan dengan picu. Marker akan dianggap mempunyai mechanical bounce jika marker tersebut menembak semasa ujian bump dijalankan. - Ujian Runaway Guns- Semua marker akan diperiksa untuk picu runaway. Marker tersebut akan ditembak dengan laju oleh penguji hakim. Sementara penembakan laju, dia akan tiba-tiba berhenti menarik picu. Marker yang melepaskan lebih daripada 3 tembakan selepas penarikan picu dengan perlambatan maksimum 100 ms akan dianggap sebagai Runaway Gun dan tidak akan dibenarkan dibawa ke padang. - Marker Velocity Chronograph Test Semua marker akan dikronografikan sebelum dibawa masuk ke dalam padang permainan. Kelajuan maksimum bagi setiap marker ialah 300 kaki sesaat. Setiap marker akan diuji pada radar kronografi. 19.06 Pemain yang marker-nya tidak diluluskan selepas pemeriksaan akan diberikan
15

pilihan untuk membaiki marker-nya dalam jangka masa yang ditetapkan. 19.07 Pemain yang tidak berjaya membetulkan marker untuk menepati peraturan dalam jangka masa yang ditetapkan boleh memasuki padang permainan tanpa membawa marker dan boleh bertanding dalam permainan tersebut tanpa menggunakan marker asalkan permainan tersebut tidak ditangguhkan. 19.08 Pemain yang telah diluluskan oleh pemeriksaan kronografi akan ditempatkan di kawasan terkawal, paling dekat dengan kawasan kronografi. Kawasan terkawal ini akan diawasi oleh seorang pengadil atau ahli organisasi yang lain.he chronograph area. Pemain yang telah dikronografikan tidak boleh meninggalkan kawasan terkawal tersebut dan hanya boleh memasuki padang permainan dengan seorang pengadil. Pemain yang sudah memasuki padang permainan tidak boleh diberi marker atau alat alat lain dari sesiapa yang berada di luar padang tanpa kebenarkan pengadil. 19.09 Setiap marker akan diperiksa dengan lebih teliti mengikut kebijaksanaan Ketua Pengadil untuk memastikan semua marker menepati peraturan dan undang undang. 20. Kronografi dalam padang 20.01 Kronografi di padang boleh dilakukan pada bila bila masa mengikut kebijaksanaan Pengadil Padang untuk mengetahui sama ada kelajuan marker pemain telah melebihi kelajuan atau kelajuan penembakan yang telah dibenarkan. Pengadil akan meminta untuk melakukan kronografi di padang dengan cara yang paling mengurangkan gangguan permainan. 20.02 Pemain yang menggunakan marker yang telah dikronografikan pada kelajuan tidak melebihi 300 kaki sesaat, atau menembak kurang daripada satu bola di antara 65 meter sesaat Pemain boleh terus bermain tanpa disingkirkan atau dikenakan penalti. 20.03 04 Pemain yang mempunyai marker yang mempunyai kelajuan tembakan melebihi 300 kaki per saat tetapi sama atau kurang daripada 310 kaki per saat - Pemain akan disingkirkan daripada permainan. 20.04 Pemain yang mempunyai marker yang kelajuan tembakannya melebihi 325 kaki per saat - Pemain akan disingkirkan daripada permainan dan akan dikenakan penalti Two-For-One. 20.05 Pemain yang mempunyai marker yang mempunyai tembakan lebih daripada satu bola dalam lingkungan 65ms- Pemain tersebut akan disingkirkan daripada permainan dan digantung daripada bermain dalam pertandingan yang sedang berlangsung. 20.06 Jika seorang pemain dikenakan penalti untuk kesalahan kelajuan marker, pengadil akan memberikan keputusan ujian kronograf kepada pemain tersebut.
16

20.07 Pemain yang sedang memperbaiki atau mengusahakan marker semasa permainan berlangsung selain daripada membersihkan cat dari barrel, loaders or feed ports akan disingkirkan dengan segera. Beroperasi dengan butang di marker cari hanya dibenarkan dengan kebenaran pengadil. 21. Bendera 21.01 Setiap bendera haruslah mempunyai kelebaran minimum 30cm dan panjangnya 60cm. Setiap padang permainan akan mempunyai 2 pasang set bendera yang beraneka warna. Bendera yang kedua mesti sedia dan senang diambil daripada stesen bendera oleh pengadil jika bendera tersebut perlu digantung semula dengan segera. 22. Syarat Mengambil Bendera 22.01 Setelah bendera pasukan telah digantung pada stesen bendera apabila permainan dimulakan, pemain pasukan sendiri tidak dibenarkan untuk menyentuh atau memegang bendera tersebut. Pemain yang cuba membuat demikian akan mengakibatkan pemain tersebut disingkirkan daripada pusingan tersebut. 22.02 Pemain yang sedang memegang bendera haruslah memegangnya supaya jelas dilihat oleh semua pihak. Pemain tidak boleh mencuba menipu pengadil atau menyembunyi bendera yang dipegang. Jika berlakunya sebegitu, pemain tersebut akan disingkir daripada permainan pusingan tersebut. 22.03 Bendera boleh diberi kepada pemain lain yang masih aktif dalam pasukannya. 22.04 Jika pemain disingkirkan semasa memegang bendera, pengadil akan mengambil bendera tersebut dan bendera yang baru akan digantikan pada tempat asalnya. 23. Mengantung Bendera 23.01 Jika seorang pemain mengantung bendera pasukan lawannya, pengadil dengan segeranya akan menghentikan permainan dengan mengumumkan Time! dan jam permainan akan dihentikan.Sekiranya bendera itu cuba digantung (sama ada berjaya atau tidak) permainan akan dihentikan dan tidak seorang pemain dibenarkan untuk meninggalkan posisinya. Pemain yang memilki bendera akan diperiksa untuk kesalahan had kelajuan marker juga. 23.02 Jika pemilik bendera yang mengantung bendera pasukan lawannya ditemui ditembak atau marker dimiliknya mencecah had kelajuan 300 kps, penaliti akan dikenakan dan pengadil bendera akan meminta pengadil lain untuk mengantungkan semula bendera tersebut.Bendera yang baru akan digantung pada stesen bendera.Ketua pengadil akan mengumum jumlah masa yang masih tinggal dalam permainan dan menghitung 10 saat sebelum permainan dimulakan dengan syarat Game On! 23.03 Jika pemilik bendera yang mengantung bendera pasukan lawan diperiksa dan dikira sah, gantungan bendera tersebut akan dikira sah.
17

24. Paint Checks 24.01 Paint checks akan dilaksanakan oleh pengadil untuk mengetahui sama paintball telah pecah pada tubuh pemain yang telah ditembak / ditanda. 24.02 Paint checks akan dilaksanakan oleh pengadil setelah pengadil telah terlihat seorang pemain ditembak atau tembakan pasukan lawan dihalakan pada satu kawasan yang diduduki oleh seorang pemain. Paint check juga akan dilaksanakan jika pengadil tidak dapat dengan jelasnya mengetahui sama ada paintball yang ditembak pada pemain dipecah atau tidak setelah diarahkan oleh pengadil yang lain. 24.03 Pengadil boleh, tetapi tidak wajib melaksanakan paint check jika pemain telah membuat pemohonan untuk paint check. 25. Pemeriksaan Neutral 25.01 Setiap pengadil akan berusaha untuk melaksanakan paint check tanpa meletakkan pemain dalam status neutral. Tetapi mengikut kebijaksanaan pengadil, jika tidak ada pilihan, pengadil tidak pasti sama pemain tersebut telah disingkirkan atau tidak, dia akan terpaksa memberi status neutral kepada pemain tersebut 25.02 Pengadil akan memberi isyarat neutral kepada pemain yang berkenaan dengan berdiri di hadapan pemain tersebut sambil menjerit Neutral! dan meletakkan tangan atau tualanya ke atas kepala dan menunjukkan isyarat Stop! kepada pasukan lawan. Pengadil tersebut akan memeriksa pemain tersebut untuk membuat keputusan sama ada pemain tersebut disingkirkan atau tidak. 25.03 Pemain yang dianggap neutral tidak boleh disingkirkan dari permainan atau didekati sekurang kurangnya 15 meter dari posisinya, sama ada oleh ahli pasukan atau pasukan lawan semasa berada dalam keadaan neutral. 25.04 Pengadil boleh memindah peralatannya atau meminta untuk pemeriksaan pada tubuh pemain neutral untuk pemeriksaan. Jika pengadil meminta untuk membuat pemeriksaan, dia akan mengarahkan pemain neutral tersebut untuk berdiri dengan belakangnya kepada arah permainan supaya pemain itu tidak dapat melihat posisi pihak lawan. 25.05 Pemilik bendera tidak akan dihentikan dan diumumkan neutral untuk pemeriksaan. 25.06 Pemain yang tidak dianggap neutral akan disingkirkan jika ditembak. 26. Tembakan(Hit) - Pemain akan disingkirkan jika ditembak dan ditanda oleh pemain aktif dimana mana bahagian badan atau peralatannya. - Jika pemain aktif ditembak tetapi paintball tersebut tidak pecah atau meninggalkan tanda, permain tersebut masih dikira hidup.
18

- Jika pemain aktif ditembak oleh pemain yang telah disingkirkan , pemain aktif tersebut tidak akan disingkirkan. - Jika paintball pecah pada objek di hadapan pemain dan menanda objek itu sebelum menandakan pemain atau peralatannya,permain tersebut tidak n disingkirkan .Jika pengadil tidak diberitahu tentang kejadian ini, pengadil mempunyai kuasa untuk menyingkirkan pemain tersebut. Umumnya dalam kes begini, jika berlakunya pemain ditanda, iaitu bukan dari tanda rintik-rintik atau terduduk atas paintball serta melutut ke atas paintball tetapi mempunyai tanda yang jelas, lebih kurang saiz syiling 50 sen, tembakan / tanda tersebut akan dikira sah dan pemain tersebut akan disingkirkan. Jika berlakunya dua ahli pasukan lawan ditandai /dan ditembak secara lebih kurang serentak dan pengadil tidak dapat menentukan siapa yang melepaskan tembakan dahulu, kedua dua pemain tersebut akan disingkirkan. Pengadil akan mencuba sedaya upaya untuk membersihkan tanda cat yang telah dilumangkan, direnjis, ke atas pemain setiap kali pengadil membuat pemeriksaan. Jika pemain tersebut tetap bermain dengan tanda tanda cat yang dipercik, dia membawa risiko ke atas sendiri untuk disingkirkan oleh pemainan kerana dianggap sebagai tembakan sah.

27. Pemain dan Tembakan(Hit) 27.01 Setiap pemain bertanggungjawab untuk diri sendiri untuk memastikan sama ada beliau ditembak atau tidak. 27.02 Pemain yang telah ditembak harus menyingkirkan diri daripada permainan yang sedang berlangsung dengan segera. 27.03 Jika pemain ditembak dan tidak boleh periksa diri sendiri samaada dia ditembak ke tidak, (contohnya, visor, leher, bahagian belakang, botol) dia harus dengan segeranya berhenti bermain dan memanggil pengadil untuk melaksanakan pemeriksaan(paint check). Jika tidak, pemain tersebut akan dianggap playing on. 27.04 Pemain yang sedang bergerak dan terkena tembakan boleh berlari untuk mendapat perlindungan yang paling dekat asalkan terdapat perlindungan di antara diri dengan pihak lawan, tidak termasuk perlindungan yang digunakan oleh pihak lawan. Jika tidak, pemain tersebut haruslah menjauhi diri daripada pihak lawan dan berhenti. Pemain tersebut haruslah dengan segera memeriksa diri untuk mengetahui sama ada dirinya ditembak atau tidak. Menembak, bergerak, berkommunikasi dan kegagalan untuk menyingkirkan diri (jika ditembak) dianggap playing on. 27.05 Pemain yang ditembak / ditanda pada anggota badan yang mudah diketahui tidak boleh meminta paint check dari pengadil. Permintaan paint check dalam situasi begini
19

dianggap playing on. 28. Penyingkiran(Elimination) 28.01 Pemain yang mengutip paintball dari padang untuk menembaknya akan disingkirkan. 28.02 Pemain akan disingkirkan jika salah satu bahagian tubuh mereka , apa yang mereka pakai atau bawa menyentuh kawasan di luar garisan sempadan.Pemain akan disingkirkan jika mereka mengolah dan menggerakkan alat alat batasan. 28.03 Pemain akan disingkirkan jika tertanggal goggles.(Pelindung Muka) 28.04 Pemain yang ditemui dengan alat atau barang larangan di dalam padang akan dengan segera disingkirkan. Pemain yang membuat modifikasi pada marker yang melanggar peraturan dalam bahagian marker akan disingkirkan. 28.05 Pemain yang terpisah daripada alat alat mereka melebihi 2 meter termasuk kain atau pakaian akan disingkirkan dengan segera. Pods dan Squeegees dikecualikan. 28.06 Pemain yang bertindak secara tidak bersemangat sukan akan disingkirkan dengan segera. Tindakan tidak bersemangat sukan termasuk (tetapi tidak terhad kepada): - Kegagalan untuk mematuhi sebuah panggilan pengadil - Sengaja menghindari pengadil dan megakibatkan pengadil tidak dapat menjalankan kronografi marker yang mencegahnya daripada membuat keputusan. - Menembak pengadil dengan sengaja. - Menembak pemain yang telah disingkirkan dengan motif untuk mengancam atau mencederakan pemain tersebut. - Menembak secara berlebihan dan secara melampau melebihi motif untuk menyingkir pemain tersebut. - Memohon paint check untuk mengalihkan perhatian pengadil untuk motif yang prasangka serta menggunakan pengadil untuk mencari posisi pihak lawan. - Penyalahgunaan bahasa terhadap pemain, pengadil dan penonton. - Pertembungan fizikal terhadap orang lain dengan sengaja untuk mengancam atau mencederakannya. Penalti tambahan akan dipertimbangkan terhadap pemain tersebut. 28.07 Pemain boleh disingkirkan akibat penalti yang telah diberikan oleh pengadil berdasarkan kesalahan yang telah dilakukan oleh ahli pasukan dan sebagainya. 28.08 Pemain bertanggungjawab untuk membersihkan tanda tanda tembakan sebelum memasuki permainan baru supaya tidak akan mengakibatkan penyingkiran untuk tanda lama.
20

28.09 Pemain yang telah disingkirkan harus : 1. Memberi isyarat dengan meletakkan tangan ke atas kepala untuk menunjukkan penyingkiran daripada permainan tersebut. 2. Meninggalkan padang permainan dan membawa peralatan mereka keluar daripada padang permainan setelah disingkirkan mengikut jalan yang paling dekat untuk keluar daripada padang atau ke dead box berdasarkan arahan pengadil.Pemain yang tidak mengikut arahan dan mengambil jalan yang diingini untuk menghalang pasukan lawan akan dianggap sebagai playing on dan penalti yang setimpal akan dikenakan. 3. Meninggalkan marker di luar dead box (di tempat yang telah disediakan) tanpa matikan marker (loader boleh dimatikan). 4 Tunggu di dead box sehingga diarahkan keluar oleh pengadil. 5.Bila diarah keluar,untuk memasang barrel sock. Pemain yang melanggar peraturan peraturan tersebut akan dianggap playing on dan penalti yang setimpal akan dikenakan. Pemain yang telah disingkirkan tidak dibenarkan untuk bercakap atau berkomunikasi. Pemain tersebut terutamanya tidak dibenarkan menjerit, Hit! untuk memberitahu ahli pasukannya dan menunjukkan lokasi pasukan lawan selepas disingkirkan. Pemain yang membuat demikian akan dianggap sebagai playing on dan penaliti akan dikenakan. IV. Permarkahan (Div 2 - 4) 30. Markah 30.01 Markah untuk permainan akan diberikan dengan cara berikut: - Setiap pasukan akan diberi 3 markah pertandingan untuk bendera yang berjaya digantung secara sah. - Pasukan akan diberikan 2 markah pertandingan untuk situasi flag in transit. Situasi flag in transit akan berlaku jika bendera pihak lawan dimiliki oleh pemain aktif semasa permainan tersebut ditamatkan. Jika kedua dua pasukan memiliki bendera pihak lawan, markah akan diberikan kepada pasukan yang berjaya menarik bendera pasukan lawan dulu. - Jika berlaku perlawanan seri, satu markah akan diberikan kepada kedua dua pasukan. Perlawanan seri berlaku jika bendera kedua dua pasukan tidak disentuh atau pemilik bendera disingkirkan daripada permainan.
21

- Pasukan yang kalah tidak akan mendapat markah. - Setiap pasukan akan menerima markah Elimination Difference (E/D). Markah E/D adalah markah yang dikira secara beza numeric antara bilangan pemain pasukan yang hidup dengan bilangan pemain lawan yang hidup apabila tamatnya pusingan tersebut. Oleh itu, markah E/D boleh dikira dalam lingkungan markah positif 5(+5) hingga markah negatif 5 (-5). Markah penyingkiran hanya akan dikira sekiranya ada situasi tiebreakdiantara pasukan pasukan. 30.02 Kesimpulan markah pasukan diberi oleh Ketua Pengadil selepas tamatnya permainan yang berlangsung. 31. Kertas Pemarkahan 31.01 Prosedur kertas pemarkahan - Kertas pemarkahan akan diisi oleh Ketua Pengadil padang permainan tersebut dan akan ditunjuk kepada kedua dua ketua pasukan. - Jika terdapat apa apa pembatalan pada kertas pemarkahan, pengadil perlu mengisi kertas pemarkahan yang baru. - Setiap ketua pasukan bertanggungjawab untuk memastikan kertas pemarkahan betul. Jika berlaku sebarang kesilapan, kertas pemarkahan baru akan diisi. - Ketua pasukan yang bersetuju kepada sebarang pertukaran pada kertas pemarkahan akan menandatanganinya.Jika kedua dua ketua pasukan telah menandatangani kertas pemarkahan,keputusan adalah muktamad.Kertas pemarkahan tidak boleh diubah lagi. - Masa tepat kertas permarkahan itu ditandatangani akan ditulis pada kertas pemarkahan sebagai catatan ketika pasukan yang dilepaskan daripada padang permainan. - Jika ketua pasukan tidak ingin menandatangani kertas pemarkahan kerana terdapat perselisihan tentang keputusannya, ketua pengadil akan membuat catatan pada kertas tersebut. - Kertas pemarkahan akan diisi secara duplikat. Salinan duplikat tersebut akan dibawa ke meja pemarkahan oleh ketua pasukan yang menang dan salinan asli akan disimpan oleh Ketua Pengadil. 32. Forfeits 32.01 Forfeit akan berlaku untuk setiap permainan terhadap pasukan yang gagal melaporkan diri pada masa yang telah ditetapkan untuk pra kronografi permainan atau
22

untuk pasukan yang enggan memasuki padang permainan. Jika berlakunya kedua dua pasukan enggan memasuki padang permainan untuk pusingan seterusnya, permainan kedua dua pasukan tersebut akan dikira forfeited. 32.02 Pasukan yang akan bertanding dengan pasukan yang telah forfeit permainan tersebut akan diberi 3 markah pertandingan dan 3 markah E/D atau purata markah E/D dalam pusingan tersebut mengikut markah yang lebih tinggi. Pasukan yang telah forfeit permainan tersebut tidak akan mendapat apa apa markah termasuk markah E/D untuk permainan itu. 32.03 Setelah keputusan untuk forfeit permainan tersebut telah diumumkan, permainan yang telah forfeit tidak akan dimain semula dan markah markah pada kertas pemarkahan tidak akan berubah kecuali jika berlakunya kesilapan daripada pihak organisasi dan pusingan tersebut masih berlangsung. 32.04 Setiap permainan akan dijadualkan untuk memberi sekurangnya 7 minit sebelum bermula permainan selanjutnya untuk setiap pasukan.Permainan tidak akan forfeit dalam jangka masa 7 minit ini. 33. Tie Breakers 33.01 Jika berlaku perikatan markah pertandingan(tie score) antara dua pasukan, perikatan markah pertanding.an tersebut akan dipecah mengikut keputusan pertaruhan antara dua pasukan tersebut.Markah Pertandingan dan Elimination Difference akan diambil kira untuk mementukan pemenang. Jika perikatan markah pertandingan antara 2 pasukan masih tidak dapat dipecah, perikatan markah pertandingan tersebut akan merujuk kepada markah pusingan dan Elimination Difference sebelum pusingan kini untuk mendapat keputusan. Ini akan berterusan ke pusingan yang lebih awal sekiranya perikatan markah pertandingan masih tidak boleh diselesaikan Sekiranya kehabisan pusingan awal, pertempatan pasukan dipermulaan pertandingan ini akan diutamakan untuk menentukan pasukan yang maju ke pusingan yang seterusnya. V. Penalti 34. Playing On 34.01 Playing on bermaksud pemain tersebut tidak menarik diri daripada permainan walaupun telah ditanda oleh pemain aktif dan masih berkelakuan seperti pemain aktif. Playing on termasuk (tidak terhad kepada kesalahan ini sahaja) sambung menembak pasukan lawan, bergerak ke posisi lain untuk menembak, berkomunikasi, memberi paintball kepada ahli pasukan dan tidak meninggalkan padang walaupun telah ditanda
23

oleh pasukan lawan.Pemain yang telah disingkirkan dianggap playing on jika tidak membuat keputusan untuk meletakkan tangannya ke atas kepala atau memberi isyarat dan berkomunikasi dengan pengadil untuk menarik diri daripada permainan. 34.02 Penalti one-for-one akan dikenakan kepada pemain yang dianggap playing on, kecuali sekiranya pada pandangan pengadil telah mempengaruhi keputusan permainan dan telah memberi pasukan lawan manfaat yang tidak adil, penalti two-for-one akan dikenakan. 35. Wiping 35.01 Wiping bermaksud mengelap tanda tembakan dari pasukan lawan dengan sengaja untuk mengelakkan daripada disingkirkan daripada permainan. 35.02 Pemain yang ditangkap mengelap tanda tanda cat daripada tubuhnya akan dikenakan penalti Three-For-One.(3 pemain untuk 1 pemain yang mengelap) 35.03 Pemain yang mencuba mengelakkan daripada ditangkap oleh pengadil dengan membuang alatannya (termasuk pod, kain dan sebagainya) yang telah ditembak atau ditanda akan disingkirkan dan dikenakan kesalahan wiping dan penaliti akan dikenakan kepada pasukan pemain itu. 36. Gangguan 36.01 Penonton boleh menonton permainan yang sedang berlangsung tetapi tidak dibenarkan : - memberi arahan kepada pemain dalam padang permainan - memberi komen yang boleh didengar oleh pemain di padang - memegang marker yang hidup tanpa barrel sock - melakukan sebarang kelakuan yang boleh menganggu permainan 36.02 Ahli pasukan dan ahli sekutu pasukan yang menganggu atau berkomunikasi dengan pemain pemain sendiri didalam permainan yang sedang berlangsung akan menerima penalti played on di atas padang yang akan mengakibatkan satu pemain disingkirkan daripada pasukan yang berkenaan. 37. Sangsi Sangsi Penalties 37.01 Pengadil akan memberi amaran untuk kesalahan berikut : (tidak terhad kepada kesalahan ini sahaja) - Kali pertama melanggar peraturan barrel sock - Kali pertama melanggar peraturan pemeriksaan oleh pengadil - Kali pertama melanggar peraturan pengunaan bahasa kasar - Kali pertama melanggar peraturan mengikut arahan pengadil - Kali pertama melanggar peraturan untuk meletakkan tangan ke atas kepala setelah
24

disingkirkan. 37.02 Pengadil akan menyingkirkan pemain untuk kesalahan berikut : (tidak terhad kepada kesalahan ini sahaja) - Kegagalan untuk mematuhi panggilan neutral - Kali kedua melanggar peraturan pemeriksaan oleh pengadil - Kali kedua melanggar peraturan pengunaan bahasa kasar - Kali kedua melanggar peraturan mengikut arahan pengadil - Keluar daripada garis sempadan yang telah ditetapkan - Ditanda dengan paintball - Kegagalan untuk meletakkan barrel marker pada stesen bendera sebelum permainan bermula pada 10 saat terakhir. - Kegagalan / pengabaian memakai googles pada tempat dan masa yang tertentu - Peralatan pasukan bersepah di padang - Menggunakan marker dalam padang yang mempunyai kelajuan yang melebihi 301 kaki per saat selepas prosedur kronografi. - Beroperasi pada marker elektronik, menekan atau membuat apa apa perubahan tanpa kebenaran pengadil - Kegagalan untuk menunjukkan ID pemain sebelum permainan bermula bila diminta - Ahli pasukan yang tidak bermain tetapi menganggu permainan yang sedang berlangsung. - Menembak secara berlebihan - Perbuatan yang tidak menunjukkan semangat sukan - Sengaja mengubah pelan padang permainan 37.03 Penilaian penalti one-for-one (penyingkiran permain yang bersalah serta 1 ahli pasukannya) akan berlaku berdasarkan kesalahan berikut (tetapi tidak terbatas pada): - Sambung permainan walaupun telah disingkirkan - Sambung permainan setelah ditembak di lokasi yang tidak jelas tetapi dengan kesedaran pemain - Melanggar peraturan dalam satu seksyen -Terlibat dari segi fizikal dengan pemain lain di padang dengan motif untuk mencederakan individu lain -Menipu pengadil dan menganggap diri sebagai pemain hidup semasa tamat permainan walaupun mempunyai tanda tanda ditembak dengan jelas -Menggunakan marker yang mempunyai kelajuan lebih daripada 311 kaki sesaat atau lebih -Beroperasi dengan butang pada marker eletronik (bukan loader) selepas disingkirkan -Berkomunikasi dengan ahli pasukan setelah disingkirkan 37.04 Penilaian penalti two-for-one (penyingkiran permain yang bersalah serta 2 ahli pasukannya) akan berlaku berdasarkan kesalahan berikut (tetapi tidak terbatas pada): - Melakukan kesalahan playing on dan dengan sengajanya mempengaruhi permainan yang berlangsung untuk memberikan pasukan lawan manfaat yang tidak adil. - Menggunakan marker yang mempunyai kelajuan lebih daripada 325 kaki sesaat atau
25

lebih apabila dikronografi 37.05 Penilaian penalti three-for-one (penyingkiran permain yang bersalah serta 3 ahli pasukannya) akan berlaku berdasarkan kesalahan berikut (tetapi tidak terbatas pada): - Wiping / mengelap tanda tanda tembakan - Memasuki padang permainan semula tanpa kebenaran pengadil setelah disingkirkan dengan motif untuk menganggu permainan (Sila rujuk 39.03) 38. Penalti Tambahan 38.01 Pengadil boleh menilai penalti one-for-one untuk kesalahan berikut : - Tidak mendengar arahan pengadil - Bergaduh dan bertengkar secara fizikal (Penalti yang lain juga boleh dikenakan) 38.02 Penilaian penalti 1-for-1, 2-for-1 or 3-for-1 untuk pasukan yang bersalah tetapi tidak mempunyai cukup pemain hidup untuk dikenakan penalti ; bendera pasukan lawan yang sudah digantung dan tidak boleh diturunkan oleh pemain yang tidak boleh disingkirkan, pasukan yang bersalah akan menerima semula 1 pemain aktif pada kertas permarkahan, hingga pada maksimum 5 pemain hidup. 38.03 Pasukan yang mencuba bekerjasama dengan pasukan lain untuk memanipulasikan markah markah pertandingan akan dibatalkan dengan segera dan penyertaan pertandingan akan dikecualikan. Sebarang markah yang telah dipungut sepanjang pertandingan tersebut akan dibatalkan. 39. Gantungan,Pengecualian, Pembatalan dan Denda disebabkan oleh Kelakuan tidak berSemangat Sukan 39.01 Setiap pasukan akan bertanggungjawab untuk ahlinya didalam barisan pemain termasuk penyokong. Sepanjang acara ini dijalankan, perbuatan atau kelakuan yang melanggar peraturan dan undang undang acara / pertandingan akan dikenakan denda dan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. 39.02 Jika pemain telah digantung, pasukannya tetap bermain walaupun berlakunya kekurangan ahli permain untuk barisan pemain. Hukuman ini boleh dan akan bersambung sehingga jangka hukumannya telah tamat. Pemain yang telah digantung mesti menyerah kad ID pemain kepada Ketua Pengadil yang akan menilaikan hukumannya berdasarkan kesalahan pemain. Jika pemain tersebut enggan membuat sedemikian, permainan seterusnya akan dibatalkan secara automatik. Kad ID pemain akan dipulangkan setelah jangka hukuman telah ditamatkan. 39.03 Pemain yang berkenaan akan dibuang dan digantung daripada memasuki kawasan permainan berdasarkan kesalahan berikut: - Berkelakuan fizikal dan aggresif untuk mengancam pihak lain (menggunakan marker,
26

melanggar, merebut, menolak, meludah dan sebagainya) - Meninggalkan dead box tanpa kebenarkan pengadil - Kegagalan untuk menyerah marker dan mengaktifkan suis, butang, atau picu setelah diminta oleh pengadil - Sesiapa yang melanggar peraturan dalam Seksyen 11 - Penyalahgunaan bahasa terhadap pemain lawan, pengadil atau penonton - Menembak dengan sengaja di luar padang atau garisan sempadan serta dari dead box - Menembak pengadil dengan sengaja - Memasuki padang permainan semula tanpa kebenaran pengadil setelah disingkirkan dengan motif untuk menganggu permainan (Sila rujuk 37.05) 39.04 Pemain akan dilarang dan digantung daripada memasuki kawasan pertandingan dan menyertai pertandingan seterusnya jika permain: - Membaling marker atau tangki gas - Kelakuan aggresif yang boleh dianggap sebagai keinginan untuk menyerang individu lain secara fizikal - Menembak pengadil atau / dan pemain yang telah disingkirkan dengan motif untuk mengancam atau mencederakan pemain tersebut. 39.05 Jika seorang pemain dikenakan gantungan kali kedua dalam satu musim kerana alasan apapun, dia akan dilarang untuk menyertai 1 acara PALS yang akan datang . Hukuman ini boleh dibawa ke musim berikutnya. 39.06 Denda akan dikenakan kepada seorang individu jika kelakuannya menunjukkan perangai dan sikap yang tidak bersemangat sukan dan individu tersebut akan digantung daripada menyertai acara yang berlangsung. Denda yang dikenakan kepada individu tersebut haruslah dijelaskan dengan sepenuhnya sebelum pasukan dan individu tersebut dibenarkan menyertai acara / pertandingan PALS seterusnya. 39.07 Denda minimal ialah RM250 dan tidak akan melebihi RM1000 dalam satu kejadian.Jawatankuasa disiplin akan menentukan denda yang akan dikenakan dan keputusan begini akan dihantar / dikirim secara tertulis kepada pesalah dan ketua pasukan persalah. VI. Lain Lain 40. Decorum 40.01 Setiap pasukan dan ahli ahlinya tidak patut memakai baju yang menampilkan gambar dan perkataan serta logy yang boleh mencetus perasaan tersinggung. 40.02 Setiap pasukan dan ahli ahlinya juga patut mengelakkan daripada membuat tindakan yang boleh mencemarkan nama liga, pertandingan, penyelenggara dan sponsor termasuk (namun tidak terbatas pada) menghancurkan bilik hotel, the melepaskan tembakan dari marker di kawasan yang tidak terkawal untuk memakai goggle,
27

merosakkan harta benda, memprovokasi pihak yang lain dengan sengaja (kecuali untuk kes mempertahankan diri) atau keiinginan untuk melakukan kesalahan di sisi undang undang. 40.03 Setiap individu atau pasukan yang gagal mematuhi peraturan-peraturan dalam seksyen ini akan dilaraig daripada menyertai pertandingan dan acara PALS untuk jangka waktu satu tahun dari tanggal pelanggaran. 40.04 Semua pasukan mesti mematuhi peraturan administrasi yang spesifik dan undang undang yang dikeluarkan oleh penyelenggara. 40.05 Semua ahli pasukan mesti membuang sampahnya di tempat yang telah disediakan semasa berada di kawasan pertandingan. 40.06 Setiap pasukan yang gagal mematuhi peraturan dalam seksyen ini akan disiasat dan akan dikenakan denda bayaran RM 250 untuk dibayar kepada penyelenggara, dan pasukan tersebut tidak akan dibenarkan menyertai pertandingan ini sehingga semua bayaran telah dijelaskan. 41. Perubahan Undang Undang dan Peraturan - Peraturan 41. Untuk alasan yang boleh dikecualikan, pengurus pertandingan boleh mengubah satu atau lebih peraturan dalam jangka masa pertandingan. Perubahan ini hanya boleh dilaksanakan jika berlakunya situasi yang tidak dapat dielakkan. Pengurus pertandingan mestilah mendapat sokongan komisaris peraturan dan mesti memaklumkan kepada pasukan pasukan tentang perubahan peraturan peraturan tersebut bersama dengan alasannya selewat-lewatnya pada mesyuarat ketua pasukan. Jika perubahan berlaku semasa pertandingan, mesyuarat di antara semua ketua pasukan akan diadakan dengan segera dan permainan tidak akan dimulai hingga mesyuarat tersebut berakhir. 41.02 Jawatankuasa Peraturan PALS terdiri daripada Komisaris Peraturan PALS, Pengurus Pengadil PALS, dan seorang wakil dari jawatankuasa Pemain PALS . Jika sebarang masalah tidak dapat diatasi, jawatankuasa yang berkenaan akan membuat keputusan atas masalah tersebut dan keputusannya adalah muktamad dan akan diintegrasi ke dalam peraturan. 41.03 Sebarang perubahan peraturan dan undang-undang akan dimaklum dan diterbitkan di laman web www.palsevents.com

28/Tamat

You might also like