You are on page 1of 10

Persekitaran kanak-kanak terdiri dari satu set sistem sosial yang kompleks dan saling berinteraksi.

Sistem sosial ini merupakan struktur berlapis yang bermula dengan mereka yang terdekat dengan kehidupan kanak-kanak dan beransur kepada mereka yang tidak terlibat dalam kehidupan kanak-kanak secara langsung atau tidak langsung. Persekitaran individu terdiri daripada lima lapisan.

Persekitaran yang terdekat dengan dunia kanak-kanak tersebut. Mewakili hubungan serta interaksi kanak-kanak dengan ibu bapa, penjaga, adik beradik, rakan, jiran dan guru. Tingkah laku atau respon kanak-kanak juga akan mempengaruhi sikap ibu bapa terhadap kanak-kanak tersebut. Contoh : Kanak-kanak yang berkelakuan baik akan disenangi oleh orang dewasa di sekitarnya dan mereka berkemungkinan akan memberi respon positif terhadap kanak-kanak ini.

Melibatkan hubungan antara sistem mikro. Pengalaman dalam satu sistem mikro boleh mempengaruhi pengalaman dalam sistem mikro yang lain. Contoh : Seorang pelajar yang merasa dirinya dipinggirkan oleh keluarga, mungkin akan menghadapi masalah menjalin hubungan yang positif dengan gurunya.

Mewakili organisasi yang tidak melibatkan kanak-kanak tetapi mempunyai pengaruh secara langsung ke atas kanak-kanak tersebut. Contoh : Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran dalam mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kualiti taman permainan, kemudahan rekreasi dan perpustakaan. Keputusan mereka dalam perkaraperkara tersebut akan mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar di daerah tersebut.

Mewakili adat resam, nilai dan amalan masyarakat. Contoh : Ada budaya (seperti budaya Islam) sangat menegaskan peranan tradisi mengikut jantina. Dalam budaya lain (seperti di Amerika Syarikat), peranan mengikut jantina yang lebih pelbagai dapat diterima.

Persekitaran yang berubah mengikut keadaan masa. Contoh : kehadiran anak baru dalam sesebuah keluarga membawa perubahan dan memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak.

Teori ini menegaskan kepentingan persekitaran dan kesannya kepada perkembangan kanak-kanak. Membantu kita memahami dan mengambil langkah-langkah pengayaan dalam membantu kanak-kanak

You might also like