You are on page 1of 23

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN (BMM 3112)

Tajuk 8 : Aliran dan Tokoh Dalam Tatabahasa Melayu Tajuk 9 : Sejarah Ejaan Jawi

TAJUK 8 : Pengenalan
Dalam bidang tatabahasa, historiografi linguistik Melayu menampilkan beberapa banyak ahli tatabahasa yang menghasilkan tulisan tentang tatabahasa Melayu. Di Malaysia, kita mengenal karya W. Marsden, A Grammar of the Malay Language (1812) dan karya R.O. Winstedt, Malay Grammar (1914).

Tatabahasa Tradisional (bermula pada tahun 1857-an)

Penjenisan Tatabahasa

Tatabahasa Struktural (bermula pada tahun 1960-an)

Tatabahasa Transformasi Generatif (bermula pada tahun 1970-an)

Tatabahasa Wacana (bermula pada tahun 1980-an)

Tradisional
R.O.Winstedt

W. Marsden

Zainal Abidin Ahmad (Zaba)

STRUKTURAL
Asmah Hj. Omar

Abdullah Hassan

Transformasi-Generatif
Dipelopori dan diasaskan oleh Noam Chomsky pada tahun 1957 Dilihat mencirikan konsep matematik berasaskan psikologi kod-kognitif Ayat dilihat sebagai unit asas yang mempunyai struktur dalaman dan struktur permukaan. Hubungan butir linguistik (struktur dalaman) dlm ayat dijelaskan melalui Rumus Struktur Frasa

Pemerian bahasa menggunakan Rumus Transformasi Jalan tengah antara tatabahasa tradisional dengan tatabahasa struktur iaitu dengan menitikberatkan makna sekali gus. Aliran ini kuat mempengaruhi penulisan nahu Melayu. Sebagai contoh, Nik Safiah Karim, Mashudi Kader, Lufti Abas dan Raja Mukhtaruddin Dain

Tatabahasa Dewan
Buku yang menerangkan tatabahasa untuk Bahasa Melayu. Memberi tumpuan pada aspek pembentukan perkataan dan pembinaan ayat. Berbagai-bagai aspek binaan ayat dan perkataan, iaitu dari segi pola, bentuk, jenis, struktur binaannya dan bahagian komponennya dihuraikan dengan terperinci. Setiap huraian disertakan dengan contoh bagi menjelaskan lagi bentuk-bentuk perkataan dan ayat dengan sebaikbaiknya. Usaha pengekodan bahasa seperti ini amat penting dalam proses pembinaan bahasa baku. Pengarang : Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood.

TAJUK 9 : SISTEM EJAAN JAWI


Tulisan Jawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi Negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Tulisan Jawi pada Zaman Kesultanan Melayu Pasai


Tulisan Jawi telah wujud sejak sekitar tahun 1300 M di Kepulauan Melayu. Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan Islam, khususnya daripada orang Parsi. Tulisan Jawi berpunca daripada kesusasteraan Arab yang diperkenalkan oleh orang Parsi kepada Kerajaan Melayu Jambi yang terletak di utara Palembang, Sumatera, Indonesia, dan bertutur dalam bahasa Melayu klasik.

Nama "Jawi" membayangkan akar umbinya di Jawa, bak hujah sesetengah ilmuwan. Bagaimanapun, oleh sebab tidak banyak ditemui meskipun memang pernah digunakan di Jawa, kemungkinan besar perkataan Jawi ini merupakan gelaran am bagi kawasan di bawah penguasaan atau pengaruh Jawa. Selain itu, nama Jawi itu mungkin berpunca daripada kerajaan Javaka kuno yang merupakan pendahulu kerajaan kerajaan Majapahit dan Srivijaya yang pernah menjalin hubungan dengan saudagar dan mubaligh Arab.

Kawasan Terengganu berada dalam lingkungan pengaruh Srivijaya selewat abad ke-13, sementara Kesultanan Terengganu hanya diasaskan seawal abad ke-18. Ini menguatkan hujah bahawa tulisan Jawi berasal dari Jambi oleh kerajaan abdi Pasai di bawah Srivijaya.

Tulisan Jawi pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Johor


Penggunaan tulisan Jawi merupakan faktor utama yang memangkin kebangkitan bahasa Melayu sebagai serantau di samping penyebaran agama Islam. Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negeri kesultanan Melaka, Johor, Brunei, Sulu, Patani, Achedan Ternate se awal abad ke-15, untuk tujuan surat-menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama saudagar di pelabuhan Melaka. Ikhtisar-ikhtisar perundangan purbakala seperti Hukum Kanun Melaka dan bahan-bahan terbitannya, termasuk Hukum-Hukum Kanun Johor, Kedah dan Brunei semuanya ditulis dalam Jawi. Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi merupakan bahasa perantaraan seluruh lapisan masyarakat, baik para raja, bangsawan, ilmuwan agama mahupun orang keramaian, di samping menjadi lambang tradisi kebudayaan dan tamadun Melayu.

Kebanyakan karya sastera baik hikayat, puisi mahupun prosa bertulisan Jawi. Ia merupakan kemuncak tamadun Melayu klasik. Antara karya-karya epik bersejarah yang dikarang oleh orang Melayu dalam tulisan Jawi termasuk Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang tersenarai dalam Kenangan Dunia oleh UNESCO, dan puisi-puisi Sufi karya Hamzah Fansuri antara lainnya yang menyumbang kepada kekayaan dan kedalaman tamadun Melayu. Sewaktu zaman penjajahan, tulisan Jawi masih menguasai Kepulauan Melayu, terutamanya dalam bidang sastera dan kesenian, teologi, falsafah dan mistik Islam, perdagangan, dan juga perundangan negeri. Tulisan Jawi merupakan abjad rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu sewaktu zaman naungan British. Apatah lagi, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

Tulisan Jawi di Batu Bersurat


Ada empat batu bersurat tinggalan abad ini. Batu bersurat yang pertama, dijumpai di Kedukan Bukit di kaki Bukit Siguntang, bertarikh 683 Masehi. Batu bersurat yang kedua dijumpai di Talang Tuwo, Palembang, bertarikh 684 Masehi. Batu bersurat yang ketiga dijumpai di Karang Brahi, Jambi, bertarikh 686 Masehi. Batu bersurat yang keempat ditemukan di Kota Kapur, Bangka, bertarikh 686 Masehi juga. Kesemua batu bersurat itu tertulis dengan huruf Pali (Pallava) iaitu huruf orang Pallava di selatan India (Hashim Hj Musa, 1992,1992). Bahasa yang terdapat pada batu-batu bersurat itu terlalu jauh berbeza daripada bahasa Melayu kini. Para sarjana menganggapnya sebagai contoh bahasa Melayu kuno.

Kemunculan tulisan jawi membuka lembaran baru dalam sejarah Bahasa Melayu. Sebuah batu bersurat dijumpai pada tahun 1899 Masihi di Sungai Teresat, kira-kira, 32 kilometer dari muara Sungai Terengganu. Pada batu itu terpahat huruf Arab-Melayu dianggap tulisan jawi tertua di Asia Tenggara. Batu bersurat itu bertarikh Jumaat, 4 Rejab 702 Hijrah bersamaan dengan 22 Februari 1303 Masihi. Inti batu bersurat itu bertulis pengumuman sepuluh fasal syarat undang-undang. Pengumuman itu dimulakan dengan perisytiharan supaya semua raja dan orang besar yakin dan berpegang teguh pada agama Islam dan ajaran Rasulullah SAW. Penemuan ini bermakna, sebelum tahun 1303 Masihi, sekurang-kurangnya di Terengganu, sudah ada orang yang mengetahui atau boleh membaca tulisan jawi.

Perkara inilah dapat dirumuskan bahawa penulisan bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti. Tulisan yang mula dipakai adalah tulisan Pallava yang berasal dari India. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Oleh itu, timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut Tulisan Rencong, Tulisan Pallava, Tulisan Kawi, Tulisan jawi, dan Tulisan Rumi (Hashim Hj Musa, 1996). Menurut Amat Juhari Moain (1996) tulisan jawi telah digunakan oleh orang Melayu dalam berbagai-bagai jenis lapangan dan kegiatan penulisan. Bahkan untuk kesenian juga tulisan ini digunakan, iaitu pada seni khat bagi menghiasi mihrab, di dinding dalam masjid, batu nisan dan seumpamanya.

Hasil catatan tersebut jelas menunjukkan bahawa Tulisan jawi pada waktu itu digunakan dengan meluas dalam urusan-urusan penting sehingga dianggap satu tulisan yang hebat di kepulauan Tanah Melayu dan Nusantara. Sehingga kini penyelarasan Tulisan jawi dibuat dari masa ke semasa oleh tokoh tersohor jawi iaitu Ahmad bin Mathlob atau lebih dikenali sebagai Pak Mathlob. Sumbangan beliau dalam usaha memartabatkan Tulisan jawi sangat besar memandangkan kerajaan Malaysia kini semakin giat mencari satu alternatif untuk memulihkan Tulisan jawi sejak daripada peringkat sekolah rendah.

KESIMPULAN

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like