Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
130Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Gaya Pembelajaran-Assignment Individu

Gaya Pembelajaran-Assignment Individu

Ratings:

1.0

(1)
|Views: 9,657|Likes:
Published by Alin

More info:

Published by: Alin on Aug 09, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

07/31/2013

pdf

text

original

 
PENGENALAN.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seseorang murid cenderung untuk mempunyaigaya tertentu. Pembelajaran boleh berlaku melalui pelbagai cara kerana cara pengamatan dan pemerosesan maklumat yang berlaku pada manusia adalah berbeza-beza. Sesetengah individuhanya boleh melihat sesuatu secara konkrit manakala sesetengah individu boleh melihatsesuatu secara abstrak. Ini bermakna setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yangtersendiri.Gaya pembelajaran secara umumnya merujuk kepada cara atau stail pembelajaranseseorang individu. Dalam konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran merupakansuatu cara bagaimana seseorang pelajar itu memberi tumpuan atau mengambil tindakandalam usaha untuk memproses dan memperolehi maklumat, ilmu, atau pengalaman yang baru.Menurut Dunn (1980), gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar memprosesserta mengekalkan maklumat baru. Gaya pembelajaran bergantung kepada ciri-ciri biologidan perkembangan sahsiah seseorang dan ia dipengaruhi oleh persekitaran, emosi, pengaruhsosial serta perasaan individu. Akibatnya, sesuatu pengajaran boleh jadi berkesan bagiseorang pelajar tetapi tidak berkesan bagi pelajar yang lain kerana gaya pembelajaran mereka berbeza.Renzulli and Smith (1978) mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai satu bidangstrategi pengajaran yang mana pelajar cuba menuntut pembelajaran. Mereka berpendapat bahawa pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan sekiranya pengajaran guru selari dengangaya pembelajaran pelajar. Dengan ini, penyesuaian dalam pengajaran perlu dilakukan untuk melayani gaya pembelajaran pelajar.Kolb (1985) dapat menggambarkan empat model pembelajaran yang asas hasildaripada gabungan pengalaman pelajar dan keperluan persekitaran. Beliau berpendapat bahawa dalam proses pembelajaran, semua pelajar yang berkesan perlu berkebolehan dalamaspek pengalaman konkrit (concrete experience), pemerhatian reflektif (
reflective
 
observation
), konseptualisasi abstrak (
abstract conceptualization
) dan eksperimentasi aktif (
active experimentation
).Keefe (1987) berpendapat bahawa gaya pembelajaran merangkumi tiga aspek, iaitukognitif, afektif dan psikologikal. Gaya kognitif melibatkan pememprosesan maklumat, gayaafektif melibatkan tindak balas yang berasaskan motivasi manakala gaya psikologikal bersifattabiat yang berkaitan dengan unsur-unsur seks, kesihatan dan alam sekitar. Beliaumentakrifkan pembelajaran sebagai satu proses dalaman dan berpendapat bahawa pembelajaran hanya berlaku apabila terdapatnya perubahan tabiat sama ada secara kekal atausementara bagi seseorang
individu.
Beberapa perspektif dan dimensi gaya pembelajaran yang berlainan telah dikemukakan oleh pakar pendidik dan pengkaji dalam masa setengah abad yang lepas. Terdapat model-modelgaya pembelajaran yang mengambil kira dimensi personaliti (Wilkin, 1954; Myers, 1978),ada yang memfokuskan pemprosesan maklumat (Schmeck, 1983; Kolb, 1984), ada yangmembawa dimensi interaksi sosial pelajar (Reichmann & Grasha, 1974) dan ada juga model-model yang multi-dimensi dan menekankan kecenderungan cara pengajaran dankecenderungan persekitaran (Keefe,1989; Dunn & Dunn, 1978). Dengan ini, banyak instrumen telah digubal dan banyak kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar dengan harapan pembelajaran yang berkesan boleh diadakan. Dapatan-dapatan kajian juga membantu para pendidik memahami terdapatnya perbezaan gaya pembelajaran di kalangan pelajar dan memberi kesedaran bahawa sebenarnya tidak ada satucara yang unggul untuk menjalankan pengajaran.
2. MODEL PEMBELAJARAN DUNN DAN DUNN.
Dunn dan Dunn (1982) telah menghuraikan beberapa faktor yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang. Mereka telah menyenaraikan lima rangsangan yang mempengaruhigaya pembelajaran iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi, dan psikologi. Unsur-unsur tersebut merupakan faktor-faktor yang memainkan peranan penting dalam pembentukan pelbagai jenis gaya pembelajaran murid.
 
2.1 Rangsangan Persekitaran.Apa yang dikategorikan sebagai rangsangan persekitaran merangkumi empat unsur utama iaitu cahaya, bunyi, suhu, dan reka bentuk tempat belajar. Kadar terangnya cahayamenjadi faktor penting yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran. Walaupun kebanyakandari kita selesa belajar dengan kadar pencahayaan yang terang tetapi tidak mustahil juga adadi antara kita yang lebih suka belajar dalam suasana yang malap. Begitu juga dengan unsur  bunyi yang mampu menghasilkan gaya pembelajaran yang beranika jenis. Misalnya terdapatmurid yang suka belajar dengan diiringi alunan muzik, atau tidak kisah jika belajar dengan pelbagai bunyi yang terhasil di persekitaran, namun ada juga dikalangan murid yang hanya boleh memberi tumpuan terhadap pembelajaran dalam suasana yang sunyi tanpa sebarang bunyi.Unsur suhu seperti yang dinyatakan oleh Dunn dan Dunn, turut boleh mempengaruhigaya pembelajaran seseorang. Suhu yang sejuk dan nyaman dikatakan dapatmempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. Ramai murid yang tidak suka atau tidak selesa belajar dalam keadaan cuaca yang panas tanpa kipas atau alat penghawa dingin.Manakala unsur reka bentuk tempat belajar pula boleh mempengaruhi gaya pembelajaranmelalui susun atur kerusi dan meja dalam bilik darjah sama ada selesa ataupun tidak. Susunatur yang selesa boleh mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. Tempat duduk yangselesa boleh mengurangkan keletihan murid sepanjang tempoh pembelajaran.2.2. Rangsangan Emosi.Rangsangan emosi mempunyai perkaitan yang rapat dengan perasaan seseorang.Elemen yang terkandung dalam rangsangan emosi temasuklah motivasi, keazaman, sikaptanggungjawab, dan juga struktur. Elemen motivasi boleh dibahagikan kepada motivasiintrinsik dann juga motivasi ekstrinsik. Motivasi intrinsik merupakan sesuatu yang datangdari dalam diri murid itu sendiri. Seseorang yang mempunyai motivasi intrinsik yang kuat boleh belajar dengan inisiatif sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Manakala pelajar yangmempunyai motivasi ekstrinsik hanya akan belajar apabila disuruh atau diarahkan oleh oranglain.

Activity (130)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Amir Hamza liked this
zaimankb liked this
Hani Helerita liked this
neniey liked this
syaruzad liked this
steafanie_oh liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->