You are on page 1of 5

MALAYSIAKU GEMILANG

50 Tahun Kemerdekaan: 1957-2007


• Laman Utama
• Latar Merdeka
• Logo & Tema
• Rukun Negara
• Jalur Gemilang
• Galeri Foto

1957 hingga 1959


PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
( 31/08/1957)

Tanah Melayu telah menerima pengisytiharan kemerdekaannya tepat pada detik pertama pukul
12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bagi menandakan lahirnya
sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang
berdaulat di dunia. Laungan "MERDEKA" telah dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman,
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama keesokan harinya tepat 9.30 pagi di
hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30
negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

PERDANA MENTERI PERTAMA (31/08/1957)

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah
(8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari
1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang
teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa
Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

PENUBUHAN ARKIB NEGARA MALAYSIA (01/12/1957)

Pejabat Rekod Awam atau dikenali sekarang ini dengan nama Arkib Negara Malaysia telah
ditubuhkan dengan rasminya. Penubuhan ini adalah hasil dari laporan Jawatankuasa Mengenai
Pemeliharaan dan Pemusnahan Rekod Rasmi dan syor-syor yang diberikan oleh seorang pakar
arkib dari Public Record Office, London.

PEMILIHAN LAGU KEBANGSAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (05/08/1957 )


Lagu Terang Bulan, lagu kebangsaan negeri Perak telah dipilih menjadi lagu kebangsaan
Persekutuan Tanah Melayu. Pemilihan ini dibuat oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM
Tunku Abdul Rahman Putra.Upacara pemilihan lagu kebangsaan ini berlangsung di Dewan Polis
Depoh, Kuala Lumpur. Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam
Polis Diraja. Walau bagaimanapun lagu Terang Bulan telah terpilih kerana ia mempunyai unsur
kemelayuan. Keputusan jemaah hakim ini kemudian telah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja
Melayu. Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1 000 kepada pengubah
untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik Saiful Bahri dan lagu
kebangsaan 'NegaraKu' gubahan beliau terdapat dalam 3 versi.

PENYERAHAN KUASA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYA (12/07/1958)

Berkibarlah dengan megahnya bendera Tentera Laut Diraja Malaya menandakan berakhirnya
kekuasaan Kerajaan British ke atas perairan Persekutuan Tanah Melayu. Pada hari itu Kerajaan
Singapura yang telah diwakili oleh Gabenor Sir William Goode dan Ketua Menteri Encik Lim
Yew Hock dengan rasminya telah menyerahkan seluruh pentadbiran Tentera Laut Diraja Malaya
kepada Persekutuan Tanah Melayu. Penyerahan kuasa ini telah diterima oleh Perdana Menteri
Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman. Turut hadir dalam upacara penyerahan kuasa
itu ialah Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Dato' Abdul Razak Hussein.

PILIHANRAYA UMUM YANG PERTAMA SELEPAS MERDEKA (19/08/1959)

Pilihanraya Umum Parlimen yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan.
Pilihanraya ini adalah merupakan kali yang pertama di mana cara-cara memperuntukkan kerusi
serta perjalanan pilihanraya dijalankan dan ditentukan oleh penduduk-penduduk Persekutuan
Tanah Melayu sendiri tanpa terpaksa bertolak ansur dengan penjajah Inggeris seperti yang
berlaku dalam pilihanraya umum 1955. Parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya ini ialah
Parti Perikatan (UMNO, MCA MIC), Parti Negara, Parti Malaya (Malayan Party), Parti Islam
SeTanah Melayu, Parti Progresif Rakyat, Parti Barisan Sosialis, Parti Tindakan Rakyat, Parti
Demokratik Bersatu dan beberapa orang calon bebas. Apabila keputusan diumumkan Parti
Perikatan telah memenangi 74 daripada 104 kerusi yang dipertandingkan; Parti PAS 13 I kerusi;
Parti Barisan Sosialis 8 kerusi; Parti Progresif Rakyat 4 kerusi; Parti Negara 1 kerusi; Parti
Malaya 1 kerusi; Bebas 3 kerusi; sementara Parti Demokratik Bersatu dan Parti Tindakan Rakyat
tidak mendapat sebarang kerusi.

PEMBENTUKAN KABINET YANG PERTAMA SELEPAS MERDEKA (23/08/1959)

Tunku Abdul Rahman selaku pemimpin Kebangsaan Parti Perikatan iaitu Parti UMNO, MCA,
MIC, telah membentuk kabinetnya yang pertama selepas Persekutuan Tanah Melayu merdeka.
Tunku telah mengangkat sumpah pada 22bh Ogos, 1959 mengambil alih semula jawatan Perdana
Menteri daripada Dato Abdul Razak bin Hussein yang telah menyandang jawatan itu semasa
beliau bercuti selama tiga bulan untuk menjalankan kempen pilihanraya. Pembentukan kabinet
pertama ini adalah hasil kemenangan Parti Perikatan dalam pilihanraya pada 19hb Ogos, 1959.

PEMBUKAAN PENGKALAN FERI PULAU PINANG (23/09/1959)

Dua pengkalan feri yang terletak di Pulau Pinang dan Butterworth telah dibuka dengan rasminya
oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Pengkalan ini telah
diberi nama Pengkalan Raja Tun Uda di Pulau Pinang dan Pengkalan Sultan Abdul Halim di
Butterworth.

PEMBUKAAN RASMI BANK NEGARA (24/01/1959)


D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah membuka dengan rasminya Bank
Negara Tanah Melayu. Baginda menyifatkan upacara itu sebagai peristiwa yang terpenting
semenjak merdeka.

Malaysia: 50 Tahun Merdeka

• Tahun 1957-1959:
PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
( 31/08/1957)…
• Tahun 1960-1969:
TUNKU ABDUL RAHMAN DIUMUMKAN PEMENANG HADIAH MAGSAYSAY
(13/08/1960)…
• Tahun 1970-1979:
RUKUN NEGARA (31/8/1970)…
• Tahun 1980-1989:
MALAYSIA PEMENANG PERTAMA PIALA SUHARTO…
• Tahun 1990-1999:
TAHUN MELAWAT MALAYSIA 1990…
• Tahun 2000-2007:
PENERJUNAN DI KUTUB SELATAN…

Pautan
• ... Visit Malaysia 2007 ...
• ... UTM Online ...
• ... Emel ...
©2007 Merdeka. Hak Cipta Terpelihara. | Oleh: Norsyafiqah Mohd Muzafar

...Sila gunakan browser Internet Explorer untuk paparan terbaik...

You might also like