You are on page 1of 22

1. ZULHELMI SETAPA 2. SYAHRIL ADZWAN ZAINAL ARIFIN 3. NG SIEW KEOK 4.

WONG YOKE KUM

5. NAGANANTHINI PUMPALINGAM
6. ASMA MUHD. ALI

SEJARAH TOKOH Dilahirkan pada 6 Mei 1856, Moravia ( Czechoslovakia ). Diasuh dan dibesarkan dalam masyarakat Victoria kelas atasan ( mementingkan kesopanan dan kesusilaan hidup ) Sejak kecil merupakan pelajar pintar .

1873 memasuki program perubatan Universiti Vienna dapat Ijazah perubatan ( pakar penyakit saraf )
minat merawat penyakit berkaitan sistem saraf manusia tetapi kurang mendapat sambutan. Bekerja beberapa ketika di Hospital Besar Vienna. Ke Paris menuntut dengan Jean Charcot ( ahli psikiatri Perancis )- kaedah hipnosis merawat histeria.

Freud mencuba ke atas beberapa orang pesakit tetapi kurang berkesan.

Kemudian bekerja dengan seorang doktor Vienna Josef Breur. Mereka mengasaskan tatacara merawat penyakit saraf digelar histeria- gunakan kaedah bercakap tanpa halangan ( Perkaitan Bebas )
1895 mereka terbitkan buku Studies Of Hiysteria. Kemudian memperbaiki kaedah Perkaitan Bebas meminta pesakitnya bercakap tentang apa sahaja yang terlintas dalam fikirannya tanpa menyekat apa-apa fikiran, bayangan pengalaman, emosi dan fantasi. Kaedah ini dikenali Psikoanalisis ( psikodinamik ). Akhir hayat Freud, umur 83 tahun ia masih gigih membuat analisis kendiri dan menulis walaupun banyak mengalami banyak pembedahan kanser rahang.

Manusia dilahirkan dengan naluri kebinatangan bersifat jahat. Kahidupan ini ditentukan oleh naluri-naluri ini. Ia boleh menyebabkan manusia bertindak secara tidak rasional dan tidak logik. Naluri ini tersimpan dalam satu tenaga ( manusia dianggap sebagai satu sistem tenaga yang berfungsi sebagai sistem hidrolik ). Tenaga ini tidak bertambah atau berkurang. Ia menjadi rebutan id, ego, superego kerana ia mempunyai paling banyak tenaga dan ia dapat mengawal tingkah laku dan kehidupan manusia.

Tenaga ini terbahagi kepada dua iaitu : - Tenaga hidup ( naluri hidup ) libido, eros : sentiasa berusaha lanjutkan zuriat manusia. Tidak terbatas hanya kepada tenaga seks sahaja, meliputi usaha ke arah kreativiti. Ia merupakan tenaga motivasi yang mendorong manusia ke arah mencari keseronokkan dan elak kesakitan. - Tenaga mati ( naluri mati ) thanatos : terjelma dalam bentuk dorongan-dorongan agresif. Kerana itu terdapat ketikanya manusia akan cuba menyakiti dirinya atau orang lain.

Freud memperolehi data dari sesi psikoanalisis - ke atas pesakit-pesakit bermasalah jiwa.

- ke atas diri sendiri.


Beliau dapati kebanyakan pengalaman lampau terutama pada lingkungan umur antara 3 5 tahun tidak dapat diingat kembali oleh klien. Dari sini beliau mengasaskan konsep alam sedar dan alam tidak sedar.

Alam sedar berkaitan semua perkara : pengalaman, ingatan, persepsi,


sensasi dan lain-lain yang kita sedari secara aktif.

Tergolong dari pemikiran yang berkaitan dengan perasaan, pemikiran kita yang boleh dipanggil secara kendiri supaya dapat dirasai kenyataannya dalam keadaan sedar, walaupun pada asalnya perasaan, pemikiran itu

tidak merupakan sebahagian dari tahap sedar tadi.

Melibatkan semua pengalaman, perkara, persepsi, sensasi, fikiran, emosi dan lain-lain yang kita tidak sedari, ketahui atau diingati.

Contoh :
Kita pernah mengalami sesuatu pada 26 Mac 5 tahun lalu tetapi kita sudah tidak dapat mengingatinya kembali. Anatara alam sedar dan tidak sedarnya, ada zon yang dikenali sebagi alam prasedar. Di sinilah letaknya bahan yang tidak disedari oleh kita semua pada satu-satu masa, tetapi boleh direnung dan diingat kembali dan keluarkannya ke tahap sedar.

Naluri - berada dalam alam bawah sedar manusia. - berperanan mentadbir tingkah laku seseorang.

- gambaran mental terhadap stimuli dalaman dan elemen asas dalam


personaliti. - merupakan desakan yang mendorong tingkah laku dan menentukan arah. * berlaku bila keperluan manusia mendorong mereka mendapat kepuasan yang dikehendaki untuk mendapat keseimbangan. - terbahagi kepada 2 :

a. Naluri Hidup
b. Naluri Kematian.

a. Naluri Hidup

- dikenali sebagai Eros


- tenaga yang dikaitkan dengannya dinamakan Libido. - pada asalnya Freud kaitkan libido dengan naluri seks sahaja tetapi beliau melihat libido sebagai psikik ( perasaan keseronokkan yang dikaitkan dengan kepuasan bagi naluri untuk hidup ). b. Naluri Kematian - percaya matlamat semua yang hidup adalah kematian. ( kembali kepada

keseimbangan sebelum hidup ).


- hasil utama naluri ini adalah agresif ( individu cuba memusnahkan orang lain dikenali Thanatos ) - berpendapat masyarakat tidak akan hidup lama jika mereka dibenarkan meluahkan semua desakan atau tekanan. - darinya akan berlaku ketidakseimbangan dalam masyarakat. ( yang kuat akan mengambil kesempatan pada individu yang lemah )

Freud mengatakan, personaliti manusia ada 3 komponen yang wujud dan berinteraksi bersama-sama : 1. ID : dorongan biologikal dan tenaga naluri manusia yang

memotivasikan manusia untuk berbuat apa sahaja yang


dikehendakinya. 2. 3. EGO : eksekutif kepada personaliti manusia.

SUPEREGO : satu kuasa yang wujud dalam jiwa seseorang individu itu dan yang mengawal segal kehendaknya, menentukan apa yang baik dan apa yang tidak baik serta menentukan sama ada sesuatu itu sesuai di dalam keadaan yang

tertentu. Ia wujud untuk mengawal segala kehendak


buas id dan mempengaruhi ego dalam usaha mencari jalan memuaskan kehendak id dengan cara yang baik, sesuai serta diterima masyarakat.

Keunggulan Ego

Hati Nurani

Super

Ego

EGO (prinsip reality) Alam luaran

ID (prinsip kelazatan)

3 Struktur Personaliti menurut Perspektif Psikodinamik

1. Peringkat Mulut ( Oral )


* antara 0 18 bulan. * struktur personaliti lebih merupakan id, tidak dapat membezakan antara diri sendiri dan persekitaran serta bersifat tamak dan ganas. * bayi dikawal oleh imuls biologi, pentingkan diri sendiri, dikuasai penuh oleh tenaga libido dan nalurinya. * zon kepuasan adalah mulut. * individu yang terbiasa meneriman sokongan dan bimbingan daripada orang lain akan terlalu bergantung kepada orang lain untuk mencapai kepuasan yang dikehendaki. * individu akan menjadi seorang yang terlalu mempercayai orang lain dan terlalu optimisik. * keperibadian agresif mulut pula berlaku jika individu suka menguasai orang lain dengan menggunakan strategi manipulasi.

2. Peringkat Dubur. ( Anal )

* antara 18 36 bulan.
* zon kelazatan beralih ke kawasan dubur. * mendapat kelazatan daripada aktiviti membuang dan menahan najis. * isu yang berkaitan dengan personaliti penahanan, kebersihan, kekotoran, autonomi, kekuatan dan merendah diri. * mereka yang berjaya melalui tahap ini jadi seorang yang fleksibel, murah hati dan bersih.

* jika tidak berjaya memberontak : personaliti anal aggressive akan


berkembang seperti panas baran, agresif dan suka melepaskan geram.

3. Peringkat Kubul ( Phallic ) * antara 3 5 tahun. * masa terpenting dalam pembentukan personaliti. * organ-organ seks ( zakar dan faraj ) tumpuan kelazatan.

* kanak lelaki akan menghadapi Oedipal Complex - anak perempuan pula


Electra Complex. * peringkat paling kritikal ini akan menentukan kepesatan seksual yang berkembang dalam diri seorang individu.

4. Peringkat Pendaman ( Latency )

* antara 6 hingga baligh. * perkembangan seksual dianggap berada pada keadaan bertahan. * peringkat ini penuh dengan suasana menguatkan sifat serta ciri

kelelakian ataupun kewanitaan.


* penuh dengan keupayaan berkawan sesama rakan sama ada dari jantina lelaki atau wanita. * mempelajari kemahiran sosial yang akan membantu mereka menjadi mesyarakat yang berguna.

5. Peringkat Kejantinaan ( Genital )

* baligh hingga ke tahap dewasa. * kembali kepada kecenderungan seks mencari pasangan. * objek yang jitu dari segi perkembangan diri menjadi lumrah dengan kematangan yang berfungsi.

* terbentuk EGO dijaga dan dikembangkan secara pengalaman yang


baru serta bermakna. * mula dengan peranan sosialisasi, pelaksanaan aktiviti berkelompok, mula dengan penarikan interaksi seksual dan persediaan perkahwinan, berkeluarga dan penetapan vokasional. * zaman kanak-kanak ditinggalkan bermula dengan peringkat kedewasaan.

ANXIETY

- Keadaan negatif yang dialami, gabungan perasaan takut, seram,gentar, runsing, cemas, bimbang, risau, gelisah, khuatir dan pelbagai emosi lain. - Terbahagi kepada 3 :

* Enxiety Realiti
* Enxiety Moral * Enxiety Neurotik - Ego main peranan cuba mengawal enxiety tersebut dengan menggunakan cara pertahanan iaitu mengaktivasikan mekanisma bela diri dalam pelbagai bentuk.

MEKANISMA HELAH BELA DIRI

1. Represi : Menekankan pengalaman yang pahit serta menyakitkan ke dalam alam tidak sedar.

2. Penyangkalan : Penafian kebenaran sesuatu kenyataan. Pertahanan daripada ancamanancaman luaran. Apabila seseorang menghadapi masalah, ataupun sesuatu yang amat menyakitkan, ia hanya akan menafikan kewujudan masalah tersebut.

3. Fantasi :

Merupakan suatu angan-angan di mana ia mungkin bersifat positif atau negatif. Bersifat positif jika fantasinya mendorong ke arah kejayaan dan ia bersifat negatif jika fantasinya mendorong ke arah kegagalan dan kekecewaan.

MEKANISME HELAH BELA DIRI

4. Regresi : Apabila seseorang itu menggunakan mekanisme ini, ia akan menuruni tangga kematangan psikologi ke tahap yang lebih rendah daripada sekarang.

5. Identifikasi : Helah bela diri yang sering digunakan oleh kanak-kanak. Proses mengambil serta mengkonsolidasikan sifat-sifat seorang yang lain ke dalam dirinya.

6. Projeksi : Keadaan individu yang akan melemparkan keluar nafsu atau kehendakkehendak primitifnya kepada objek atau orang lain.

7. Pindahgantian (penyaluran) : memuaskan sesuatu motif yang tidak dapat dipuaskan dengan cara asal tetapi dipuaskan dengan cara lain.

MEKANISME HELAH BELA DIRI

8. Pembentukan Reaksi : Seseorang individu menonjolkan impuls yang tidak mungkin dapat diterimanya dalam satu bentuk ke dalam bentuk yang sebaliknya.

9. Intelektualisasi : Menolong individu itu menjauhi anxiety dengan cara menghadapi sesuatu masalah dengan menggunakan kaedah paling rasional, logik dan yang kelihatan intelek. Dengan cara ini konteks emosi dan anxiety dapat dipisahkan.

10. Sublimasi : Cara yang paling baik sekali untuk memuaskan kehendak-kehendak dalaman, iaitu kehendak id dengan cara yang dapat diterima masyarakat. Mekanisme yang paling berbentuk positif.

Struktur personaliti yang dikemukakan oleh Freud sangat penting difahami bagi seorang kaunselor yang ingin melaksanakan rawatan

sejajar dengan pendekatan psikoanalisis. Kefahaman tentang


peranan id, ego dan superego dalam diri seorang insan akan dapat menentukan tahap kecelaruan yang sedang dialami oleh klien.

Kaunseling pendekatan Psikoanalisis menumpukan kepada analisis


tentang perimbangan tentang id, ego dan superego yang berlaku dalam diri seorang insan. Mengikut fahaman psikoanalisis, seorang individu itu berada dalam kecelaruan mental kerana tidak berlakunya perimbangan id, ego dan superego dalam dirinya.

You might also like