You are on page 1of 11

Nama No K/P Tingkatan Alamat Hobi

: Nurrul Nadziela Bt Mohd Yusof : : : :


2 LG1 (Bitara)

Cita Cita : Nama Ayah : Mohd Yusof B Dollah Pekerjaan Nama Ibu Pekerjaan Tarikh : : Nik Rohiniyah Bt Nik Wil @ Nik Ismail : :
20 Oktober 2013

Cogan Kata :

Tandatangan Guru :

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KEMERDEKAAN MALAYSIA

Berikut adalah sinopsis senarai kronologi kepada sejarah era penjajahan yang telah berlaku di Tanah Melayu sehingga kepada Pembentukan Malaysia. Tahun 1400an Tahun 1511 Tahun 1641 Tahun 1824 Tahun 1941 Tahun 1945 - Zaman Kesultanan Melayu Melaka - Pemerintahan Portugis - Permerintahan Belanda - Pemerintahan British (Inggeris) - Pemerintahan Jepun - Jepun Menyerah Kalah - Pemerintahan British kembali. - Darurat di Tanah Melayu (Komunis Menguasai Tanah Melayu) - Tanah Melayu mencapai kemerdekaan

Tahun 1948-1960

Tahun 31 Ogos 1957

Tahun 16 September 1963 - Penubuhan Negara Malaysia

RINGKASAN SEJARAH MALAYSIA


Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut. Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula daripada tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesarpembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifat perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British. Antara tokohyang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.

Semangat Nasionalisme Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, Rahman telah memberi sinar Melayu mentadbir sendiri negaranya, muncullah golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi masingmasing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri. Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk menamatkan penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Jepun telah menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960). Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.

Tanggal 31 Ogos 1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya

Kemerdekaan Tanah Melayu Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah Melaya akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.

ERTI KEMERDEKAAN BAGI SAYA

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketigatiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara.

Menjadi

tanggungjawab

rakyat

generasi

baru

hari

ini

untuk

mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

AKTIVITI SEMPENA HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH


1) Majlis Pelancaran Hari Kemerdekaan i) Tarikh ii) Tempat iii) Aktiviti -> 15 Ogos 2013 -> Tapak Perhimpunan -> a) Ucapan Pengetua b) Upacara Menaikkan Bendera

2) Majlis Sambutan Kemerdekaan ke 56 i) Tarikh ii) Tempat iii) Aktiviti -> 16 September 2013 -> Dewan Dato Seri Najib -> a) Pembacaan Perutusan Menteri Pendidikan (P. Kanan Pentadbiran) b) Pembacaan Perutusan Ketua Pengarah (P. Kanan Hal Ehwal Murid)

3) Kuiz Sejarah Merdeka i) Tarikh ii) Tempat iii) Kategori -> Setiap Selasa (Bulan Ogos&Semtember) -> Tapak Perhimpunan & Dewan Dato Seri Najib -> 2 Kategori (Mengikut Tingkatan & Terbuka)

4) Pertandingan Menghias Kelas i) Tempoh Diberi -> 1 Bulan (Bulan September)

10

5) Pertandingan Mendeklamasikan Sajak i) Tarikh ii) Tempat -> 16 September 2013 -> Dewan Dato Seri Najib

11

You might also like