You are on page 1of 4

INKUIRI PENGESAHAN

LIMAU DAN PERIA PANDUAN AKTIVITI PELAJAR 1. Sesuatu bahan yang berasid rasanya adalah masam dan bahan yang beralkali rasanya pahit. 2. Apakah rasa bagi jus limau dan peria? 3. Perah buah limau dan peria ke dalam cawan. 4. Rasa jus limau dan peria tersebut. Catatkan pemerhatian anda. 5. Rasa jus limau dan peria adalah berbeza. Pada pendapat anda yang manakah adalah asid dan yang manakah adalah alkali? Mengapa? 6. Asid akan menukarkan warna kertas litmus biru kepada merah. 7. Alkali akan menukarkan kertas litmus merah kepada biru. 8. Apakah yang akan berlaku apabila jus limau dan jus peria diuji dengan kertas litmus biru dan merah? Gunakan kertas litmus untuk mengesahkan jaawapan anda. 9. Catatkan ramalan dan gunakan kertas limus untuk mengesahkan ramalan. 10. Jelaskan jawapan anda.

Inkuiri Berpandu

Kekuatan batang lidi

Panduan aktiviti pelajar

1. Kumpulkan 20 batang lidi dan ikat dengan menggunakan tali getah. 2. Pamerkan dan sediakan satu batang lidi dan seikat lidi yang dikumpul tadi. 3. Ramal dan catatkan perlakuan apabila lidi tersebut cuba dipatahkan. 4. Kongsi ramalan anda dengan rakan-rakan di kelas. 5. Uji ramalan anda dengan mematahkan lidi tersebut. 6. Mengapakah sebatang lidi mudah dipatahkan berbanding seikat lidi yang mempunyai 20 batang lidi? 7. Bincangkan dengan rakan-rakan kumpulan anda bagaimana keadaan ini boleh disiasat. 8. Catatkan perancangan kumpulan anda di dalam buku nota dan kongsikan rancangan anda dengan rakan-rakan kelas. 9. Setelah perancangan akhir dibuat, minta kebenaran guru untuk menjalankan penyiasatan.

Inkuiri Terbuka Pisang oh pisang

Situasi: 1. Anda diberikan 2 bahan yang berbeza iaitu satu sulur batang pisang dan satu batang pisang. Kedua-dua bahan ini dimasukkan di dalam air untuk melihat kadar ketumpatannya. 2. Ramalkan situasi yang berlaku jika bahan tersebut di letakkan dengan objek berikut di dalam air: iGabus iiKayu iiiBatu ivKepingan Plastic 3. Uji ramalan anda dengan meletakkan objek-objek itu ke dalam air. 4. Berdasarkan pemerhatian anda, tulis 5 soalan berbentuk i. Apakah yang akan berlaku jika batu diletakkan ke atas plastic? ii. Apakah yang kelihatan di dalam gabus berbanding dengan kayu? iii. Apakah yang berlaku jika plastic jika digulung dan diletakkan menegak ke dalam air? 5. Siasatan anda perlu mempunyai focus, ramalan, rancangan atau prosedur penyiasatan dan jadual data. (jika perlu) 6. Setelah perancangan dibuat, minta kebenaran guru untuk menjalankan penyiasatan.

Inkuiri Berstruktur
LAVA MENARI Panduan aktiviti pelajar.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Tuangkan lebih kurang 150 cm3 air ke dalam bikar. Tuangkan minyak masak ke dalam bikar tersebut secara perlahan-lahan. Catatkan sebarang pemerhatian di dalam buku nota sains anda. Tambahkan beberapa titis pewarna ke dalam campuran air dan minyak. Taburkan satu spatula garam ke dalam bikar. Catatkan pemerhatian anda secara terperinci di dalam buku nota sains anda. Apakah yang menyebabkan pergerakan pewarna di dalam bikar? Tuliskan penjelasan anda di dalam buku nota sains anda. Kongsikan catatan pemerhatian anda dan penjelasan dengan rakan-rakan lain di dalam kelas.

You might also like