You are on page 1of 48

PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL KEPENGETUAAN KEBANGSAAN (NPQH)

INSTITUT AMINUDIN BAKI SRI LAYANG, GENTING HIGHLAND KUMPULAN 3 AMBILAN 1/1999

KURSUS PENGURUSAN DAN KEPEMIMPINAN SEKOLAH(KHAS)


KOMPONEN

ASAS PENGURUSAN SEKOLAH

Azman bin Hj. Adnan


PENSYARAH: EN. SHAMSUDIN SAID, EN. GURCHARAN SINGH & HJ. ABAS AWANG

Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8

Tajuk Organisasi Pembelajaran Pengurusan Latihan & Perkembangan Staf Pengurusan


Fizikal sekolah Pengurusan Keselamatan Sekolah Pengurusan Projek Penyelidikan
Pengurusan Masa Kreativiri Dalam Pengurusan

1
1.

ORGANISASI PEMBELAJARAN 1.1 Apakah Organisasi Pembelajaran? Ialah pembelajaran


yang sistematik dan ‘accelerated’ yang dicapai oleh sesebuah organisasi secara
menyeluruh dan bukan secara individu. Sesebuah organisasi pembelajaran itu
hendaklah dapat mengubah (transform) data dan pengalaman kepada pengetahuan yang
boleh digunakan (accessible) oleh keseluruhan ahli organisasi dan yang relevan
kepada matlamat organisasi. Secara amnya, sesebuah organisasi pembelajaran akan
mengamalkan prosedur pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning procedures),
dan secara berterusan mengembangkan kapasitinya untuk membentuk masa depan
organisasi. 1.2 Asas Organisasi Pembelajaran Asas organisasi pembelajaran adalah
berpandukan 5 disiplin pembelajaran (“learning disciplines”) seperti berikut :
1.2.1 Kepakaran Individu (Personal Mastery) • mengembangkan kapasiti kendiri untuk
mencapai objektif yang dihasratkan serta mewujudkan suasana persekitaran
organisasi yang menggalakkan ahli-ahlinya untuk mempertingkatkan diri mereka.

1.2.2

Model Mental (Mental Models) • merenung kembali, memperjelas dan menambahbaikkan


gambaran tentang keadaan sekeliling untuk melihat bagaimana ia mempengaruhi
keputusan dan tindakan kita.

1.2.3

Perkongsian Visi (Shared Vision) • memupuk komitmen di kalangan ahli organisasi


dengan berkongsi visi tentang hala tuju organisasi.

1.2.4

Pembelajaran Secara Kumpulan (Team Learning) • memupuk kemahiran berfikir secara


berkumpulan agar dapat meningkatkan ketrampilan yang lebih ketara.

2
1.2.5

Pemikiran Sistem (Systems Thinking) • cara untuk memikirkan dan memahami faktor-
faktor yang membentuk tingkah laku serta hubungan antara ahli-ahli organisasi agar
sistem organisasi dapat bergerak dengan lebih berkesan.

Str ukt ur

Pelajar yang terangsang

per uba han

k idi nd Me ya da Bu

Organisasi pembelajaran
an rus u ng pe ak pih n
Vi si un tuk

ga on k So

pem bel aja r

Organisasi Pembelajaran Berdasarkan Model INVEST

Peningkatan Pembelajaran
3

an
1.3

Mengapa perlu Organisasi Pembelajaran? • • • • • • • • • • pelaksanaan tugas yang


lebih cemerlang (superior) peningkatan kualiti kepuasan pelanggan mewujudkan daya
saing menghasilkan tenaga kerja yang komited pengurusan perubahan menegakkan
kebenaran memenuhi kehendak keadaan semasa menimbulkan kesedaran tentang konsep
saling bergantung (interdependence) antara ahli-ahli organisasi organisasi
berkehendakkannya

1.4

AKTIVITI : Mendefinisikan Organisasi Pembelajaran 1.4.1 Langkah 1 : ‘Kalau saya


ingin mewujudkan organisasi pembelajaran ..................’ (Bayangkan anda
sedang berkhidmat dalam sebuah organisasi pembelajaran dan jawab soalan-soalan
yang berikut :) a. Apakah polisi, aktiviti atau aspek-aspek yang diperlukan untuk
memastikan kejayaan organisasi anda? Bagaimanakah tingkah organisasi tersebut?
laku/amalan ahli-ahli dalam

b.

c.

Apakah caranya ahli-ahlinya organisasi-organisasi luar?

berinteraksi

dengan

d.

Apakah perbezaan di antara organisasi yang ideal ini berbanding dengan organisasi
yang sedia ada?

1.4.2

Langkah 2 : Memperjelaskan Definisi Organisasi Pembelajaran (Pilih pernyataan-


pernyataan yang anda fikirkan sesuai daripada senarai yang berikut dan tambah
pernyataan-pernyataan yang lain jika perlu) Dalam sesebuah organisasi pembelajaran
.......................... a. Ahli-ahlinya merasakan mereka melakukan sesuatu yang
bermakna kepada diri mereka sendiri dan juga kepada persekitaran luar organisasi.

4
b.

Setiap individu dalam organisasi meningkatkan kapasitinya untuk menyumbang kepada


organisasi. Tahap intelek ahli-ahli organisasi adalah lebih terserlah secara
berkumpulan. Sesuatu tugasan akan lebih baik dan kreatif jika dilakukan dalam
kumpulan berbanding dengan secara individu. Organisasi lebih prihatin terhadap
asas pengetahuannya (knowledge base) di kalangan ahli-ahlinya. Visi organisasi
akan wujud daripada semua peringkat organisasi. Visi yang wujud adalah visi
bersama. Semua ahli organisasi akan diberi peluang untuk mengetahui apa yang
berlaku pada semua tahap organisasi supaya mereka faham kesan daripada tindakan
mereka terhadap ahli-ahli yang lain. Ahli organisasi tidak merasa terbatas untuk
mengetahui tentang anggapan (assumptions) orang lain. Ahli-ahli organisasi
sentiasa saling menghormati dan mempercayai antara satu sama lain tanpa mengira
kedudukan/pangkat masing-masing. Ahli-ahli organisasi lebih cenderung untuk
mencuba perkara-perkara baru serta mengambil risiko kerana tiada individu yang
dihukum kerana membuat kesilapan.

c.

d.

e.

f.

g.

h.

i.

1.4.3

Langkah 3 : ‘Apakah manafaatnya kepada saya .........................?’ Fikirkan


secara teliti setiap daripada pernyataan yang anda telah pilih/penyataan yang
ditambah daripada Langkah 2. Jika organisasi yang sedia ada sekarang memiliki
ciri-ciri yang telah anda pilih tadi, apakah manafaatnya kepada diri
anda/organisasi anda.

1.4.4

Langkah 4 : ‘Memilih 5 Ciri Yang Utama’ Berdasarkan Langkah 3, pilih 5 ciri yang
dianggap paling penting bagi sesebuah organisasi. (Jangan hiraukan jika ada ciri-
ciri yang difikirkan sukar untuk dicapai).

5
1.4.5

Langkah 5 : ‘Apakah yang menjadi penghalang ..........................?’ Huraikan


apa yang wajar anda lakukan untuk mencapai 5 ciri-ciri yang telah anda pilih tadi.
Fikirkan juga halangan/kekangan yang mungkin dialami untuk mencapainya.

1.4.6 Langkah ....................?’

‘Saya

tahu

organisasi

saya

berjaya

jika

Setelah mengenalpasti halangan.dan kekangan untuk mencapai kelima-lima ciri


organisasi yang diingini, nyatakan indikator (tanda) yang dapat menunjukkan jika
perubahan atau kemajuan (progress) telah berlaku. 1.5 • • • Sekolah Sebagai
Organisasi Pembelajaran Sekolah mesti menjadi pusat ‘inquiry’ pengetahuan dan
penyebar sistem nilai. Sekolah hendaklah menjadi inovatif, kreatif dan dapat
menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan sistem
pendidikan. Fokus bukan sahaja kepada isi kandungan dan produk tetapi juga kepada
proses-proses yang terlibat. Proses ini akan menjadi landasan kepada budaya dan
ethos organisasi. Setiap orang dalam organisasi dihargai dari segi pengetahuan dan
pengalaman yang unik yang ada padanya. Konsep pelajar sepanjang hayat (life long
learners) di kalangan guru dan pengetua. Sentiasa merenung (reflective thinking)
tentang cara bagaimana untuk meningkatkan pengetahuan tentang proses belajar-
mengajar. Penglibatan semua ahli komuniti seperti ibu bapa dan ahli-ahli yang
terpenting dalam komuniti sekolah. Budaya sekolah yang mendokong budaya
permuafakatan, penambahbaikan dan renungan kritikal dalam alam sekitar yang
terbuka dan saling mempercayai. Budaya sekolah yang mewarisi kesanggupan dan
komitmen semua pihak dalam komuniti untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama
untuk membuat keputusan secara efektif.

• • • • •

6

memerlukan konsep ‘reculturing’ dan ‘restructuring’.

7
2.

PENGURUSAN LATIHAN DAN PERKEMBANGAN STAF 2.1 Pengenalan Mengagihkan tugas dan
tanggungjawab kepada pekerja belum boleh memastikan ianya dilaksanakan dengan
lebih baik. Kehendak dan keperluan tugas perlu diseimbangkan dengan kebolehan
seseorang. Kedua-duanya adalah sama penting. Setelah seseorang itu mahir dalam
sesuatu bidang kerja potensinya masih boleh dibangunkan dan kemahirannya
diperkembangkan bagi menghadapi tanggungjawab yang lebih besar dan lebih mencabar
lagi. Latihan diberikan kepada pekerja bagi membolehkannya memikul sesuatu tugas
dan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Namun begitu, manafaatnya boleh dirasai
seterusnya apabila pekerja tersebut mampu membangunkan atau memperkembangkan
potensi dirinya untuk memikul lain-lain tanggungjawab yang lebih mencabar pada
masa hadapan. Bagi tujuan ini, program-program perkembangan staf adalah perlu
dilaksanakan. Program-program latihan dan perkembangan staf boleh dilaksanakan
dalam pelbagai bentuk seperti: • ceramah dan aktiviti dalam bilik darjah •
simulasi tentang sesuatu situasi • bimbingan kerja atau latihan semasa kerja •
pengagihan tugas secara putaran atau giliran yang berubah-ubah • permainan menguji
akal (management games) • sesi perbincangan atau mesyuarat pembangunan staf 2.2
Fungsi Latihan dan Perkembangan Staf Walaupun program latihan dan perkembangan
staf bukan merupakan jawapan kepada kesemua masalah, ianya berupaya memberi
sumbangan dalam menguruskan sesebuah organisasi. Program latihan dan perkembangan
staf yang dirancang dan dilaksanakan dengan baik akan menguntungkan kedua-dua
pihak; pekerja dan organisasi.

8
2.2.1

Meningkatkan Ilmu dan Kemahiran Melalui latihan, pekerja-pekerja berpeluang


meningkatkan ilmu dan kemahiran diri. Contohnya, sewaktu Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah dan Menengah (KBSR dan KBSM) diperkenalkan pada akhir tahun 80an
dahulu, ramai guru-guru di sekolah telah dihantar berkursus. Hasilnya ialah guru-
guru tersebut telah mendapat pengetahuan tentang kandungan KBSR dan KBSM serta
bagaimana melaksanakannya selaras dengan apa yang dihasratkan oleh Kementerian
Pendidikan. Sesetengah sekolah turut menjalankan program-program latihan secara
dalaman yang dikendalikan samada oleh guru sumber maupun Pengetua sekolah sendiri.

2.2.2

Persediaan Untuk Tugas atau Tanggungjawab Baru Program-program latihan dan


perkembangan staf juga berfungsi menyediakan pekerja untuk memikul tugas dan
tanggungjawab yang baru dan berbeza daripada yang biasa dilakukannya. Seseorang
bakal pemimpin diperingkat rendah sekalipun akan lebih yakin memegang jawatan
barunya jika dibekalkan dengan pengetahuan dan pendedahan awal yang mencukupi.

2.2.3

Membangunkan Kemahiran dan Kepakaran Pekerja Dalam organisasi yang dinamik yang
mana anggotanya boleh berfungsi dengan berkesan, program-program perkembangan staf
dalam bidang-bidang tertentu akan membantu membangunkan kebolehan atau kemahiran
sedia ada. Kemahiran dan bakat maupun kecenderungan pekerja dalam pelbagai bidang,
jika digilap dengan baik akan menjadi aset berguna bagi organisasi. Ini adalah
kerana ahli-ahli yang berkemahiran tinggi mampu menyumbang secara lebih berkesan
ke arah kemajuan organisasi yang dianggotainya.

2.2.4

Menyelesaikan Masalah Dalam Organisasi Walaubagaimana lancarnya perjalanan


sesebuah organisasi itu, ianya tidak terkecuali daripada menghadapi masalah.
Kerapkali masalah-masalah ini boleh dikaji dan punca-puncanya boleh dikenalpasti.
Sekiranya masalah itu berpunca daripada kekurangan ilmu, pendedahan tentang
sesuatu bidang maupun kurang kemahiran tertentu, maka program-program latihan yang
spesifik boleh diatur untuk menyelesaikannya.

9
2.2.5

Menangani Perubahan Dengan arus perubahan baik dalam organisasi maupun


persekitarannya, pada masa kini, kemahiran dan pengetahuan sedia ada kadangkala
tidak memadai untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan lancar.
Banyak isu-isu baru, konsep-konsep pengurusan terkini serta kemahiran-kemahiran
baru yang canggih turut menyumbang kepada perubahan struktur dan persekitaran
organisasi masa kini. Setiap ahli perlu mengetahui peranan baru mereka serta kesan
daripada perubahan ini ke atas kerja mereka serta organisasi keseluruhannya. Dalam
hal ini sesisesi latihan dan perkembangan staf perlu sentiasa diadakan bagi
mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran setiap anggota organisasi. Seseorang
pemimpin memainkan peranan utama dalam menyedari perubahan yang berlaku di sekitar
organisasinya dan bagaimana perubahan ini dapat dihadapi dengan lebih baik.

2.2.6

Kenaikan Pangkat Anggota-anggota atau ahli organisasi yang berkaliber dan berbakat
sebagai pemimpin mungkin menerima kenaikan pangkat pada sesuatu tahap dalam
kerjayanya. Bagi menyediakan diri dari segi pengetahuan tentang tugas dan
tanggungjawabnya yang lebih mencabar dan memerlukan daya pemikiran yang lebih
tinggi, maka kursus-kursus secara formal akan diatur. Bidang yang dipelajari
mungkin mencakupi pelbagai aspek sosial dan profesional.

2.2.7

Pengiktirafan Terdapat ramai pekerja dan ahli organisasi yang bekerja keras dan
cemerlang dengan semangat profesionalisme yang tinggi. Namun, atas sebab-sebab
tertentu mereka mungkin tidak dinaikkan pangkat. Ini tidak bermakna pihak
pengurusan tidak menghargai kesungguhan, dan kepakaran kerja yang mereka telah
tunjukkan. Untuk tujuan ini, banyak organisasi yang menghantar pekerjapekerja yang
cemerlang berkursus di luar sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan ke atas
kecemerlangan yang telah mereka tunjukkan. Pengiktirafan sebegini walaupun tidak
mendatangkan keuntungan dari segi kewangan, masih dapat memberi kepuasan kepada
pekerja-pekerja atau ahli-ahli berkenaan di mana mereka berpeluang meluaskan
pengetahuan dan memperolehi pengalaman baru.

10
2.3

Langkah-Langkah Pelaksanaan Program Latihan dan Perkembangan 2.3.1 Menentukan


Keperluan Langkah pertama sebelum membuat perancangan jangka panjang program-
program latihan ialah menentukan keperluan organisasi. Ini adalah bertujuan
memastikan hanya jenis latihan yang benarbenar perlu dan sesuai ke arah mencapai
matlamat organisasi sahaja yang dijalankan. Ini dapat mengelakkan pembaziran masa,
tenaga dan kewangan organisasi tersebut. Maklumat tentang keperluan latihan boleh
diperolehi dengan cara mengenalpasti kesesuaian tugas dengan latar belakang dan
kemahiran pekerja. Sesebuah organisasi yang mempunyai ahli-ahli yang muda dan
kurang pengalaman dalam banyak bidang tentu sahaja mempunyai keperluan latihan
yang berbeza berbanding dengan organisasi yang lebih mantap dan mempunyai ahli-
ahli yang telah lama bertugas. 2.3.1.1 Penilaian Prestasi Satu lagi sumber bagi
mengetahui keperluan latihan dan perkembangan staf ialah melalui penilaian
prestasi tahunan staf. Penilaian prestasi yang baik akan memberi maklumat tentang
bidang-bidang kemahiran yang diperlukan oleh anggota-anggota dalam organisasi.
Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya perlulah menyedari kepentingan penilaian
prestasi dari segi perkembangan potensi individu dan juga organisasi yang mereka
anggotai. 2.3.1.2 Cadangan Ketua Pemimpin atau ketua yang peka serta mempunyai
matlamat yang jelas seharusnya boleh mengenalpasti siapakah di antara ahli-ahli di
bawahnya serta bidang-bidang latihan yang boleh mereka ikuti. Latihan-latihan ini
mungkin bagi tujuan mendapatkan kemahiran baru, melicinkan tugas dan mengelak
masalah berulang maupun meningkatkan potensi individu dan organisasi. Ketua
kemudiannya akan mencadangkan mana-mana ahli dan bidang-bidang latihan yang
diperlukannya.

11
2.3.1.3 Merancang Program Latihan Setelah keperluan latihan dikenalpasti dari segi
bidang, individu atau kumpulan terlibat, perancangan perlulah dibuat. Beberapa
faktor yang perlu diambilkira ialah sama ada latihan akan memerlukan sumber-sumber
dalaman atau luaran dan kos yang diperlukan. Sekiranya sesuatu program itu dibuat
secara dalaman dan di premis sendiri, kosnya mungkin rendah berbanding dengan
program yang melibatkan pihak luar. Aspek keberkesanan sesuatu program juga perlu
diambilkira dalam membuat perancangan . Bagi sesi perkembangan staf yang bersifat
latihan semasa kerja, objektif-objektif yang jelas dan jangkamasa pelaksanaan
perlu dirangka. Pihak yang bertanggungjawab melaksanakan sesi-sesi ini, seperti
kakitangan sumber, maupun ketua jabatan sendiri perlu dikenalpasti dan terlibat
membuat perancangan. Bagi tujuan melaksanakan program latihan di luar pula, butir-
butir lanjut tentang peserta, penganjur, pemudahcara, tempat latihan dan kos perlu
diambilkira. Sekiranya butirbutir yang tepat tidak diperolehi, anggaran boleh
digunakan. 2.3.2 Mentadbir/Melaksanakan Program Perancangan yang teliti sebaik-
baiknya diikuti pula oleh pelaksanaan atau pentadbiran yang kemas dan teratur.
Sekiranya melibatkan sumber-sumber dari luar organisasi, pihak-pihak terlibat
perlulah dimaklumkan terlebih dahulu. Kepastian perlu dibuat seawal mungkin supaya
tidak menimbulkan banyak masalah di luar jangkaan. Sekiranya menggunakan sumber
dalaman, persetujuan dan kepastian semua pihak dari segi masa dan bidang latihan
masih perlu dibuat lebih awal. Ini memudahkan semua pihak yang berkenaan membuat
perancangan dan pengubahsuaian awal tentang kerja-kerja dan tanggungjawab mereka
yang lain. Makluman dan tindakan yang telah dan akan dijalankan hendaklah
direkodkan dengan kemas. Surat-menyurat, sijil-sijil dan semua urusan sebelum dan
selepas latihan perlulah diuruskan sebaikbaiknya. Bahan-bahan bercetak, peralatan
dan kemudahan seperti alat pandang dengar, alat-alat bantu mengajar dan bilik
darjah yang sesuai perlu disediakan seawal yang mungkin. Lain-lain hal yang

12
perlu diambilkira ialah persediaan makanan (jika ada), kemudahan untuk
pemudahcara/penceramah, dan lain-lain hal berkaitan keselesaan dan kelancaran
perjalanan kursus atau sesi latihan. Satu cara yang mudah untuk memastikan
kelicinan sesi latihan atau kursus ialah dengan menyediakan senarai semak yang
ringkas dan lengkap. Seperkara yang amat penting ialah menyimpan dan mengemaskini
rekod-rekod latihan walau apa juga bentuknya. Rekod-rekod ini akan menyatakan
individu yang terlibat beserta bidang-bidang latihan yang telah dilaksanakan.
Maklumat sebegini adalah amat berharga bagi membantu sesebuah organisasi dalam
membuat perancangan strategik. Ianya akan menyatakan bidang-bidang kemahiran dan
kepakaran yang wujud dalam sesuatu organisasi. Kemahiran dan kepakaran ini
hendaklah dipergunakan secara yang ‘optimum’ bagi mencapai matlamat organisasi.
2.3.3 Menilai Keberkesanan Program Bagi memastikan organisasi mendapat pulangan
yang maksimum daripada pelaburannya dalam program latihan dan perkembangan staf,
penilaian yang sistematik mestilah dijalankan. Langkah pertama ialah menentukan
kriteria yang hendak diukur atau dinilai dengan penetapan objektif perlakuan yang
jelas dan sebaiknya boleh ukur secara pemerhatian maupun bertulis. Di mana sesuai,
ujian pra dan pasca latihan boleh digunakan. Ini bertujuan untuk mengetahui
pengetahuan sedia ada dan sebarang nilai tambah yang diperolehi hasil daripada
program latihan yang telah diikuti oleh peserta. Penilaian dari segi keberkesanan
kandungan dan penyampaian kursus dan sesi perkembangan staf boleh diperolehi
melalui maklumbalas peserta atau ahli yang terlibat. Maklumbalas mungkin berbentuk
perbincangan selepas sesuatu sesi, atau penilaian bertulis dengan menggunakan
objektif-objektif yang telah ditentukan. Penilaian dari segi sumbangan terhadap
organisasi pula boleh dibuat dalam jangkamasa yang agak panjang. Keberkesanan
sesuatu program atau beberapa siri latihan boleh diukur dengan melihat penurunan
atau kenaikan kadar-kadar tertentu dalam organisasi. Misalnya penurunan kadar
peratusan kemalangan atau kecederaan, kadar cuti sakit, kadar ponteng, peningkatan
prestasi bidang-bidang tertentu dan lain-lain lagi.

13
Sekiranya kriteria yang hendak dinilai melibatkan kemahiran kerja seperti cara
mengendalikan pelanggan, serta cara berkomunikasi, maka perubahan tingkahlaku dan
keupayaan seseorang pekerja memindahkan ilmu kepada tugas boleh juga digunakan
sebagai ukuran. Misalnya seorang telefonis yang dahulunya sering gagal
mengendalikan pelbagai karenah pelanggan, setelah menerima latihan, berubah
menjadi pekerja yang lebih berkesan, membuktikan keberkesanan latihan yang telah
diikutinya. 2.3.4 Kesimpulan Walaupun kebanyakan pekerja telah menerima latihan
awal bagi menjalankan tugas, program-program perkembangan staf boleh menyediakan
mereka dengan kemahiran bagi tugas yang lebih mencabar pada masa hadapan. Dalam
banyak hal, latihan adalah juga bertujuan untuk perkembangan dan pembangunan staf
atau pekerja. Bagi memaksimumkan program-program latihan dan perkembangan, kajian
keperluan perlulah dibuat terlebih dahulu. Keperluan yang dikenalpasti melibatkan
bidang-bidang kemahiran dan kumpulan sasaran atau individu tertentu. Hasilnya
membolehkan penentuan objektif-objektif yang jelas dan selari dengan keperluan
organisasi. Perancangan jangka panjang dan pendek bertujuan memastikan kelicinan
perjalanan program-program latihan dan perkembangan staf. Ia juga di buat
berdasarkan kemampuan, matlamat dan keperluan organisasi. Pelaksanaan dan
pentadbiran latihan dan perkembangan staf perlu dikawalselia dengan baik bagi
melicinkan perjalanan program dan memastikan organisasi mendapat manafaat
sepenuhnya. Akhir sekali, tiada ertinya sesuatu latihan dijalankan sekiranya
keberkesanan dan pulangan kepada organisasi tidak dapat dilihat maupun diukur.
Untuk tujuan ini, satu bentuk penilaian keberkesanan program latihan perlu
dirangka bagi memastikan pekerja mendapat kemahiran baru, atau nilai tambah dan
mampu menggunakannya dalam menjalankan tugas.

14
Walaupun kebanyakkan pekerja telah menerima latihan awal bagi menjalankan tugas,
mereka yang berpotensi untuk maju akan memerlukan program perkembangan staf.
Melalui perkembangan staf mereka akan dilengkapkan dengan kemahiran dan
pengetahuan yang lebih mencabar. Bagi memaksimumkan program-program latihan dan
perkembangan staf, keperluan bidang-bidang latihan perlu dikenalpasti dan
perancangan jangka panjang serta pendek perlu dibuat. Objektif-objektif yang jelas
perlu digariskan selari dengan matlamat organisasi. Pelaksanaan dan pentadbiran
latihan dan perkembangan staf perlu dikawalselia dengan baik bagi melicinkan
perjalanan program. 2.4 Pengurusan Latihan Dan Perkembangan Staf 2.4.1 Kes 1:
Aktiviti Kokurikulum Yang Terabai Encik Ahmad baru setahun bertukar ke Sekolah
Menengah Seri Aman, sebuah sekolah gred A di pinggi bandar. Pengetua terdahulu,
yang kini telah bersara merupakan seorang yang kurang ‘commitment’ terhadap
pencapaian Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hasilnya, kegiatan kokurikulum di
sekolah itu tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Murid-murid kurang bergiat dalam
aktiviti luar bilik darjah. Sudah beberapa tahun Sekolah Menengah Seri Aman tidak
pernah memasuki pusingan akhir sebarang pertandingan jauh sekali memenanginya.
Guru-guru penasihat, sebahgian besarnya kurang berminat. Sebahagian lagi kurang
faham tentang selok-belok mengendalikan aktiviti kokurikulum secara berkesan.
Soalan: a) Kaji faktor-faktor yang mungkin menyumbang kepada tidak berkesannya
aktiviti kokurikulum. Jika anda adalah Encik Ahmad, apakah langkah-langkah atau
tindakan yang anda akan ambil bagi membangunkan guru-guru penasihat bagi
menghidupkan kembali aktiviti kokurikulum di Sekolah Menengah Sri Aman?

b.

15
2.4.2

Kes 2: Mencurah Air Di Daun Keladi Cikgu Asnah telah melaksanakan pelbagai jenis
latihan berbentuk kursus-kursus dalaman untuk pekerja-pekerja di sekolahnya,
termasuk guru dan staf sokongan. Objektifnya hanya satu; bagi meningkatkan
prestasi pelajar-pelajarnya di bidang kurikulum. Kelas-kelas tambahan untuk murid-
muridnya turut berjalan seperti dijadualkan. Cikgu Asnah merasa agak kecewa
setelah mendapati kesemua usaha dan penat lelahnya selama ini tidak membuahkan
hasil. Bila dikaji keberkesanan program-program tersebut, ibarat mencurah air di
daun keladi. Kelihatannya hanya beliau seorang sahaja yang bersemangat hendak
menjayakan matlamat sekolah. Gurugurunya, walaupun akur dan menghormatinya,
bersikap acuh tak acuh sahaja. Mereka mengajar seperti biasa, tetapi prestasi
muridmurid masih tidak meningkat langsung. Soalan: a) Baca dan teliti kes Cikgu
Asnah dan kaji kemungkinan faktor-faktor kegagalan program-program latihan di
sekolahnya. Apakah syor anda kepada Cikgu Asnah?

b)
3.

PENGURUSAN FIZIKAL SEKOLAH 3.1 Pendahuluan Oleh sebab tanggungjawab kerajaan


semakin bertambah pentadbiran semakin rumit, dengan ini bertambah bilangan orang-
orang yang mengetahui perkaraperkara rasmi. Keselamatan perkara-perkara rasmi ini
bukan sahaja penting untuk menjaga rahsia kerajaan supaya tidak jatuh ke tangan
pihak yang tidak berkenaan, tetapi juga untuk mengawal supaya perkara-perkara
terperingkat tidak diperolehi tanpa kebenaran kerana kelemahan manusia. Mungkin
dengan jatuhnya maklumat terperingkat rasmi ini ke tangan mereka yang mempunyai
kepentingan, mereka boleh mendapat faedah-faedah kewangan daripadanya. Dalam
konteks sekolah, perkara-perkara ini tidak dikecualikan. Pihak sekolah juga
mestilah menjaga keselamatan fizikal dan dokumen dengan cara yang betul dan
mengikut panduan.

16
3.2

Menjaga Kawasan Terperingkat Langkah-langkah dibawah perlu diambil untuk mencegah


kemasukan orang yang tidak dibenarkan:a. adakan pagar dan lampu keselamatan serta
hadkan pintu keluar masuk. b. adakan pengawal keselamatan. c. adakan papan-papan
kenyataan di tempat-tempat yang sesuai bagi menunjukkan kawasan / tempat adalah
kawasan larangan. d. ujudkan sistem pas keselamatan / kad pengenalan.

3.3

Kawalan Kunci Keselamatan Kunci keselamatan merupakan antara perkara yang menjadi
benteng perantara di dalam peraturan keselamatan. Ketua Jabatan adalah
bertanggungjawab untuk memberi kawalan yang rapi terhadap kunci-kunci keselamatan
serta mengeluarkan arahan keselamatan berkaitan dengannya. Peraturan-peraturan
berikut mesti dipatuhi untuk menentukan kunci keselamatan adalah terkawal setiap
masa. - Pegawal keselamatan Jabatan di pertanggungjawabkan atas perkara-perkara
berkaitan kunci keselamatan dan anak kunci. Beliau mestilah menyenggara sebuah
buku daftar kunci, mengemaskinikannya dan membuat pemeriksaan. - Semua pegawai
yang memegang anak kunci dipertanggungjawabkan menjaganya. - Semua kunci yang
tidak digunakan termasuk kunci pendua disimpan dalam peti keselamatan. - Anak
kunci keselamatan tidak boleh dilabelkan dengan nama dan alamat pengguna, serta
tidak dirangkai bersama kunci persendirian. - Anak kunci pendua tidak boleh dibuat
tanpa kebenaran. - Pegawai pemegang kunci yang bertukar / meninggalkan
perkhidmatan hendaklah menyerahkan balik semua anak kunci. - Kehilangan anak kunci
keselamatan hendaklah dengan segera dilaporkan kepada Pegawai Keselamatan Jabatan
/ Ketua Jabatan.

3.4

Kawalan Mesin Penyalin Semua Jabatan yang dibekalkan mesin penyalin termasuk mesin
pendua atau fotostat hendaklah sentiasa mengawasi penggunaan mesin-mesin tersebut
terutama jumlah mengeluarkan dokumen-dokumen terperingkat. Peraturanperaturan
tersebut hendaklah dipatuhi:- Ketua Jabatan hendaklah melantik seorang yang
bertanggungjawab mengawasi mesin-mesin penyalin. Sediakan sebuah buku daftar. -
Semua mesin disimpan dalam bilik yang boleh dikunci. - Hanya staf yang tertentu
yang boleh ditugaskan untuk membuat salinan dokumen terperingkat.

17
3.5

Penyenggaraan Semua Ketua Jabatan dikehendaki menyediakan satu prosedur


penyenggaraan bangunan/pekakasan/kemudahan sekolah supaya: - berfungsi - selamat
digunakan Penyenggaraan bangunan sekolah dan perabot yang rosak hendaklah
disegerakan supaya tidak terganggu perlaksanaan Proses pengajaran dan
pembelajaran. Bagi melicinkan proses penyenggaraan ini, pemeriksaan ke atas
bangunan/perkakasan/kemudahan hendaklah diperiksa setiap masa. Pemeriksaan ke atas
bangunan/dan kemudahan sekolah hendaklah meliputi perkara-perkara berikut: • • • •
• Bumbung bangunan Pagar Tangki air Pendawaian letrik Pemadam api

3.6

Keceriaan dan keindahan Ketua Jabatan hendaklah memastikan kawasan sekolah


sentiasa berada dalam keadaan bersih dan indah supaya dapat membangkitkan minat
murid untuk ke sekolah dan seterusnya belajar.

3.7

Persediaan sebelum sekolah dibuka: Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua


kelengkapan dan kemudahan disenggara supaya sebaik sahaja sekolah dibuka, proses
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin.

3.8

Persediaan sebelum sekolah ditutup: Ketua Jabatan hendaklah memeriksa semua


kemudahan dan kelengkapan sekolah sebelum sekolah ditutup supaya gantian dan
penyenggaraan dapat dilakukan semasa cuti persekolahan.

3.9

Mengurus permohonan penggunaan bangunan dan kawasan sekolah oleh pihak luar. Satu
prosedur hendaklah diwujudkan supaya semua staf faham tindakan yang perlu diambil
apabila adanya permohonan sedemikian.

18
4.

PENGURUSAN KESELAMATAN SEKOLAH 4.1 Keselamatan sekolah berhasil apabila


pengetua/guru besar melaksanakan perkara-perkara berikut: • • • • • • • •
Mewujudkan suasana kesedaran keselamatan. Melaksanakan program pendidikan
keselamatan. Menyediakan program keselamatan pendidikan. Meningkatan program
keselamatan dan perhimpunan khas. Mengadakan rondaan keselamatan sekolah.
Mengambil bahagian dalam kempen keselamatan. Menggunakan sumber personal kominiti.
Secara aktif menunjukkan keperihatinan tentang keselamatan semua orang di sekolah.

4.2

Senarai semak sendiri Sebagai seorang pengetua/guru besar, anda mungkin mahu
menyemak senarai item-item. senarai semak ini membolehkan anda mengingat kembali
apa yang anda buat tahun lepas, jika anda ras item-item itu mempunyai kebaikan
rangcangkanlah sesuatu untuk dilaksanakan.

Senarai semak keselamatan Semasa tahun sudah 1. Saya jemput pegawai Bomba melawat
sekolah 2. Saya selalu memeriksa bangunan sekolah atas keselamatan kebakaran. 3.
Saya selalu periksa alat pemadam api. 4. Saya sedia ceklis barang-barang yang akan
diperiksa oleh penjaga. 5. Saya sediakan prosedur bertulis untuk kaki tangan
sekolah. 6. Saya sediakan senarai aktiviti supaya guru dan pelajar dapat
menggunakannya dalam darjah. 7. Saya masukkan (promote) topik keselamatan dan
pencegahan kemalangan dalam mesyuaratmesyuarat guru. 8. Saya cuba mewujudkan
suasana kesedaran keselamatan. 10. Saya galakkan penggunaan topik keselamatan
dalam kurikulum. Ya Tidak Cadangan Tahun Depan

19
4.3

Pemeriksaan kebakaran Kepentingan pemeriksaan bangunan haruslah tidak diabaikan.


Selain daripada meminta pegawai bomba memeriksa bangunan, pengetua/guru besar
sendiri boleh dapat faedah dari pemeriksaan itu.

4.4

Drill kebakaran dan pengosongan bangunan (evacuation) Pengetua /guru besar


bertanggungjawab memahami undang-undang dan ordinance berkaitan dengan kebakaran
dan peraturan kemalangan untuk bangunan sekolah. Drill kebakaran adalah amalan
keperluan dan prosedur pengosongan bangunan (evacuation) hendaklah diberi
keutamaan, tambahtambah lagi kalau terjadinya ancaman bom. Menguruskan prosedur
untuk kecekapan pengosongan tidak harus diabaikan. Untuk membantu anda dalam tugas
ini, soalan-soalan berikut perlu dapat perhatian. • • • • • • • • • • • • • •
Adakah kakitangan sekolah anda tahu apa yang harus dibuat apabila bunyi (locing)
amaran pengosongan dibunyikan, tidak kira di mana saja mereka berada di sekolah?
Tahukah semua kakitangan sekolah bunyi amaran pengosongan? Keluar? Kembali? Anda
ketahuikah bahawa guru-guru harus diperingatkan, di awal dan di pertengahan tahun
mengenai prosedur untuk pengosongan bangunan sekolah. Adakah guru dan pelajar tahu
apa yang hendak dibuat semasa pengosongan bilik. Adakah arahan pengosongan
menekankan aturan, kepentingan dan kesedaran akan mara bahaya Adakah salinan
prosedur pengosongan bangunan diberi kepada setiap guru dan staf sekolah. Adakah
setiap arahan pengosongan bangunan dilekatkan di setiap bilik darjah? Adakah anda
merancang drill pengosongan bangunan setiap bulan, di masa-masa yang berlainan
atau di bawah keadaan tertentu setiap bulan? Adakah anda simpan rekod drill
pengosongan bangunan? Anda masukkah tarikh, masa dan keberkesanannya? Adakah
pintu-pintu keluar jelas ditandakan? Adakah perhatian khas diberi kepada
pengosongan tempat-tempat khas seperti gym, auditorium dll? Adakah prosedur khas
membantu pelajar, guru dan kaki tangan cacat? Adakah guru dan orang lain tahu apa
hendak dibuat jika sekiranya jalan keluar terhalang? Adakah terdapat prosedur
untuk kembali ke bangunan sekolah diberi kepada guru-guru dan staf.

20
4.5

Pencegahan Kemalangan Sebahagian dari tanggungjawab pengurusan sekolah dipikul


oleh pengetua/ guru besar ialah menentukan keselamatan anak buahnya terjamin.
Kemalangan yang berlaku kerana kelalaian, atau kerana tidak sengaja. Cara yang
paling baik dilakukan oleh pengetua / guru besar ialah memberi penekanan kepada
jabatan-jabatannya, kaki tangan dan pelajar akan konsep pencegahan kemalangan. Be
prepared! Think before you act! Be safety minded! Don’t be negligent Perkara ini
bukannya mudah, kadang-kadang kita lihat murid-murid bakar getah pemadam, berlari-
lari di tempat letak kereta atau melihat mereka berlari kejar-mengejar. Cubalah
untuk memberhentikannya. Bagi mereka yang bertugas atau ‘incharge’ mestilah selalu
memeriksa keadaan-keadaan atau aktiviti yang boleh menyebabkan kemalangan.
Pemerhatian khas patut diberi kepada pancor air, gym, tandas, dewan, tangga, bilik
masak, kolam tempat parking, kawasan mainan dan lain-lain. Guru-guru mata
pelajaran khas seperti seni perusahaan, fizik, kimia,harus menyedari akan bahaya
alat kuasa letrik, elemen-elemen kimia seperti asid dan lain-lain.

4.6

Mengurus Perkhimatan Petugas (Custodian) Tanggungjawab terus terhadap penyenggaran


sekolah terletak di atas bahu pengetua/guru besar tetapi kerja-kerjanya dilakukan
oleh kaki tangan yang ditugaskan. Kepentingan kaki tangan ini tidak boleh
dibiarkan saja ke peringkat minima dan mereka sebenarnya mempunyai tanggungjawab
tertentu dalam pendidikan. 4.6.1 Tanggung jawab pengetua/guru besar Ada tiga
tanggung jawab utama: menyelia, mentadbir dan menilai. Sebagai penyelia,
pengetua/guru besar menghuraikan tugasnya jika tiada terdapat senarai tugas
baginya. Agihan kerja patut dibuat jika terdapat lebih dari satu petugas. Sebagai
pentadbir, pengetua/guru besar patut menyempurnakan juga tugas-tugas ini:

21
• • • • • •

Bekerjasama dengan petugas. Bantui petugas dengan mengadakan jadual kerja.


Berkomunikasi dengan mereka cara terbuka, dengari masalah dan keperihatinan mereka
tentang berbagai maklumat mengenai pokok-pokok dan fasiliti pengurusan. Wujudkan
kebanggaan setiap kedudukan dan usaha mereka. Jadilah pengantaran jika ada konflik
antara mereka dengan kaki tangan sekolah. Sediakan pejabat dan tempat kerja untuk
menyimpan rekod dan laporan serta menyimpan alat-alat.

4.6.2

Tanggung jawab petugas (custodian) Jika pengetua / guru besar ada tanggunjawab
begitulah juga petugas. • • • • • • • • • Mereka mesti bekerjasama dengan
pengetua, guru-guru dan personel sekolah. Mereka mesti menunjukkan kebanggaan
sendiri akan jawatan dan tugas mereka. Mereka mesti menunjukkan keperihatinan
tentang kesihatan dan keselamatan semua kakitangan sekolah. Mereka mesti mudah
membantu dalam keadaan kecemasan, masalah dan aktiviti-aktiviti khas di sekolah.
Mereka mesti membersih, memperbaiki, mengganti dan mengamalkan keadaan baik
fasiliti-fasiliti sekolah. Dari masa ke masa memeriksa kelengkapan dan bangunan.
Mereka mesti menyimpan inventori bekalan dan alatan dengan kemaskini. Mereka mesti
mengendali terlebih awal dan mencegah dari berlaku berbagai masalah
penyelenggaran. Mereka harus menilai diri mereka dan menggalakkan orang lain
menilai kerja sendiri.

4.7

Perbincangan • • • • • • • • Keselamatan bilik darjah Keselamatan bilik makmal


Pendidikan Jasmani Undang-undang dan peraturan senjata Kerjasama antara
keselamatan sekolah dengan polis dalam mencegah dan menyelesaikan kes-kes jenayah
Lantai basah Pokok-pokok berbahaya/beracun Dawai kawat
22
• • • 5.

Kecurian Tampat-tempat berbahaya penceroboh

PENGURUSAN PROJEK 5.1 Definisi 5.1.1 Projek adalah suatu kerja yang kompleks,
mengandungi pelbagai aktiviti, finit iaitu ada mula dan akhirnya, mempunyai
sumbersumber dan kewangan yang terhad, ramai tenaga kerja, aktivitinya tersusun,
berorientasikan matlamat dan menampakkan hasil terakhir (Weiss & Wysocki, 1992)
Pengurusan projek pula adalah suatu kaedah dan teknik-teknik berasaskan prinsip-
prinsip pengurusan digunakan untuk menganggar, merancang dan mengawal aktiviti-
aktiviti dalam mencapai hasil terakhir mengikut masa, perbelanjaan yang dijangka
dan spesifikasi tertentu. Pengurusan projek sebenarnya melibatkan : i) perancangan
- objektif dan skop yang jelas ii) Pengelolaan - struktur yang berkesan iii)
Kepemimpinan - stail iv) Pengawalan - laporan & prestasi Dalam pengurusan projek,
ia menitikberatkan kos, jadual pelaksanaan dan kualiti. 5.2 Komponen-komponen
dalam Sistem Pengurusan Projek • • • • Pengawalan - mengawal aktiviti yang
berlangsung secara berkala dan berterusan. - mengatur aktiviti-aktiviti mengikut
skop dan objektif projek. - mengumpul semua maklumat yang ada (lakukan
‘environmental scanning’) - menentukan kaedah-kaedah yang boleh digunapakai dalam
semua aktiviti

5.1.2

Perancangan

Maklumat

Kaedah

23
• •

Budaya

- mengkaji dan menyesuaikan aktiviti yang dirancang dengan budaya organisasi -


mengambil kira tenaga kerja yang ada dalam organisasi, struktur organisasi dan
pembahagian tugas yang perlu - mengandaikan batasan tenaga kerja dalam semua
aktiviti. (Memilih ‘the right people’ dan ‘the right type of management tool’)

Organisasi

Faktor Manusia

5.3

Perancangan Projek Perancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu : i. Perancangan


strategik menyatakan arah tuju dan hasil yang diingini untuk mencapai misi
organisasi. Ianya selalu mengambil masa 3 hingga 5 tahun. Perancangan Taktikal
menghuraikan keseluruhan aktiviti, hasil, tanggungjawab individu dan tarikh
menyiapkan projek tersebut yang selalunya berlaku dalam tempoh 1 tahun. Pelan
Tindakan menghuraikan tindakan jangka pendek oleh ahli kumpulan yang
dipertanggungjawab melaksanakan sesuatu kerja yang diberi. (menjawab : What, Who,
When, How) perlu menghuraikan aktiviti-aktiviti, tanggungjawab siapa, masa atau
tarikh projek perlu disiapkan, bagaimana melakukannya dan berapa banyak kos setiap
aktiviti.

ii. -

iii. -

Kenapa perancangan projek itu penting? • • untuk mengurangkan risiko dan


ketidakpastian sesuatu perkara itu ke tahap minimum. untuk mempastikan kefahaman
yang jelas tentang objektif dan arah tuju projek.

24
• • • •

untuk menetapkan standard/piawai tertentu dalam prestasi kerja projek. untuk


memberikan asas struktur dalam menjalankan tanggungjawab tertentu. untuk
menghasilkan prosedur-prosedur dalam menjalankan kerja yang efektif. untuk
mendapat hasil/keputusan optimum dengan usaha yang minimum dan juga kos serta masa
yang minimum.

5.4 1.

Langkah-langkah Menguruskan Projek Mengenal pasti masalah yang timbul (bermula


dari masalah, sesuatu projek dirancang) - bina alternatif-alternatif penyelesaian.
Membuat perancangan projek Melaksanakan perancangan projek Mengawal perjalanan
projek Projek ditamatkan - menilai projek untuk penambahbaikan projek yang baru
Langkah-langkah dalam perancangan projek • • • • • • • Mengenal pasti masalah.
Bina misi organisasi, objektif umum dan kriteria kejayaan (success criteria). Bina
strategi-strategi projek. Nyatakan skop projek. Bina Struktur Pecahan Kerja (SPK).
Menggunakan SPK, buat anggaran yang melibatkan masa dan kos serta aktiviti-
aktiviti yang perlu. Sediakan jadual pelaksanaan dan anggaran perbelanjaan.

2. 3. 4. 5.

5.5

25
• • • 5.6

Mengenal pasti bentuk struktur organisasi projek melibatkan staf tertentu - berapa
ramai dan tanggungjawab masing-masing. Sediakan nota catatan tentang perjalanan
projek. Dapatkan persetujuan/tandatangan staf yang terlibat.

Menyenaraikan Objektif Objektif boleh dibina menggunakan kaedah SMART yang


diperkenalkan oleh George Doran (1981) : Specific Measurable Assignable Spesifik
dalam membuat target objektif Bina indikator yang boleh diukur Objektif yang
dibina boleh dipertanggungkan kepada orang tertentu Nyatakan apa yang boleh
dicapai dengan ralistik dalam masa dan dengan sumber yang ada Nyatakan objektif
yang boleh dicapai dalam jangka waktu tertentu

Realistic

Time-related -

5.7

10 sebab utama projek selalu gagal Kurang jelas atau kurang faham tentang
spesifikasi atau arahan Struktur tugas yang kurang jelas Kurang maklumat
Dokumentasi tidak teratur (lemah) Lemah dalam komunikasi Objektif yang ditetapkan
terlalu tinggi Kos tinggi/anggaran perbelanjaan kurang Terkeluar dari perancangan
asal Tidak ada orang yang menjalankan tugas-tugas tertentu Terlalu pentingkan
keputusan/hasil akhir
26
27
5.8

Radas-Radas (alat-alat) dalam Pengurusan Projek Radas atau alat yang digunakan
dalam pengurusan projek dapat memudahkan kerja-kerja atau aktiviti-aktiviti yang
dijalankan dalam projek. Radas atau adat yang dimaksudkan adalah seperti : a. b.
c. d. Struktur Pecahan Kerja (SPK) Carta Aliran Carta Kawalan (Carta Gantt) Alat-
alat kawalan kualiti : • • • • • • senarai semak Carta Pareto Gambarajah sebab dan
akibat Histogram Gambarajah taburan Graf

5.9

Struktur Pecahan Kerja (SPK) SPK membahagikan projek kepada subunit atau aktiviti-
aktiviti yang lebih banyak dan berhiraki. Ia juga memberi gambaran yang lebih
jelas tentang aktiviti yang terlibat, masa, kos dan spesifikasi tertentu. Contoh :
Encik Ahmad ingin membuat aktiviti perkhemahan untuk pelajar-pelajar tahun 6.
Aktiviti yang difikirkan terlibat adalah : • • • • • • • • • Mendapatkan
persetujuan dari ibu bapa pelajar Mendapat kebenaran guru besar/pihak pengurusan
sekolah Mendapatkan kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri Mengatur jadual/aturcara
semasa perkhemahan Mengenal pasti guru-guru yang terlibat dalam perkhemahan
tersebut Menetapkan struktur organisasi perkehmahan Menyenaraikan peralatan/sumber
yang perlu dibawa semasa perkhemahan Menganggar perbelanjaan Mencari
penyumbang/sumbangan untuk menampung kos dan lain-lain. (fikirkan dengan lebih
terperinci)

28
Bagi memudahkan perancangan SPK, jadual seperti berikut boleh dibuat :

Perkhemahan

Mendapat persetujuan

guru besar

ibu bapa

Mengatur jadual perkhemahan

Membuat anggaran Mengenal pasti perbelanjaan guru yang Menyenaraikan terlibat


peralatan

Jabatan Pendidikan Negeri

Menetapkan struktur organisasi perkhemahan

Cari sumbangan

PIBG

Sekolah

individu

* Jadual ini boleh dilanjutkan sehingga semua aktiviti telah diperincikan.

29
Setelah diperincikan aktiviti-aktiviti yang terlibat, bolehlah disusun aktiviti
yang perlu didahulukan dengan kos dan jangka waktu pelaksanaannya dalam jadual
berikut: Senarai Aktiviti Kos Jangkaan dilaksana atau tempoh Tanggungjawab siapa?

5.10

Carta Aliran Carta Aliran digunakan untuk menunjukkan langkah-langkah atau


aktiviti-aktiviti yang berlangsung secara teratur. Ia menggunakan simbol-simbol
seperti berikut:

Mula atau berhenti aliran

Proses atau aktiviti berjalan

Membuat keputusan - Ya atau Tidak

Dokumen

Arah tindakan

30
5.11

Analisis Keputusan Langkah-langkah yang terlibat dalam menganalisis keputusan


adalah seperti berikut: 5.11.1. Mengenal pasti masalah atau isu - Pengenalpastian
masalah adalah penting bagi melihat faktor luaran dalaman organisasi yang terdapat
dalam persekitaran kini dan masa hadapan yang boleh menjejaskan tercapainya
matlamat projek. - Pengenalpastian ini boleh dibuat dengan menggunakan pengesanan
kepada perubahan-perubahan dalam persekitaran yang merangkumi langkah-langkah
berikut: • • • • • pengumpulan data semak asas-asas perancangan lain pengkelasan
data analisis agenda utama analisis ‘cross impact’ iaitu dengan melihat jika
faktor ‘a’ berlaku atau berubah, apakah kemungkinan berlaku perubahan terhadap
faktor ‘b’.

- Maklumat ini boleh membantu dalam membina misi, nilai, faktor kritikal kejayaan,
objektif dan strategi projek. Ia juga boleh dijadikan sebagai asas untuk
meningkatkan keberkesanan pengawalan dan penambahbaikan strategi dalam perancangan
strategik. 5.11.2. Wujudkan alternatif untuk penyelesaian 5.11.3. Menilai dan
memilih alternatif dengan kaedah SWOT atau KLAP (Kekuatan, Kelemahan, Ancaman dan
Peluang). Ianya digunakan umtuk menilai kemungkinan, kualiti, penerimaan, kos dan
etika. 5.11.4. Proses Membuat Keputusan Setelah menilai alternatif tersebut,
keputusan perlu diambil dengan mengambil kira langkah-langkah berikut: • Mengenal
pasti masalah - kenal pasti percanggahan antara keadaan sekarang dengan yang
dikehendaki. • Kenal pasti kriteria penyelesaian • Memberi pertimbangan kepada
kriteria (percambahan fikiran) • Memperkembangkan alternatif - senaraikan
alternatif • Analisis alternatif -SWOT atau KLAP • Memilih alternatif •
Melaksanakan alternatif • Menilai keberkesanan keputusan.

31
32
5.12

Pengawalan Dan Penilaian Projek 5.12.1. Definisi Pengawalan Pengawalan adalah


proses memantau aktiviti bagi memastikan pencapaian berlaku seperti yang dirancang
dan membetulkan apa juga penyelewengan yang ketara berlaku. 5.12.2. Mencapai Kawal
Kendiri Ahli Kumpulan • ahli tahu objektif projek • sediakan pelan untuk diri
sendiri • ahli ada kepakaran • sediakan maklum balas terus • kuasa untuk
penambahbaikan 5.12.3. Ciri-Ciri Sistem Kawalan Projek • fokus kepada yang penting
• mengambil tindakan pembaikan • penekanan terhadap masa • menggunakan usaha yang
minimum dalam mencapai matlamat projek. 5.12.4. Tujuan Penilaian Projek • untuk
pembaikan • maklum balas berkala • audit berkala 5.12.5 Melaksanakan Audit Audit
membolehkan perkara-perkara berikut diperolehi: • status semasa projek • status
masa depan • status tugas kritikal • penilaian risiko • maklumat yang perlu 5.12.6
Pelaksanaan audit berkala membolehkan kita: • memperbaiki prestasi projek •
kualiti kerja projek juga diutamakan disamping penjadualan dan kos • mengenal
pasti masalah yang timbul dapat dikesan lebih awal untuk pembetulan atau
penambahbaikan • dapat menyatakan status projek • komitmen ahli kumpulan projek

33
5.13

Bahan Latihan

5.13.1 Latihan 1: Mengenal diri sebagai pengurus projek. Tandakan kemahiran yang
anda rasa boleh dijalankan. Bahagian yang tidak ditanda itu menandakan bahagian
yang boleh diperbaiki pada masa hadapan. Kemahiran Pengurusan Projek saya adalah:
Mengelola projek dari awal hingga akhir. Menstruktur perancangan yang boleh
menghadapi sebarang tekanan. Mendapatkan orang yang boleh menerima perancangan
saya dan menyokongnya. Menetapkan objektif projek yang boleh diukur. Memotivasikan
ahli-ahli dalam pasukan. Menolong ahli-ahli menyelesaikan masalah. Menggunakan
segala sumber yang ada. Mengelakkan pembaziran masa dan wang. Mengukur prestasi
projek. Menggunakan sistem maklumat yang boleh disesuaikan dengan kehendak projek.

34
5.13.2 Latihan 2: Bina Struktur Pecahan Kerja (SPK) dan Radas/Alat yang boleh
digunakan. • • • • • Bincangkan projek ‘Membina Pondok Ilmu’ di sekolah anda.
Apakah aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam menjalankan projek tersebut. Susunkan
semula aktiviti-aktiviti tadi bermula dari awal hingga akhir projek. Rancangkan
tenaga kerja yang terlibat, kos dan masa bagi setiap aktiviti. Pilih radas/alat
yang boleh digunakan dalam menjalankan projek.

5.13.3 Latihan 3: Analisis SWOT atau KLAP Dalam membuat keputusan, berbagai
alternatif akan timbul. Sekiranya dalam membina Pondok Ilmu di sekolah anda, anda
terfikirkan alternatif berikut: 1) Membina pondok ilmu dengan menggunakan tenaga
kerja dari kalangan staf sokongan sahaja. Membina pondok ilmu dengan tenaga guru
dan staf sokongan. Membina pondok ilmu dengan tenaga guru, staf sokongan dan
pelajar.

2)

3)

35
Hasilkan KLAP/SWOT bagi setiap alternatif tersebut: Kekuatan (K) (senaraikan)
Kelemahan (L) (senaraikan)

Peluang (P) (senaraikan)

KP Apakah kekuatan yang ada untuk merebut peluang? KA Apakah kekuatan yang ada
bagi menghadapi ancaman

LP Atasi kelemahan yang ada untuk mengambil peluang LA Minimakan kelemahan


disamping mengelakkan ancaman

Ancaman (A) (senaraikan)

6.

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN 6.1 6.2 6.3 Konsep Penyelidikan Konsep Pembangunan
Kajian Tindakan • Pengenalan Kepada Kajian Tindakan • Definisi Kajian Tindakan
“suatu pendekatan penyelidikan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme
guru - penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki
kualiti amalan guru” (Elliot, 1981) 6.4 Ciri-Ciri Kajian Tindakan i. ii. Dari
aspek Pendekatan Kajian Dari Aspek Alam Persekitaran Kajian

36
6.5

Kepentingan Kajian Tindakan i. ii. iii. iv. v. vi. vii Sumber maklumat Merancang
dengan lebih berkesan Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran Penggunaan
bahan Guru sebagai penyelidik Mewujudkan budaya menyelidik Kerjasama antara guru-
guru

6.6

Perbezaan Kajian Tindakan Dengan Kajian-Kajian Lain 6.6.1 Perbezaan dari aspek: i.
ii. iii. iv. v. Tujuan Kajian Rekabentuk Kajian Subjek Kajian Perkaedahan Kajian
Laporan Hasil Kajian

6.7

Prinsip Pelaksanaan Kajian Tindakan i. ii. Gelungan Skema Kajian Tindakan


Berterusan Gelungan Skema Kajian Tindakan Generatif

6.8

Pelaksanaan Kajian Tindakan i. ii. iii. iv. v. vi. Mengenal pasti isu/masalah
Merancang Tindakan Pelaksanaan Tindakan Meninjau dan mengutip data kajian
Menganalisis data Penilaian

6.9

Panduan Menulis Laporan i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Tajuk Abstrak Isi
Kandungan Latar belakang kajian Pernyataan masalah Metodologi kajian Tinjauan
bahan kajian Perancangan tindakan Pelaksanaan perancangan tindakan Refleksi

37
xi. xii. xiii.
7.

Kesimpulan Bahan/buku rujukan Lampiran

PENGURUSAN MASA 7.1 Pendahuluan “Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian
kecuali mereka yang beriman, beramal soleh, berpesan sesama mereka tentang
kebenaran dan berpesan sesama mereka tentang kebenaran dan berpesan sesama mereka
tentang kesabaran” (Surah Al-Asr) 7.2 Pembaziran Masa 7.2.1 Berpunca Daripada Diri
Sendiri • Tiada kebolehan untuk mengatakan “Tidak”. Takut menyinggung hati orang
lain. • Tidak teratur. Bekerja dalam keadaan tidak teratur menyebabkan masa banyak
terbuang, contohnya sistem fail yang berselerak, perkakas yang tidak tersusun dan
persekitaran yang tidak kemas. • Amalan menanguhkan kerja. Kita sering
menangguhkan kerja, terutama apabila perkara yang kita kendalikan itu membosankan,
sukar, tidak seronok atau memerlukan usaha yang berterusan untuk menyiapkannya. •
Kekurangan minat (Sikap) Kehilangan semangat untuk meneruskan kerja anda. • Tidak
mengamalkan disiplin diri. Kebiasaan tidak mematuhi masa yang ditetapkan.

38
7.2.2

Punca-Punca Lain • Pelawat (visitor) Sebagai seorang Pengurus/Pemimpin anda perlu


melayan pelawat dengan bersopan. Pastikan anda melayan pelawat yang perlu dilayan
sahaja jika anda kesuntukan masa. • Panggilan Telefon Panggilan daripada luar
boleh menggangu kerja dan masa anda. Kadangkala panggilan telefon itu bukan untuk
diri sendiri tetapi untuk orang lain. Lebih membazir masa lagi untuk mencari orang
yang berkenaan. • Surat Surat yang tidak diundang atau kurang penting bertimbun
banyak. Membalas dan mendraf surat juga memboleh mengambil masa anda. • Menunggu
Kita banyak menghabiskan masa sebahagian besarnya untuk menunggu Contohnya - Temu
janji - Menunggu kawan - Menunggu semasa perjalanan - Menunggu bas • Mesyuarat
Mesyuarat yang dikendalikan sendiri. ∗ ∗ ∗ ∗ Mesyuarat yang dihadiri sendiri.
Perbincangan yang terpesong atau berbelit-belit. Kekerapan mesyuarat kakitangan.
Terlalu banyak perkara yang dibincangkan.

39

Krisis ∗ ∗ Melengahkan sesuatu kerja yang perlu disiapkan menimbulkan krisis


masalah berulang/perkara berbangkit dalam mesyuarat. Krisis di luar kawalan.
sebagai contoh:Mungkin terpaksa mematuhi tarikh akhir yang tidak realistik.
Keutamaan mungkin berubah pada saat akhir. Kesilapan yang dilakukan oleh orang
lain. Kerosakan jentera.

7.3

Cara Mengatasi Pembaziran Masa • • Letakkan kelengkapan seperti telefon, mesin


kira, kedudukan barang yang sering digunakan dan fail yang aktif berhampiran
dengan anda. Segala urusan yang berhubung dengan sesuatu projek yang sama
hendaklah disimpan dalam fail induk. Berikan indeks kepada fail supaya dapat
memudahkan anda membuat rujukan dengan cepat. Satu fail induk untuk perkara semasa
seperti pemerimaan melalui surat mesyuarat, telefon atau lawatan hendaklah
disimpan dan disemak setiap hari untuk memastikan apa yang patut dilakukan.
Pembersihan meja perlu dilaksanakan supaya kawasan kerja anda kemas dan teratur.
Satu tempat untuk semua barang. Fail hendaklah digunakan untuk kerja yang sedang
dilaksanakan dan disimpan dengan baik supaya dapat digunakan pada bila-bila masa
sahaja. Pastikan anda menyiapkan kerja. Jika ada gangguan jangan sekali-kali
memulakan tugas baru. Elakkan daripada terlibat dalam sesuatu aktiviti baru
melainkan ia merupakan keutamaan yang tertinggi. Tetapkan tarikh akhir untuk
menyiapkan tugas dan jangan mengubah tarikh tersebut. Bentuk satu sistem ganjaran,
beritahu diri sendiri apabila saya menyiapkan tugas ini, saya akan menikmati satu
jamuan atau bersiar-siar bersama keluarga atau teman istimewa saya. Mengaturkan
tindakan susulan seperti berbincang dengan orang tertentu atau rakan sekerja untuk
mengadakan tindakan susulan mengenai perkembangan tugas anda. Ini dapat
mengelakkan tabiat suka menangguhkan tugas.

• •

• •

40
• • •

Buat kerja atau tugas yang kurang seronok pada awal setiap hari supaya dapat
disiapkan dan tidak membosankan. Bahagikan tugas yang kecil dan setiap kerja ambil
sikap - buat sekarang, jangan ada istilah “nanti”. Jangan takut menyatakan ‘Tidak’
apabila anda kesuntukan masa untuk memenuhi permintaan yang berlebihan. Apa yang
diterima melebihi kebolehan anda mengendalikannya, maka kualiti yang dapat anda
sumbangkan pasti terjejas. Oleh itu ‘ya’ sesuatu yang dapat anda kendalikan dengan
tenang dan selesa. ∗ ∗ ∗ Pastikan sama ada anda boleh bertukar tugas dengan rakan
sekerja untuk mempelbagaikan tugas anda. Ini boleh meningkatkan minat kerja anda.
Tanya pihak tertentu, boleh atau tidak merombakkan semula kerja anda atau
berkongsi dengan orang lain. Jika kehilangan semangat untuk meneruskan kerja
hendaklah mempertimbangkan beberapa ide. Jika ide tersebut tidak dapat membantu,
cuba uruskan sesi bimbingan dengan pihak atasan. Nyatakan sebab yang mengakibatkan
ketandusan pada diri anda. Hadkan bilangan palawat yang mengunjungi anda. Aturkan
pertemuan dengan rakan sekerja di tempatnya. Dengan cara ini anda boleh minta diri
sebaik sahaja urusan yang berkenaan selesai. Meja diletakkan berhadapan dengan
pintu masuk supaya pelawat melihat anda sedang sibuk. Biasanya mereka tidak
menganggu. Perlu menutup pintu pejabat supaya dapat memberi tumpuan kepada sesuatu
urusan. Berdiri apabila pelawat mengunjungi anda tanpa memaklumkan terlebih
dahulu. Berdirilah sambil bercakap. Jangan persilakan duduk kecuali anda mempunyai
masa untuk melayannya. Biasanya apabila anda berdiri, pelawat anda juga berdiri.
Ini akan memendekkan tempoh lawatan. Jika tidak berkesan, cakap terus terang
“Terima kasih kerana mengunjungi saya. Saya minta maaf kerana terpaksa menyiapkan
projek ini sekarang”. Pastikan panggilan mana yang memerlukan tindakan susulan
anda. Agihkan tugas yang lain. Pesanan hendaklah diambil oleh orang lain ketika
anda sedang sibuk dan tidak mahu diganggu.

∗ ∗ ∗ ∗ ∗

∗ ∗

41
∗ ∗

Hadkan perbualan sosial. Berikan jawapan pendek. Akhirlah perbualan dengan sopan
jika tujuan anda sudah tercapai. Agihkan surat anda. hendak baca. 1. 2. 3 4.
Berilah panduan tentang jenis surat yang anda

Surat untuk makluman sahaja. Surat untuk tindakan. Surat yang mesti dibuang.
Ketika membaca surat anda mestilah memikirkan tindakan yang perlu diambil.
Membalas surat melalui telefon. Mencoretkan jawapan yang ringkas pada surat asal
dan mengirimkan kembali. Surat untuk direkod, buat satu salinan sebelum ia
dikirimkan. • • Jangan menghabiskan masa kerana menunggu orang untuk temu janji.
Jika anda pergi ke pejabat seseorang dan tidak dapat berjumpanya dengan segera,
tinggalkan pesanan kepada kerani. Minta pihak berkenaan menghubungi anda jika
sudah bersedia. Kembali terus ke pejabat anda. Apabila hendak mengadakan
mesyuarat, rancangkan apa yang hendak dicapai. Hadkan bilangan orang yang
menghadiri mesyuarat tersebut. Terangkan agenda mesyuarat dan tujuan mesyuarat.
Pastikan perbincangan tidak terpesong dengan membuat rumusan sepanjang mesyuarat.
Agihkan tanggungjawab. Tetapkan tarikh tindakan susulan supaya keputusan yang
tercapai itu dapat dilaksanakan. Senaraikan keutamaan perkara yang hendak
dibincangkan. Hentikan sebarang perbincangan yang melibatkan dua orang peserta.
Keadaan ini hanya dibenarkan dalam sesi perbincangan satu dengan satu.

5. 6.

7.

• • • • • •

42
• •

Sebelum menghadiri mesyuarat pastikan sama ada kehadiran anda diperlukan atau
tidak. Hadirlah tepat pada waktu. Bersedialah untuk melibatkan diri dalam
mesyuarat.

8.

KREATIVITI DALAM PENGURUSAN 8.1 Pengenalan: Sejak akhir-akhir ini aspek kreativiti
dalam pengurusan organisasi telah diberi keutamaan. Keadaan ini berlaku kerana
kreativiti boleh membantu sesebuah organisasi itu terus berkembang dan berupaya
menyelesaikan masalah yang kecil-kecil hinggalah kepada melaksanakan projek-projek
gergasi. Kreativiti bolehlah diibaratkan sebagai minyak pelincir dalam sesebuah
kenderaan. Ianya tidak boleh diabaikan sekiranya kenderaan itu perlu berjalan
lancar dan licin. Melalui kreativiti dalam pengurusan, adalah diyakini matlamat
untuk melahirkan sekolah berkesan akan tercapai dengan mudahnya. 8.2 Definisi
Kreativiti: Kreativiti boleh ditakrifkan sebagai, “proses menghasilkan sesuatu
idea yang baru dan bernilai”. 8.3 Kepentingan Kreativiti Dalam Pengurusan: Semua
organisasi memerlukan kreativiti dalam pengurusan masingmasing, terutama dalam
menghadapi cabaran perubahan dunia yang tidak menentu dan sukar diramalkan.
Penggunaan prinsip kreativiti dalam pengurusan sekolah akan membolehkan pengurus
sekolah menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan dan cekap. Melalui kreativiti
segala program, projek dan aktiviti akan dapat dilaksanakan dengan lebih
berkualiti dan seterusnya dapat membantu mempertingkatkan kecemerlangan pendidikan
dan pembangunan negara. Beberapa kajian mendapati bahawa kreativiti adalah
merupakan faktor yang kritikal kepada kemajuan sesebuah organisasi. Kreativiti
mempunyai pertalian rapat dengan produk berkualiti, penyelesaian masalah dan
prestasi organisasi.

43
8.4

Ciri-Ciri Organisasi Yang Menggalakkan Kreativiti: Organisasi yang menggalakkan


kreativiti mempunyai ciri-ciri berikut: • • • • • • • • • Bersifat terbuka kepada
idea dan konsep baru. Menetapkan satu tahap prestasi yang tinggi. Mempunyai nilai
yang positif terhadap inovasi. Menekankan kepada perkembangan ketrampilan ahli-
ahli organisasinya. Ahli-ahli organisasinya mempunyai pelbagai pengalaman. Unit-
unit dalam organisasinya boleh berdiri dengan sendiri (loose coupling). Terdapat
cabaran daripada pihak atasan. Wujudnya komunikasi dua hala. Mementingkan kepuasan
pelanggan.

8.5

Bagaimanakah Mewujudkan Organisasi Kreatif: Untuk melahirkan masyarakat organisasi


yang kreatif, beberapa perkara berikut hendaklah diberi perhatian serius oleh
pihak atasan, iaitu: • • • • • • Organisasi berkenaan hendaklah menyediakan sumber
dan masa yang mencukupi kepada ahli-ahli organisasinya. Pihak pengurusan hendaklah
memberi jaminan kerja (job security) ke atas ahli-ahli organisasi yang kreatif.
Pihak pengurusan hendaklah mewujudkan perasaan percaya kepada ahli-ahli
organisasi. Mempunyai harapan yang tinggi kepada orang bawahannya dan bersifat
terbuka kepada kritikan-kritikan. Pihak pengurusan hendaklah memberi kebebasan
kepada ahli-ahli organisasi untuk berkreatif. Pihak pengurusan bersedia memaafkan
dan tidak mengkritik ke atas mana-mana kegagalan. Pihak pengurusan hendaklah
memupuk pertumbuhan iklim bekerja dengan ahli-ahlinya turut sama dalam membuat
keputusan terutama tentang matlamat yang hendak dicapai.

44
8.6

Iklim Organisasi Yang Kreatif: Iklim kreatif biasanya mengandungi perkara-perkara


berikut: • • • • • Penuh kepercayaan dan keyakinan kepada orang-orang yang cuba
berkreatif. Terdapat komunikasi dua hala yang membawa kepada kejelasan matlamat
dan keperluan organisasi. Organisasi yang terdiri daripada ahli-ahli yang
mempunyai pelbagai kebolehan dan pengalaman. Menyokong perubahan. Terdapat satu
sistem merit untuk idea-idea kreatif.

8.7

Aktiviti-Aktiviti Bagi Menjana Kreativiti: Sambungkan 9 titik dibawah dengan empat


garisan yang tidak putus.

Bahagikan petak di bawah menjadi 4 petak yang sama saiz.

45
Bahagikan bulatan berikut menjadi 8 bahagian dengan 3 garisan sahaja.

Nyatakan kegunaan pen?

Apakah definisi sederhana?

Apakah definisi seimbang?

Bagaimanakah cara hendak mengatasi kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur? 8.8


Bengkel Penyelesaian Kreatif dalam Pengurusan Sekolah Berikut ialah beberapa
masalah yang wujud di dalam organisasi anda. Fikirkan bagaimanakah masalah-masalah
ini dapat diselesaikan secara kreatif. 1. Sekolah anda mempunyai sebuah Pusat
Sumber yang kecil, berukuran 10 kaki x 25 kaki. Itulah sahaja bilik yang ada di
sekolah anda. Sebagai seorang Pengetua, anda ingin jadikan Pusat Sumber ini aktif
dan berfungsi seperti sebuah Pusat Sumber sekolah lain yang jauh lebih besar.
Cadangkan bagaimanakah cara Pusat Sumber Sekolah anda dapat berfungsi dengan baik.
2. Sekolah anda ialah sebuah sekolah berasrama yang menghadapi masalah air yang
berlarutan sejak setahun yang lalu. Punca anda ialah tekanan air sangat rendah,
menyebabkan air tidak dapat naik ke tangki. Sejak akhir-akhir ini masalah ini
semakin serius hingga menyebabkan murid-murid bukan sahaja tidak dapat mandi,
tetapi beristinja pun tidak boleh. Tugas anda ialah menyelesaikan masalah yang
agak parah ini.

46
3.

Ada teori yang mengatakan bahawa kesediaan belajar adalah penting kepada pelajar-
pelajar. Jika pelajar sudah bersedia, dan sudah tahu apa yang akan dipelajari pada
hari itu, tugas guru akan lebih senang, dan dipercayai objektif
pengajaran/pembelajaran hari itu akan dapat dicapai dengan mudahnya. Bagaimanakah
teori ini dapat diaplikasikan dalam suasana sebenar di sekolah?

4.

Sekolah anda melaksanakan semua kegiatan kokurikulum. Namun begitu kegiatan


persatuan/kelab di sekolah anda adalah tidak begitu menggalakkan. Cadangkan satu
cara bagi mengatasi masalah kelembapan kegiatan persatuan/kelab supaya lebih
aktif. Sekolah anda mempunyai 1600 pelajar. Rumah sukan yang dibentuk ialah 4
buah. Saban tahun Sukan Tahunan dilangsungkan. Namun begitu penyertaan pelajar
tidaklah menyeluruh. Bagaimanakah cara supaya semua pelajar terlibat secara aktif
dalam temasya Sukan Tahunan Sekolah anda? Setiap sekolah sering menghadapi masalah
guru ganti apabila terdapat guru yang tidak hadir atas pelbagai sebab. Cadangkan
cara-cara yang lebih efektif. Masalah air di Malaysia ialah berpunca daripada
masalah pengurusan air. Bagaimanakah air hujan dapat dimanfaatkan di sekolah anda?
Bagaimanakah cara hendak menyimpan bunga manggar? Bagaimanakah sekolah boleh
melatih pelajar menjadi pemimpin? Cadangkan program-program yang difikirkan
sesuai. Cadangkan program-program yang boleh melahirkan semangat cintakan sekolah
dan negara. Berdasarkan pengalaman anda yang lalu, rakamkan satu penyelesaian
kreatif yang pernah dilaksanakan di sekolah anda.

5.

6.

7.

8. 9.

10.

11.

c(D):KPS/notakpks/Notaor2/nh//ct/mh

47

You might also like