• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
 
Teknologi MultimediadalamPendidikan
-------------------------------------------------
Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks,grafik,audio, video dan animasi. Selain dari itu, interaktiviti juga merupakansebahagiandaripada elemen yang diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasiinteraktif menerusi penggunaan multimedia. Setiap elemen ini mempunyai peranannyayangtersendiri dalam mewujudkan satu persembahan informasi yang lebih menarik dan berkesan. Berikut merupakan penerangan ringkas peranan serta ciri utamasetiapteknologi tersebut dan hubungannya dengan dunia pendidikan eradigital.
Teks
Memandangkan penggunaan teks dalam suatu proses komunikasi maklumattelahlama wujud, ianya sering kali dianggap sebagai satu media tradisi. Namundemikian, penggunaan teks dalam satu sistem multimedia sememangnya merupakansesuatuyang tidak dapat dinafikan kepentingannya. Walaupun terdapat pelbagaielemenmedia yang bersifat lebih menarik dan dinamik, teks masih lagi diperlukansebagaisalah satu elemen utama dalam proses penyampaianmaklumat.Teks secara amnya merujuk kepada huruf-huruf yang tersusun bagimembentuk satu makna yang boleh difahami atau membawa pengertian yang tertentu.Teks juga merujuk kepada semua jenis simbol, huruf, abjad, nombor, statistik dan pelbagai jenis tulisan dan fon yang menjadi asas utama bagi penyaluran maklumatmasadahulu dan juga masakini.Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut memainkan perananyang penting dalam menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna. Ianyaamat penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluruh perlu diberikankepada pengguna dan penggunaan elemen-elemen atau media lain mungkingagalmenyampaikan makna seperti mana yang dikehendaki. Penggunaan teks jugaakanmenjadi lebih menarik sekiranya ia digabungkan dengan elemen-elemenmultimediayang lain dan gabungan penggunaan media ini menjanjikan penyampaianmaklumat yang lebih menarik, tepat danmenyeluruh.
Panduan Menggunakan Teks di dalam Aplikasi MultimediaatauLaman WebPendidikan
Walaupun teks merupakan antara sumber yang terbaik bagimenyampaikansesuatu maklumat, kadang kala ianya gagal untuk menyebarkansesuatumaklumat dengan kadar yang pantas. Contohnya, sekiranya seseoranghanyadiberi masa selama 3 saat bagi menarik perhatian pengguna dalam sesuatusesi persembahan, teks agak sukar untuk menangani keadaan ini dengan berkesan.Berikut merupakan beberapa garis panduan dan perkara yang perludiberi perhatian semasa anda bekerja dengan teks di dalam pembangunansesebuahaplikasimultimedia.
 
 
ringkas tetapi padatgunakan typeface dan fon yang bersesuaian.pastikan teks tersebut bolehdibacapemilihan stail tulisan dan juga warna teks yang bersesuaiankawal pemilihan fon sertakonsistenpastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain
Grafik 
Grafik boleh merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visualyangtidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasidansebagainya. Ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagimemberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.Penggunaangrafik dikatakan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantasdan tepat memandangkan ianya disampaikan dalam bentuvisual.Grafik juga dikatakan mampu membantu dalam menerangkansesuatumaklumat dengan lebih tepat dan berkesan. Penggunaan graf atau cartamisalnyamampu memaparkan peningkatan atau penurunan jumlah jualan bagisesebuahsyarikat dengan lebih berkesan berbanding penggunaan teks atau jadualsemata-mata. Grafik juga mampu menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaianmaklumat lebih menarik dan mampu memfokuskan perhatian penggunaterhadapmaklumat yang ingindisampaikan.
Panduan Menggunakan Grafik dalam Aplikasi MultimediaatauLaman WebPendidikan
Apabila grafik digunakan di dalam sesuatu persembahan, tujuan utamanyaialah bagi menyediakan satu persekitaran yang lebih cantik dan mampumenarik  perhatian pengguna. Selain dari itu, apa yang paling penting ialah grafik yangdigunakan mampu menyampaikan mesej atau maklumat dengan tepat dantidak mengelirukan. Walau bagaimanapun, penggunaan grafik yang tidak dirancangdengan betul dan digunakan tanpa rasional yang bersesuaian biasanyahanyamengundang masalah yang berlarutan.Berikut merupakan sebahagian dari garis panduan serta perkara yang perludiberi perhatian semasa bekerja dengan grafik di dalam pembangunansesebuahaplikasi multimedia atau laman web khususnya yang berkaitan dengan bidang pendidikan:pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulansasaranpilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atauagamapilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluantugaspilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluanaplikasigunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah padasistem berkeupayaanrendah
Audio
Kesan audio atau bunyi merupakan salah satu suatu daya penarik yang berkesanuntuk menarik perhatian seseorang. Audio di dalam sesuatu sistem multimedia bolehmerujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara latar, muzik, kesankhasaudio dansebagainya.2
 
 
Di dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio bolehdigunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantapdan berkesan. Selain dari itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi dikalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaianmaklumat. Di samping itu juga, elemen audio dikatakan mampumenimbulkansuasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebihterhadapapa yang ingindipersembahkan.
Panduan Menggunakan Audio dalam Aplikasi MultimediaatauLaman WebPendidikan
Walau pun penggunaan audio di dalam sesebuah aplikasi atau persembahanmultimedia mempunyai pelbagai kelebihan, penggunaannya perludirancangdengan teliti serta dikawal penggunaanya. Ini adalah kerana tanpa perancanganyang teliti serta apabila ianya digunakan ditempat yang tidak sesuai atau pundigunakan secara keterlaluan mampu mencacatkan keseluruhan persembahan.Berikutnya merupakan beberapa panduan asas bagaimana audiodapatdigunakan dengan berkesan di dalam sesebuah aplikasimultimedia :Audio hanya digunakan jika ianya didapati bersesuaian dengan isikandunganaplikasi atau program.Audio hanya digunakan sekira ianya diperlukan atau pun terdapatrasionalmengapa ianyadigunakan.Sekiranya audio digunakan, pastikan pengguna mempunyai kuasakawalanterhadapnya. Kuasa kawalan di sini merujuk kepada kuasa mengawalketinggianaudio, memberhentikan audio dansebagainya.Elakkan menggunakan terlalu banyak kesan audio yang sama didalamsesebuah aplikasi bagi mengelakkan kebosanan. Sebagai contoh, pelajar mungkin akan merasa kagum atau seronok apabila mendengar kesanaudioyang tertentu apabila mereka bergerak dari satu skrin ke satu skrin yang baru. Namun demikian mereka pastinya akan mula merasa bosan apabila kesanaudioyang sama terus digunakan berulang-ulang setiap kali mereka memasukiskrin baru.Gunakan saiz sampel atau kadar sampel yang tidak terlalu tinggi bagitujuanrakaman atau semasa menyimpan fail audio. Selain dari mengurangkan saizfailaudio, kualiti audio yang terhasil juga sudah memadai bagi digunakan didalamsesebuah aplikasimultimedia.Elakkan daripada menggunakan audio sekiranya ia didapati bolehmengganggu persembahan.
Video
Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan palingdinamik dan juga realistik berbanding elemen-elemen yang lain. Ianya jugadikatakanmerupakan gabungan pelbagai media (seperti teks, grafik, audio dansebagainya)di dalam satu medium. Oleh yang demikian, penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasiseseorangterhadap proses penerimaan maklumat. Selain dari itu, video jugamampumembawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Inisecaratidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi para penggunanyadengan lebihnyata.
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...