• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Muka 1 - 11Muka 12 - 15Muka 16 - 18Muka 19 -21Muka 22 - 25
 
 1
PUASA DARI SUDUT MENTAL/ROHANI
Kalau kita fikirkan secara lojik kita sebagai manusia biasa, tidak ada sebab puasa itu dikenakankepada kita, kerana apa yang kita makan adalah harta yang kita cari dengan titik peluh kita danusaha kita. Kita makan dirumah kita dan tidak ada kena mengena dengan orang lain atau hakorang lain. Lebih-lebih lagi kita dalam masa sebelas bulan yang lain selain dari bulan Ramadhankita dibenarkan makan. Jadi kenapa pula dibulan Ramadhan kita tidak boleh makan. Begitulahlojik pemikiran akal manusia yang lemah. Tetapi Allah telah menentukan kepada kita berlainandengan apa yang kita fikirkan itu. Apakah hikmat dan tujuannya? hikmat dan tujuannya ialahAllah hendak mengajar kita dan beritahu kepada kita bahawa kamu wahai manusia, tidak ada apa-apa kuasa dan kelebihan. Diri kamu Akulah (Allah) yang mencipta, rezki yang kamu makanAkulah yang memberi. Dan segala apa yang ada didalam dunia ini Aku yang empunya. Jadi Akuberhak ke atas kamu dan rezki untuk membenarkan kamu makan atau sebaliknya Kamu wahaimanusia, mesti tahu dan faham bahawa kamu adalah milik dan dalam kekuasaan Aku. Jadi Akumahu sebulan dalam setahun tidak makan dan memuaskan hawa nafsu diwaktu siang hari,perkara ini bukan Aku suruh kamu sahaja, tetapi Nabi dan Rasul pun aku suruh dan bukandizaman ini sahaja, tetapi sejak zaman-zaman yang terdahulu dari kamu lagi.
KELEBIHAN BULAN RAMADAN
Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah
Subhanahu wa Ta‘ala
dan RasulNya, ia juga menjadi penghulu segala bulan.Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah
Subhanahu wa Ta‘ala
telahmenurunkan kitab suciNya (Al-Qur’an) yang menjadi petunjuk bagi manusia. Firman Allah
Subhanahu wa Ta‘ala
:Tafsirnya:
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yangmenjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”-
(Surah Al-Baqarah: 185)Dipilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam
 Lailatul-qadr 
yang mana ialebih baik dan lebih utama daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun. Menurutulama’
 Lailatul-qadr 
itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulanRamadhan. Sayugia jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan khasnya malam-malam
 pelikurannya
dengan perkara-perkara yang tidak memberi faedah, bahkan hendaklah diisidengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.Lain-lain keistimewaan bulan Ramadhan itu sebagaimana sabda Nabi Muhammad
Shallallahu‘alaihi wasallam
:Maksudnya:
“Sembahyang lima waktu, dan sembahyang Jumaat ke sembahyang Jumaat berikutnya, dan bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan berikutnya adalah menjadi penebus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tadi, selama orang itu menjauhi dosa-dosa besar.”-
(Hadisriwayat Muslim)Sabda Baginda lagi:Maksudnya:
 
 2
“Dia (bulan Ramadhan itu) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga.”-
(Shahih Ibnu Khuzaimah)
 
Sementara kesabaran itu pula ganjaran pahala tanpa perhitungan. Firman Allah
Subhanahu waTa‘ala
:Tafsirnya:
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahalamereka dengan tidak terkira.”
(Surah Az-Zumar: 10)
 
KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADAN
 Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungandengan kewajipan puasa yang disyariatkan di dalamnya. Suatu kewajipan yang tidak bolehditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan saja suatudosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dengan apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti,sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sabda NabiMuhammad
Shallallahu ‘alaihi wasallam
:Maksudnya:
“Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah(keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunaskan (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.”
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)Adapun kewajipan puasa ini bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum atauperkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar
shadiq
hingga terbenammatahari, bahkan hendaklah juga menahan anggota badan daripada melakukan perkara-perkarayang boleh membawa dosa, kerana dosa itu boleh melupuskan matlamat puasa. Nabi Muhammad
Shallallahu ‘alaihi wasallam
telah memberi peringatan dalam hal ini sebagaimana sabdaBaginda:Maksudnya:
“Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapat sesuatu daripada puasanyaselain lapar dan dahaga.”
(Ditakhrijkan oleh Ibnu Majah)
MENUJU KESEMPURNAAN IBADAH PUASA
 Matlamat puasa itu bukan hanya memelihara kewajipan-kewajipan lahiriahnya, bahkanmemelihara kewajipan-kewajipan bathiniyahnya. Al-Imam Al-Ghazali telah menggariskankewajipan-kewajipan bathiniyah puasa itu antara lain seperti berikut:1) Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkarayang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menggangu hati,serta melalaikannya daripada mengingati Allah Subhanahu wa Ta‘ala.2) Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuatfitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...