You are on page 1of 14

PEMARKAHAN TUGASAN INDIVIDU 1 2 3 TUGASAN 1 TUGASAN 2 E FORUM JUMLAH

KAE3013 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK


TAJUK TUGASAN

KRAFTANGAN
KUMPULAN TAWAU02

DISEDIAKAN OLEH NAMA DK NORMAH BINTI PG NASIP NO. ID D20102046656 NO. TELEFON 013-8335040

NAMA TUTOR E-LEARNING

: DR FAIRUZ 'AIN BINTI HARUN

TARIKH SERAH

: 04 MEI 2012

PENDAHULUAN Kraftangan ialah 1kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan. Hasil pengeluaran besar-besaran atau hasil kejenteraan bukan bersifat kraftangan. Kraf mudah dapat membantu perkembangan motor kasar dan motor halus kanakkanak. Aktiviti mudah menggalakkan penggunaan dan kawalan otot secara berkesan. Aktviti memegang gunting, bermain dengan bahan dan alatan memungkinkan pergerakan motor halus dapat membantu peningkatan gerak otot kanak-kanak. Aktviti menggunaka tanah liat dapat meningkatkan perkembangan kemahiran seni dan kreativiti kanak-kanak di mana mereka dapat membentuk pelbagai objek.
2

ZAMAN kanak-kanak merupakan zaman yang indah malah ketika ini jugalah proses

pembelajaran berlaku di samping membentuk dan memupuk mereka menjadi insan yang sempurna. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. Golongan kanak-kanak merupakan sebahagian besar daripada masyarakat hari ini dan jumlahnya bertambah dari setahun ke setahun. Justeru, kepentingan golongan kanak-kanak ini sering diberi keutamaan dan ia terbukti sejak tahun 1959 apabila sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia pertama diisytiharkan. Bermula dari hari itulah, Malaysia telah menyambut Hari Kanak-Kanak

Sedunia pada mana-mana hari Sabtu di dalam bulan Oktober setiap tahun. Kraftangan Malaysia pernah mengadakan program Ceria Bersama Kraf yang diadakan bersempena dengan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tujuan utama penganjuran aktiviti tersebut adalah untuk meraikan warga kanak-kanak. Dalam masa yang sama, tambahnya, ia dapat mengukuhkan perpaduan sebagai peneraju industri kraf. Matlamat utama yang

diharapkan daripada penganjuran program ini ialah menanam minat di kalangan kanak-kanak terhadap produk kraf tempatan dan hasilan seni kreatif agar mereka belajar menghargai kraf. Dalam masa yang sama, ia dapat memupuk minat yang mendalam terhadap seni ini bila meningkat dewasa memandangkan mereka adalah waris yang akan menyambung legasi kesenian ini.
1 2

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kraftangan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_03.htm

Kraf mudah sama ada dalam bentuk 2D atau 3D dapat mempertingkatkan kreativiti kanak-kanak dan menggembirakan mereka. Penghayatan seni penting dalam kehidupan

kanak-kanak kerana berkaitan dengan kognitif dan nilai estetika dalam kehidupan. KRAF MUDAH Kraf mudah untuk kanak-kanak mengaplikasikan teknik menggambar, membuat corak dan rekaan serta bentuk binaan. Aktiviti menggambar untuk kanak-kanak adalah seperti lukisan, catan, kolaj, montaj cetakan, resis, gosokan stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek. Aktiviti membuat corak dan rekaan untuk kanak-kanak adalah seperti ikatan dan celupan, tiupan, titisan, renjisan, percikan, lukisan, catan, cetakan, capan, resis, kolaj, pualaman, lipatan dan gunting. Aktiviti bentuk binaan kanak-kanak adalah seperti topeng, boneka, origami, mobail, stabail, model dan diorama.

Kolaj Apa itu kolaj? Kolaj bermakna tampal dan gam. Teknik ini mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso pada tahun 1912. Beliau mula menggunakan kertas yang digunting untuk dijadikan lukisan dan ia merupakan kolaj pertama yang digunakan di dalam seni halus. Bahan-bahan yang sesuai digunakan untuk kerja atau kolaj ini ialah antaranya carikan kertaskertas, keratan akhbar, kepingan besi, kain atau kain perca dan kepingan-kepingan nipis yang lain. Kini teknik kolaj telah berkembang ke arah yang lebih menggunakan teknik yang

menggunakan jahitan dan tampalan kain. Kalau dulu, teknik kolaj hanya menggunakan kertas tetapi kini berbagai teknik telah muncul seperti guntingan kain perca yang lebih memberi corak yang lebih menarik. Kolaj sendiri memerlukan teknik halus yang teliti dan memerlukan kesabaran dan ketelitian Kolaj juga boleh dibuat dengan menggunakan perca kain, kertas warna, bahan-bahan alam seperti rempah ratus daun dan ranting. Kolaj dihasilkan dengan menampal medium yang dipilih untuk membuat gambar atau corak rekaan di atas sebarang permukaan. Tampalan disusun dan ditindih pada permukaan mengikut gambar yang hendak dibuat. Pelbagai corak dan gambar boleh dihasilkan melalui aktiviti kolaj berdasarkan kreativiti kanak-kanak.

Teknik Membuat Kolaj

Untuk menghasilkan sesuatu hasil seni, kita perlulah memikir dan merancang kerja agar ianya mempunyai satu tema khas. Setelah sesuatu tema telah ditetapkan, maka ianya akan lebih mudah kepada pelajar untuk menetapkan saiz dan bahan yang diperlukan. Seterusnya ialah teknik memotong dan mengoyak atau menjahit. Pelajar perlulah teliti di dalam melakukan kerja tersebut. Untuk menjahit pula amatlah sesuai jika pelajar menggunakan perca kain sebagai bahan kolaj. Bahan untuk kolaj sebenarnya amat senang untuk didapati kerana sebarang kepingan boleh digunakan. Perkara yang agak menyulit dan menyukarkan ialah apabila memotong dan menyesuaikan warna dengan kolaj agar hasil seni tersebut menjadi lebih menarik. Jika pelajar memilih untuk menggunakan perca-perca kain, ianya lebih elok dijahit. Semasa kerja menampal dilakukan, pelajar perlulah memberikan perhatian kepada penggunaan ruang didalam lukisan agar ianya kelihatan lebih seimbang. Bagi menampakkan kepelbagaian teknik, pelajar boleh menambah dengan mewarnakan, merenjiskan warna dan melorek bahagian-bahagian tertentu.

Gambar 1 : Tenik menampal kolaj

Jelas di sini, berdasarkan gambar dapat kita lihat kepelbagaian teknikyang dapat digunakan di dalam membuat hasil seni kolaj. Pelajar bolehmenggunakan teknik mengoyak atau menggunting kertas, menggunakan penseldi mana keratan kertas lebih halus dan lebih berseni atau denga menggunakan jahitan untuk perca-perca kain.

Penjelasan Falsafah Objek Dan Karya Seni

Kolaj adalah tergolong di dalam kategori seni halus. Kolaj juga memerlukan kreativiti yang tinggi untuk menghasilkannya. Dari sudut pandangan kreativiti, dapat kita ambil daripada pandangan Lowenfeld (1975) di mana beliau percaya bahawa setiap kanak-

kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Kita lihat pula tokoh lain tentang takrif kreativiti. June King McFee pula menyatakan bahawa kreativiti itu adalah sebagai satu keupayaan seseorang mencipta atau menghasilkan sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea yang baru. Maka, jika kita kaitkan dengan penghasilan kolaj, pelajar cuba mengolahkan sesuatu hasil kerja melalui kreativi mereka masing-masing. Walaupun mereka cuba meniru sesuatu keadaan atau gambaran namun melalui kreativit mereka, mereka mengolah dan menghasilkan sesuatu hasil yang baru dan mengikut firasat dan pandangan mereka. Saya juga tertarik dengan pandangan tokoh Laura H.Chapman yang menyebut di dalam bukunya yang bertajuk Approches in Art Education (1978) yang memetik bahawa sesuatu proses kreativiti adalah mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya atau dikenali sebagai proses artistik. Tedapat tiga kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman iaitu kaeadah penjanaan idea, pengolahan dan pemurnian dan kemahiran menggunakan bahan. Jika kita kaitkan ketiga-tiga proses di atas dengan penghasilan kolaj maka, amat tepatlah bahawa pelajar perlu menjana idea mereka di dalam mencari sesuatu tema untuk kolaj mereka. Apabila sesuatu tema telah pun ditetapkan, pelajar akan melakukan pengolahan dan mencipta hasil kerja mereka seterusnya melakukan

pemurnian beberapa kali agar melatih mereka supaya lebih peka dan meningkatkan pengamatan mereka di dalam penelitian. Seterusnya, kaedah yang ketiga melatihkan

kemahiran mereka menggunakan bahan serta teknik yang betul. Ini merujuk kepada bagaimana pelajar menggunakan bahan seperti gam, gunting, kertas warna atau kain perca manakala teknik pula ialah seperti teknik guntingan halus, titikan pensel atau pun jahitan.

Kesimpulannya, mengambil pandangan tokoh-tokoh seni yang terkenal adalah amat penting dilakukan oleh seseorang guru di dalam menyediakan sesuatu bahan pengajaran dan pembelajaran. Melalui pandangan mereka, guru dapat melihat aspek-aspek penting yang perlu diambil kira dan diketengahkan. penghasilan kolaj dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk meluahkan ekspresi mereka melalui tampalan dan jahitan. Selain itu, ia juga mampu membina atau meningkatkan psikomotor halus pelajar semasa proses menggunting, menjahit dan menampal. Pembentukan sikap dan menerapan nilai murni dapat dilakukan melalui proses penghasilan kolaj didalam kelas.

Topeng

Topeng merupakan artifak yang kebiasaannya dipakai di muka untuk perlindungan, persembunyian, persembahan, atau menghiburkan. Topeng telah dipakai sejak dahulu untuk majlis dan acara. Topeng biasanya, namun bukan selalu dipakai pada muka, walaupun ia ditempatkan untuk tindak balas di tempat lain dalam gubungan dengan kepala si pemakai3.

Topeng biasa dibuat menggunakan kertas manila, gunting, gelung getah, pensel dan warna. Kita boleh mengajar kanak-kanak membuat dua jenis topeng, iaitu topeng penuh atau topeng zorro yang hanya penutup bahagian mata sahaja. Kanak-kanak boleh membuat topeng berdasarkan imaginasi mereka atau mengadaptasi kartun kegemaran mereka. Imej topeng juga boleh dihasilkan berdasarkan wajah manusia, flora dan fauna. Kad Ucapan Aktiviti membuat kad ucapan menggunakan teknik corak dan rekaan yang melibatkan guntingan dan tampalan. Kad ucapan boleh dibuat dalam pelbagai saiz. Kemahiran bahasa memainkan peranan dalam penghasilan kad yang menari keerana kad ucapan pasti mempunyai kata-kata yang ingin disampaikan. Kanak-kanak juga boleh digalakkan untuk
3

http://ms.wikipedia.org/wiki/Topeng

membuat rekaan mudah seperti kad ucapan.

Aktiviti membuat kad ucapan boleh

menggalakkan murid untuk menghargai orang tersayang dan sesuai dijalankan sempena hari perayaan atau sambutan Hari Guru. KRAF MUDAH 3 DIMENSI Kraf mudah 3 dimensi atau 3D adalah bentuk kraf yang mempunyai panjang, lebar dan tinggi. Kraf mudah 3 dimensi untuk kanak-kanak adalah seperti boneka dan mobail. Boneka Boneka ialah benda bukan hidup atau figura berupa manusia, haiwan atau apa-apa jenis benda lain yang dianimasikan atau dimanipulasi oleh sekurang-kurang seorang dalang untuk dipersembahkan dalam teater, filem atau televisyen. Terdapat berbagai-bagai jenis boneka yang diperbuat daripada bermacam-macam bahan yang sesuai dengan bentuk atau kegunaannya. Penghasilan boneka tidak kenal tahap kerumitannya. Seperti yang diulas oleh Oscar Wilde, "Boneka ada banyak kelebihannya, termasuklah tidak mampu berhujah, tidak mengulas seni dengan lantang, dan tiada kehidupan peribadi."4 Aktiviti boneka boleh mempertingkatkan daya pemikiran, kreativiti, bahasa, kemahiran intrapersonal dan kemahiran interpersonal kanak-kanak. Anda boleh menyediakan satu sudut untuk aktiviti boneka dalam bilik darjah masing-masing. Bahan-bahan yang perlu untuk menghasilkan boneka mudah adalah seperti sarung tangan, sarung kaki, kertas, telur, bekar kertas dan bekas minuman. Boneka juga boleh dibuat dari blok-blok kayu dan bahan terbuang seperti tin susu dan kotak kecil. Boneka boleh dibuat dalam pelbagai cara dan kanak-kanak boleh melakonkan watak menggunakan hasil karya masing-masing.

Jenis Boneka

http://ms.wikipedia.org/wiki/Boneka

Boneka Sarung Tangan

Boneka Tongkat

Boneka Jari

Boneka Mobail

Wayang Kulit

PENGGUNAAN SENI BONEKA DALAM KURIKULUM CONTOH AKTIVITI : Judul Cerita Nilai Objektif : Kenapa Gagak Hitam : Sikap tidak sabar membawa padah : Kanak-kanak dapat i) mengenal burung merak dan gagak ii) membezakan pelbagai warna Peralatan : Boneka gagak Boneka merak Pentas boneka Pita rakaman Warna Bangkai binatang

Teks : Merak dengan gagak BABAK 1 Suatu masa dahulu, gagak dan merak berkawan baik. Merak : Mari kita warnakan badan kita supaya lebih cantik Gagak : Macam mana caranya? Merak : Aku ada kawan. Seorang pemuda yang jadi pelukis. Gagak : Oh begitu. Cepatlah, aku tak sabar lagi. Merak : Sabarlah. Aku akan pergi jumpa dengan pemuda itu esok. Gagak : Elok benar cadangan awak. Esok kita berjumpa di tebing sungai ini ya! Merak : Baiklah, kau tunggu aku ya! BABAK 2 Merak membawa berus dan warna.

Merak : Inilah warna-warna yang aku dapat. Gagak : Cantik. Tentu berseri-seri. Merak : Sudah tentu, tapi siapa yang hendak diwarnakan dahulu. Gagak : Baiklah aku warnakan badan kau. Merak : Hmmm! Cantiknya. Pandai kau pilih warna ya? Gagak : Tentulah, sekarang giliran kau pula. Merak : Baiklah, aku akan warnakan lebih cantik lagi. Gagak : Nanti dulu, aku laparlah. Merak : Sabar la. Bukan lama, sekejap sahaja. BABAK 3 Seekor bangkai ayam terapung di permukaan air yang dibawa arus. Gagak yang lapar itu tidak sabar lagi apabila melihat bangkai di sungai. Gagak : Cepatlah, aku tak sabar lagi. Merak : Baiklah, warna apa yang awak mahu? Gagak : Warnakanlah apa sahaja. Cepatlah. Merak : Baiklah ( lalu mencurah warna hitam ke seluruh badan gagak) Gagak terus terbang dan menyambar bangkai ayam itu. Apabila mereka bertemu semula, Gagak terkejut melihat rupanya yang hitam, sedangkan merak sangat cantik. Gagak terbang menjauhkan diri. PROSES DAN PERALATAN Pemilihan cerita Contoh cerita : berkenaan haiwan, kehidupan, keadaan semasa dll 2 pilihan :

a) Memilih cerita terlebih dahulu sebelum membuat skrip kemudian membina boneka berdasarkan watak dalam cerita b) Menggunakan sebarang boneka yang akan dijadikan watak dalam cerita Skrip tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan harus sesuai dengan kanak-kanak. skrip hanya dijadikan garis panduan dan boleh diubahsuai ketika penyampaian cerita.

Pencerita Menggunakan teknik menggerak lakonkan boneka. Dialog ditutur selaras dengan gerak laku. Menggunakan pelbagai variasi suara. Boleh mendapatkan khidmat pembantudalam menggeraklakonkan boneka.

Membina boneka mudah

Boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan. Benda-benda yang ada disekeliling kita boleh dijadikan boneka seperti stokin, sisa kain, tuala mandi dan kertas kotak. Cth: Boneka beg kertas

Alat dan bahan: Gunting Kertas berwarna Gam kanji Cat air atau krayon Dawai kokot Dua beg kertas Pita selofan Rot kayu Kertas tisu lembut

Cara membuat: Gumpalkan surat khabar pada hujung rod kayudan lekatkan gumpalan itu dengan menggunakan dawai kokot. Masukkan gumpalan surat khabar tersebut ke dalam beg kertas. Ikat leher beg kertas dengan menggunakan pita selofan. Ratakan bucu beg kertas tersebut. Sapukan gam seluruh permukaan hadapan untuk membentuk muka. Bina ciri-ciri muka dengan menggunakan kertas tisu lembut. Warnakan muka dengan menggunakan cat air Buat rekaan baju dengan menggunakan kain perca.

Pentas Terdapat dua kategori pentas iaitu: a) Pentas Pentas kerusi Pentas meja Pentas tingkap Pentas pintu Pentas lipat OHP

b) Tiada pentas MOBAIL Pencerita dalam keadaan duduk Pencerita dalam keadaan berdiri Pencerita menggunakan apron sebagai latar aktiviti bercerita

Mobail ialah hasil kerja kanak-kanak seperti lipatan, lukisan dan objek yang senang digantung. Bahan dan objek seterusnya digantung pada imbangan yang sesuai. Dalam aktiviiti mobail terdapat tiga perkara yang perlu anda beri perhatian, iaitu kreativiti mereka bentuk dan mencari objek untuk digantung, imbangan dan menggantung mobail. Anda boleh mengunakan penggantung baju, kayu, pembaris dan sebagainya sebagai tempat menggantung.

1. Bercerita mengenai satu tajuk atau tema

2. Minta kanak-kanak menamakan watak/isi penting

7. Gantung mobail yang sudah siap

3. Tunjukcara membuat lipatan atau origami

6. Gantung lipatan pada kayu penggantung 5. Sediakan bahan penggantung

4. Ikat selembar benang pada lipatan

Rajah 1: Kitaran membuat mobail MODEL

Model untuk kanak-kanak contohnya model kereta merupakan satu bentuk yang digubah untuk tujuan membuat sesuatu objek konkrit dengan menggunakan bahan. Antara teknik yang digunakan adalah acuan, menampal, mewarna untuk menghasilkan satu objek. Objek tersebut seterusnya dibentuk dan disusun mengikut imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Dalam aktiviti membuat model terdapat tiga perkara yang perlu anda beri perhatian, iaitu kreativiti mereka bentuk dan mencari bahan untuk dibentuk. Anda boleh menggunakan kotak-kotak buangan untuk membuat model. KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat dirumuskan melalui tugasan ini ialah antaranya sebagai seorang guru seni, kita perlulah mahir di dalam elemen-elemen asas seni iaitu unsur-unsur senireka dan prinsip-prinsip rekaan. Ini kerana ianya penting bagi seorang guru seni untuk menilai dan menyediakan pelajaran yang berkesan untuk pelajarnya. Selain itu, perlu juga sebagai seorang guru seni untuk mengetahui dan melihat teori-teori yang ditulis oleh tokohtokoh seni agar dapat membantu guru memahami tentang seni itu sendiri. Ini kerana kreatviti dan imaginatif pelajar adalah berbeza dan luas. Guru juga perlu melihat kepada keperluan dan kemahiran di dalam menyediakan sesuatu alat bantu mengajar untuk pelajaran seni. Faktorfaktor yang perlu diambilkira sebelum menyediakan alat bantu mengajar atau sesuatu karya seni amatlah perlu dikuasai oleh seorang guru seni. Akhir kata, kepentingan seorang guru seni untuk menyediakan alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan, diikuti kaedah-kaedah yang sesuai serta rancangan mengajar yang lengkap banyak membantu di dalam menyediakansatu pelajaran seni yang menarik dan berkesan kepada pelajar. Bak kata pepatah, Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

BIBLIOGRAFI

Mazlan Othman, Ruzitah Tapah, Hassan Mohd Ghazali, (2005), TeksLengkapPendidikan Seni Visual, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd

Raja Baharudin Raja Husain, (1999), Kursus Amali PMR Pendidikan Seni , Selangor: Pan Asia Publications Sdn. Bhd.

Open University Malaysia, (2007), HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak, Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Universiti Pendidikan Sultan Idris, (2011), KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak, http://ms.wikipedia.org/wiki/Kraftangan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y2011&dt=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg =ke_03.htm

http://ipislam.edu.my/edu3105/Bahan2D3D.htm http://www.scribd.com/doc/26621/Perkembangan-Seni-dan-Kanak-kanak http://www.omaq.org/v3/2009/24/nota-seni-dalam-pendidikan-oum/ http://ms.wikipedia.org/wiki/Boneka http://www.slideshare.net/nurulanwar/seni-boneka-sekolah

You might also like