“Dah habis mengkaji lukisan Latif ataupun Ayie dah dapat ilham untuk pameran solosendiri pulak?” tanyanya seperti dapat menuras isi hati ku ketika itu. Aku sengih sambilmelangkah kembali ke dalam galeri, aku mau berlama-lama di sana, mengorek seberapa banyak ilmu yang mungkin aku boleh dapatkan dari pelukis-pelukis hebat lain.Minggu ini aku habiskan masa di galeri ini, menikmati dan menelaah hasil karya pelukiskontemporari yang aku kagumi. Aku melukis apa yang aku lihat, aku tak mampu menjadi pemikir yang tersirat seperti Latif yang mampu merakam dua warkah berbeza dalam setiapkaryanya, tapi aku punya sedikit anugerah kurniaan Yang Esa, lalu aku gunakan untuk menyuarakan isi hatiku dengan coretan warna dan palitan garisan membentuk wajah di ataskanvas.Kalau orang seusia aku mengagumi bakat Mawi, Yusry, Adam, Sofaz,Kristal ...rasanya akulebih mengagumi bakat Yusof Ghani, Prof. Datuk Raja Zahabuddin Raja Yaacob, Raja Azhar Idris, Muid Latif, Ahmad Shukri Elias, Prof. Madya Ramlan Abdullah, Intan Rafiza, KhalilIbrahim, Ismail Latif dan ramai lagi pelukis-pelukis Malaysia yang hebat. Karyaku lebih tertumpu kepada kehidupan kotaraya seperti ’my mom and I’(sepasang ibudan anak membeli belah), ’how do he got it?’( lelaki muda berkereta mewah), ’60’ssibling’(sekumpulan adik beradik pencinta lagu 60-an sedang bermain gitar),’anak ikan’(gelagat gadis muda di temani lelaki tua) dan ’gothic or ska or punk or i’mconfused?’(kerenah belia sekarang dalam berfesyen) antara lukisan-lukisan yang pernah akuhasilkan. Aku duduk di penjuru dinding yang pernah gadis itu berdiri. Cuba mengutip kembali sedetik memori itu, jariku pantas melakar nukilan itu di kertas putih ditanganku. Balik rumah nantiakan ku pindahkan lakaran awal ini ke kanvas besar. Aku ke galeri ini saban hari, masihmenunggunya dengan harapan, kadang-kadang terasa diri ini dungu, tak mampu bertanyanama nya. Hari ini hari terakhir pameran ini.Aku sudah menyiapkan sepuluh keping lakaran gadis itu di berbagai sudut galeri ini, lakarangadis itu di jalanraya, lakaran tamparannya di pipiku, senyuman manisnya..aduh,aku diserangangau. Menanti sesuatu yang tak pasti, namun sekurang-kurangnya aku mampu berkaryakembali. Karya terakhir yang aku hasilkan sebulan lalu masih mampu menanggung hidup bujangku.Aku terkesima, diakah itu? Baju kurung biru bermotif bunga-bunga kecil menyerlahkankeayuannya. Jari ku pantas lagi melakar dan memotret gerak gerinya. Aku membiarkan diamenikmati lukisan-lukisan ’Open For Business’, ‘Toxic Waste’, ‘Forest Reserved’,‘Belakang’, ‘Ulam Mencari Sambal’, ‘Fantasy Dream’ dan ‘One Way’ karya-karya Abd Latif Maulan. Kali ini aku tak berniat mengganggu tumpuannya, walhal aku jua semakin asyik melakar gerak gerinya. Hampir 10 lakaran dirinya mampu aku hasilkan secara goresan biasaselama dua jam dia di galeri ini. Aku cepat-cepat memasukkan kertas-kertas ini ke beg’mortar’ku.Dia menyedari kehadiranku selepas selesai tawafnya mengelilingi galeri itu. “So,macamana?“. Berkerut sedikit dahinya mendengar soalanku, tapi pantas juga dia mengerti bila aku mengarahkan mata ku ke arah lukisan-lukisan itu.“Amazing artwork, lukisan yang kemas, penggunaan warna yang menekankan penceritaan,ringkas tapi penuh bermakna. Ibarat membaca yang tersembunyi dalam hidup di kotaraya ini.