Syarikat dan Britain pula terbentuk hasil daripada dua ideologi besar. Misalnya diBritain, Parti Buruh dan Konservatif merupakan dua parti dominan dalam senario politik negara itu. Manakala di Amerika Syarikat pula, Parti Demokrat dan Republikanmerupakan identiti kepada sistem demokrasi di negara itu. Di samping itu, terdapat jugasistem satu parti dominan yang merujuk kepada penguasaan sesuatu parti utama ke atassesebuah negara. Corak pemerintahan seumpama ini jelas di Singapura, di mana PeopleAction Party( PAP ) yang ditubuhkan pada 1954 masih berkuasa sehingga ke hari ini.Di negara kita pula, Malaysia dilihat sinomin dengan sistem pelbagai parti yangmenyaksikan kewujudan pelbagai parti politik seperti United Malays Nation Organization( UMNO ), Malaysian Chinese Association ( MCA ), Malaysian Indian Congress ( MIC ),Democratic Action Party ( DAP ), People’s Progressive Party ( PPP ), Gerakan RakyatMalaysia ( Gerakan ), Partai Islam Se-Malaysia ( PAS ), Parti Negara, Parti Buruh, PartiRakyat Malaysia ( PRM ), dan sebagainya.
Senario Politik di Malaysia
Di Malaysia, semua aktiviti parti-parti politik tertakluk di bawah Akta Pertubuhan 1966.Di samping terdapat akta-akta lain seperti ISA, OSA dan Akta Polis yang telahdikuatkuasakan untuk mengawal aktiviti parti-parti politik di Malaysia.
. Lantaran itu,semua parti-parti politik di negara ini perlu didaftarkan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan. Kebanyakan parti politik induk didaftarkan di Wilayah Persekutuan yangmencatatkan 14 pendaftaran pada tahun 1995 dan 1996
. Menurut Laporan TahunanJabatan Pendaftar Pertubuhan, pada tahun 1997 sahaja terdapat 41 buah pertubuhan politik berdaftar di peringkat negeri dan melibatkan 43,387 cawangan di seluruh negara
.
4
Makmor Tumin, Parti-parti politik di Malaysia: Antara pertimbangan perkauman dan asasideologi,
Dewan Masyarakat
, Jilid 37, Bil 7, Julai, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 1999, hlm. 10.
5
Ibid.
6
Ibid.
2