You are on page 1of 41

UNIT 2 ELEKTRONIK

Hasil Pembelajaran
Learning Outcomes

Di akhir bab ini anda seharusnya dapat

1. mengenalpasti jenis, fungsi dan simbol komponen elektronik;

2. mentafsir dan menterjemahkan litar skematik kepada litar bergambar


dan sebaliknya;

3. memasang dan menyambung projek elektronik yang mudah;

4. menghasilkan projek elektronik mudah berpandukan litar skematik;


dan lukisan bergambar.

5. mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa melakukan


kerja-kerja penyambungan dan pemasangan projek elektronik.

6. melakukan ujian keterusan dan kefungsian menggunakan meter


pelbagai; dan
2.1 Jenis, Fungsi dan Simbol Komponen Elektronik

Sebagai seorang pelajar baru dalam bidang elektrik dan elektronik, anda mungkin
kebingungan apabila melihat komponen-komponen yang terdapat pada satu papan
litar. Anda mungkin tertanya-tanya tentang apakah nama, kegunaan, binaannya dan
pelbagai soalan lain mengenai komponen-komponen berbagai-bagai itu. Dalam tajuk
ini anda akan diperkenalkan dengan jenis, simbol dan fungsi beberapa komponen
elektronik.

Jenis Komponen Elektronik

Komponen-komponen elektronik boleh dikelaskan sebagai komponen pasif dan


komponen aktif. Komponen pasif ialah komponen-komponen yang tidak
menyumbang kepada gandaan voltan, dan arus kepada suatu litar. Ianya tidak
memerlukan sebarang input untuk berfungsi. Contoh komponen pasif ialah
perintang, pemuat dan pearuh.

Komponen aktif pula merupakan komponen yang mempunyai kebolehan untuk


menghasilkan gandaan voltan, dan arus. Komponen ini juga boleh menghasilkan
tindakan pensuisan dalam suatu litar. Kebanyakan komponen jenis ini dibina
menggunakan bahan separuh pengalir. Contoh komponen aktif ialah transistor, diod
dan litar bersepadu.

Komponen Pasif

Perintang

Perintang merupakan komponen yang paling biasa terdapat dalam suatu litar
elektronik. Kegunaan utamanya ialah menghadkan aliran arus dalam litar
kerana adanya rintangan. Perintang juga digunakan sebagai pembahagi
voltan. Komponen ini melesapkan tenaga elektrik dalam bentuk haba. Unit
untuk menyukat rintangan ialah ohm (Ω).

Terdapat dua jenis perintang:

Perintang tetap – perintang yang


mempunyai nilai rintangan yang
tetap

Perintang boleh ubah – perintang


yang nilai rintangannya boleh
diubah-ubah

Contoh perintang tetap dan boleh


ubah serta simbol skematiknya
ditunjukkan dalam Rajah 1. Rajah 1: Contoh-contoh Perintang

Nilai perintang tetap dinyatakan dalam bentuk kod warna. Suatu perintang
tetap jenis karbon biasanya ditandakan dengan 4 atau 5 jalur warna pada
badannya. Mari kita pelajari cara menterjemah kod warna perintang yang
terdiri daripada 4 jalur warna.

2
Rajah 2 menerangkan maksud jalur-jalur warna dan nombor yang diwakili
oleh setiap warna.

Jalur 1 Jalur 2 Jalur 3 Jalur 4


Digit Digit Kedua Jalur 1 - mewakili digit Had
Pendarab pertama
Terima
Pertama Jalur 2 - mewakili digit kedua
Jalur 3 - mewakili nilai pendarab
Jalur 4 - mewakili had terima

Warna
Hitam 0 0 100 1 ± 1%
Perang 1 1 101 10 ± 2%
Merah 2 2 102 100
Oren 3 3 103 1000
Kuning 4 4 104 10000
Hijau 5 5 105 100000
Biru 6 6 106 1000000
Ungu 7 7 107 10000000
Kelabu 8 8 108 100000000
Putih 9 9 109 1000000000
Emas 10-1 0.1 ±5
Perak 10-2 0.01 ± 10
Tiada ± 20
warna

Rajah 2: Kod Warna Perintang

Contoh: Terjemahkan kod warna perintang berikut:

hijau hitam kuning emas


5 0 104 ± 5%

3
Penyelesaian:

Berdasarkan Rajah 2:

Warna hijau mewakili nombor 5


Warna hitam mewakili nombor 0
Warna kuning mewakili pendarab 104 atau 10000
Warna emas mewakili had terima ± 5%

Oleh itu, nilai rintangan = (50 X 10000) Ω ± 5%


= 500000 ± 5%
nilai had terima = 500000 X 5% = ± 25000 Ω

Maka,

Had terima maksimum = 500000 + 25000 = 525000 Ω


= 525 kΩ
Had terima minimum = 500000 – 25000 = 475000 Ω
= 475 kΩ

Aktiviti Tutorial:

1. Mengapakah nilai had terima maksimum dan minimum suatu


perintang perlu diketahui?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan giga (G), mega (M), kilo (k), mili,
(m), mikro (µ), nano (n) dan piko (p) apabila digunakan untuk
menyatakan nilai bagi sesuatu kuantiti elektrik?

Pemuat
Jenis pemuat Simbol
Pemuat merupakan satu
komponen pasif yang dapat
menyimpan cas elektrik. Ia boleh
dicas dan dinyahcas. Jenis dan
simbol pemuat ditunjukkan
dalam rajah 3.

Pemuat mampu menghalang


aliran arus terus apabila ianya
dicas sepenuhnya. Sebaliknya
Rajah 3: Jenis dan simbol pemuat
pemuat membenarkan arus
ulang–alik mengalir dalam litar.

Binaan Pemuat

Pemuat dibina daripada dua plat pengalir yang


dipisahkan oleh bahan dielektrik seperti
ditunjukkan dalam rajah 4. Bahan dielektrik
adalah jenis penebat elektrik seperti udara,
kertas, mika, dan seramik.

Rajah 4: Binaan pemuat


4
Jenis Pemuat

Komponen kapasitor atau pemuat boleh didapati dalam banyak rupa


bentuk dan saiz. Walau bagaimanapun kesemua kapasitor boleh
dibahagikan kepada dua jenis iaitu pemuat tetap dan pemuat boleh ubah.

Pemuat tetap

Pemuat tetap ialah pemuat yang nilai kemuatannya tetap. Pemuat jenis
ini ada yang berkutub seperti pemuat elektrolitik. Anda perlu pastikan
pemuat berkutub disambung pada kekutupan yang betul. Pemuat tetap
jenis tidak berkutub seperti pemuat seramik, mika dan kertas pula boleh
disambung tanpa mengambilkira kekutupan sambungannya.

Pemuat boleh ubah

Pemuat boleh ubah ialah jenis pemuat yang nilai kemuatannya boleh
dilaras. Nilai kemuatan dapat diubah sama ada dengan melaraskan luas
permukaan plat yang berkesan atau jarak antara plat.

Kemuatan

Kemampuan sesuatu pemuat untuk menyimpan cas dinyatakan dalam


kemuatan, C. Unit bagi kemuatan ialah farad, F. Nilai kemuatan sesuatu
pemuat dinyatakan pada badan pemuat itu dengan menggunakan salah
satu daripada cara berikut:

• Nilai sebenar dicetak terus pada badan pemuat


• Nilai dinyatakan menggunakan kod warna
• Nilai dinyatakan menggunakan kod nombor tiga digit

Cara menterjemah nilai pemuat yang dinyatakan


dengan kod nombor ditunjukkan dalam contoh
berikut:

Kod nombor bagi pemuat dalam rajah 5 ialah


102. Dua digit pertama kod ini adalah nombor
asas dan digit ketiga ialah pendarab. Jadi, nilai Rajah 5: Kod nombor
yang dinyatakan oleh 102 dalam rajah 5 ialah:

10 X 102 = 1000 piko Farad = 10 nano Farad = 0.001 mikro Farad.

Faktor-faktor yang mempengaruhi nilai kemuatan sesuatu pemuat ialah:

• luas permukaan plat – jika luas permukaan plat bertambah, nilai


kemuatan juga bertambah;
• jarak di antara dua plat – jika jarak di antara plat bertambah, nilai
kemuatan akan berkurangan;
• jenis bahan dielektrik – bahan dielektrik yang berbeza mempengaruhi
nilai kemuatan sesuatu pemuat

5
Penggunaan pemuat :

Jenis Litar Penggunaan pemuat


Litar Penapis Mengurangkan voltan riak atau meratakan gelombang untuk
mendapatkan voltan malar
Litar motor Pembaik faktor kuasa litar
Mengurangkan kesan gangguan hingar kepada alatan lain
Litar penalaan Menentukan kadaran frekuensi penjana dan frekuensi radio

Spesifikasi pemilihan pemuat

Semasa memilih sesuatu pemuat untuk menyediakan sesuatu projek


elektronik, spesifikasi berikut perlu diberi perhatian:

Spesifikasi Keterangan
Nilai kemuatan Nilai kemuatan dinyatakan samada dengan menggunakan
kod tercetak atau kod warna pada badan pemuat
Had terima pemuat Had terima menunjukkan kejituan julat nilai sebenar
pemuat iaitu nilai kemuatan minimum dan maksimum
Voltan kerja Voltan kendalian maksimum yang mampu diterima oleh
pemuat sebelum pecah tebat dielektrik dilampaui.

Pearuh / Gelung / Induktor

Pearuh dibina daripada dawai pengalir yang dililit dalam bentuk gegelung.
Rajah 6 menunjukkan simbol skematik pelbagai jenis pearuh. Nilai kearuhan
sesuatu pearuh disukat dalam unit Henry, H. Kebanyakan pearuh mempunyai
rintangan yang rendah. Pearuh menentang arus ulang-alik. Penentangan ini
dinamakan regangan induktif, XL. Ianya biasa digunakan untuk menghasilkan
voltan aruhan.

Teras udara Teras ferit Teras besi Pearuh boleh ubah Pearuh praset

Rajah 6: Simbol skematik jenis-jenis pearuh

Suis

• digunakan untuk menyambung dan memutuskan litar dengan mudah


dan pantas.
• dua perkara yang perlu diberi perhatian berhubung dengan
penggunaan suis: kadaran voltan kendalian dan arus maksimum suis
tersebut.
• Jika kadaran voltan kendalian dan arus maksimum suis dilampaui,
suis akan rosak.

6
Jenis-jenis Suis

a. Suis Togel (Rajah 7) dan Suis Gelangsar (Rajah 8)

Rajah 7: Suis togel Rajah 8: Suis Gelangsar

• Suis-suis ini mempunyai kutub dan balingan. Berdasarkan


kutub dan balingan, terdapat empat jenis suis togel dan suis
gelangsar, iaitu:

- satu kutub satu balingan (SPST)


- satu kutub dua balingan (SPDT)
- dua kutub satu balingan (DPST)
- dua kutub dua balingan (DPDT)

• Rajah 9 menunjukkan simbol suis yang biasa digunakan.

Rajah 9: Simbol skematik suis togel dan suis gelansar

b. Suis Punat Tekan (Rajah 10)


Suis punat tekan digunakan
untuk membuka atau menutup
litar dalam masa yang singkat.
• Terbahagi kepada dua jenis:
- suis punat tekan hidup
(NO)
- suis punat tekan mati (NC). Rajah 10: Suis
• Bagi suis punat tekan hidup, litar akan tertutup apabila punat
ditekan. Apabila punat dilepaskan, litar akan terbuka. Contoh:
Suis loceng dalam bas.
• Bagi suis punat tekan mati, litar akan terbuka apabila punat
ditekan dan litar akan tertutup apabila punat dilepaskan.
Contoh: suis amaran di pintu kereta.

Mentol

7
• Mengeluarkan cahaya apabila arus mengalir melalui filamennya.
• Mentol selalunya rosak apabila filamennya putus.
• Mentol dan simbol skematiknya adalah seperti dalam rajah 11.

Rajah 11: Mentol dan simbol skematik

Sel dan Bateri

• Komponen ini membekalkan tenaga elektrik untuk membolehkan


sesuatu projek elektronik berfungsi.
• Binaan asas suatu sel dan bateri terdiri daripada elektrod positif,
elektrod negatif dan elektrolit. Tindakbalas kimia di antara elektrolit
dan plat-plat tersebut menyebabkan tenaga elektrik terhasil.
• Terdapat dua jenis sel: sel primer dan sel sekunder
• Sel kering yang digunakan dalam lampu suluh adalah contoh sel
primer.
• Beberapa sel yang disambung secara siri membentuk satu bateri.
• Bateri basah yang digunakan dalam kereta merupakan contoh sel
sekunder.
• Rajah 12 menunjukkan simbol bagi sel dan bateri.

sel bateri

Rajah 12: Simbol skematik sel dan bateri

Komponen Aktif

Diod

• Diod ialah komponen yang membenarkan arus elektrik mengalir


dalam satu arah.
• Diod dibina dengan mencantumkan bahan semikonduktor jenis-P
dan jenis-N. Cantuman ini menghasilkan diod simpang.
• Bahagian diod yang dibina daripada bahan jenis-P dinamakan
anod (+) sementara bahagian bahan jenis-N dinamakan katod (-).
Rajah 13 menunjukkan diod simpang dan simbol skematiknya.

Rajah 13: Diod simpang dan simbol skematik


• Bahagian katod ditandakan dengan satu gelang yang tercetak
berhampiran dengannya.
• Satu fungsi penting diod simpang ialah menukarkan arus ulang
alik kepada arus terus.

8
• Diod mengalirkan arus apabila dipincang hadapan dan
menghalang aliran arus apabila mendapat pincang balikan. Lihat
rajah 14.

pincang hadapan pincang balikan

Rajah 14: Cara memincang diod

Diod pemancar cahaya (LED)

• Diod pemancar cahaya (LED) adalah satu jenis diod yang dapat
memancarkan cahaya apabila mendapat punca voltan positif pada
anod dan negatif pada katod.
• LED membenarkan arus elektrik mengalir sehala.
• LED biasa digunakan sebagai penunjuk.
• LED beroperasi pada voltan rendah (sekitar 1.5V).
• Perintang perlu disambung secara siri kepadanya untuk
mengelakkan arus berlebihan mengalir melaluinya.
• rajah 15 menunjukkan bentuk fizikal dan simbol skematik LED.

Rajah 15: Bentuk fizikal dan simbol skematik LED

• Ada tiga cara untuk menentukan kaki LED:

a. Kaki yang hampir dengan permukaan rata adalah katod, dan


yang jauh adalah anod.
b. Bagi LED yang baru, kaki anod lebih panjang dari kaki katod
c. Hujung kaki berbentuk bendera (di dalam badan LED) adalah
katod

Transistor (Simpang DwikKutub) - BJT

• dicipta pada 1948


• membuka era baru dalam bidang elektronik
• sumbangan transistor kepada bidang elektronik:
litar menjadi lebih kecil
litar beroperasi tanpa kuasa pemanas – menjimatkan
tenaga
menggandakan isyarat dengan sumber voltan rendah
peralatan elektronik lebih tahan lasak

9
• Binaan dan Simbol transistor BJT

Terdapat dua jenis transistor BJT


PNP --- satu lapisan nipis bahan separa pengalir jenis-N
diapit oleh bahan separa pengalir jenis-P
NPN --- satu lapisan nipis bahan separa pengalir jenis-P
diapit oleh bahan separa pengalir jenis-N
Kaji binaan serta simbol skematik kedua-dua jenis
transistor dalam rajah 16

dasar dasar

pengeluar pengeluar

Simbol Struktur transistor PNP Simbol Struktur transistor NPN

Rajah 16: Struktur asas dan simbol skematik transistor

• setiap bahan separa pengalir ini disambungkan dengan kaki


(pin)
• nama dan fungsi kaki transistor adalah seperti dalam jadual 1:

Nama Kaki Fungsi


dasar (base – B) mengawal arus pemungut
pengeluar (emitter – E) membekalkan cas-cas kepada pemungut
pemungut (collector – C) mengumpulkan cas daripada pengeluar
Jadual 1: Nama dan fungsi kaki transistor BJT

• Memincang Transistor

► pengeluar dan dasar --- pincang hadapan

► pemungut dan pengeluar --- pincang balikan

Memincang Transistor NPN

• Cara memincang transistor NPN dengan betul ditunjukkan


dalam rajah 17.

Beri perhatian khusus kepada kekutupan punca bekalan


yang disambung kepada setiap kaki transistor. (Kesilapan
semasa membuat sambungan ini akan menyebabkan
transistor rosak atau tidak berfungsi).

10
E C

VCE

pincang hadapan pincang balikan

Rajah 17: Cara memincang transistor NPN

• Kendalian transistor NPN apabila dipincang dengan betul


dapat diterangkan seperti berikut:

Lapisan dasar sangat nipis (0.0025 cm) dan mempunyai


sedikit sahaja lohong
Lapisan pengeluar dan pemungut lebih tebal dan
mempunyai lebih banyak elektron.
Apabila transistor dapat punca bekalan voltan yang betul
(seperti dalam rajah 17), proses berikut akan berlaku:

Elektron dari sumber bekalan VBE akan menolak elektron pada


pengeluar ke arah simpang. Sebahagian kecil daripada
elektron ini diresap oleh lohong di dalam dasar manakala
majoriti elektron di tarik masuk ke dalam pemungut kerana
kesan tarikan cas positif punca bekalan VCE. Pergerakan
elektron ini menghasilkan aliran arus dasar (IB), arus pemungut
(IC) dan arus pengeluar (IE). Sejumlah 1 - 5% arus IE mengalir
ke dasar menjadi arus dasar, IB dan 95 - 99% arus IE mengalir
ke pemungut menjadi arus pemungut, IC. Pertalian matematik
bagi IE, IB dan IC ialah

IE = IB + IC

Memincang Transistor PNP

• cara memincang transistor PNP dengan betul ditunjukkan


dalam rajah 18.

11
Beri perhatian khusus kepada kekutupan punca bekalan
yang disambung kepada setiap kaki transistor. Kaki
pengeluar (E) disambung kepada punca bekalan positif
VBE, pemungut (C) disambung kepada punca bekalan
negatif VCE. (Kesilapan semasa membuat sambungan ini
akan menyebabkan transistor rosak atau tidak berfungsi).

E C

arus lohong

pincang hadapan pincang balikan

Rajah 18: Cara memincang transistor PNP

Apabila transistor dapat punca bekalan voltan yang betul


(seperti dalam rajah 18), proses berikut akan berlaku:

Lohong pada pengeluar ditolak ke arah simpang oleh


sumber bekalan VBE. Sebahagian kecil daripada lohong
bergerak ke punca bateri VBE melalui dasar. Manakala
majoriti lohong di simpang di tarik masuk ke dalam
pemungut kerana kesan tarikan cas negatif punca bekalan
VCE. Pergerakan lohong ini menghasilkan aliran arus dasar
(IB), arus pemungut (IC) dan arus pengeluar (IE).

• Merujuk kepada rajah 18, perhatikan bahawa:


 arus dalaman transistor melibatkan pengaliran lohong
 arus luaran transistor melibatkan pengaliran elektron

• Fungsi Transistor

 Transistor berfungsi sebagai suis elektronik


Komponen ini juga berfungsi sebagai penguat untuk
menggandakan arus, voltan atau kuasa

Transistor sebagai suis

• Rajah 19 menunjukkan contoh litar transistor yang berfungsi


sebagai suis.

12
Rajah 19: Transistor sebagai suis

Apabila suis S1 terbuka, simpang pengeluar-pemungut mempunyai


rintangan yang sangat tinggi dan menyebabkan transistor berada
dalam keadaan tidak beroperasi. Keadaan ini menyebabkan arus
yang mengalir dari pengeluar ke pemungut menjadi terlalu kecil.
Kesannya, tiada output dari transistor dihasilkan dan lampu dalam litar
output tidak menyala.

Apabila suis S1 ditutup, arus dapat mengalir dalam litar input dan
menyebabkan rintangan simpang pengeluar-pemungut berkurangan.
Ketika ini transistor beroperasi dan menyebabkan arus besar mengalir
dalam litar output. Aliran arus output menyebabkan lampu menyala
dan transistor bertindak sebagai suis tutup.

• Kesimpulannya:

a. Transistor akan off jika dasar-pengeluar tidak dipincang


hadapan
b. Voltan yang mengawal arus dasar menentukan nilai arus
output

Transistor sebagai penguat (amplifier)

• Rajah 20 menunjukkan contoh litar transistor yang berfungsi


sebagai penguat.

13
Rajah 20: Taransistor sebagai penguat

Isyarat input a.u. sebesar 0.02V p-p dikenakan kepada dasar


transistor Q1. Isyarat output yang dihasilkan adalah sebanyak 3V p-p
(disukat menggunakan osiloskop). Gandaan voltan, AV a.u. yang
diperolehi dari litar tersebut ialah :

AV = (V keluar) /(V masuk)


= 3V p-p/0.02V p-p
= 150

Ini bermakna transistor Q1 mempunyai faktor penguatan sebanyak


150 kali ganda.

Litar Bersepadu (IC)

• Litar bersepadu ialah komponen yang mengandungi transistor,


perintang, kapasitor, diod yang disepadukan menjadi sekeping cip.
• IC boleh dikelaskan dengan berbagai cara (seperti bentuk pakej,
bilangan komponen - LSI, VLSI, dsb.).
• Pemproses mikro adalah satu jenis IC yang sangat besar dari segi
bilangan komponen yand ada di dalamnya. (Contoh: IC Pentium III
mengandungi 6 juta transistor di dalamnya).
• IC juga boleh dikategorikan sebagai:

▪ IC analog - seperti amplifier radio


▪ IC digital - litar pensuisan 'on'
atau 'off'

• Contoh pakej IC ditunjukkan dalam


rajah 21.
• Rajah 22 pula menunjukkan fungsi
pin IC 555 dan simbol Rajah 21: Contoh pakej IC
skematiknya.

14
Rajah 22: Fungsi pin dan simbol skematik IC 555

Bahan

Bongkah Penyambung

• Bongkah penyambung (rajah 23) digunakan untuk menyambung dawai


dan komponen elektronik dalam pemasangan projek.
• Kelebihan menggunakan bongkah penyambung dalam pemasangan
projek ialah pemasangan komponen boleh diubah-ubah dengan mudah.
• Alat tangan yang diperlukan untuk memasang komponen kepada
bongkah penyambung ialah pemutar skru mata rata bersaiz kecil atau
pena ujian sahaja.

Rajah 23: Bongkah penyambung.

15
Latihan

1. Lengkapkan maklumat mengenai komponen-komponen dalam jadual


berikut:

Nama Simbol
Bentuk Fizikal Fungsi
Komponen Skematik

Perintang tetap

Perintang boleh
laras

Suis togel
SPST

Pemuat
elektrolitik

Transistor
CS9012

Transistor
CS9013

Perintang peka
cahaya (LDR)

Buzer

Diod simpang

Diod pemancar
cahaya (LED)

2. Terjemahkan dan kirakan nilai had terima maksimum dan minimum bagi
kod warna perintang berikut:

a. Perang Hitam Merah Emas


b. Oren Ungu Merah Emas
c. Kuning Hitam Emas Emas

16
3. Berikan kod warna bagi perintang-perintang berikut:

a. 47kΩ ± 20%
b. 22kΩ ± 10%
c. 10kΩ ± 50%
d. 47Ω ± 20%
e. 4.7Ω ± 50%

4. Terjemahkan kod nombor berikut seperti yang tercatat pada pemuat


seramik:

a. 103
b. 104
c. 474

5. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi nilai rintangan sesuatu


perintang.

Rumusan

Setakat ini anda telah pelajari perkara-perkara penting mengenai komponen-


komponen elektronik:

• Jenis, bentuk fizikal, simbol dan kegunaan komponen-komponen pasif dan


aktif;

• Menterjemah kod warna perintang dan kod nombor pemuat;

• Cara memincang transistor dengan betul.

17
2.2 Mentafsir Lukisan Litar Elektronik

Dalam Tajuk 2.1 anda telah mempelajari jenis, simbol skematik dan kegunaan
komponen-komponen elektronik. Dalam tajuk ini anda akan mempelajari cara-cara
bagaimana simbol-simbol tersebut dapat disatukan untuk menghasilkan lukisan litar.
Lukisan litar yang akan dipelajari ialah rajah blok, rajah litar bergambar, rajah litar
skematik dan rajah papan litar bercetak.

Rajah Blok

Rajah ini terbina daripada blok-blok berlabel yang mewakili suatu litar atau
peringkat. Setiap blok litar atau peringkat dilabelkan berdasarkan fungsinya.
Sesuatu blok disambung antara satu sama lain menggunakan garisan-
garisan anak panah untuk menunjukkan arah aliran isyarat atau pertalian di
antara blok-blok. Rajah 24 menunjukkan contoh rajah blok satu sistem audio.

sumber
bekalan AU

Unit bekalan
kuasa
mikrofon 1

Pengadun Penguat
audio kuasa audio
pembesar
mikrofon 2 suara

Rajah 24: Rajah Blok Sistem Penguat Kuasa Audio

Dalam rajah 24, isyarat-isyarat masukan beraras rendah daripada mikrofon


diadun oleh PENGADUN AUDIO. Isyarat yang dikeluarkan oleh pengadun
(masih beraras rendah) ini kemudian dimasukkan pula kepada PENGUAT
KUASA AUDIO. Penguat ini mengeluarkan isyarat beraras tinggi yang dapat
membunyikan pembesar suara. UNIT BEKALAN KUASA menukarkan
bekalan voltan arus ulang alik kepada voltan arus terus yang diperlukan oleh
sistem tersebut.

Rajah blok amat berguna untuk menerangkan sesuatu sistem yang kompleks
dengan mudah. Ianya juga menunjukkan pertalian di antara peringkat-
peringkat dalam suatu sistem elektronik. Rajah blok juga memudahkan kerja-
kerja mengesan kerosakan. Contonya, jika tiada isyarat keluaran daripada
pembesar suara sedangkan isyarat keluaran daripada pengadun dapat
dikesan, maka bahagian yang mungkin rosak ialah sama ada penguat kuasa
atau pembesar suara. Dengan demikian, hanya bahagian penguat kuasa
atau pembesar suara sahaja yang perlu dibaiki.

18
Rajah Litar Bergambar

Binaan sesuatu sistem elektronik


boleh dipersembahkan dengan
menggunakan rajah litar bergambar.
Dalam rajah ini komponen-
komponen dilukiskan menyerupai
bentuk fizikalnya yang sebenar.
Rajah 25 menunjukkan rajah litar
bergambar suatu projek yang di
pasang menggunakan bongkah
penyambung.

Rajah ini sesuai digunakan oleh


orang yang baru menceburi bidang
elektronik. Ianya juga sesuai Rajah 25: Rajah Litar Bergambar
digunakan untuk membina projek
elektronik yang kecil dan mudah. Ciri
penting rajah ini ialah ianya menunjukkan susun atur fizikal sebenar sesuatu
litar. Rajah ini membolehkan kebanyakan orang memahami suatu litar
dengan mudah kerana kurang berbentuk teknikal.

Rajah Litar Skematik

Apabila sesuatu projek menjadi


semakin besar, litarnya akan menjadi
semakin kompleks. Bilangan dan jenis
komponen yang terlibat juga bertambah
banyak dan berbagai-bagai. Jika litar
kompleks dilukis menggunakan rajah
litar bergambar, ruang yang diperlukan
untuk melukisnya lebih besar.
Tambahan pula, pertalian di antara
komponen-komponen semakin sukar Rajah 26: Rajah Litar Skematik
dilihat. Oleh itu, rajah litar bergambar
tidak sesuai digunakan untuk mempersembahkannya. Rajah litar skematik
lebih sesuai digunakan untuk mempersembahkan suatu litar yang besar atau
kompleks. Rajah ini membolehkan suatu litar besar dilukis dengan kemas dan
dimuatkan dalam ruangan yang lebih kecil. Rajah 26 menunjukkan rajah litar
skematik bagi projek dalam rajah 25.

Bagi orang yang tiada latar belakang elektronik, rajah litar skematik kelihatan
membingungkan. Jangan bimbang dengan keadaan ini kerana anda sudah
mengenali simbol beberapa komponen elektronik dalam tajuk-tajuk yang lalu.
Sebenarnya, rajah ini tidak jauh bezanya dengan peta jalan kerana kedua-
duanya dilukis menggunakan simbol-simbol. Anda hanya perlu perbanyakkan
latihan, kesabaran dan ketelitian.

Lukisan rajah litar skematik menggunakan simbol skematik piawai untuk


mewakili sesuatu komponen tertentu. Garisan-garisan digunakan untuk
menunjukkan sambungan di antara komponen-komponen. Selain daripada
simbol, komponen-komponen juga dilabelkan dengan huruf-huruf (seringkali
berserta nombor) tertentu. Label ini penting untuk pengenalan komponen.

19
Biasanya satu rajah litar skematik disertakan dengan senarai komponen yang
mengandungi maklumat penting mengenai sesuatu komponen.

Rajah skematik tidak memberi gambaran sebenar tentang perkara berikut:

1. susun atur fizikal komponen-komponen yang bakal dipasang


2. saiz dan ruang yang diperlukan oleh sesuatu litar yang hendak dipasang
kerana saiz, bentuk dan warna suatu komponen adalah berbeza-beza
walaupun saiz simbolnya sama

Bagi tujuan pembelajaran dan sebab-sebab yang lebih praktikal, anda perlu
menguasai kemahiran menterjemah rajah litar skematik kepada rajah litar
bergambar dan sebaliknya. Dengan cara ini, kefahaman anda terhadap
sesuatu litar juga akan menjadi lebih mudah.

Rajah Papan Litar Bercetak

Peralatan elektronik komersial biasanya


dipasang menggunakan papan litar
bercetak. (Papan litar bercetak seringkali
dipanggil PCB - singkatan bagi Printed
Circuit Board). Rajah 27 menunjukkan
satu contoh projek elektronik yang
dipasang menggunakan papan litar
bercetak. Ciri utama PCB ialah
penggunaan balapan kuprum ‘tercetak’
menggantikan kebanyakan wayar-wayar
penyambung komponen-komponen. Rajah 27: Papan Litar Bercetak

Beberapa kebaikan PCB:

1. Binaan litar biasanya kecil kerana kurangnya penggunaan wayar-wayar


penyambung. Ciri ini menyebabkan penjimatan ruang.
2. Pemasangan litar lebih kemas dan komponennya tersusun rapi
3. Pembinaan litar boleh dijalankan dengan cepat – cuma perlu letakkan
komponen di tempat yang disediakan dan pateri.
4. Kesilapan semasa memasang litar dikurangkan kerana pendawaian dan
susunan komponen telah ditentukan lebih awal.
5. Kaedah yang ekonomik jika litar yang sama hendak dihasilkan dengan
banyak.

Kerja penting semasa melukis rajah litar jenis ini ialah menentukan susun atur
komponen-komponen yang akan dipasang serta melakar balapan kuprum
yang menyambungkannya. Saiz sebenar sesuatu komponen perlu diberi
perhatian semasa melukis rajah papan litar bercetak. Pastikan anda melakar
satu lubang untuk setiap pin (kaki) komponen. Kedudukan suatu komponen di
atas papan litar bercetak boleh ditunjukkan dengan lukisan bentuk fizikal
komponen berkenaan atau simbol skematiknya. Kedudukannya juga
dilabelkan dengan label huruf (bernombor) untuk mengelakkan kesilapan
semasa memasang komponen. Rajah 28 menunjukkan bagaimana suatu
rajah papan litar bercetak disediakan berdasarkan rajah litar skematik.

20
Rajah 28: Rajah Papan Litar Bercetak

Hasil lukisan rajah litar bercetak ini dipindahkan ke atas bod berlapik kuprum
nipis untuk dicetak. Saiz lukisan rajah ini biasanya sama dengan saiz sebenar
papan litar bercetak yang akan dihasilkan.

Langkah-langkah mencetak papan litar bercetak adalah seperti berikut:

1. Dapatkan sekeping bod berlapik kuprum untuk cetakan PCB.


2. Bersihkan permukaan kuprum dengan bahan penggilap logam atau atau
berus keluli yang halus.
3. Pindahkan rajah papan litar bercetak yang telah disediakan ke
permukaan kuprum.
4. Surih semula rajah yang telah dipindahkan ke atas permukaan kuprum
dengan pen berdakwat kalis bahan kakis.
5. Punarkan permukaan kuprum dengan merendamkannya dalam larutan
ferik klorida. (Larutan ferik klorida disediakan dengan melarutkan 250g
hablur ferik klorida dalam 1 liter air). Berhenti menunar apabila semua
bahagian kuprum yang tidak dikehendaki telah dikakis. Cuci bod kuprum
dengan air dan keringkan bod.
6. Buat lubang pandu pada setiap tempat untuk memasukkan kaki
komponen.
7. Tebuk lubang pada lubang pandu menggunakan gerudi mini berdiameter
1mm.
8. Bersihkan dakwat kalis bahan kakis dengan bahan pelarut yang sesuai
(seperti thinner)
9. Uji keterusan balapan dengan menggunakan meter pelbagai.

Langkah selanjutnya selepas rajah litar berkaitan disediakan ialah


pemasangan dan penyambungan.

21
Latihan

1. Lengkapkan rajah blok bagi litar Unit Bekalan Kuasa berikut dengan
memasukkan peringkat yang berkaitan dalam kotak yang disediakan. Lukiskan
garisan berpanah untuk menunjukkan perhubungannya.

masukan keluaran

2. Terjemahkan rajah-rajah litar skematik berikut kepada rajah litar bergambar


dalam ruangan yang disediakan.

a.
R1 R2
C1 contoh

R3 R4

b.

R1
D1 C1

R2 R3 D2

c. LED1

R1
S1
9V

LED2

22
d.

R1 R3

C1 c
b 9V
C2
Q1
e
keluaran
R2

3. Terjemahkan litar bergambar berikut kepada litar skematik dalam ruang yang
disediakan.

a.

b.

c.

23
d.

4. Lukiskan rajah papan litar bercetak daripada rajah skematik berikut:

a.
R1 R2
C1

R3 R4

b.
R1
D1 C1

R2 R3 D2

c. LED1

R1
S1
9V

LED2

24
Rumusan:

Isi-isi pelajaran penting yang telah and pelajari setakat ini ialah:

• Terdapat empat jenis lukisan litar dalam kerja-kerja elektronik iaitu: rajah rajah
blok, rajah litar bergambar, rajah litar skematik dan rajah papan litar bercetak.

• Rajah blok mewakili peringkat-peringkat dalam sesuatu litar dengan blok-blok


berlabel yang dihubungkan dengan garisan anak panah dan membantu
dalam memahami litar dan kerja mengesan kerosakan.

• Rajah litar bergambar menunjukkan binaan suatu litar elektronik


menggunakan bentuk fizikal komponen. Rajah ini mudah difahami dan
digunakan dalam kerja memasang litar mudah.

• Rajah litar skematik juga menunjukkan binaan litar elektronik tetapi


menggunakan simbol-simbol skematik. Rajah ini sesuatu untuk melukis litar
yang besar dan lebih bersifat teknikal.

• Rajah papan litar bercetak perlu dilukis berdasarkan rajah skematik untuk
mencetak bod litar PCB.

• PCB dihasilkan dengan cara penunaran bod berlapik kuprum yang telah
dilukis dengan rajah papan litar bercetak menggunakan larutan ferik klorida.

25
2.3 Menghasilkan Projek Elektronik

Penghasilan projek elektronik boleh dilakukan dengan berbagai cara menyambung


dan memasang komponen-komponen elektronik. Sesetengah cara melibatkan
penggunaan bahan dan alatan yang murah dan mudah diperolehi. Ada pula cara
yang memerlukan peralatan dan kemahiran yang khusus.

Komponen-komponen sesuatu projek boleh dipasang secara sementara atau kekal.


Pemasangan sementara melibatkan kerja pemasangan yang berubah-ubah serta
pengujian dan pembaikan yang kerap. Komponen-komponen boleh digunakan
berulang-kali untuk beberapa projek yang berlainan. Pemasangan ini selalunya
digunakan dalam kerja-kerja seperti mereka bentuk litar, latihan, ujian dan kajian
makmal. Pemasangan jenis kekal pula digunakan untuk membina projek yang telah
mantap reka bentuknya dan biasanya melibatkan pematerian. Dalam tajuk ini anda
akan pelajari cara pemasangan projek elektronik.

Cuba anda kaji beberapa cara pemasangan projek yang biasa digunakan dalam
penghasilan sesuatu projek elektronik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 27 dan
Rajah 29 hingga Rajah 31.

Rajah 29: Pemasangan Projek Menggunakan


Bongkah Kayu Berskru Atau Paku

Rajah 30: Pemasangan Projek


Menggunakan Bongkah
Penyambung

Rajah 31: Pemasangan Projek Menggunakan


Verobod
Susun Atur Komponen

Pemasangan projek elektronik melibatkan langkah-langkah kerja berikut:

1. Kaji susun atur komponen yang terbabit berdasarkan rajah litar yang
disediakan. Jika perlu, ubahsuaikan susun atur komponen dengan
melukis semula rajah litar. Rajah ini perlu disesuaikan dengan cara
pemasangan yang dipilih. Anda perlu merancang susun atur komponen-
26
komponen dengan teliti sejak dari peringkat awal pembinaan sesuatu
projek. Langkah ini dapat mengelakkan kesukaran semasa menyiapkan
projek.
2. Dapatkan bahan yang diperlukan berdasarkan kepada cara
penyambungan yang dipilih serta komponen-komponen seperti yang
dinyatakan dalam rajah litar dan senarai komponen yang disertakan. Beri
perhatian kepada nilai dan jenis komponen yang diperlukan.
3. Uji semua komponen untuk memastikan ianya berkeadaan baik sebelum
di pasang.
4. Ambil satu komponen pada satu-satu masa dan susunkan mengikut
kedudukan yang ditunjukkan dalam rajah litar yang dirujuk. Perkara-
perkara berikut perlu diberi perhatian semasa meyusun komponen di
peringkat memasang (dan juga semasa melukis rajah litar):

a. Komponen-komponen berkaki tiga atau lebih (seperti transistor,


penerus terkawal silikon (silicone controlled rectifier – SCR dan litar
bersepadu - IC) hendaklah disusun terlebih dahulu. Komponen lain
yang berkaitan dengannya hendaklah disambungkan ke bahagian
yang betul. Sambungan yang salah bukan sahaja mengakibatkan litar
itu tidak berfungsi bahkan boleh merosakkan komponen itu. Anda
perlu mengetahui cara-cara menalpasti kedudukan kaki komponen
tersebut.
b. Komponen-komponen yang berkutub (seperti pemuat elektrolit, diod
pemancar cahaya dan buzer piezo) di sambungkan mengikut
kutubnya. Kaki positif mestilah disambungkan ke punca voltan positif
dan kaki negatif kepada punca voltan negatif. Sambungan yang salah
boleh merosakkan komponen.
5. Setiap kali suatu komponen dipasang, pastikan kaki komponen itu
disambung dengan mantap. Jika perlu, goyangkan badan komponen
untuk memastikan sambungan itu mantap. Sambungan yang longgar
menyebabkan litar terbuka dan projek akan gagal berfungsi.
6. Setelah semua komponen dipasang, semak semula susun atur
komponen berdasarkan rajah litar.

Setelah sesuatu projek siap dipasang dan disemak jangan tergesa-gesa


untuk mengenakan sumber voltan. Anda perlu melakukan kerja pengujian
litar.

27
Pematerian

Kerja memateri melibatkan penggunaan alat dan penguasaan kemahiran


tertentu. Kerja ini tidaklah begitu sukar untuk dilakukan. Tetapi jika
pematerian tidak dilakukan dengan sempurna, kegagalan untuk sesuatu
projek berfungsi sentiasa sedia menanti. Oleh itu, berusahalah untuk
menguasai kemahiran memateri dengan baik.

Timah pateri ialah satu aloi yang


terdiri daripada campuran timah dan
plumbum pada kadar 60:40 (iaitu
60% timah dan 40% plumbum).
Timah pateri boleh didapati dalam
beberapa saiz mengikut diameter.
Timah pateri yang baik mengandungi
bahan lakur atau fluks di bahagian
tengahnya. Rajah 32 menunjukkan Rajah 32: Timah Pateri
contoh timah pateri berserta bahan
lakur. Fungsi bahan ini ialah:

- membantu mengalirkan timah pateri lebur


- mengelakkan pengoksidaan berlaku ketika
kerja memateri
- mengasingkan lapisan oksida pada tempat
yang dipateri

Apabila melebur (pada suhu sekitar 370oC),


timah pateri bertukar menjadi cecair yang
kemudiannya melekatkan bahagian-bahagian
logam yang hendak dicantum. Elakkan timah
pateri lebur daripada terkena sambungan lain
kerana ianya boleh menyebabkan litar pintas.

Alat pemateri digunakan untuk meleburkan timah


pateri. Rajah 33 menunjukkan satu contoh alat
pemateri elektrik yang sering digunakan dalam
kerja elektrik dan elektronik. Alat ini diletakkan
pada pemegang khas yang disertakan dengan
sejenis span apabila digunakan.

Beri perhatian khusus kepada perkara-perkara


berikut semasa memilih alat pateri:

1. Kadar kuasa – 20 hingga 40 watt Rajah 33: Alat Pemateri dan


2. Hujung bit pemanas – bermuncung tajam Pemegang
atau rencung di satu sisi
3. Kebolehan untuk menukar ganti bit apabila perlu

28
Rajah 34: Teknik Memateri Rajah 35: Hasil Pematerian

Langkah-langkah memateri:

1. Buat persediaan berikut:


- alat pemateri dipanaskan secukupnya
- span telah lembabkan dengan air
- timah pateri disediakan secukupnya
- kaki komponen yang hendak dipateri
digosok sedikit dengan kertas las
2. Panaskan kaki komponen dan balapan
kuprum dengan hujung bit secara
serentak kira-kira 2 hingga 3 saat.
3. Kenakan timah pateri pada kaki
komponen yang telah dipanaskan dan
biarkan timah melebur (Lihat Rajah 34)
4. Alihkan timah pateri dan kemudian alat
pemateri.
5. Dapatkan hasil pematerian yang baik
seperti dalam Rajah 35 untuk mendapat
sambungan yang baik.

Di samping alat kelengkapan pematerian,


anda juga perlu mengenali dan menggunakan
beberapa alat tangan lain dengan cara yang
selamat dan betul. Amalan tabiat kerja yang
baik bukan sahaja dapat mengelakkan
kecederaan semasa bekerja tetapi juga dapat
memastikan alatan tersebut sentiasa berada
dalam keadaan baik untuk satu tempoh yang
lama. Beberapa alat tangan yang sering
digunakan adalah seperti dalam Rajah 36 dan
kegunaannya adalah seperti berikut:

Playar Muncung Tirus

- memegang benda kerja kecil, membentuk


dan menyerap haba semasa memateri Rajah 36: Alat Tangan
- memotong dawai elektrik

Pemotong sisi

- memotong dawai elektrik dan kaki komponen


29
Penjalur Wayar Spring

- menanggalkan penebat dawai elektrik

Pemutar Skru

- melonggar dan mengetatkan skru


- dua jenis pemutar skru yang lazim digunakan ialah pemutar skru mata
rata dan pemutar skru philip

Penyedut Timah Pateri

- menyedut timah pateri yang hendak ditanggalkan daripada bod litar


setelah lebur (digunakan serentak dengan alat pemateri)

Beberapa lagi alat tangan lain mungkin diperlukan dalam kerja elektrik dan
elektronik. Sila dapatkan maklumat lanjut mengenai alatan ini daripada bahan
rujukan lain.

Latihan:

1. Namakan dua bahan yang digunakan untuk pemasangan projek elektronik


secara sementara dan pemasangan kekal.

1.1 Bahan untuk pemasangan sementara:

a. b.

1.2 Bahan pemasangan kekal:

a. b.

2. Namakan dua komponen yang boleh dipasang tanpa mengambilkira


kekutubannya.

a. b.

3. Namakan dua komponen yang perlu dipasang mengikut kekutuban yang


betul.

a. b.

30
4. Lukiskan setiap komponen pada kedudukan yang betul di atas PCB

31
5. Tandakan dengan bulatan pada komponen yang susunaturnya salah.

32
Pengujian Pemasangan dan Penyambungan Projek Elektronik

Pengujian litar perlu dilakukan setelah pemasangan disemak. Langkah ini perlu
dilakukan sebelum bekalan sumber voltan dikenakan kepada projek yang siap
dipasang. Terdapat dua ujian yang perlu dilakukan iaitu ujian keterusan dan ujian
kefungsian.

3.1 Ujian Keterusan

Ujian ini dilakukan untuk memastikan sambungan-sambungan yang dibuat


mempunyai keterusan. Pada masa yang sama, ujian ini juga dilakukan untuk
mengesan keadaan litar terbuka dan litar pintas.

Ujian keterusan boleh dilakukan dengan dua cara:

1. Pemeriksaan Visual

Semasa membuat pemeriksaan visual, tanda-tanda tertentu yang


mungkin menyebabkan litar pintas dan litar terbuka dikesan melalui
pemeriksaan dengan mata kasar. Antara tanda-tanda yang perlu
diperhatikan dan kesannya adalah seperti berikut:

Tanda-tanda visual Kesan


Sambungan kaki komponen longgar

Kerosakan fizikal pada komponen yang dipasang Litar terbuka


(seperti tanda hangus pada perintang tetap)

Kaki komponen yang terdedah bersentuhan satu


sama lain

Timah pateri yang melimpah melepasi balapan lain Litar pintas

Timah pateri menyambungkan dua komponen yang


tidak sepatutnya bersambung

Litar terbuka atau litar


Komponen berkutub disambung dengan kekutuban
pintas atau kerosakan
yang salah
komponen

Apabila litar terbuka, arus elektrik tidak dapat mengalir ke dalam


bahagian-bahagian tertentu litar seperti yang sepatutnya. Keadaan ini
menyebabkan projek gagal berfungsi. Kejadian litar pintas pula bukan
sahaja menyebabkan projek gagal berfungsi tetapi juga boleh
menyebabkan kerosakan kepada komponen.

2. Pemeriksaan Menggunakan Alat Ujian

Pemeriksaan visual tidak dapat mengesan beberapa keadaan tertentu


pada sesuatu litar. Oleh yang demikian, pemeriksaan selanjutnya perlu
dilakukan dengan menggunakan alat pengujian tertentu. Meter pelbagai
adalah satu alat pengujian yang paling biasa digunakan dalam
pemeriksaan ini. Satu daripada tujuan pemeriksaan ini ialah untuk
memastikan bahawa jumlah rintangan keseluruhan litar yang dipasang
33
tidak sifar atau infiniti. Jika bacaannya sifar, projek mempunyai litar pintas
dan jika bacaannya infiniti, projek mempunyai litar terbuka.

Langkah-langkah berikut perlu dilakukan dalam ujian jenis ini:

1. Setkan meter pelbagai kepada fungsi meter ohm, pilih julat yang
paling rendah dan buat pelarasan sifar (0 ohm).
2. Sentuhkan prob negatif dan positif kepada setiap punca penyambung
bateri dan perhatikan bacaan nilai rintangan keseluruhan litar yang
ditunjukkan oleh meter ohm. Perhatikan nilai rintangan yang ditunjuk
oleh jarum penunjuk. Pastikan nilai rintangan yang ditunjukkan oleh
meter itu tidak sifar atau infiniti. Jika projek dipasang dengan suis,
ubah kedudukan tuil suis beberapa kali sambil memerhatikan
kedudukan jarum penunjuk meter. Anda perlu menukar julat satu
tahap lebih tinggi jika disyaki bahawa nilai rintangan keseluruhan litar
melebihi bacaan maksimum yang boleh diukur oleh meter pada julat
yang dipilih.
3. Terbalikkan kutub prob dan ulangi langkah 2.

Jika projek dipasang menggunakan verobod, ada kalanya pemeriksaan


secara visual tidak dapat mengesan dua balapan kuprum bersebelahan
yang pintas (kerana limpahan timah pateri yang terlalu kecil). Keadaan ini
boleh dikesan menggunakan meter ohm mengikut langkah berikut:

1. Setkan meter pelbagai kepada fungsi meter ohm, pilih julat yang
paling rendah dan buat pelarasan sifar (0 ohm).
Sentuhkan satu prob pada satu balapan dan prob yang satu lagi pada
balapan bersebelahan. Bacaan meter ohm sepatutnya menunjukkan
bacaan infiniti (kecuali jika balapan bersebelahan memang sengaja
disambung menggunakan wayar pelompat).
3. Jika bacaan sifar ohm diperolehi, lalukan bit alat pemateri panas di
sepanjang balapan untuk mencair dan membuang limpahan timah
pateri.
4. Ulangi langkah 2 untuk memastikan masalah litar pitas telah diatasi.

Setelah kedua-dua ujian keterusan telah dilakukan dan semua masalah


litar pintas, litar terbuka atau kerosakan fizikal komponen dibaiki, barulah
projek tersebut boleh dikenakan punca voltan.

Walau bagaimanapun, anda perlu pastikan perkara-perkara berikut


sebelum menyambung bekalan voltan kepada projek:

1. Wayar-wayar penyambung bateri telah disambungkan mengikut


punca yang betul. Wayar merah adalah wayar positif (+) manakala
wayar hitam adalah wayar negatif (-).
2. Pastikan voltan sumber bekalan kuasa elektrik adalah seperti yang
dikehendaki untuk sesuatu projek berfungsi dengan sempurna. Voltan
yang lebih tinggi boleh merosakkan komponen manakala voltan yang
rendah tidak akan memberi kesan yang memuaskan.
3. Projek yang memerlukan bekalan kuasa arus terus TIDAK boleh
disambungkan ke soket bekalan kuasa elektrik 240 V arus ulangalik.

34
Rumusan:

Dalam tajuk ini anda telah didedahkan dengan isi-isi pelajaran yang berikut:

• Suatu projek elektronik dipasang secara sementara jika bahan seperti blok
kayu berskru/paku dan bongkah penyambung digunakan. Pemasangan kekal
dibuat dengan memateri komponen pada verobod atau papan litar bercetak.

• Susun atur komponen bagi sesuatu projek elektronik boleh dirancang dengan
melukis rajah litar bergambar dan rajah papan litar bercetak berdasarkan
rajah litar skematik.

• Komponen berkutub hendaklah dipasang mengikut kekutuban yang betul


supaya projek dapat berfungsi dan komponen tersebut tidak rosak.
Komponen yang mempunyai tiga atau lebih kaki perlu dipasang dengan
kedudukan yang betul dalam litar.

• Pematerian perlu dilakukan dengan menggunakan alat, bahan dan teknik


yang betul supaya sambungan komponen mempunyai keterusan yang
dikehendaki dan tidak pintas.

• Alat tangan perlu digunakan dengan cara yang betul dan selamat supaya
kecederaan diri dan kerosakan alat serta projek yang dikerjakan tidak rosak.

Bacaan Asas:

Abu Bakar Mohd. Sheikh et. al. (2000). Fokus PMR Kemahiran Hidup Bersepadu
(Teras dan Kemahiran Manipulatif Tambahan). Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Rujukan:

Floyd, T. L. (1997). Principles of Electric Circuit 5th Edn. New Jersey, U.S.: Prentice-
Hall International, Inc.

Reis, R. A. (1985). Introduction to Electronic Components and Circuit Assembly.


Irvine, California: EKI International Inc.

Schuler, C. A. (1994). Electronics: Principles and Applications 4th Edn. International


Editions. New York: McMillan-McGraw-Hill.

Stensel, P., Tung, T. & Soh, B.S. (2000). Keeping Up With Design Technology for
Upper Secondary. Singapore: Pearson Education Asia Pte Ltd.

35
Soalan Tutorial

Pemasangan projek elektronik

1. Kaji rajah litar skematik dan senarai komponen projek Pengesan Lembapan.

2. Pelajari contoh terjemahan rajah litar skematik kepada rajah litar bergambar
untuk pemasangan menggunakan verobod bersaiz 17 lubang X 24 baris.

3. Terjemahkan rajah litar skematik tersebut kepada rajah litar bergambar


menggunakan sekeping verobod bersaiz 14.5 cm X 6.5 cm dalam kertas verobod
yang disediakan. Sila buat beberapa salinan kertas verobod kosong ini.

4. Semak lukisan yang anda sediakan berdasarkan rajah litar skematik.

5. Bawa rajah litar bergambar anda semasa menghadiri tutorial untuk melakukan
kerja pemasangan.

Anda digalakkan untuk cuba melakukan kerja pemasangan secara bersendirian jika
berkemampuan sebelum menghadiri tutorial di maktab.

SELAMAT BELAJAR DAN SEMOGA BERJAYA

36
Litar Skematik Pengesan Lembapan

Senarai Komponen:

R1 & R2 Perintang tetap 1 kΩ½W 


R3 Perintang tetap 100 kΩ½W 
R4 Perintang tetap 10 Ω½W
R5 Perintang tetap 220 Ω½W 
C1 Pemuat seramik 0.01 µF
TR1 Transistor CS 9013 (NPN)
IC1 Litar bersepadu 555
LED1 Diod pemancar cahaya (sebarang warna)
S1 Suis SPST
SP1 Pembesar suara (8Ω½W  )
Penyambung Bateri 9V
Bateri 9V
Plat sentuh
Verobod
Soket IC 8 pin

37
Contoh Rajah Litar Bergambar (Pemasangan verobod 17 lubang X 24 baris)

S1

B
+ J4
C
J2
D
LED 1 R1
E

F C1
G a R2
H R3
I 1 8
− k
J
IC 1
K J1
L 1 4 5 J5 R4
TR
M
R5
N
e
O J3
P
b
Q c
R SP 1
S

W Plat
X Sentuh

1 5 10 15

Arah balapan kuprum

Nota:

Bahagian bertanta ‘x‘ menunjukkan balapan kuprum perlu dipotong

38
NAMA: ________________________________________________ PROGRAM: _____________________________________________

NAMA PROJEK: _________________________________________ TARIKH: _________________________________________

Rajah Litar Bergambar (menggunakan verobod 14.5 cm X 6.5 cm)

1 5 10 15 20 25 30 35 40 45 50 55 60

A A
B B
C C
D D
E E
F F
G G
H H
I I
J J

K K
L L
M M
N N
O O
P P
Q Q
R R
S S
T T
U U
V V
W W
X X

1 5 10 15 20 25 30 35 40 45 50 55 60

39
PENULIS MODUL PEMBELAJARAN

Bil. Nama Kelayakan

1. PENGERUSI Taipkan kelayakan di sini


Taipkan nama pengerusi panel di sini Contoh:
Taipkan nama maktab / institusi di sini Ph.D …………
Taipkan alamat maktab / institusi di sini Guru Bahasa Melayu 10 tahun
Taipkan sambungan alamat di sini Penulis buku…..
2. AHLI

ANONG MAGAL @ PATRICK M. Sc. Cog. Psy.


Maktab Perguruan Batu Lintang, B. Tech. Ed. (Hon.) (Elect. Eng.)
Kuching, Sarawak Sijil Perguruan (Radio TV &
Elektronik)
Ketua Unit Kemahiran Hidup
3. AHLI 2

LIM HONG SWAN B. Tech. Ed. (Hon.) (Elect. Eng.)


Maktab Perguruan Batu Pahat, Sijil Perguruan (SPU)
Batu Pahat, Johor Pensyarah Kemahiran Hidup

4. AHLI 3

AGOS BIN ATAN M. Agric. Studies


Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Bacelor Pend. (S. Pertanian)
Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru P. Grad Dip. Agirc Education
Pensyarah Kemahiran Hidup
5. AHLI 4 Taipkan kelayakan di sini
Contoh:
Taipkan nama ahli panel 2 di sini BA (Hons) Diploma Pendidikan…
Taipkan nama maktab / institusi di sini Guru Cemerlang BM
Taipkan alamat maktab / institusi di sini
Taipkan sambungan alamat di sini
6. AHLI 5

7. PENYELARAS Taipkan kelayakan di sini


Taipkan nama penyelaras di sini
BPG

40
AHLI PANEL PEMURNIAN MODUL PEMBELAJARAN

Bil. Nama Kelayakan

1. PENGERUSI Taipkan kelayakan di sini


Taipkan nama pengerusi panel di sini Contoh:
Taipkan nama maktab / institusi di sini Ph.D …………
Taipkan alamat maktab / institusi di sini Guru Bahasa Melayu 10 tahun
Taipkan sambungan alamat di sini Penulis buku…..
2. AHLI 1 Taipkan kelayakan di sini
Taipkan nama ahli panel 1 di sini Contoh:
Taipkan nama maktab / institusi di sini BA (Hons) Diploma Pendidikan…
Taipkan alamat maktab / institusi di sini Ketua Jabatan Bahasa
Taipkan sambungan alamat di sini
3. AHLI 2 Taipkan kelayakan di sini
Taipkan nama ahli panel 2 di sini Contoh:
Taipkan nama maktab / institusi di sini BA (Hons) Diploma Pendidikan…
Taipkan alamat maktab / institusi di sini Guru Cemerlang BM
Taipkan sambungan alamat di sini
4. AHLI 3 Taipkan kelayakan di sini
Taipkan nama ahli panel 3 di sini Contoh:
Taipkan nama maktab / institusi di sini BA (Hons) Diploma Pendidikan…
Taipkan alamat maktab / institusi di sini Guru Cemerlang BM
Taipkan sambungan alamat di sini
5. PENYELARAS Taipkan kelayakan di sini
Taipkan nama penyelaras di sini
BPG

41

You might also like