2.1Jenis, Fungsi dan Simbol Komponen Elektronik
Sebagai seorang pelajar baru dalam bidang elektrik dan elektronik, anda mungkinkebingungan apabila melihat komponen-komponen yang terdapat pada satu papanlitar. Anda mungkin tertanya-tanya tentang apakah nama, kegunaan, binaannya danpelbagai soalan lain mengenai komponen-komponen berbagai-bagai itu. Dalam tajukini anda akan diperkenalkan dengan jenis, simbol dan fungsi beberapa komponenelektronik.
Jenis Komponen Elektronik
Komponen-komponen elektronik boleh dikelaskan sebagai
komponen pasif
dan
komponen aktif
. Komponen pasif ialah komponen-komponen yang tidakmenyumbang kepada
gandaan
voltan, dan arus kepada suatu litar. Ianya tidakmemerlukan sebarang input untuk berfungsi. Contoh komponen pasif ialahperintang, pemuat dan pearuh.Komponen aktif pula merupakan komponen yang mempunyai kebolehan untukmenghasilkan gandaan voltan, dan arus. Komponen ini juga boleh menghasilkantindakan pensuisan dalam suatu litar. Kebanyakan komponen jenis ini dibinamenggunakan bahan separuh pengalir. Contoh komponen aktif ialah transistor, dioddan litar bersepadu.
Komponen Pasif Perintang
Perintang merupakan komponen yang paling biasa terdapat dalam suatu litar elektronik. Kegunaan utamanya ialah menghadkan aliran arus dalam litar kerana adanya rintangan. Perintang juga digunakan sebagai pembahagivoltan. Komponen ini melesapkan tenaga elektrik dalam bentuk haba. Unituntuk menyukat rintangan ialah ohm (
Ω
).Terdapat dua jenis perintang:
Perintang tetap
– perintang yangmempunyai nilai rintangan yangtetap
Perintang boleh ubah
– perintangyang nilai rintangannya bolehdiubah-ubahContoh perintang tetap dan bolehubah serta simbol skematiknyaditunjukkan dalam Rajah 1.Nilai perintang tetap dinyatakan dalam bentuk
kod warna
. Suatu perintangtetap jenis karbon biasanya ditandakan dengan 4 atau 5 jalur warna padabadannya. Mari kita pelajari cara menterjemah kod warna perintang yangterdiri daripada 4 jalur warna.
2Rajah 1: Contoh-contoh Perintang