You are on page 1of 2

Hari kebangsaan di Malaysia disambut pada tanggal 31 Ogos setiap tahun.

Sammbutan ini bertujuan untuk memperingati tokoh kemerdekaan Malaysia serta menanam sikap cinta akan negara dalam sanubari generasi kini. Sambutan ini bukan sahaja boleh dilaksanakan di sekolah, malah ibu bapa turut berperanan mendidik anak menghargai tokoh negara sejak kecil seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pihak sekolah juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan negara kita. Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama mengenai aktiviti yang sesuai diadakan di sekolah termasuklah mengadakan persembahan pentas. Hal ini kerana para pelajar mempunyai bakat terpendam yang boleh ditonjolkan semasa aktiviti ini berlangsung. Aktiviti ini boleh dilaksanakan dengan mengadakan persembahan berbilang kaum. Antara persembahan pentas yang boleh dipersembahkan ialah nyanyian lagu kebangsaan, sketsa atau drama, tarian klasik kaum masing-masing dan lakonan semula sambutan kemerdekaan 1957. Berdasarkan hujah yang dinyatakan ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa persembahan pentas merupakan satu aktiviti yang sesuai diadakan sempena sambutan hari kebangsaan di sekolah. Lontaran idea kedua mengenai aktiviti yang sesuai diadakan di sekolah ialah pertandingan melukis potret. Hal ini kerana aktiviti ini boleh di sertai oleh semua pelajar tanpa mengira tingkatan dan kaum. Potret yang sudah dinilai juga boleh ditampalkan di papan kenyataan sekolah untuk tatapan umum. Pertandingan ini boleh dilaksanakan dengan menawarkan hadiah yang lumayan seperti peribahasa ada gula, adalah semutnya. Sebagai tamsilan, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan melukis potret tokoh kemerdekaan. Berdasarkan mauduk yang dihuraikan ini, jelaslah bahawa pertandingan melukis sesuai diadakan di sekolah. Perbincangan seterusnya mengenai aktiviti yang sesuai diadakan di sekolah bersempena dengan sambutan hari kebangsaan ialah menghias kelas. Hal ini berikutan kerana aktiviti menghias kelas dapat menanam sikap kerjasama dan saling membantu dalam diri para pelajar seperti aur dengan tebing dan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan pihak sekolah memberi modal kepada setiap kelas untuk membeli barang hiasan. Sebagai contohnya, para pelajar boleh menghias kelas dengan menampal potret tokoh kemerdekaan, menggantung bendera dan menampal sejarah kemerdekaan di satu sudut kelas. Berdasarkan kenyataan yang telah dihuraikan, nyatalah bahawa menghias kelas merupakan aktiviti yang menarik yang boleh diadakan di sekolah.

Kesimpulannya, pihak sekolah perlulah bekerjasana dengan ibu bapa agar segala aktiviti dapat berjalan dengan lancar. Jika pihak sekolah dan ibu bapa mengambil sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing maka sambutan hari kebangsaan tidak akan diraikan oleh pelajar di sekolah dengan sepenuh penghayatan.

You might also like