You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MUDA PPR BATU MUDA 51200 KUALA LUMPUR

DOKUMENTASI KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN DAN SUKANEKA PERINGKAT SEKOLAH YANG KE -8 2013

1.0 Pengenalan
Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah pada tahun 2013, Sekolah Kebangsaan Batu Muda ini merupakan kejohanan olahraga kali ke-8 yang telah diadakan di sekolah ini semenjak ia mula beroperasi pada tahun 2006. Kejohanan olahraga tahunan menjadi "batu asas" ke arah memupuk minat bersukan di kalangan pelajar yang seterusnya akan mampu mewujudkan Budaya Cemerlang Sukan di sekolah ini pada masa hadapan serta menjadi pemangkin kepada pencapaian cemerlang atlet ke kejohanan olahraga MSSKL Zon Sentul dan MSSSWPKL. Semenjak 2006 yang lalu, ini merupakan kejohanan kali ke-8 di mana ianya mempertandingkan acara acara olahraga dan sukaneka sejajar dengan harapan agar ia akan lebih rnenjurus ke arah kejohanan olahraga sebenar yang dianjurkan di peringkat MSSKL Zon Sentul, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan (MSSWP) dan Mailis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) amnya.

2.0 Objektif
Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah kali ke-8 ini diharapkan akan dapat : 2.1 . memberi peluang kepada semua pelajar di sekolah ini untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti sukan sebagai satu wadah pendidikan selaras dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan. 2.2. menyediakan ruang dan peluang kepada para pelajar yang berbakat untuk menonjolkan kebolehan diri masing-masing di bidang sukan khususnya olahraga. 2.3 memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar terhadap suasana pertandingan sebenar sebelum mereka menyertai kejohanan di peringkat MSSKL Zon Sentul, MSSWPKL atau MSSM di masa hadapan. 2.4. memberi peluang kepada semua ibu bapa pelajar di sekolah ini untuk mewujudkan budaya mesra di kalangan mereka dan warga sekolah khususnya. 2.5. memberi peluang kepada ibubapa dan masyarakat setempat untuk lebih mengenali serta mengetahui tentang persekitaran, aktiviti dan warga sekolah. 2.6. memupuk semangat perpaduan di kalangan murid, guru, dan ibu bapa (RIMUP)

3.0 Jawatankuasa Kerja Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah


Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi : : : 1) 2) Pn. Nor Aishah Asadur Rahman (Guru Besar) Pn. Niziani Bt Jusoh (GPK Kokurikulum) En. Mohd Razif Mohd Tahir (GPK Tadbir dan Kurikulum) Pn. Hashafa Bt. Husin (GPK Hal Ehwal Murid)

Setiausaha Pen. Setiausaha

: :

En. Ahmad Shahnizam B. Shazali Pn. Rozita Bt Jusoh @ Yusof

5.0 Tarikh dan Masa


20 September 2013 (Tahap 1) - 7.30 pg 12.00 tgh 21 September 2013 (Tahap 2) - 7.30 pg 1.00 tgh

6.0 Tempat
Padang Sekolah Kebangsaan Batu Muda

7.0 Tentatif Program 20/9/2013 (Jumaat)


Masa Acara

7.30

8.00 9.00

10.30 11.00

12.00

Berkumpul di tapak perhimpunan Taklimat ringkas Agihan makanan Bacaan Doa Senamrobik Acara Sukaneka Tahun 1 Acara tiup belon Tahun 1 Acara Sukaneka Tahun 2 Acara tiup belon Tahun 2 Acara Sukaneka Tahun 3 Acara tiup belon Tahun 13 Penyampaian Hadiah Sukaneka Rehat Acara Balapan Tahun 1 Acara Balapan Tahun 2 Acara Balapan Tahun 3 Penyampaian Hadiah Balapan Bersurai

Tentatif Program 21 / 9/ 2013 (Sabtu)


Masa 7.30 pagi 8.00 pagi Acara Perhimpunan dan taklimat ringkas Agihan makanan Perbarisan Lintas Hormat Bacaan Doa Nyanyian Lagu Sekolah Ikrar Kejohanan

8.45 pagi

11.00 pagi 11.30 pagi

12.15

12.45

Ucapan Guru Besar Ucapan Perasmian Persembahan / Senamrobik Acara Akhir Balapan Acara Akhir : 50m Pecut (P) - Tahun 4 50m Pecut (L) - Tahun 4 50m Pecut (P) - Tahun 5 50m Pecut (L) - Tahun 5 50m Pecut (P) - Tahun 6 50m Pecut (L) - Tahun 6 50m Lompat Pagar (P) - Tahun 4 50m Lompat Pagar (L) - Tahun 4 50m Lompat Pagar (P) - Tahun 5 50m Lompat Pagar (L) - Tahun 5 50m Lompat Pagar (P) - Tahun 6 50m Lompat Pagar (L) - Tahun 6 4 x 50m (P) - Tahun 4 4 x 50m (L) - Tahun 4 4 x 50m (P) - Tahun 5 4 x 50m (L) - Tahun 5 4 x 50m (P) - Tahun 6 4 x 50m (L) - Tahun 6 4 x 100m (P) - Tahun 4 4 x 100m (L) - Tahun 4 4 x 100m (P) - Tahun 5 4 x 100m (L) - Tahun 5 4 x 100m (P) - Tahun 6 4 x 100m (L) - Tahun 6 Acara akhir Tarik Tali Terbuka (Murid) Rehat Acara Khas Ibu Bapa dan Guru 1. Tarik tali lelaki 2. Terompah Gergasi perempuan 3. Tarik tali pegawai lelaki 4. Terompah Gergasi pegawai perempuan Perbarisan Penutup Kejohanan Majlis penutup dan penyampaian hadiah Nyanyian Lagu Negaraku Bersurai

8.0 Senarai Pemenang


Sukaneka Tahap 1 Sukan Tahunan Tahap 2 : Rujuk Lampiran 1.0 : Rujuk Lampiran 2.0

9.0 Impak

Kedua-dua acara sukaneka dan sukan tahunan telah berjalan lancar walaupun telah ditunda daripada perancangan yang dijadualkan. Semua murid dan guru memberi kerjasama yang baik bagi melaksanakan semua aktiviti dan acara yang dipertandingkan. Sesi latihan juga berjalan lancar disebabkan masa yang diperuntukkan semasa waktu kokurikulum mencukup untuk guru rumah memilih peserta dan melatih mereka. Acara saringan juga telah dapat dijalankan dengan baik dan dihabiskan dalam masa yang diperuntukkan. Sukaneka tahap 1 berjalan mengikut tentatif yang telah dirancang dari awal sehingga akhir. Disiplin murid amat baik dengan kerjasama daripada JK Disiplin murid yang terdiri daripada Puan Norheda dan Cik Siti Nur Asma. Murid-murid tahap 2 ditempatkan di khemahkhemah rumah sukan tetapi tidak ada guru yang ditugaskan untuk memantau murid di khemah. Kelemahan yang ketara ialah apabila murid-murid dilihat berjalan ke bahagian kantin untuk membeli makanan dan minuman. Pergerakan murid ini dilihat menyukarkan AJK Disiplin guru untuk mengawal disiplin murid secara berterusan. Kejohanan sukan tahunan pula berjalan lancar tanpa sebarang masalah teknikal. Pengurus peserta telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dan berkesan sehingga perjalanan acara dapat diteruskan tanpa sebarang masalah yang besar. Acara yang dipertandingkan pula berjalan lancar. Tiada sebarang masalah dari segi peralatan atau teknikal dilaporkan. Semua pegawai sukan, guru, ibu bapa dan murid memberi kerjasama yang baik sepanjang berlangsungnya kejohanan ini. Terdapat beberapa masalah kecil sahaja yang berlaku dari iaitu dari segi ketidakhadiran peserta menyebabkan pengurus peserta mempunyai sedikit masalah untuk mencari pengganti. Acara penyampaian hadiah telah berjalan lancar begitu juga perbarisan rumah sukan dan pertandingan khemah rumah sukan yang membawa tema futuristik. Pada tahun ini, rumah Jed menjadi juara keseluruhan rumah sukan manakala rumah Berlian masih mengekalkan kejuaraan bagi acara perbarisan dan pertandingan khemah rumah sukan. Olahragawan pada tahun ini telah dinobatkan kepada Muhammad Izzat bin Ibrahim (6 Dinamik) dari rumah Jed manakala olahragawati pula disandang oleh Nurul Syafiqah Bt Zainal Abidin (5 Bestari) juga ahli rumah Jed.

1.0 Cadangan Penambahbaikan


Beberapa perkara perlu dilakukan bagi penambahbaikan acara sukan tahunan pada masa akan datang. Tema yang dipilih haruslah mudah dan senang untuk disediakan oleh guruguru memandangkan faktor masa dan kos yang perlu ditanggung bagi menyediakan semua alatan serta kostum untuk pertandingan perbarisan rumah sukan. Bagi mengawal disiplin murid tahap 2 semasa hari sukaneka, perlu diletakkan AJK untuk menyelia murid di setiap khemah. Guru ini akan mengawal disiplin murid semasa berada di khemah rumah sukan. Cadangan ini adalah untuk meringankan beban AJK Disiplin yang tidak mampu untuk mengawal semua murid pada satu masa. Pada tahun hadapan dicadangkan agar gerai-gerai menjual makanan dan minuman diletakkan di padang sekolah berdekatan dengan khemah murid bagi mengurangkan pergerakan murid berulang alik ke bahagian kantin untuk membeli makanan dan minuman.

Disediakan oleh,

(AZNIDA NASRUDDIN)

Disahkan oleh,

LAMPIRAN 2.0

REKOD MARKAH KESELURUHAN RUMAH SUKAN

BIL 1 2 3 4

RUMAH SUKAN MERAH BIRU HIJAU KUNING

MARKAH 472 433 609 496

KEDUDUKAN 3 4 1 2

Johan keseluruhan rumah sukan: Johan acara perbarisan rumah sukan: Johan acara hiasan khemah rumah sukan:

Rumah Hijau (Rumah Jed) Rumah Kuning (Rumah Berlian) Rumah Kuning (Rumah Berlian)

Olahragawan:

Muhammad Izzat bin Ibrahim (6 Dinamik Rumah Jed) Nurul Syafiqah Bt Zainal Abidin (5 Bestari Rumah Jed)

Olahragawati:

You might also like