You are on page 1of 13

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPTEMBER 2013 (SMP KHAS)

HBMS3103 PENGAJARAN MUZIK IV


NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN : : : : :
TAWAU LEARNING CENTRE

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1 2

PENGENALAN TEKNIK BERMAIN REKODER 2.1 Teknik Pertama Postur Badan 2.2 Teknik Kedua Embouchure 2.3 Teknik Ketiga Penglidahan 2.4 Teknik Keempat Pernafasaan 2.5 Teknik Kelima - Penjarian SKOR LAGU BUNGA BERKEMBANG 3.1 Skor Asal Bunga Berkembang 3.2 Skor Lagu Gubahan Bunga Berkembang PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ENSEMBEL REKODER SOPRANO KESIMPULAN RUJUKAN

2 35

67

4 5 6

89 10 11

1. PENGENALAN

Rekoder merupakan sejenis alat muzik tiupan yang diperbuat daripada kayu atau plastic. Terdapat pelbagai saiz rekoder untuk peranan yang berlainan. Penggunaan rekoder dalam aktiviti pembelajaran muzik di dalam bilik darjah adalah bertujuan memberi pengalaman muzikal secara hand-on. Pada masa yang sama, pelajar dapat mengukuhkan kefahaman bahasa muzik melalui pengalaman praktikal.

2. TEKNIK BERMAIN REKODER

Untuk memainkan rekoder dengan baik, beberapa teknik permainan yang betul perlu diamalkan. Berdasarkan kepada persembahan ensembel rekoder soprano dalam tayangan Youtube, terdapat beberapa teknik permainan rekoder telah diaplikasikan. Antara beberapa teknik permainan rekoder adalah seperti berikut:

2.1 Teknik Pertama - Postur Badan Postur memainkan peranan semasa meniup rekoder. Postur yang baik membantu untuk menghasilkan kualiti ton yang baik. Postur semasa meniup rekoder ialah badan perlu tegak dan berada dalam keadaan selesa. Rekoder dipegang dengan kecondongan 45 darjah dari badan. Ini untuk memudahkan pergerakan tangan semasa penjarian. Setelah itu, tangan diregangkan sedikit agar tidak mengganggu pernafasan. Rekoder dipegang dengan jari tangan kiri di bahagian atas dan jari tangan kanan di bahagian bawah. Cara ini adalah praktikal untuk permainan rekoder. Rekoder diimbangkan dengan diletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan. Gunakan music stand untuk meletakkan skor muzik dan ini juga dapat mengekalkan postur badan yang tegak. Elakkan daripada menundukkan kepala berlebihan atau membongkokkan badan kerana ini akan mengakibatkan pernafasan tidak lancar semasa meniup rekoder.

2.2 Teknik kedua EMBOUCHURE

Embouchure ialah penggunaan otot muka dan pembentukan bibir yang mengikut bentuk pipi (mouthpiece). Caranya ialah masukkan bahagian pemipit di antara bibir. Setelah itu, bibir dirapatkan tetapi tidak mengigit rekoder. Bibir juga jangan ditegangkan dan pastikan bibir dalam keadaan selesa. Cara ini dapat digambarkan melalui rajah 2 dibawah.

Rajah 2

2.3 Teknik Ketiga Penglidahan

Penglidahan adalah penting untuk penghasilan not rendah dan not tinggi. Pergerakan lidah membantu pengeluaran udara dengan kadar yang sesuai dengan kualiti ton. Untuk not tengah, bunyikan du dengan lidah. Manakala not rendah menggunakan bunyi lu. Bagi not tinggi, bunyikan tu semasa meniup. Bunyi du-ku digunakan semasa double tongueing. Semasa memainkan not kaitan, hanya pada not pertama berlaku penglidahan. Bagi permainan cara staccato, bunyikan tut untuk penghasilan not pendek.

2.4 Teknik Keempat Pernafasan

Tekanan udara dari diafragma dilepaskan perlahan-lahan serta terkawal ketika meniup not rendah. Bagi not tinggi pula, tekanan udara yang lebih dilepaskan secara laju untuk menghasilkan bunyi yang betul mengikut not. Bagi satu frasa, hanya satu pernafasan yang digunakan.

2.5 Teknik Kelima Penjarian Terdapat lapan lubang pada rekoder. 7 lubang di permukaan atas rekoder dan 1 lubang di permukaan bawah rekoder. Posisi penjarian yang betul memainkan peranan penting ketika bermain rekoder. Bagi tangan kiri, ibu jari bernombor 0 menutup lubang rekoder di bahagian belakang rekoder. Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama. Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua. Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga. Untuk tangan kanan, jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat. Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima. Lubang rekoder keenam ditutup dengan jari manis yang bernombor 6. Lubang rekoder ketuju ditutup dengan jari bernombor tujuh iaitu jari kelingking. Terdapat dua pembukaan kecil pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7. Tujuan lubang kecil ini adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flat.

3. SKOR LAGU BUNGA BERKEMBANG 3.1 Skor Asal Bunga Berkembang

3.2 Skor Lagu Gubahan Bunga Berkembang

4. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ENSEMBEL REKODER SOPRANO

Rekoder merupakan tiupan utama yang diperkenalkan kepada murid dalam pelajaran Pendidikan Muzik KBSR. Namun begitu, pengajaran dan pembelajaran rekoder telah mula diperkenalkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah di Tahun 3 sebagai langkah permulaan bagi murid untuk meningkatkan kemahiran dalam permainan alat muzik serta menguasai kemahiran membaca bahasa muzik. Seperti yang diketahui, matlamat utama permainan rekoder adalah untuk memberi pengalaman muzikal kepada murid melalui permainan secara solo dan juga secara ensemble. Permainan rekoder soprano dua bahagian merupakan satu kumpulan rekoder soprano dibahagikan kepada dua kumpulan kecil untuk memainkan dua bahagian yang berbeza secara serentak. Bahagian rekoder soprano 1 akan memainkan melodi bahagian atas, manakala rekoder soprano 2 akan memainkan melodi kedua di bahagian bawah.

Oleh itu, berikut merupakan langkah-langkah pengendalian pengajaran dan pembelajaran ensembel rekoder soprano berdasarkan kepada skor gubahan permainan rekoder yang dihasilkan. i) ii) Memastikan murid telah bersedia dan keadaan kelas yang terkawal. Memastikan murid duduk atau berdiri di dalam kumpulan yang betul iaitu mengikut susunan bahagian masing-masing. Cadangan susunan alat adalah seperti berikut (Rajah 2); Rekoder 1 Soprano 1 Rekoder 2 Soprano 2

Rajah 2 : Cadangan susunan ensembel rekoder soprano iii) iv) v) Memastikan dirian not atau note-stand tersedia. Memastikan skor muzik untuk setiap bahagian diletakkan pada dirian not. Sebelum latihan, pastikan murid menjalani aktiviti pernafasan.

vi)

Selain itu, untuk memastikan setiap kumpulan menguasai bahagian masing-masing. Guru harus menjalankan latihan mengikut seksyen atau kumpulan.

vii)

Setelah itu, guru haruslah juga menjalankan latihan gabungan kesemua bahagian rekoder soprano bagi memastikan keserasian bunyi, tempo dan melodi.

viii)

Pastikan murid membasuh pemipit dan membersihkan rekoder setelah selesai sesi latihan.

Biasanya rekoder yang sering digunakan dalam persembahan solo ialah descant atau dikenali sebagai rekoder soprano. Rekoder jenis ini sering digunakan oleh kebanyakan sekolah

memandangkan ia mempunyai pic yang tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Selain daripada itu, rekoder soprano ini juga amat sesuai digunakan memandangkan keadaan fizikal murid sekolah rendah yang mungkin menghadapi kesukaran untuk mengembangkan kedudukan jari untuk menutup lubang penjarian pada rekoder yang bersaiz besar. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menggunakan permainan rekoder untuk tujuan mengukuhkan persepsi estetik murid, memupuk ekspreso kreatif dan meningkatkan penghargaan estetik murid. Oleh yang demikian, penggabungjalinan aktiviti permainan rekoder dengan kandungan sukatan pelajaran lain seperti pengajaran aspek bahasa muzik dan kefahaman tentang konsep-konsep muzik adalah amat digalakkan. Selain itu, penggabungjalinan permainan rekoder dengan aktiviti permainan perkusi dan nyanyian akan memberi pengalaman muzik yang lebih menyeluruh dan menyeronokkan kepada murid.

10

5. KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, dalam pengajaran dan pembelajaran permainan rekoder ini, guru boleh menggunakan permainan rekoder untuk tujuan mengukuhkan persepsi estetik murid, memupuk ekspreso kreatif dan meningkatkan penghargaan estetik murid. Permainan alat muzik rekoder merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokkan serta boleh mempertingkatkan kemahiran murid dalam bidang muzik

6. RUJUKAN

1. Baines, Anthony. (1991). Woodwind instruments and their history. New York: Dover Publication Inc.
11

2. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat perkembangan Kurikulum.

3. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Dunia Muzik. Kuala Lumpur: Pusat perkembangan Kurikulum.

4. Prof Madya Zaharul Lailiddin Hj Saidon, Mohd Nizam Hj Nasrifan. (2011). HBMS3103 PENGAJARAN MUZIK IV. Selangor: Open University Malaysia.

12

You might also like