You are on page 1of 2

PROPOSAL

(Untuk Kelulusan PPD)

KAJIAN SEKOLAH (Pengurusan Pembelajaran)

Topik: PENGURUSAN MURID

Tarikh : 27 Mac 2013 (Rabu) Tempat : SJK (T) LADANG ESCOT, Tanjung Malim, Hulu Selangor Masa : 10.30am

1.0 Pendahuluan Kajian sekolah ini dilaksanakan oleh mahasiswa/mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi memenuhi keperluan kajian bagi salah satu kursus universiti yang diambil, iaitu kursus Pengurusan Pembelajaran (KPS 3021). Kursus ini membincangkan peranan guru sebagai pengurus pembelajaran dalam konteks pelbagai persekitaran pembelajaran.

2.0 Matlamat Kajian sekolah ini bermatlamat untuk mahasiswa/ mahasiswi jurusan pendidikan untuk mengkaji dan melihat dari perspektif seorang guru mengenai peranan guru dalam aspek pengurusan murid di dalam kelas mahupun dalam sekolah. Kajian ini membolehkan pelajar untuk mengenal pasti pengaplikasian yang dipergunakan sebagai cara pengurusan murid.

3.0 Objektif Objektif kajian sekolah ini adalah untuk memperlihatkan kaedah pengurusan murid yang dipraktikkan dalam sekolah dan keberkesanannya dalam pengurusan kelas oleh guru.

4.0 Responden Temu bual serta kajian mengenai tajuk difokuskan kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, Penolong Kanan Ko-kurikulum dan juga golongan guru-guru yang mengajar dalam sekolah tersebut sahaja.

5.0 Butiran Kajian Tarikh : 27 Mac 2013 (Rabu)

Tempat : SJK (T) LADANG ESCOT, 35900 Tanjong Malim, Selangor Masa Tajuk : 10.30am : Pengurusan Murid (konteks Sekolah)

6.0 Penutup Diharap pihak PPD dapat memberikan kami kebenaran untuk menjalankan kajian sekolah ini dengan secepat mungkin tanpa sebarang kemusykilan.

You might also like