Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
40Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sastera Bandingan (Arab Melayu)

Sastera Bandingan (Arab Melayu)

Ratings: (0)|Views: 2,151 |Likes:
Published by palajar_usim

More info:

Categories:Types, Research
Published by: palajar_usim on Aug 12, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/04/2013

pdf

text

original

 
Sastera Bandingan
1
/
16
PENGARUH KESUSASTERAAN ARAB DAN ISLAM TERHADAPKESUSASTERAAN MELAYU
(Sastera Bandingan)
WAN ABDUL HAYYI WAN OMAR
3080061PELAJARMaster Bahasa Arab KomunikasiFakulti Pengajian Bahasa UtamaUNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIASesi Nov 2008PENGAJAR
ROSNI SAMAH
DEKANFakulti Pengajian Bahasa UtamaUNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Pendahuluan
Kesusasteraan Bandingan merupakan satu cabang ilmu kesusasteraanmoden yang lahir pada kurun kesembilan belas dibawah pengawasan sarjanaperancis bernama Phillman dan Prontel, para sarjana berselisih tentang tahunkemunculan ilmu ”Sastera Bandingan” ini, ”Sastera Bandingan” dikatakan mulamembanjiri dunia sastera moden seawal tahun 1827 (atau 1830 atau1840bersandarkan pendapat lain) di Paris, Perancis. Cabang kesusasteraan moden initerhasil menerusi pengkajian mereka terhadap pengaruh kesusasteraan Yunanidan Latin dalam kesusasteraan mereka. Walaupun “Sastera Bandinganinidikatakan lahir dan mula berkembang pada zaman moden ini. Kebanyakanpenganalisis sastera bersepakat tentang kewujudan “sastera bandingan danpengaruh antara dua sastera” semenjak awal lagi, ini dapat diperhatikan melaluipengaruh sastera arab terhadap kesusasteraan rome dan parsi sebelumkedatangan Islam dan pengaruh sastera melayu terhadap sastera hindu(sanskrik) dan sebagainya. Sasterawan perancis berpendapat bahawa SasteraBandingan tidak dapat dipisahkan daripada pengaruhnya terhadap sastera yangdibandingkan.
 
Sastera Bandingan
2
/
16
Bermula tahun kemunculan perbahasan tentangnya, perkembangan alirankesusasteraan bandingan dalam kesusasteraan Eropah amat memberansangkan.Munculnya sastera bandingan beraliran rusia yang mencorakkan kesusateraanbersandarkan kesusasteraan lama Farsi dan Greece, aliran yang diasaskan olehAngred ini mula muncul dan berkembang pada tahun 1955. Teori pengambilansastera tanpa membawa pengaruh sastera yang dibandingkan muncul padatahun 1958 di Amarika hasil daripada gerakan penterjemahan dan pemindahansastera. Pada 1953, perkembangan Sastera Bandingan mula berkembang dinegara-negara Arab melalui Mesir yang menjadi pusat sumber ilmu pada ketikaitu, perkembangan ini di terjemahkan oleh Dr Muhammad Ghunaimi Hilal dalampengajarannya di Universiti Qaherah melalui pusatnya di “Darul U’lum”.Kepesatan medan kesusasteraan arab akhirnya menjenggah ke tanah melayuseawal kurun ketiga belas Masehi melalui perdagangan dan dakwah Islam yangdibawa oleh pedagang Arab yang bebanyakannya adalah ulama’ dan pendakwah.Tanah melayu dan kesusasteraannya tidak dapat dipisahkan dari pengaruh danketerkesanan kesusasteraan arab dan Islam khasnya samada dalam kehidupanharian, pemikiran, kesenian, kebudayaan, ilmu, tulisan, perkataan dan sastera.
Tanah Melayu dan Islam
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan olehpara pedagang dan pendakwah dari Asia Barat yang melalui dan singgah diTanah Melayu sebelum menuju ke Negara China atau kita juga kita kenali sebagai“laluan setera atau laluan Rempah”. Seterusnya Islam semakin berkembangpesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai danPerlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatanMarco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15.Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliautelah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya.Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkanpenduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi,itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa. Manakala IbnBattutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Sumatera semasadalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga1346, menyatakan bahawa raja Sumatera ketika itu telah memeluk Islam danmengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain disekelilingnya masih belum memeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 danke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh
 
Sastera Bandingan
3
/
16
Kepulauan Melayu dan telah mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddhayang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telahberkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu (Ruslan Zainuddin, 2004: 91).Kebanyakan sejarawan sepakat mengatakan kemunculan Islam ditanahMelayu khasnya di disemenanjung Tanah Melayu pada kurun pertama Hijrahmelalui perdangan antara semenanjung Arab atau Farsi menuju ke China yangsinggah di Tanah Melayu namun perkembangannya hanya dapat dilihat melaluikesan sejarah yang ditinggalkan dari kurun ketiga belas Masehi. Mengikutpendapat Rosni Samah (2002) melalui tulisannya dalam Al-Manar, terdapat kesanyang jelas tentang kedatangan Islam ke semenanjung Tanah Melayu seperti:
1-
Penemuan Maqam seorang sufi yang tertulis namanya dengan tulisan arab“ Syiekh Abdul Muqtadir bin Hussien Syah meninggal pada tahun 291H” (دف تاو ،هاش نيفسح نفب ردقمل دفع خفيش 291ةج) sebagai bukti kedatangan awalIslam di Tanjung Inggeris, Kedah.
2-
Penemuan syiling Dinar emas yang tertulis ( نفك جل577) di Kelantan,penemuan ini menunjukkan telah terdirinya kerajaan Kleantan Lama padatahun 577 Hijrah bersamaan 1181 Masehi.
3-
Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 703 Hijrah bersamaa1303 Masehi.Dari aspek sejarah, selepas kedatangan Islam dan pembentukan KerajaanMelaka yang berlandaskan lunas-lunas Islam, kita dapati proses Islamisasi dibidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku. Dalambidang undang-undang dimulai dengan undang-undang Kanun Melaka danKanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya KanunKota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu danPerlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlakudi mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupanyang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian,adab berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintahdianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satuamanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yangdigariskan oleh Islam.

Activity (40)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Raziah Sahari liked this
Yana Gurlz liked this
Nurul Fahimah liked this
Yana Gurlz liked this
Yana Gurlz liked this
Yana Gurlz liked this
Nur Hasanah liked this
Annissa Husna liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->