• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 1
    CommentGo Back
Download
 
1
PENGINTEGRASIAN PENGGUNAANTEKNOLOGI KOMPUTER DALAMPEMBELAJARAN MATEMATIKTAMBAHAN TINGKATAN EMPAT.
 
OlehRUZIHAN BINTI ABDULLAHziehan99@yahoo.com
 
Sekolah Menengah Kebangsaan PuteriJalan Labu Lama72000 SerembanNegeri SembilanProposal Kajian Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada SyaratTemuduga Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Kementerian PelajaranMalaysia (KPM) Peringkat Sarjana Tahun 2009Kursus B17 PENDIDIKAN MATEMATIK
 
2
BAB 1PENGENALAN KAJIAN
Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidangkehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagaisatu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripadasesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berfikiran kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasaninilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran berhasrat untuk mewujudkanSekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan danperlaksanaan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor atau MSC).Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologikomputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistempendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang peluang antara mereka yangberada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah, dengan mereka yangkurang berada ( KPM, 1997 ).
 
3
1.1
 
Latarbelakang Kajian
Menurut Ng See Ngean (dalam Baharudin Moktar, 1991, m.s.2), Matematik adalah satu mata pelajaran yang bersifat hierarki, iaitu pembelajaran secaraberperingkat-peringkat. Sehubungan itu, pelajar yang menghadapi masalahpenguasaan bagi sesuatu tajuk pada awal proses pembelajaran dan pengajaran akanmenghadapi masalah pada masa akan datang atau penguasaan pada bab yangmendatang. Hal ini perlu diberi penekanan atau dijadikan fokus utama kepada pelajaryang bermasalah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan denganlancar.1.2
 
Pernyataan Masalah
Temubual dengan pelajar tingkatan 4 mengatakan mereka tidak memahamikemahiran-kemahiran abstrak daripada beberapa tajuk tingkatan 4 sungguhpunmereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek matematik dalam PMR.Peratus pelajar mendapat A dalam PMR tahun 2007 dan jika dibandingkan dengankeputusan Peperiksaan Awal Tahun 2008. (akan diambil data daripada pelajar) .Sebahagian daripada mereka (Pelajar Tingkatan 4) mengaku sungguhpundaripada mereka dapat menjawab soalan dengan baik, namun mereka masih tidak memahami apakah sebenarnya yang mereka lakukan. (Pn. Azizah Binti Mohamad(2008), Guru Cemerlang Matematik Tambahan , Kajian Tindakan : Pengajaran danPembelajaran Matematik Tambahan melalui Perisian
Geometer’s Sketch Pad 
)
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...