You are on page 1of 11

EKS PENGACARAAN PENUTUPAN MINGGU BAHASA IPG

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN MINGGU BAHASA MELAYU 25 FEBRUARI 2008 DEWAN BESAR NIK MUHYIDIN MUSA 2.30 Petang P1 Azman PENGUMUMAN KETIBAAN Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia Tuan Haji Amin bin Mohd. Rashid Pengarah Institut Perguruan Islam Selangor, diiringi oleh Yang Berusaha Tn.Haji Sasman bin Yassir, Timbalan Pengarah Institut Perguruan Islam Selangor dan Yang Berusaha Pn.Maisarah Binti Yaacob, Ketua Jabatan Pengajian Melayu.

P2 Cikgu

NYANYIAN NASYID DAN LAGU INSTITUT Hadirin dan hadirat yang dimuliakan. Majlis kita akan dimulakan dengan Nyanyian Nasyid Asma Al-Husna dan Nyanyian Lagu Institut Perguruan Islam. Untuk itu, pihak majlis memohon para hadirin untuk berdiri tegak dan bersama-sama menyanyikan Lagu Nasyid ini diikuti Lagu Institut sebagai tanda kecintaan, hormat dan setia kepada Institut Tercinta.

Azman

Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih dan para hadirin dipersilakan duduk.

PRA ALUAN

Azman Cikgu

Selamat petang kami ucapkan Para hadirin semua jemputan; Selamat dan salam kami junjungkan, Ke hadrat Nabi Rasul pilihan. Di majlis ini kami bermadah, Mengucap puji alhamdulillah; Madah ini pembuka wadah, Semoga majlis dikurniakan limpah.

Cikgu

SALUTASI Bismillah 1.Yang Berbahagia Tuan Haji Amin bin Mohd. Rashid Pengarah Institut Perguruan Islam Selangor 2. Yang Berusaha Tuan Haji Sasman Bin Haji Yassir Timbalan Pengarah Institut Perguruan Islam

Selangor 3. Yang Berusaha Puan Maisarah binti Yaacob Ketua Jabatan Pengajian Melayu Merangkap Pengerusi Minggu Bahasa Melayu Institut Perguruan Islam Selangor, 2008. 4.Yang Dihormati Ketua Unit Ketua-Ketua Jabatan.Ketua-

5.Pensyarah-Pensyarah Kanan 6.Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Penutupan Minggu Bahasa Melayu dan Pelancaran Bulan Berbudi Bahasa, Peringkat Institut, 2008 7.Para pensyarah, pelajar-pelajar, seluruh warga Institut Perguruan Islam Selangor, Hadirin dan hadirat sekalian Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. UCAPAN ALU-ALUAN SELAMAT DATANG Dalam suasana ceria penuh harmoni, Dari Dewan Besar Nik Muhyidin Musa, Institut Perguruan Islam Selangor, majlis berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan tetamu-tetamu kehormat, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Penutupan Minggu Bahasa dan Pelancaran Bulan Berbudi Bahasa, Peringkat Institut Perguruan Islam Selangor, Tahun 2008.
Cikgu

Azman

BACAAN DOA SELAMAT Sebelum jauh jarum saat menganjak arah, meneroka jalan petang yang istimewa ini majlis akan segera kita mulai dengan bacaan doa. Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan,Yang dihormati SaudaraAhmad Munsif bin Ismail, Ketua Unit Pengucapan Umum, PERBAYU untuk menerajui

doa selamat sebagai permintaan hajat dan restu, agar majlis kita diberkati hendakNya. Dipersilakan dengan segala hormatnya.
Azman (Bacaan Doa)

Amin,Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga lafaz doa kita tadi, diberkati Allah s.w.t hendaknya. Terima kasih diucapkan kepada Sdr. Ahmad Munsif bin Ismail.

Cikgu

UCAPAN MELAYU

PENGERUSI

MINGGU

BAHASA

Hadirin yang dimuliakan , Petang yang penuh gilang-gemilang dan bermakna ini, akan diteruskan dengan membawa kita meneroka dan menyingkap tirai petang dengan pelbagai agenda pendakian aspirasi ilmu. Apa kata kita hayati pesanan tinta refleksi daripada Yang Berusaha Pengerusi Minggu Bahasa .
Azman

Dengan ini, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Puan Maisarah binti Yaacob, Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Institut Perguruan Islam Selangor untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Sirih sekapur anugerah mesra, Lipatan gemilang mengisi puan; Menyusur agenda pemula cerita, Madah berbisik dek kata aluan.
(dibaca semasa berjalan naik ke pentas)

Dipersilakan
Cikgu

(Ucapan Alu-aluan) Nyiur gading puncak mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Ucapan pesanan indah bernilai Akan sentiasa kekal di hati.

Azman

(Dibaca semasa turun dari pentas)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. UCAPAN PERASMIAN MAJLIS Tuan-tuan dan puan-puan, Majlis kita terus beranjak maju. Sudah sepelaungan jaraknya, gandingan misi dan visi meredah hari, ke destinasi memartabat ilmu dijunjung, bahasa disanjung. Untuk itu, marilah kita sama-sama menyingkap apa yang ada dalam pendakian dan penghargaan di majlis ini, melalui ucapan Perasmian Penutupan Minggu Bahasa Melayu dan seterusnya Pelancaran Bulan Berbudi Bahasa, Peringkat Institut Perguruan Islam, 2008, yang akan dijana olehYang Berbahagia Tuan Haji Amin bin Mohd. Rashid, Pengarah Institut Perguruan Islam Selangor.
Cikgu

Cikgu

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Pengarah. Apalah bulan tanpa berbintang, Malamkan suram kelam bersemi; Apalah majlis meriah diundang, Andai tiada yang datang merasmi.
(Dibaca ketika VIP berjalan naik ke pentas)

Azman

Dipersilakan. (ucapan pengarah) Majlis merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-

Cikgu

tinggi penghargaan atas janaan kesempurnaan ucapan perasmian sebentar tadi. Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Pengarah untuk menyempurnakan atur cara simbolik penutupan dan pelancaran. SIMBOLIK PENUTUPAN Demikianlah simbolik berakhirnya Penutupan Minggu Bahasa Melayu apabila terpadamnya cahaya itu tadi.Sementara keris pula sebagai simbol kekuatan perjuangan memperkasa dan memartabatkan Bahasa Melayu.

-Pengarah menutup Lampu gasolin -Pelajar menyerahkan keris -Keris dibawa keluar dari dewan.

Azman

SIMBOLIK PELANCARAN Berikut pula sedang berlangsungnya simbolik Pelancaran Bulan Berbudi Bahasa, Peringkat Institut 2008.Majlis seterusnnya mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Pengarah untuk memulakan upacara menyemat Logo Kempen Bulan Berbudi Bahasa, Peringkat Institut pada salah seorang wakil pelajar.Para hadirin diminta menyemat logo masing-masing yang telah diedarkan pada awal majlis tadi.
-Pengarah memotong reben -Pemasangan lencana dengan nyanyian lagu Budi Bahasa Budaya kita

Cikgu

PERSEMBAHAN PELAJAR

Hadirin yang dimuliakan, Apa kata kita teruskan majlis ini dengan persembahan

juara-juara. Dipersembahkan khas buat meraikan semua warga IPIS yang masih berhimpun setia di sini. Untuk itu, dipersilakan Juara Pidato Melayu sempena Minggu Bahasa 2008, Dari Kumpulan PISMP semester 1 kuliah 1.02 Saudara Mohd. Illias bin Md. Yunus dengan tajuk pidatonya, Berbudi Bahasa Berpekerti Mulia Dipersilakan. (Pidato) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. 2. Persembahan Nyanyian Rakyat. Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan pula Juara Pertandingan Nyanyian Rakyat bagi kategori, lelaki. Terdiri daripada _________anggota dengan diketuai oleh saudara______________________ Dipersilakan, kumpulan daripada gabungan pelajarpelajar PPPRP4T . Tinggi-tinggi si burung tempua, Tinggilah lagi harapan di hati; Selamat menonton buat semua, Hiburan dipersembah kita hayati.
Dipersilakan. Cikgu

Bahasa

PENYAMPAIAN CENDERAMATA DAN HADIAH Hadirin yang dimuliakan, Majlis kita akan diteruskan dengan penyampaian cenderamata dan hadiah. atur cara

Bagi menyempurnakan atur cara ini, majlis menjemput dan mempersilakanYang Berbahagia Tuan Haji Amin bin Mohd. Rashid, Pengarah Institut Perguruan

Islam untuk naik ke pentas dengan diiringi oleh Yang Berusaha Puan Maisarah Binti Yaacob,Ketua Jabatan Pengajian Melayu. Dipersilakan.

1.Para Hakim Majlis mempersilakan Yang dimuliakan Puan Hajah Faridah binti Hashim,Ketua Jemaah Hakim sempena program Minggu Bahasa Melayu.
Azman PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG Kini, tibalah saat yang dinanti-nantikan pengumuman dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para dermawan yang sudi menaja hadiah kepada pemenangpemenang. 1.PERTANDINGAN GALAH PANJANG dipersilakan NAIB JOHAN kumpulan KPLI 1.01 JOHAN, kumpulan PPPRP4T

Cikgu

A 2.PERTANDINGAN GUBAHAN Tempat ketiga, KPLI kumpulan 1.01 Naib johan, kumpulan PPISMP 2.01 Johan, PISMP 1.07 3.PERTANDINGAN CONGKAK Naib johan, kumpulan PPISMP 2.06 Johan, KPLI 1.14 4.PERTANDINGAN SEPAK RAGA BERKAIN PELEKAT Naib Johan, Kumpulan PISMP 1.03 Johan, kumpulan PPP RP 4T 5.PERTANDINGAN GELEK RING Tempat ketiga, kumpulan PISMP 1.08 Naib Johan, kumpulan PPP RP 4T

Azman

Johan, Kumpulan KPLI 1.14 6.PERTANDINGAN TARIK UPIH Tempat ketiga, kumpulan PISMP 1.01 Naib Johan, kumpulan PPP RP 4T 3.02 Johan, kumpulan PISMK 5.03 7.PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF Ketiga, saudara Muhamad Azman b Azahar,PPISMP 2.05 Naib Johan, Mariam bt Robe,kuliah PISMK 5.02 Johan, Mohd Fahizan Mohd Isa,Kuliah PISMP 1.04 8.PERTANDINGAN PENULISAN RENCANA Ketiga, Nurul Ain bt Mohamad Roslan,PISMP 1.04 Naib johan, Naqiah bt Nordin,PISMP 1.01 Johan,Muhamad Azman bin Azahar,PPISMP 2.05 9.PERTANDINGAN NYANYIAN RAKYAT PEREMPUAN Naib johan,PISMP 1.08 Johan, ppismp 2.01

Cikgu
C

Azman

10.PERTANDINGAN NYANYIAN RAKYAT LELAKI Naib johan, PISMP 1.02 Johan, PPP RP 4T 11.PERTANDINGAN PUISIDRA Ketiga,Pismp 1.01,bertajuk Puteri Hang Li po Naib johan, pismp 1.07,bertajuk Bidasari Johan,pismp 1.02,Suara Si Kecil 12.PERTANDINGAN PIDATO Ketiga,saudari Siti Hajar,PPISMP 2.04 Naib johan,Nurul Amira Hidayah,PPISMP 2.0 Johan,Mohd Illias Mat Yunus,PISMP 1.02 13.PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN Berikut akan diumumkan pemenang pertandingan Bahas Ala Parlimen Naib Johan dimenangi oleh___________________ Johan disandang oleh_________________ Majlis mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pemenang

CIKGU

Azman

PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA PERASMI Sebagai tanda penghargaan dan atas kesudian hadir menyempurnakan majlis kami pada petang ini, majlis dengan segala sukacitanya menjemput dan mempersilakan, Yang Berusaha Puan Maisarah binti Yaacob, Ketua Jabatan Pengajian Melayumenyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia Tuan Pengarah. Adat melayu budaya dijulang, Tetamu bertandang diberikan bingkisan; Sebelum pulang ditinggalkan balasan, Untuk mengeratkan hubungan persaudaran.

Cikgu

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih UCAPAN PENUTUP Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada para pemenang dan kepada yang tidak berjaya, anda tetap hebat atas sokongan anda semua bagi menjayakan Minggu Bahasa Melayu dan kini, marilah kita bersama-sama menjayakan pula Bulan Berbudi Bahasa.

Azman

Cikgu

Pihak Majlis juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Amin bin Mohd. Rashid,Pengarah Institut Perguruan Islam yang sudi memeriahkan majlis kita hari ini. Dan saya mewakili jawatankuasa penganjur Majlis Penutupan Minggu Bahasa Melayu dan Pelancaran Bulan Berbudi Bahasa, Peringkat Institut 2008, ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan majlis ini. Akhir kata daripada kami,

Bumi mana tidak ditimpa hujan, Lautan mana tidak bergelora, Begitu jua kami di sini, Kemaafan jua dipohon, Atas keterlanjuran kata, Terkasar bahasa, Terguris rasa. Salam Ceria, Salam Hormat daripada kami. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum w.b.t

You might also like