kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi sekiranya mendapat galakan, pengkayaandan pengajaran yang sesuai.
Jenis-jenis Teori Kecerdasan Pelbagai
Jenis-jenis teori kecerdasan pelbagai tersebut adalah verbal-linguistik, logikal-matematik, visual ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal, naturalist daneksistensialisme.Verbal-linguastik ialah kebolehan seseorang dalammenggunakan bahasa denganefektif sama ada secara lisan dan bertulis. Ia meliputi mendengar, bercakap, menulis,bercerita, menerangkan, mengingat maklumat serta memahami perkataan.Logikal-matematik adalah dimana bahagian kiri otak mendominasi kebolehan yangmembolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secarakonseptual dan abstrak. Individu ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitandengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis,mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.Jenis yang ketiga iaitu visual-ruang, membolehkan seseorang individu itu untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak), untuk membentuk model secara visual.Individu ini mahir dalam membaca, menulis, memahami carta dan graf, melakar, melukis danmenterjemah imej secara visual.Kinestetik adalah kecerdasan keempat yang membolehkan individu menggunakansebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikanmasalah. Mereka ini cekap dalam mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Individudalam kategori ini cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badanseperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain.Muzik pula mengiktiraf kebolehan seseorang untuk berfikir dalam bentuk muzikal,mendengar dan mengecam paten,serta kecerdasan mereka dalam membezakan antara bunyidan mencipta muzik. Individu ini lebih sensitif dengan bunyi di persekitaran dan mereka inigemar menyanyi, bersiul, mengubah muzik, mengingati melodi, selain memahami struktur danrentak muzik.Interpersonal adalah dimana kemampuan seseorang memahami perasaan, motivasi,tabiat serta hasrat orang lain. Mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan bolehbekerjasama dengan orang lain secara praktikal dalam menghasilkan sesuatu yangberfaedah. Individu yang mempunyai kecerdasan jenis ini dapat memberi motivasi kepadaorang lain.
2
Add a Comment