You are on page 1of 3

ALAT BANTUAN PENDENGARAN

Biasanya alat ini boleh dipasang pada bahagian dalam telinga manusia ataupun pada bahagian sekitar telinga. Alat bantu dengar tersebut dibuat untuk mengukuhkan rangsangan bahagian sel-sel deria telinga bahagian dalam yang rosak terhadap rangsangan suara dan bunyi-bunyian dari luar.

Alat bantu dengar tersebut merupakan sebuah alat elektronik yang menggunakan bateri di mana dalam pemakaiannya terdapat mikrofon yang mengubah gelombang dari suara tersebut menjadi tenaga elektrik yang kemudian diterima amplifier yang boleh

meningkatkan kelantangan dan menghantarnya pada speaker yang ada pada bahagian dalam telinga.

Dipasang pada telinga (Open-Ear-Fitting/OEF) Alat bantu pendengaran yang kecil disambungkan dengan wayar nipis dan penerima (receiver) yang mengarahkan bunyi ke dalam telinga -Selesa dan kecil

- Bunyi yang lebih semulajadi dan kurang tersumbat - Penampilan yang bergaya dan berwarna-warni - Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan dan sederhana

Di belakang telinga (Behind-The-Ear/ BTE) Alat pendengaran ini berbentuk melengkung dan diletakkan di belakang setiap telinga. Bunyi disampaikan melalui tiub ke dalam saluran telinga. - Amplifikasi yang tinggi untuk membantu masalah pendengaran tahap ringan hingga tahap yang sangat teruk - Saiz lebih besar dan mudah digunakan terutamanya bagi mereka yang menghadapi kesukaran mengendalikan objek kecil - Jangka hayat bateri lebih lama

Dalam telinga/Dalam saluran telinga (In-The-Ear (ITE) / In-The-Canal (ITC) Dibuat dengan acuan telinga khas dan dipasang dengan selesa di bahagian luar telinga atau saluran telinga - Menghalakan bunyi secara terus ke dalam telinga untuk

memastikan prestasi yang optimum - Selamat dan selesa di bahagian luar telinga - Mudah dikendalikan - Sesuai untuk masalah pendengaran tahap sederhana ke tahap yang teruk

Dalam saluran telinga sepenuhnya (Completely-In-Canal (CIC) Alat bantuan pendengaran kecil yang diletakkan dalam saluran telinga yang membolehkan bunyi terus masuk ke dalam telinga. - Tersembunyi, sesuai untuk pelanggan yang mementingkan penampilan - Simulasi cara bunyi masuk ke dalam telinga memberikan kualiti bunyi yang lebih semulajadi sound quality - Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan, sederhana dan teruk

You might also like