You are on page 1of 29

Tajuk 2.

Kaedah Penilaian Bahasa

2.1 Pengenalan Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang luwes, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu

mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara (multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap p-p juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat ditingkatkan. Untuk itu, pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang akan dibimbing dan diberi peluang untuk integrasi menegak supaya potensinya dapat dimaksimumkan. Pelajar yang lemah pula akan dibimbing dalam program pemulihan supaya dia dapat memperbaiki prestasinya. Dengan yang demikian, guru perlu didedahkan kepada pelbagai cara untuk menjalankan penilaian di dalam bilik darjah dengan lebih berkesan. Seterusnya, langkah-langkah untuk memastikan penilaian itu adalah sah dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi hendaklah ditekankan.

2.1.1Jenis-jenis Kaedah Penilaian Bahasa (i) (ii) (iii) (iv) (v) (I) Pemerhatian Soal jawab Projek Portfolio Ujian Penilaian melalui Pemerhatian

(i)

Pengenalan Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka

waktu yang diperlukan/ ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor, yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran. Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan penggunaan Senarai Semak. Alat-alat seperti Rekod Anekdot dan Rekod Profil boleh juga digunakan. Dapatan daripada proses ini boleh membantu guru dan pelajar, membuat refleksi masing-masing.

Rajah di bawah menunjukkan bagaimana cara pemerhatian boleh dijalankan dalam proses p-p di bilik darjah. Pemerhatian berlaku di antara guru dan pelajar, dan di antara pelajar dengan pelajar. Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap

keberkesanan bahan, dan komunikasi pelajar dengan bahan dalam pelbagai situasi/ persekitaran.

PERSEKITARAN

PELAJAR

PELAJAR

BAHAN

GURU

Rajah 2:

Proses Pemerhatian di Bilik Darjah

(ii)

Pelaksanaan Proses Pemerhatian Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses

pemerhatian. Antaranya ialah: a. Kualiti Pemerhatian Apakah kualiti yang perlu ada pada seorang guru untuk menjadi pemerhati yang baik? Guru tersebut perlu:

berpengetahuan yang mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin terhadap persekitarannya. peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan dan pembelajaran.

b.

yakin dengan rumusan yang dibuat dan keputusan yang diambil. ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan terhadap sesuatu pemerhatian. bersikap luwes atau terbuka terhadap dapatan pemerhatian. tekal dan stabil dalam penilaiannya. Bentuk Perancangan Bagaimana bentuk perancangan yang perlu disediakan sebelum sesuatu pemerhatian dilaksanakan? a. perancangan harus rapi dengan penyataan yang jelas tentang ujian pemerhatian yang bakal dijalankan. b. mengenal pasti aspek yang hendak dinilai dan kumpulan / individu sasar yang dinilai. c. menetapkan jangka waktu proses penilaian, sama ada jangka pendek atau jangka panjang (mengikut keperluan). d. menyediakan mentadbirnya. e. menentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor. f. merangka tindak susul yang akan dijalankan mengikut konsekuen yang dijangka daripada pemerhatian itu. Mengapakah perancangan yang rapi diwajibkan untuk pemerhatian? Perancangan untuk membuat sesuatu pemerhatian perlu rapi dan bersistem bagi mencapai matlamat pemerhatian/ tugasan. Cara merekod juga mesti dinyatakan dengan jelas bagi menjamin keberkesanan seluruh proses pemerhatian tersebut. alat yang relevan, dan menentukan bagaimana

b.

Rekod Pemerhatian Bagaimana bentuk rekod pemerhatian yang diperlukan untuk

pemerhatian yang lebih berkesan? Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkah laku yang tersusun, dari segi: Pendekatan : Cara individu/kumpulan mendekati sesuatu masalah yang dihadapi semasa menjalankan pemerhatian, dan hasil

pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas.

Menjalankan

tugas : cara individu mengendalikan tugasnya dan

setiap hasil yang diperoleh dihuraikan dengan tepat. Cara merekod dapatan dan rumusan : dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul. Tindak susul : rekod pemerhatian hendaklah juga menjelaskan tindak susul yang akan dilaksanakan mengikut hasil yang dicapai.

Untuk tujuan di atas, senarai semak perlu digunakan. Senarai semak boleh disediakan oleh guru atau jawatankuasa yang terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman dalam bidang atau aspek yang hendak dinilai.

Senarai semak juga hendaklah mencatatkan semua aspek yang hendak dinilai. ii. Jenis-jenis Pemerhatian Pemerhatian boleh dijeniskan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai atau diperhati, iaitu:

a.

memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan (judgement). melapor apa-apa yang dilihat sahaja. menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa, tetapi untuk membuat hipotesis yang diperoleh selepas menemu bual individu yang berkenaan.

b.

memerhati apa-apa yang telah dirancang, dan secara openended. menilai / memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan,

perlakuan,

c.

memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang. pemerhatian yang dilaksanakan mengikut sekuen dalam jangka waktu yang berperingkat boleh memberi dapatan yang berkesan dan bermakna tentang perkembangan proses atau peristiwa, atau pendekatan terhadap sesuatu tugasan, dan masalah/kesukaran.

iii.

Strategi Pelaksanaan Pemerhatian boleh dilaksanakan mengikut berbagai-bagai strategi, cara serta

kriteria tertentu. Antaranya ialah:

a.

pelaksanaan secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenal pasti atau yang dirancang.

b.

dengan menggunakan senarai semak atau alat lain seperti rekod anekdot yang meliputi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran.

c.

pemerhatian boleh dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif atau tujuan pemerhatian.

d.

proses merekod dan menganalisis boleh dibuat dengan menggunakan pensil dan kertas atau secara berkomputer mengikut keperluan dan kesesuaiannya.

e.

tindak susul terhadap hasil atau pemerhatian hendaklah dibuat selepas mengkaji kesan dan implikasi ke atas pelajar.

f.

jangkamasa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan.

g.

maklum balas diperoleh melalui pemerhatian guru dan / atau tindak balas pelajar, dan

h. iv. Fungsi

refleksi tentang pengalaman boleh dikategorikan sebagai pemerhatian.

a.

Penilaian melalui pemerhatian biasanya: digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu / kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran. dibuat oleh pelajar (individu/kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian sendiri dalam sesuatu pembelajaran. dijalankan oleh pelajar untuk mengesan atau menilai tahap pencapaian rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran. dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek dsb. sama ada melalui interaksi sehala atau dua hala.

b.

Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru / pelajar menyusun/ merancang tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya, seperti: Menjalankan aktiviti pemulihan. Meningkatkan motivasi pelajar. Mengadakan latihan-latihan pengukuhan. Menyusun langkah-langkah yang sesuai dengan prestasi pelajar.

c.

Pemerhatian mengetahui:

yang

terancang

boleh

membantu

anda

sebagai

guru

i. sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran yang diajarkan dan apakah yang mendorong atau menolak minat tersebut? ii. adakah kaedah/strategi pelajar memberi kesan yang positif? iii. bagaimanakah kemampuan berfikir mereka? Mampukah mereka menaakul apa-apa yang tersirat? bagaimana pula dengan penguasaan bahasa mereka? cukupikah kosa kata mereka bagi mengesan, memproses dan mengaplikasi maklumat yang diperlukan pada tahap pembelajaran mereka?

Contoh 1: Pengukuran Kecekapan Linguistik / Bahasa Kecekapan / kecerdasan linguistik melibatkan penggunaan bahasa lisan, penulisan, atau isyarat untuk pelbagai tujuan seperti untuk:
a) menghibur b) mempengaruhi c) menyampaikan idea d) menyelesaikan masalah e) mencungkil ingatan menceritakan sesuatu yang menggembirakan atau yang menggelikan hati. berpidato, berbahas, berceramah. menerangkan sesuatu konsep; memujuk arahan. menyoal kendiri, membaca arahan. menyenarai barangan yang perlu dibeli, menyimpan diari.

Untuk tujuan di atas, Rekod Anekdot seperti di sebelah boleh digunakan.

Contoh 2: Rekod Anekdot Kecekapan Linguistik melalui Pemerhatian Arahan : Tandakan (/ ) bagi item yang berkenaan. KEKERAPAN 1 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Banyak menyoal, terutama soalan jenis mengapa Menguasai kosa kata yang baik Bilingual: mudah menguasai perkataan baru Gemar bercakap Gemar permainan perkataan, pola dan rima Gemar membaca Gemar mengarang Memahami fungsi-fungsi bahasa 2 3 4 5

9. Boleh memberi pendapat tentang kemahiran bahasa. Catatan: Rekod di atas hanyalah contoh. Guru boleh membuat rekodnya sendiri. Contoh 3: Senarai Semak Kemahiran Menulis Kelas: 2 Murni
1. Nama murid Mampu membaca tulisan sendiri 2. Menggunakan jarak yang sesuai 3. Melabelkan gambar dengan perkataan 4. Melabelkan gambar dengan frasa 5. Menggunakan tanda baca yang sesuai 6. Menyusun idea mengikut urutan 7. Menyusun ayat sendiri mengikut urutan peristiwa 8. Catatan guru

Bil

Masih tidak menguaAsai kemahiran Menyusun ayat mengikut urutan ayat, urutan idea dan urutan peristiwa. Menguasai semua perkara dalam kemahiran menulis Tulisan pelajar ini berterusan tanpa jarak dan tatatanda yang betul Tidak dapat menulis dengan betul semua tulisan yang menghendaki melabel gambar.

Mumiyati

Shanti

Ali

Saerah

Catatan: Boleh juga ditandakan tarikh di dalam ruangan ini apabila pelajar berkenaan sudah menguasai kemahiran ini Rumusan Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan, dan sikap bias serta prasangka penilai. Pemerhaitan boleh berfungsi sebagai ujian bagi situasi-situasi tertentu, dan sebagai aktiviti bukan ujian dalam keperluan lain. II. Penilaian melalui Soal Jawab

Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam p-p, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.

Cara Pelaksanaan Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam p-p bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.

III.

Penilaian melalui Projek

(i)

Pengenalan Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh

masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek ialah tugasan yang boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil disediakan. Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti serta interaksi gurumurid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses adalah ciri penting dalam mengendalikan projek ini. Projek dibuat berdasarkan penguasaan

pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan tentang sesuatu perkara mengikut bidang msing-masing. (ii) Apakah tujuan pembelajaran projek ini?

Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:

Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab; Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi; Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah; Memberi motivasi untuk belajar; Memberi peluang pelajar memainkan peranan sebagai pemimpin; Membenarkan pelajar untuk menentukan peranan; Membenarkan pelajar dengan minat dan kebolehan yang sama bekerja pada kadar yang setaraf dengan kemampuan; Memberi satu suasana pembelajaran untuk pelajar yang segan dan malu menunjukkan kebolehan sepenuhnya;

Guru harus memberikan garis panduan yang tepat dan terperinci untuk menggalakkan pemikiran pada aras yang lebih tinggi (higher order thinking skills). panduan laporan projek ditunjukkan di bawah ini. Satu contoh garis

Tunjukkan dengan selengkapnya kerumitan yang mungkin bagi topik yang dipilih; Tentukan kriteria penilaian; Elakkan perkara yang terlalu abstrak; Gunakan kosa kata yang sesuai bagi topik anda. Misalnya dalam topik laras sains, soalan berikut adalah kurang tepat. Bagaimanakah tumbuh-tumbuhan menghasilkan makanan dalam tindak balas fotosintisis? Yang lebih tepat ialah: Bagaimanakah fotosintesis? tumbuhan mensintesiskan makanan dalam proses

Gunakan contoh yang sesuai untuk berkomunikasikan topik anda; Hubungkaitkan topik anda dengan pengalaman sendiri;

Guru perlu menunjukkan sampel hasil projek yang telah dikendalikan mengikut tahap pencapaiannya, misalnya, sampel cemerlang, sederhana dan lemah. Dengan ini, pelajar boleh lihat dan faham taraf kualiti yang dikehendaki bagi projek yang mereka akan jalankan. Beberapa contoh jenis projek yang boleh dikendalikan di sekolah ialah sudut sains, sudut bacaan, pembinaan kolam, poster dan mencipta lagu.

iii.

Langkah-langkah untuk menjalankan projek

Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop projek Aktiviti Anda dikehendaki menyediakan satu lampiran tentang maklumat yang terkini mengenai satu tajuk yang anda mengajar di sekolah. Gunakan pelbagai sumber untuk

mendapatkan maklumat yang berkenaan. Semua maklumat harus disusun pada satu helai kertas ukuran A4 dalam bentuk yang menarik dan senang dibaca oleh pelajar anda. Anda harus menunjukkan kreativiti anda dengan menggunakan teknologi yang sesuai. Tentukan juga skala penilaian pada satu senarai semak yang anda akan gunakan untuk menilai projek yang sama rakan sebaya anda. Untuk menolong anda dalam tugasan ini, sila rujuk kepada senarai semak di halaman yang berikut.

Sila catatkan butir-butir mengenai projek anda di bawah ini. Bincangkan dengan pemudah cara ataupun rakan sebaya anda jika anda menghadapi masalah.

Tajuk Projek: ............................................................................................................... Skop Projek: ............................................................................................................

Kriteria penilaian yang dimasukkan dalam senarai semak:

Komen-komen pemudah cara / rakan sebaya (jika ada)

10

SENARAI SEMAK Bil. 1. 2. Pemilihan Tajuk Adakah tajuknya relevan dengan sukatan pelajaran? Adakah skopnya: mencakupi segala aspek yang berkaitan dengan tajuk? memadai dengan tahap keupayaan pelajar? Ya Tidak

Adakah ia merupakan perkara baru atau peluasan daripada 3. 4. 5. 6. 7. 8. apa yang pernah dibuat? Adakah ia perkara penting dalam kehidupan seharian? Adakah ia dapat menghasilkan satu hasil kerja yang asli? Adakah pengetahuan dapat diintergrasikan? Adakah matlamat projek itu jelas? Adakah strategi pelaksanaannya munasabah?

Langkah 2 : Penilaian awal projek Aktiviti Kumpulkan dan senaraikan bahan-bahan relevan yang anda telah dapat dari pelbagai sumber (misalnya, internet, buku rujukan, bahan sebenar dll) di bawah ini. Bil Senarai Jenis Bahan Projek Sumber

Masukkan semua bahan ini ke dalam portfolio anda. Refleksi kendiri. Rumuskan tentang cara dan masalah yang dihadapi semasa mengutip bahan. ............................................................................................................................. Komen pemudah cara dan penilaian: .............................................................................................................................

Langkah 3 : Pelaksanaan strategi Aktiviti Sediakan lampiran dengan menggunakan bahan-bahan yang telah dikumpulkan dalam portfolio. Tunjukkan hasil kerja anda kepada rakan sebaya untuk mendapatkan komenkomen mereka. Tuliskan rumusan komen-komen mereka.

11

Refleksi kendiri 1. 2. 3. Pamerkan isi kandungan lampiran anda dalam satu peta konsep. Apakah masalah yang timbul semasa anda membina lampiran? Adakah anda meminta pertolongan daripada rakan sebaya? Jika ada, adakah bantuan itu dapat meningkatkan mutu kerja anda? Jelaskan.

Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat 1. Apakah kriteria yang telah digunakan untuk memilih bahan untuk dimasukkan dalam lampiran anda? 2. 3. Apakah unsur-unsur inovatif dan kreatif yang ditunjukkan dalam lampiran anda? Adakah kesuntukan masa menjadi suatu had yang menjejaskan kualiti lampiran anda? Langkah 5 : Penilaian Hasil Projek Aktiviti Tunjukkan lampiran anda kepada semua rakan kelas anda. Berikan satu persembahan yang ringkas tentang kandungan lampiran itu. Rekodkan semua pertanyaan dan komen rakan kelas anda. Simpan lampiran anda dalam portfolio.

Pertanyaan dan komen rakan: Apakah gred yang anda fikir anda harus terima untuk projek ini? A, B, C, D, E atau pun F? Jelaskan. ............................................................................................................................................ Komen dan Penilaian Pemudah Cara: ...........................................................................................................................................

IV.

Penilaian melalui Porfolio

i.

Pengenalan Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh.

12

ii.

Portfolio

berbentuk

dokumentasi

yang

berstruktur

yang

memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran melalui portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan

mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta

Ciri-ciri Portfolio

pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga akhir. Terdapat keluwesan dalam portfolio melalui perundingan kontrak seperti dari segi masa, strategi atau bentuk. Kaedah ini juga menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama, bantuan dan sumbangan dari semua pihak. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik. Ia juga bersifat reflektif yang dirangsangkan melalui soalan-soalan.

Berfokuskan proses dan tidak memberatkan kepada hasil. Membolehkan peserta kursus belajar dan menilai diri sendiri. Penilaian berbentuk lebih terbuka dan seimbang. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari masa ke masa mengikut kriteria yang dipersetujui bersama.

Penilaian Portfolio

iii.

Jenis-jenis Portfolio Portfolio Kerja Harian/ Working Portfolio

Merupakan bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan. Contoh: Proses pengembangan idea yang dijalankan secara harian untuk menghasilkan satu karangan yang menunjukkan ciri-ciri berikut: a) cara mengembangkan idea dalam perenggan b) cara mengumpul isi penting tentang tajuk karangan

13

Dipilih daripada hasil yang terbaik daripada portfolio kerja harian. Ini berbentuk sumatif. Portfolio Hasil Terbaik/ Show Portfolio Contoh: Hasil karangan yang terbaik daripada beberapa karangan dibuat dan dikumpul dalam portfolio kerja harian/ mingguan.

Merupakan

hasil

tugasan

kecil

yang Portfolio Dokumen/ Documentary Portfolio

dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk

menyempurnakan portfolio kerja harian. Contoh: Satu karangan hasil daripada warna tertentu.

iv.

Kegunaan Portfolio

Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama-sama rekod anekdot guru untuk menghasilkan penilaian yang holistik; Mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau

perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan berasa bangga dengan hasil pencapaiannya; Memberi peluang kepada pelajar membuat refleksi dan penilaian Kendiri; Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar dari segi kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman; Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugas dan kadar pencapaian hasil pelajar; Membolehkan penilaian dalam bidang afektif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkah laku, pelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio;

14

vi.

Perancangan

Sebelum membuat portfolio, beberapa perkara penting mesti diambil kira. a. Soalan-soalan untuk menentukan tujuan dan seterusnya jenis
portfolio Adakah anda ingin menilai proses atau hasil portfolio? Apakah bukti untuk mencapai matlamat kurikulum atau peta perkembangan pembelajaran pelajar? Apakah kumpulan sasar yang ditujukan?

b.

Isi kandungan portfolio Adakah bukti pencapaian objektif portfolio (matlamat/data) relevan? Apakah jenis-jenis bukti pencapaian pembelajaran pelajar?

c.

Berapa banyak bukti pencapaian pembelajaran pelajar?

Siapakah yang akan memilih isi kandungan, bahan/sumber portfolio dan bagaimana?
Guru atau pelajar atau kolaborasi? Adakah proses pembinaan portfolio menggalakkan pelajar membuat refleksi kendiri dan penilaian kendiri? Apakah sistem yang digunakan untuk pengendalian portfolio dalam kelas?

d.

Penilaian Portfolio
Adakah portfolio dinilai secara keseluruhan, kumpulan atau individu? Apakah kriteria penilaian yang akan digunakan? Adakah kriteria penilaian mudah difahami dan adil? Bagaimanakah membuat anggaran dan laporan mengenai kedudukan/lokasi pelajar dalam peta perkembangan

pembelajaran pelajar? 1. 2. mengikut tahap atau lokasi secara berterusan? subjektif atau objektif?

15

vii.

Cara Membina Portfolio Setelah memahami peringkat dan strategi pembinaan portfolio, rancangkan satu

aktiviti yang sesuai berdasarkan kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran yang anda ajar. Gunakan jadual berikut sebagai panduan.

Peringkat
Menentukan portfolio tujuan

Strategi
Menghuraikan tujuan portfolio. Menghuraikan instrumen portfolio. Refleksi/menyemak huraian tujuan dan

Aktiviti

diselaraskan dengan objektif kurikulum serta peta perkembangan pembelajaran pelajar

dalam sesuatu bidang pembelajaran. Menentukan portfolio isi Menghuraikan pembelajaran. Menghuraikan luas bidang pembelajaran. Refleksi/menyemak pembelajaran huraian bukti/sumber peta jenis-jenis/aktiviti-aktiviti

dengan

menggunakan

perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran. Menentukan pemilihan cara portfolio pengendalian Menghuraikan sistem pengendalian portfolio. Refleksi/menyemak berdasarkan tujuan huraian portfolio pengendalian dan peta

perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran. Menentukan apa yang akan dinilai dan kriteria penilaian Menentukan fokus penilaian secara

keseluruhan atau individu. Menerangkan kriteria penilaian. Memastikan difahami. Memastikan kriteria tidak memihak kepada sesuatu jantina atau kumpulan. Refleksi/menyemak huraian fokus dan kriteria penilaian mengikut tujuan portfolio, peta kriteria ini jelas dan mudah

perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.

Menentukan membuat dan lokasi pelajar laporan

kaedah anggaran tentang

Menghuraikan

kaedah

membuat

anggaran

tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar. Menghuraikan kaedah membuat laporan

pencapaian di peta

tentang lokasi pencapaian pelajar di peta

16

Peringkat
perkembangan pembelajaran pelajar.

Strategi
perkembangan pembelajaran pelajar. Refleksi/menyemak huraian kaedah membuat anggaran dan laporan mengikut tujuan dan kumpulan sasar.

Aktiviti

viii.

Mengumpul Maklumat Setelah menentukan jenis portfolio, dan strategi pembinaan portfolio, pelajar mencari dan mengumpul maklumat daripada pelbagai aktiviti. Penyelidikan dan rujukan daripada pelbagai bahan cetak dan Teknologi Maklumat

Pelajar mendokumentasikan maklumat dengan memindahkan ke komputer atau ke dalam fail. Misalnya:

Inti/ rumusan dari pelbagai sumber Imbas gambar foto Membentuk soal semak di komputer Sambungkan gambar video (untuk pemerhatian) ke komputer.

ix.

Bagaimana Menilai Portfolio?

Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahirankemahiran, pengetahuan dan kefahaman.

Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir. Sebagai contoh, mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.

E J A A N

5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru 3 Membentuk suku kata 2 Menyebut bunyi huruf 1 Permulaan mengenal huruf

17

Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.

Membuat laporan sama ada secara huraian atau grafik untuk mencapai matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.

x.

Merekod Penilaian Portfolio

Penilaian Awal

Mengambil kira ciri-ciri penting misalnya draf pertama perancangan portfolio.

Penilaian merentasi tugas bertulis mengikut kriteria dengan skala: -Sangat Tinggi (5) -Tinggi (4) -Sederhana (3) -Rendah (2) -Sangat Rendah (1)

Kriteria penilaian: Pemikiran dan isi Struktur dan organisasi Strategi pengurusan Variasi isi yang sesuai Struktur ayat dan gaya bahasa untuk tujuan dan kumpulan sasar yang berlaian.

Senarai ciri-ciri paling penting

Ini akan menentukan markah portfolio dan wajaran markah bagi setiap ciri.

Mengambil Penentuan gred

kira markah yang diberi kepada tiapbukti-bukti lain seperti nota

tiap peringkat dan

anekdot dan refleksi pelajar. Senarai Semak Portfolio Penilaian Peringkat Perancangan 1. 2. 3. Adakah perbincangan dibuat untuk menentukan topik/tajuk dan skop? Adakah objektif pembinaan portfolio jelas dan tepat? Adakah strategi untuk mengumpul maklumat dan data dipelbagaikan. Ya Tidak

xi.

18

4. 5.

Adakah jadual fleksi dimasukkan dalam kontrak pelaksanaan kerja. Adakah draf tentang langkah-langkah untuk pembinaan portfolio dibuat?

6.

Adakah pendedahan kepada pelbagai penilaian portfolio mencukupi?

Peringkat Perkembangan / Proses

1. 2.

Adakah bimbingan perlu diberi secara berterusan? Adakah semua aktiviti-aktiviti yang merentasi semua aspek penilaian dijalankan?

3. 4.

Adakah hasil aktiviti-aktiviti didokumentasikan? Adakah maklumat atau bukti-bukti didapati daripada aktiviti pembelajaran yang lain?

5.

Adakah catatan mengenai aktiviti-aktiviti disalin dalam komputer/disimpan dalam portfolio?

6.

Adakah analisis maklumat dibuat dengan menggunakan segala bahan/bukti terkumpul mengikut keperluan?

7. 8.

Adakah penilaian kendiri dibuat bagi tiap-tiap peringkat? Adakah susunan maklumat/data/bukti pembelajaran disusun secara urutan dan logik?

Peringkat Penilaian 1. Adakah kriteria-kriteria tertentu ditetapkan untuk penilaian portfolio? 2. 3. Adakah penilaian memberatkan proses? Adakah penilaian dibuat dengan menggunakan Peta Pembelajaran Pelajar? 4. 5. Adakah hasil/bukti portfolio dinilai? Adakah aspek-aspek sahsiah juga dinilai?

Peringkat Refleksi/Penutup

1. 2.

Adakah proses dan hasil mengikut objektif? Adakah portfolio dihasilkan dalam jangka masa mengikut pelaksanaan kerja?

3.

Adakah idea baru wujud dari penghasilan portfolio tersebut?

19

xii.

Senarai semak

yang berikut boleh digunakan untuk menilai tentang sikap dan

tingkah laku pelajar sewaktu menyediakan portfolio dengan menggunakan kriteria tertentu mengikut kategori di bawah: Tajuk portfolio: ____________________________________________

Sikap Interaksi dan Pelibatan 1 2 3 Bekerjasama Kolaborasi (mencuba dan menyumbang idea) Menyoal rakan sebaya dalam kumpulan (menggalakkan pelibatan orang lain) 4 Mengambil risiko (percaya dengan kebolehan diri) 5 Tekun menjalankan tugas

Lim

Ali

Samy

Petunjuk

Tidak berdikari Perlu bantuan Berdikari

- 0 - 1 - 2

iv. Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

i.

Pengenalan Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri,

para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksana dan dihasilkan dalam jangka waktu dan juga corak penilaian tugasan yang ditetapkan sendiri oleh individu berkenaan. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.

20

ii.

Apakah Kontrak Pembelajaran? Kontrak Pembelajaran atau dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran

merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan, secara bertulis. Persetujuan ini biasanya meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan penghasilan tugasan yang berkenaan, iaitu:

Bentuk akhir tugasan yang dihasilkan - Tahap manakah tugasan itu perlu disiapkan? Bagaimana tugasan itu akan dilaksanakan berkumpulan? Jika berkumpulan, bagaimanakah input yang diharapkan daripada setiap individu yang terlibat? Adakah secara individu atau

Berapa lama, dan bila tugasan itu perlu disiapkan secara berproses, atau pada hasil akhirnya sahaja?

perlukah tugasan itu dinilai

Jika berproses, bagaimanakah pula penilaian dibuat pada setiap proses? Konsekuen yang akan diterima oleh pihak yang gagal memenuhi/mematuhi kontrak tersebut. Misalnya, penolakan jumlah markah tertentu akan dibuat sekiranya

didapati ada individu di dalam sesuatu kumpulan enggan memberi kerjasama kepada kumpulannya.

Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak telah bersetuju dengan syaratsyarat atau kriteria-kriteria yang disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi dalam kriteria di atas. Kriteria ini ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas. iii. Fungsi Kontrak Pembelajaran Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan

a. b. c.

pelajar mengenal pasti dan merekod, menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri, mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut,

d. e. f.

menetapkan jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya, memaperkan bukti yang menunjukkan bahawa objektif telah tercapai, dan menentukan bagaimana dan pada tahap mana pencapaian matlamat pembelajaran/tugasan akan dinilai.

21

g.

Memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri.

i.

Membantu pelajar membuat refleksi bukan sahaja pada akhir tugasan tetapi juga pada sepanjang proses kerjanya iaitu dari awal hingga ke hasil terakhir.

iv.

Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan? Kontrak ini boleh digunakan dalam pelbagai cara mengiut tahap penglibatan pelajar

dalam menentukan objektif, kaedah, dan penilaian tugasan yang berkenaan. Antara cara-caranya ialah: a. Penilaian objektif tugasan objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan strategi perlaksanaannya, atau beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar kemudian memilih mana-mana yang difikirnya paling sesuai, atau pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudiannya mana-mana yang paling sesuai dan dipersetujui oleh guru.

b.

Hasil Pembelajaran pelajar yang berkenaan bertanggungjawab terhadap strategi

pembelajaran bentuk tugasannya sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dsb. jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan terlebih dahulu oleh guru.

c.

Penilaian dalam kontraknya, pelajar menyatakan gred akademik yang diharapkan, dan sistem penggredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan yang berkenaan; atau sistem penggredan dan kaedah penilaian keseluruhan proses dan hasilan tugasan ditentukan oleh guru; atau gred terakhir boleh dibincangkan, dan kompromi di antara guru dan pelajar tersebut; berdasarkan syarat-syarat atau kriteria tertentu, Penilaian dibuat oleh individu berkenaan dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan

kebolehpercayaannya.

Guru juga memberi kata putus terhadap gred

22

akhirnya mendapat persetujuan ketiga-tiga pihak yang terbabit, atau ditetapkan oleh guru sahaja. d. Format / Bentuk Keperluan tugasan/kontrak pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut keperluan kursus/tugasan dan pihak yang terlibat. kursus/tugasan/projek memerlukan kontrak yang amat Sesetengah formal, yang

prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi (selepas dipersetujui bersama oleh semua pihak yang terlibat dalam penghasilan dan penilaiannya). Sebaliknya, kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas.

Seperkara lagi, anda perlu ingat bahawa:

Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru agar kesahannya tidak terjejas.

Bagi setiap kontrak pembelajaran, senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu juga dilampirkan. Senarai semak ini mesti disusun bersama penghasilan dan penilaian tugasan, ataupun ditetapkan oleh guru dan dibentangkan kepada pelajar semasa membuat negotiation sebelum mematrikan kontrak tersebut.

Format senarai semak boleh dibuat mengikut keperluan kursus, tugasan dan persetujuan bersama oleh kesemua pihak yang terlibat.

Untuk membuat kontrak pembelajaran, terlebih dahulu peserta akan menentukan matlamat yang akan dicapainya pada akhir kerja atau tugasan yang berkenaan. Kemudian dia akan memastikan pula kaedah dan prosedur serta jangka waktu yang akan diambil olehnya pada tahap tertentu dalam proses menyempurnakan tugasan/projek/kerja tersebut. Kesemua

rancangan ini akan dirakamkan di dalam bentuk kontrak pembelajaran yang ditandatangani sendiri. Kontrak ini kemudian akan menjadi dokumen yang akan mengingatkannya tentang objektif/tujuan kerjanya, tahap kerja yang

23

telah disempurnakan di samping memberi maklumat tentang apa yang perlu dibuatnya. Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu KONTRAK PEMBELAJARAN Mata Pelajaran : Nama : Tahun / Tingkatan : Tugasan : Objektif : 1.-------------------------------------------------------------2.------------------------------------------------------------3.-------------------------------------------------------------

Perkembangan Peringkat

Apa yang saya mahu capai

Bagaimana saya akan

Jangka

waktu

Bagaimana penilaian peringkat dibuat bagi ini catatan

pelaksanaan peringkat ini

pada peringkat ini

laksanakan peringkat ini.

Tandatangan kendiri

Tandatangan rakan sebaya

tandatangan guru

............................................... Nama:

............................................... Nama:

................................. Nama:

Rumusan

Kontrak Pembelajaran melatih pelajar membuat refleksi dan andaian serta ramalan terhadap proses dan kesan tindakannya dalam merancang tugasan pembelajarannya.

24

Selain itu, pelajar juga dikehendaki memperoleh dan memilih maklumat yang sesuai, di samping memperlihatkan bukti yang kukuh tentang kesahihan maklumat. Ini memerlukan pelajar tersebut berfikiran kritis dan kreatif, berinovasi dan sedar tentang hala tujunya dalam pembelajaran tersebut.

V.

Penilaian Melalui Ujian i. Pengenalan Penilaian di sekolah perlu memberikan peluang pelajar mengembangkan

potensinya secara bebas. Untuk mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang luwes / fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar, penilai perlu mengambil kira keperluan dan kemampuan individu, serta kepelbagaian cara supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Pelajar yang berlainan gred misalnya, boleh mengambil ujian yang sama. Dengan cara multiple delivery, ini akan menjadi motivasi kepada seseorang pelajar untuk meningkatkan pencapaian supaya selaras dengan pencapaian pelajar lain.

Penilaian memerlukan bukti dan maklumat secara kuantitatif dan kualitatif sebelum satu pertimbangan mengenai perkembangan dan prestasi pelajar dapat dibuat. Maklumat yang bersifat kuantitatif tentang pelajar lebih mudah diperoleh melalui pelbagai ujian manakala maklumat kualitatif seperti sikap, perlakuan, minat dan nilai diperoleh melalui kaedah bukan ujian ( pemerhatian, portfolio, projek, dll). Penilaian formatif dapat mengesan kejayaan dan kegagalan pembelajaran pelajar serta dapat mengukur kemajuan pelajar setelah mereka melalui satu-satu unit pelajaran.

Pencapaian pelajar direkod dalam Laporan Prestasi dan Rekod Profil untuk memudahkan guru mengikuti perkembangan pembelajaran setiap pelajar. Tindakan susulan juga dapat dibuat serta-merta. Ini bermakna pelajar yang berprestasi cemerlang diberi peluang

diintegrasikan pembelajarannya secara menegak (vertical integration) mengikut tahun / tahap yang lebih tinggi dan diintegrasikan secara mendatar (horizontal integration) mengikut unit-unit pembelajaran yang lebih tinggi dalam tahun/tahap yang sama. Manakala pelajar yang berprestasi rendah, tindakan susulan serta-merta akan diambil bagi memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki kemahiran dan pengetahuan yang belum dikuasai mengikut kemampuan (patching) sehingga membolehkannya mengikuti unit pembelajaran seterusnya. Dengan alat perkakas dan sumber yang sesuai serta perisian dan bank item yang besar, kaedah Computer Adaptive Testing ( CAT) dapat melaksanakan tugas pengujian ini dengan berkesan.

25

Pada akhir sesuatu tempoh semester atau tahun, guru juga boleh mendapatkan gambaran prestasi keseluruhan pelajar bagi menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penilaian sumatif. Penilaian seumpama ini sedang dilakukan oleh Lembaga

Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kedua-dua penilaian formatif dan sumatif saling membantu untuk membentuk satu program penilaian yang berkesan.

Ujian yang baik perlu ada item yang bermutu. Analisis item yang dijalankan selepas sesuatu ujian atau praujian membantu dalam hal pemilihan item. Satu kumpulan item (item pool) yang besar akan memastikan guru memperoleh item yang diperlukan dari semasa ke semasa. ii. Perancangan Ujian Aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan ujian termasuk

unsur-unsur motivasi, refleksi, mencabar minda, menimbulkan celik akal, mengurangkan tekanan, menimbulkan kesediaan, dan sentiasa bersedia untuk mengambil peperiksaan seterusnya.

Sebelum mentadbirkan ujian, sudah pasti kita perlu merancang beberapa strategi supaya ujian itu dapat mengukur perkara yang hendak diukur. Strategi yang berikut boleh dijadikan panduan semasa merancang ujian jenis objektif. Langkah 1 : Tahukah tujuan ujian? i. ii. iii. iv. Mendiagnos kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar. Menilai kemahiran prasyarat. Menilai tahap penguasaan ilmu. Merancang program pemulihan dan pengayaan.

26

Langkah 2 : Tahukah bidang yang akan dinilai? i. ii. iii. Aspek kognitif Aspek afektif- nilai/sikap Aspek kemahiran: iv. pedagogi pemudahcaraan berfikir belajar teknologi maklumat (IT)

Aspek personaliti tingkah laku gaya kognitif pelbagai kecerdasan (mutiple intelligence) kecerdasan emosi (emotional intelligence)

Latihan 5 Sila dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

Kemudian buat banding beza antara kaedah-kaedah penilaian bahasa yang telah dihuraikan di atas menggunakan borang pengurusan grafik. Sila ambil satu contoh kaedah penilaian bahasa di atas untuk menilai satu kemahiran bahasa. Nyatakan kesesuaian dan keberkesanan kaedah tersebut untuk menguji kemahiran bahasa yang telah anda pilih itu.

SELAMAT BERJAYA

Buku Rujukan dan Bacaan Asas

27

Abdul Aziz Talib (1989), Pengajaran dan Pengujian Bahasa, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Azman Wan Chik (1987), Isu-Isu dalam Pengukuran dan Penilaian Bahasa Malaysia. Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kuala

Azman Wan Chik (1994), Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Bahagian Pendidikan Guru. Menilai dan Mentaksir, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Juriah Long, Raminah Hj. Sabran dan Sofiah Hamid, (1990). Bahasa Malaysia, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Perkaedahan Pengajaran

Kamaruddin Hj. Husin (2001). Pedagogi Bahasa ( Perkaedahan). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Raminah Hj. Sabran (1991), Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tan Hui Leng (1996). Penilaian dalam Proses Pendidikan : Asas Pedndidikan 3, Shah Alam: Fajar Bakti.

Rujukan

28

Anuar Amat dan Zuariah Yusoff (1992) Pembinaan Item Ujian dalam Penilaian Pendidikan Bahasa Melayu , Kuala Lumpur : Institut Bahasa Ee Ah Meng (2003). Ilmu Pendidikan: Pengetahuan dan Keterampilan Ikhtisas. Shah Alam: Fajar Bakti. Institut Bahasa (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Juriah Long dan Noor Ein Mohd. Noor (1990). Alat dan Bahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Kamarudin Hj Husin (1991). KBSM dan Model-Model Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamariah Abu Bakar, et.al. ( 1999) Pengujian dan Penilaian dalam Pengajaran, Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Mok Soon Sang. (2000). Ilmu Pendidikan untuk KPLI. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

29

You might also like