You are on page 1of 6

CONTOH KARANGAN BERITA SOALAN; Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di Kuala Lumpur.

Andaikan bahawa anda seorang pemberita,tuliskan berita tentang kejadian tersebut. Panjang karangan berita anda hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

CONTOH KARANGAN. KUALA LUMPUR , 24 Mac - Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di sekitar bandar raya. Pihak polis berjaya mengesan beberapa kereta curi hasil daripada serbuan tersebut. Jurucakap polis menyatakan bahawa siasatan mengenai sindiket itu dibuat beberapa minggu yang lalu. Menurut jurucakap itu lagi,beberapa orang telah ditahan untuk siasatan lanjut. Hasil daripada maklumat orang ramai,pasukan polis telah

membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Ipoh. Lima orang ditahan dalam serbuan itu. Seorang daripadanya dipercayai pakar mekanik Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu yang dicuri .beberapa plat nombor kereta palsu dijumpai juga di bengkel tersebut. Sementara itu,gerakan sedang dijalankan oleh polis untuk mencari seorang lelaki yang bernama Mutusamy .Dia dapat membantu polis untuk memusnahkan sindiket tersebut. Orang ramai diminta tampil ke hadapan sekiranya mempunyai maklumat tentang lelaki berkenaan.

Andaikan kamu tinggal bersama-sama nenek dan berseko1ah di kampung. Tuliskan sepucuk surat kepada ayah kamu untuk memintanya menghadiri majlis penyampaian hadiah yang akan diadakan di sekolah kamu. Kamu akan menerima hadiah sebagai pelajar terbaik sekolah kamu. Kampung Padang Lalang, 24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman. 9 Oktober 2000 Ke hadapan ayahanda Azmin yang dikasihi dan dirindui selalu. Ayahanda, Apa khabar ayahanda di Pulau Pinang. Anakanda sentiasa berdoa agar ayahanda sihat sentiasa. Bagi diri anakanda di sini, usahlah ayahanda bimbangkan. Anakanda sihat dan riang di samping nenda berdua. Nenda berdua juga sihat. Mereka sampaikan salam buat ayahanda. Sebenarnya tujuan anakanda mengutus surat ini adalah untuk meminta ayahanda rnenghadiri majlis penyampaian hadiah di sekolah anakanda. Majlis itu akan diadakan pada 22 Oktober 2000, pada pukul 10.30 pagi. Anakanda akan menerima hadiah pada majlis itu nanti. Ayahanda pasti gembira mendengar

berita bahawa anakanda telah mendapat tempat yang pertama dalam peperiksaan yang lalu. Anakanda akan rnenerima hadiah sebagai pelajar terbaik kelas anakanda. Anakanda sangat berharap agar ayahanda dapat hadir pada majlis itu nanti. Sudah tentu kehadiran ayahanda akan mengembirakan hati anakanda. Nenek berdua pun akan turut hadir. Mereka sangat gembira apabila rnengetahui anakanda akan menerima hadiah pada majlis itu. Anakanda sangat merindui ayahanda. Semoga kita akan bertemu nanti. Salam sayang dan rindu daripada anakanda buat ayahanda di sana. Anakanda yang merindui,

Eliza

Contoh Karangan Ucapan Anda diminta untuk menyediakan sebuah ucapan sempena Hari Guru. Sediakan sebuah teks ucapan yang lengkap. Berikut contoh karangan ucapan sempena Hari Guru. Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan, guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid,

ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. Hadirin sekalian, Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru. Rakan-rakan sekalian, Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira. Guru juga merupakan ibu bapa kepada kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah menghormati guru.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka. Rakan sekalian,

Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah. Sesungguhnya, jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar . Sekian , terima kasih.

Syarahan Cara-cara Membalas Jasa Guru

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, barisan hakim, guru-guru serta rakanrakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang berbahagia ini, izinkan saya menyampaikan syarahan yang bertajuk "Cara-cara Membalas Jasa Guru". Hadirin sekalian, Guru ialah insan yang mengajar kita membaca, menulis dan mengira. Ilmu yang diberikan tidak terbatas dalam bidang pendidikan sahaja, malahan merangkumi keperibadian seseorang. Justeru itu sewajarnyalah sebagai manusia yang tahu mengenang budi, jasa mereka patut dibalas. Cara terbaik untuk membalas jasa dan pengorbanan guru adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Di

sekolah kita hendaklah tekun mendengar ajaran guru dan janganlah mengamalkan sikap acuh tak acuh semasa proses pengajaran sedang dijalankan. sikap sebegini menyebabkan kita juga yang mengalami kerugian. Hadirin yang dikasihi, Selain itu, kita perlu menghormati mereka seperti kita menghormati ibu bapa kita. Apabila berbicara dengan mereka, gunakanlah kata-kata yang manis dan penuh budi bahasa. Malahan janganlah bersikap berat tulang untuk menawarkan bantuan kepada mereka seperti mengangkat buku dan membersihkan kelas. Apabila sudah berjaya, jangan sesekali melupakan jasa guru kita. Jika ada kesempatan, kirimkanlah kad kepada mereka terutamanya pada Hari Guru. Malahan jika berpeluang kunjungilah mereka untuk bertanyakan khabar. Akhir sekali, hadiah paling bermakna bagi membalas jasa guru ialah dengan menjadi murid yang berjaya dan cemerlang dalam bidang akedimik serta menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Sekian, terima kasih.

You might also like