Modul Cakna Sejarah SPM 2009 Majlis Guru Cemerlang Kelantan / JPN Kelantan Disediakan
1
BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
Tamadun Indus(a)
Ciri-ciri bandar terancang
•
Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian
•
dikelilingi oleh tembok
•
Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan
•
yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yangdigunakan untuk upacara ritual dan pembersihan serta tempatpenyimpanan hasil pertanian
•
Bahagian kedua ialah kawasan perumahan
•
Perancangan bandarnya dibantu oleh oleh kemajuan ilmu geometri danpembinaan
•
Bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat
•
Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus danbersambung antara satu sama lain
•
Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang
•
Selain jalanraya, bandar-bandar ini juga dihubungkan dengan sungaiyang berfungsi sebagai jalan perhubungan
(b) Organisasi Sosial
•
Jumpaan arkeologi membayangkan masyarakat di Lembah Industerbahagi kepada dua golongan iaitu golongan atasan dan bawahan
•
Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang
•
Kelas atasan yang utama ialah pendeta
•
Mereka mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawalaktiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan kegiatan keagamaan
•
Golongan bawahan memberi ketaatan kepada golongan pendeta
•
Sejarawan berpendapat tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta
•
Golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruh
•
Golongan petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalirkansebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa
•
Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjagakebersihan bandar, membina tembok di benteng dan membina terusan(c) Pengkhususan pekerjaan
•
Masyarakat Indus menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi sepertiperdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan
•
Aktiviti perdagangan secara khusus membabitkan perdagangan luartermasuklah dengan Mesopotamia