• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
JURANG DIGITAL DI MALAYSIA - SATU PANDANGAN UMUM Penyusun: AMY - SMK CHUNG HUAMIRI SARAWAK untuk pelajar enam atas 2008 JURANG DIGITAL 1: PENGENALAN Adakah andatahu bahawa 65 peratus daripada penduduk yang memiliki komputer di Malaysiaterdiri daripada masyarakat yang tinggal di kawasan bandar seperti di Selangor,Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang sahaja? Anda berada di mana? Mengapa ia satu isu?Kemajuan sosial dan ekonomi kini bersandar kepada kebolehan sesuatu individu ataumasyarakat menggunakan ilmu pengetahuan. Di waktu kini dan di masa hadapan akanterdapat lebih banyak ilmu dan maklumat akan disalurkan melalui sistem ICT,terutamanya Internet.1
 
Jurang Digital merujuk kepada perbezaan besar di dalam masyarakat, antara merekayang mendapat capaian secukupnya kepada kemudahan ICT, dan yang tidak mendapatnya.Mereka yang tidak mendapat capaian sewajarnya difikirkan akan ketinggalan dalamusaha pembangunan amnya. Jurang ilmu pengetahuan pula merujuk kepada keadaan dimana maklumat yang dicapai melalui kemudahan infrastruktur ICT ini tidak dapatdimanfaatkan sepenuhnya disebabkan kurang kemahiran untuk menggunakannya dalammenjalani kehidupan seharian. Jurang Digital akan memberi peluang kepadasebahagian sahaja daripada kita untuk mendapat faedah, manakala yang sebahagianlagi tidak dapat merasai manfaat dari kecanggihan teknologi ini. Masyarakat desaadalah antara golongan yang mungkin terpinggir dan tercicir dalam arus pembangunansekiranya langkah-langkah positif tidak diambil untuk merapatkan Jurang Digitaltersebut. Teknologi semata-mata tidak akan membawa manfaat kepada rakyat jelatadalam hal ini. Isi kandungan serta aplikasi ilmu pengetahuan memainkan perananpenting bagi mendedahkan manfaat ICT kepada kehidupan penduduk desa dan seterusnyaboleh digunakan dalam kehidupan seharian mereka.Senario di MalaysiaAdakah anda tahu bahawa 65 peratus daripada penduduk yang memiliki komputer diMalaysia terdiri daripada mereka yang tinggal di kawasan bandar seperti diSelangor, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang sahaja? Ini bermakna, bakiselebihnya dimiliki oleh penduduk bagi 11 buah negeri yang lain, iaitu lebihkurang kadar purata 3.18 peratus bagi setiap negeri. Pada masa yang sama, peratusmampu milik komputer di kalangan penduduk masih berada di tahap yang rendah, iaitusebanyak 5% sahaja. Pada tahun 1998 misalnya, kadar akses Internet adalah sebanyak6 peratus bagi setiap 100 populasi penduduk dan 11.9 peratus untuk setiap rumah.Walaupun laporan menunjukkan sebanyak 182 peratus pelangganan Internet telahdilaksanakan di Malaysia, namun kebanyakannya hanya tertumpu di Lembah Kelang,Selangor dan di bandar-bandar besar seluruh negara. Statistik ini menunjukkanwujudnya perbezaan yang amat ketara dalam pemilikan komputer peribadi dankemudahan Internet di antara penduduk di bandar dan di luar bandar.Senario globalGambaran jurang digital sangat membimbangkan. Statistik menunjukkan 51 daripada100 gergasi ekonomi terhebat di dunia adalah dari kalangan syarikat-syarikatswasta (dan bukannya dari kalangan kerajaan). Lebih kurang 80 peratus daripenduduk dunia tidak pernah membuat panggilan telefon, apatah lagi untuk mengaksesInternet. Lebih dari 3 bilion penduduk dunia hidup hanya dengan pendapatan puratakurang dari US$2 (RM7.60) sehari. Sememangnya mereka tidak berupaya untuk memilikikomputer peribadi yang paling rendah kapasitinya (World Research Institute).2
 
Begitulah ketara besarnya perbezaan di antara yang kaya (bermaklumat) dan miskin(tidak bermaklumat). Syarikat-syarikat ICT dan kuasa ekonomi besar telah digesauntuk memberi lebih sumbangan kepada kebajikan komuniti dan kemanusiaan. Industridan kerajaankerajaan telah mula menunjukkan keprihatinan mereka dalam isi jurangdigital ini. Namun hakikatnya, jalan penyelesaian masih terlalu jauh.Matlamat Dasar Kebangsaan Industri Komunikasi dan MultimediaAkta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 558) menetapkan 10 objektif DasarKebangsaan bagi Industri Komunikasi dan Multimedia seperti berikut: • • • • • •Menjadikan Malaysia sebagai pusat dan tumpuan utama dunia bagi perkhidmatankomunikasi dan multimedia; menggalakkan pewujudan masyarakat di mana perkhidmatanberdasarkan maklumat sebagai asas pembangunan kualiti hidup yang berterusan;mencambahkan dan memupuk sumber maklumat dan perlambangan budaya tempatan;mengawal selia bagi faedah jangka panjang pengguna akhir; Menggalakkan tahapkeyakinan pengguna yang tinggi dalam penyampaian perkhidmatan daripada industriitu; memastikan penyediaan perkhidmatan sama rata yang mampu dibayar melaluiinfrastruktur kebangsaan yang sentiasa ada; mewujudkan suasana aplikasi yang giatbagi pengguna akhir memudahkan pengagihan secara berkesan sumber seperti tenagaburuh mahir, modal, pengetahuan dan aset kebangsaan; menggalakkan pembinaankeupayaan dan kecekapan dalam industri percantuman Malaysia; dan menjaminkeselamatan maklumat dan kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian.Inisiatif Kerajaan dalam Usaha Merapatkan Jurang DigitalJurang digital amat nyata di di dalam sektor ICT. Terdapat jurang di antara yangbermaklumat dan tidak maklumat di kalangan pelbagai kumpulan masyarakat diMalaysia. Dalam masa yang sama, mereka yang bermaklumat dan kaya tinggal di bandarsementara yang tidak bermaklumat dan miskin di pendalaman. Untuk membetulkanketidakseimbangan digital ini, pihak Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK)dan kementerian sebelumnya, Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia (KTKM)telah menjalankan beberapa inisiatif dalam memenuhi objektif nasional dalammemastikan peruntukan yang lebih adil dalam perkhidmatan ICT lebih mampu-milikseperti yang telah di maktubkan di dalam Akta Komunikasi Multimedia 1998.Penyambungan internet di kawasan pendalaman telah dijalankan melalui inisiatifseperti program Pusat Internet Desa (PID) dan progam Pemberian PerkhidmatanSejagat (USP). PID telah dilancarkan pada 3 April 2000 sebagai pendekatanmenyeluruh dalam menyediakan akses Internet di kawasan pedalaman melaluiperuntukan keperluan infrastruktur, pembinaan kapasiti serta pembangunankandungan. Di bawah program PID, operator pihak swasta yang dibiayai oleh kerajaanmenyediakan perlalatan komputer dan sambungan Internet; sementara tapak,keselamatan dan elektrik3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...