You are on page 1of 1

Dasar Perhutanan Negara 1978 (pindaan 1992) yang diluluskan oleh Majlis Tanah Negara pada 19hb November

1992 dan diterimapakai oleh Kerajaan Negeri Sembilan dengan mengambil pendekatan yang menyeluruh dalam pengurusan, pemeliharaan dan pembangunan sumber hutan.

Dasar Perhutanan Negara telah menggariskan beberapa matlamat utama seperti berikut:1. Untuk menguruskan sumber hutan negara secara berkekalan bagi pengeluaran berterusan hasil dan perkhidmatan hutan serta penggunaannya secara optimum bersesuaian dengan keperluan alam sekitar 2. Untuk meningkatkan bekalan pengeluaran hasil dan perkhidmatan melalui aktiviti-aktiviti perhutanan bersesuaian yang akan meningkatkan kualiti, produktiviti serta penggunaan sumber hutan 3. Untuk terus membangunkan teknologi mantap yang bersesuaian dengan keperluan alam sekitar bagi pemeliharaan, pengurusan dan penggunaan sumber hutan 4. Untuk memelihara dan melindungi kepelbagaian hayat hutan, air dan tanah dan penggunaannya secara berkekalan 5. Untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan kilang-kilang pemprosesan berasaskan keluaran hutan serta menambahkan aktiviti hiliran dengan nilai-nilai yang tinggi 6. Untuk memperkukuhkan kesedaran awam berhubung peranan hutan terhadap alam sekitar dan pemeliharaan melalui pembelajaran serta penyebaran maklumat 7. Untuk meningkatkan sumbangan sektor perhutanan kepada pendapatan negara, pertukaran wang asing dan peluang-peluang pekerjaan.

You might also like