You are on page 1of 5

NAMA

: MAHANI BT MAMAT@MOHAMAD HASHIM

NO MATRIK

: 808137

TARIKH

: 25.11.2010

MASA

: 4.00 7.00 PM

REFLEKSI 1
PERBEZAAN ANTARA GOALS DAN OUTCOMES

Goals
Hasil yang akan dicapai untuk memenuhi keperluan diri. Boleh juga ditafsirkan
sebagai hasil yang diusahakan untuk dicapai. Satu kenyataan atau rancangan yang
bertujuan untuk dicapai.
Satu rancangan jangka masa panjang yang luas yang datang daripada misi
rancangan tersebut. Dalam penentuan sesuatu kejayaan, satu matlamat akan
ditetapkan dalam diri dalam usaha mencapai kejayaan. Matlamat adalah sesuatu
yang ditentukan dan boleh dikawal.
Contohnya, dalam peperiksaan, boleh dibuat satu matlamat iaitu berapa orang
yang akan mendapat gred A, 30 orang. Satu usaha akan dibentuk untuk mencapai
matlamat tersebut.
Outcomes
Jangkaan yang boleh diukur secara spesifik tentang pengetahuan, kemahiran,
persaingan dan sikap yang membolehkan pelajar berjaya menyiapkan sesuatu
perkara yang telah dirancangkan. Hasil adalah sesuatu perkara yang di luar
jangkaan atau yang tidak boleh dikawal.
Contohnya, satu usaha telah dibentuk untuk mencapai 30 orang A tetapi adakah
tercapai matlamat tersebut pada akhir rancangan? Hasilnya, adalah sesuatu di luar
kawalan.

NAMA

: MAHANI BT MAMAT@MOHAMAD HASHIM

NO MATRIK

: 808137

TARIKH

: 25.11.2010

MASA

: 4.00 7.00 PM

REFLEKSI 2

SEJAUH MANAKAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH


MENGGUNAKAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ) merupakan satu bentuk pentaksiran yang
dilaksanakan di sekolah. Ia di mulakan pada tahun 2008. Pada peringkat sekolah
menengah terdapat 5 peringkat pentaksiran alternative dalam PBS iaitu Projek, kerja
kursus, Ujian Lisan Berasaskan Sekolah, Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah dan
modul. Manakala peringkat sekolah rendah pula ialah kerja kursus dan pentaksiran
berasaskan sekolah.
Pentaksiran alternatif banyak digunakan dalam PBS dan ianya sangat berkesan
terutamanya membabitkan pelajar-pelajar yang menghadapi peperiksaan awam yang
penting pada tahun tersebut. Kalau dahulu, hanya mata pelajaran yang tertentu sahaja
yang mengamalkan pentaksiran alternative, sekarang kebanyakan mata pelajaran lain
turut menggunakan pentaksiran alternative.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan
pengubahsuaian peperiksaan awam iaitu UPSR dan PMR. Beliau juga telah berkata,
sistem pentaksiran berasaskan sekolah mungkin akan digunakan untuk menggantikan
sistem peperiksaan awam di negara ini. menerusi sistem itu, Lembaga Peperiksaan akan
menentukan bentuk soalan yang boleh dinilai oleh guru dan kemudian akan diukur
pencapaiannya. Beliau juga menyatakan, "Kita gantikan sistem peperiksaan awam kepada
satu sistem pentaksiran berasaskan sekolah, ini belum dimaklumkan tetapi sudah dikaji
dan didapati mungkin sesuai kerana ia diamalkan di banyak negara.
Ini menunjukkan pentaksiran alternative digunakan secara meluas di setiap buah
sekolah di negara ini dan sangat berkesan. Pentaksiran alternatif juga akan digunakan
bersama dengan peperiksaan awam.

NAMA

: MAHANI BT MAMAT@MOHAMAD HASHIM

NO MATRIK

: 808137

TARIKH

: 09.12.2010

MASA

: 4.00 7.00 PM

REFLEKSI 3
MODEL PENILAIAN MATLAMAT BEBAS
Scriven (1972) memperkenalkan konsep penilaian matlamat bebas (free-goal evaluation).
Model ini lebih menekankan kepada cara bagaimana hendak mengurangkan prasangka
(bias) dengan tidak memaklumkan kepada penilai program itu. Penilai mesti berada dan
menghadiri sesuatu program dan menyelidik kesemua hasilnya. Model ini menganggap
pengguna sebagai audiens utama. Untuk menggunakan model ini dalam penilaian soalansoalan berbentuk seperti ini sering ditanyakan iaitu `Apakah kesan daripada menjalankan
program tersebut. Melalui model ini, beliau mahu penilai mengukur kesan yang didapati
daripada sesuatu program berbanding dengan keperluan pengguna dan tidak
membandingkannya dengan matlamat pihak penganjur.
Rajah di bawah ini menunjukkan prosedur penggunaan model ini.

Memerhatikan
program,
dokumen dan
penyimpanan
rekod

Menemuramah
orang
yang terlibat
dalam
program

Mengenalpasti
kesemua kesan
terhadap program

You might also like