You are on page 1of 15

1. Pengenalan - menjelaskan secara ringkas berkaitan fenomena jerubu secara umum 2.

Menjelaskan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi mengetahui tahap jerebu dan sertakan huraikan punca-punca terjadinya jerebu tersebut.
3. Analisis data indeks Pencemaran Udara (IPU) yang anda pilih. Sila huraikan dengan ringkas bacaan (IPU) tersebut. 4. Langkah mengatasi masalah jerubu 5. Kesan jerubu terhadap ; a) kanak-kanak, b) orang tua, c) perokok d) mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, jantung dan yang menghadapi alahan. 6. Kesimpulan

Berikut adalah catatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di stesen di kawasan Johor, yang direkodkan bermula jam 7 pagi, 11 pagi dan 5 petang pada hari ini berdasarkan rujukan di Portal rasmi Jabatan Alam sekitar Lokasi Kota Tinggi Larkin lama Muar Pasir Gudang 7 AM 137* 117* 746* 127* 11 AM 124* 100* 690* 110* 5 PM 91* 89* 507* 96* Status Sederhana Sederhana Bahaya Sederhana

Status diambil kira menerusi bacaan jam terkini

Arahan bercuti sejak Jumaat lalu bagi 117 sekolah di Kluang dan 175 sekolah di Batu Pahat yang membabitkan 134,872 pelajar masih belum ditarik balik

Sementara itu, sebanyak 110 sekolah membabitkan 39,681 pelajar di Segamat menjadi daerah terbaru di Johor yang ditutup (Isnin) apabila IPU mencecah 400

Turut ditutup ialah 211 sekolah di Muar dan Ledang yang diisytiharkan kawasan darurat berikutan IPU mencecah diparas berbahaya

Bagaimanapun, semua 300 sekolah rendah dan menengah di Kota Tinggi, Pontian dan Pasir Gudang, yang ditutup sejak Khamis lalu akibat jerebu, mula dibuka semula pada (Isnin) selepas IPU mencatatkan bacaan yang bertambah bai

My Sumber - http://www.mysumber.com/berita/bacaan-indeks-ipu-jerebu-di-johor-23-jun-2013#ixzz2in3aS1Is

http://apims.doe.gov.my/apims/hourly2.php laman web jabatan alam sekitar

Tempoh Kemaskini / Updating Duration IPU setiap jam dikira berdasarkan cerapan data dari stesen pengawasan kualiti udara automatik yang dikawal secara jarak jauh (remote). Proses cerapan memerlukan kitaran masa selama 1 jam yang lengkap sebelum bacaan IPU dipaparkan. Sebagai contoh, bacaan IPU pada jam 7 pagi hanya akan lengkap selepas 1 jam cerapan iaitu pada jam 8 pagi sebelum dapat dikemaskini di laman APIMS Nota / Note * = Habuk Halus (PM10) a = Sulfur Dioksida (SO2) Monoksida (CO) b = Nitrogen Dioksida (NO2) daripada satu pencemar Pengiraan IPU Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya,

c = d = & =

Ozon (O3) Karbon Lebih

kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU. Pembentukan ozon di permukaan bumi (O3) Menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, lazimnya kepekatan ozon adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan. Di bawah pengaruh cahaya matahari, oksid-oksid nitrogen dan sebatian organik meruap yang dilepaskan dari ekzos kenderaan bermotor dan industri bertindakbalas bagi membentuk ozon di permukaan bumi. Maklumat Titik Panas (NOAA18)/Hotspots Information (NOAA18) 2013 Department Of Environment. All rights reserved.
SHAH ALAM, 24 JUN: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada sebelah petang di beberapa kawasan yang mengalami jerebu di Selangor petang ini didapati mencatatkan peningkatan berbanding bacaan yang dicatatkan pada petang semalam dan pada jam 7.00 pagi tadi. Di Pelabuhan Klang kualiti udara sehingga jam 5.00 petang tadi menunjukkan bacaan melepasi 317, di Banting pula mencatatkan bacaan lebih 200. Sementara itu di Shah Alam pula mencatat IPU 171 dan Petaling Jaya 196, iaitu mendekati ke tahap sangat tidak sihat. Justeru, menurut Exco Alam Sekitar Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor mengeluarkan arahan agar kilang perindustrian yang terletak di daerah yang mempunyai bacaan IPU pada tahap merbahaya agar mengurangkan pengeluaran mereka sehingga 30 peratus. Di Pelabuhan Klang oleh kerana tahap jerebu di kawasan tersebut telah mencecah l ebih 300, jadi kalau kita ikut pelan tindakan Prosedur Arahan Tetap (SOP) menangani jerebu, beberapa kilang di kawasan Klang akan diberi arahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mengurangkan pengeluaran mereka sampai 30 peratus supaya tidak menambah kepada kualiti udara yang semakin merosot, kata Elizabeth Wong ketika dihubungi TV Selangor. Menurut beliau lagi arahan tersebut dikeluarkan cecara automatik berdasarkan SOP yang terdapat dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan yang dikeluarkan oleh jabatan itu. Menurut Elizabeth, Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini turut menjangkakan beberapa kawasan di Selangor bakal menerima sedikit hujan dalam minggu ini.

Saya jangka keadaan ini mungkin tidak ada perubahan yang besar selagi api di Sumatera tidak dipadamk an, cuma sekarang kita melihat di mana arah angin sekarang bertiup ke utara, jadi ada kemungkinan jerebu itu boleh keluar dari Lembah Klang dalam beberapa hari yang akan datang. Tambahan pula Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan minggu ini kita akan mendapat sedikit hujan. Itu boleh menolong dari segi kualiti udara, kata beliau lagi. Berdasarkan indeks kualiti udara, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

http://www.met.gov.my/index.php?lang=malay laman web jabatan meteorology http://www.mpaj.gov.my/keratanakhbar/-/asset_publisher/sN9r/content/24-06-13-%5Bberitaharian%5D-garis-panduan-tindakan-hadapi-darurat-bencanajerebu;jsessionid=2DC06CF718280AF1DF85E151BA22C33B?redirect=http%3A%2F%2Fwww.mpaj.gov.m y%2Fkeratanakhbar%3Bjsessionid%3D2DC06CF718280AF1DF85E151BA22C33B%3Fp_p_id%3D101_INST ANCE_sN9r%26p_p_lifecycle%3D0%26p_p_state%3Dnormal%26p_p_mode%3Dview%26p_p_col_id%3D column-2%26p_p_col_pos%3D1%26p_p_col_count%3D2 portal rasmi majlis perbandaran ampang jaya

Bencana jerebu : Daerah dan negeri sekolah tutup mulai 24 June 2013

Kemerosotan kualiti udara yang teruk melanda beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang berstatus tidak sihat memaksa sekolah di kawasan yang terjejas diarahkan tutup oleh kerajaan negeri sehingga diberitahu kelak Tindakan itu adalah sebagai langkah yang sewajarnya bagi menjamin kesihatan dan keselamatan pelajar Dalam pada itu, menurut laporan rasmi media, turut melaporkan bahawa penutupan operasi sekolah akibat bencana jerebu di beberapa kawasan mulai hari ini (Isnin) turut meliputi guru dan petugas lain di sekolah berkenaan Tambah laporan itu lagi yang memetik sumber daripada Kementerian Pendidikan, memberitahu kesemua mereka tidak perlu hadir bertugas di sekolah yang berkenaan esok Berikut adalah daerah dan negeri yang terlibat dalam penutupan operasi berdasarkan rujukan daripada laporan media rasmi Negeri / Daerah Laporan Semua sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur akan ditutup berikutan kualiti udara Kuala Lumpur / yang semakin buruk akibat jerebu Putrajaya & Perkara itu dimaklumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Selangor Palanivel Datuk Seri Mohamad Hasan, mengumumkan semua sekolah, tabika dan tadika di daerah Port Dickson ditutup berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara Port Dickson hampir mencecah 300 Kesemua 313 buah sekolah menengah dan rendah di seluruh Melaka diarah tutup ekoran Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tahap bahaya Selain itu, institusi prasekolah termasuk Tadika Perpaduan, Kemas dan di bawah Melaka kendalian Jabatan Agama Islam Melaka serta milik swasta turut diarah tutup Di Kuantan, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua sekolah di daerah ini dan kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup Semua sekolah di Kuantan yang ditutup pada Isnin akibat jerebu akan dibuka semula seperti biasa mulai Selasa, kata Pemangku Pengarah Pelajaran Pahang Rosdi Kuantan Ismail Arahan bercuti sejak Jumaat lalu bagi 117 sekolah di Kluang dan 175 sekolah di Batu Pahat yang membabitkan 134,872 pelajar masih belum ditarik balik Sementara itu, sebanyak 110 sekolah membabitkan 39,681 pelajar di Segamat menjadi daerah terbaru di Johor yang ditutup (Isnin) apabila IPU mencecah 400 Turut ditutup ialah 211 sekolah di Muar dan Ledang yang diisytiharkan kawasan darurat berikutan IPU mencecah diparas berbahaya Bagaimanapun, semua 300 sekolah rendah dan menengah di Kota Tinggi, Pontian dan Pasir Gudang, yang ditutup sejak Khamis lalu akibat jerebu, mula dibuka semula Johor pada (Isnin) selepas IPU mencatatkan bacaan yang bertambah baik

Read more: http://www.infoharian.com/berita/cubaaan#ixzz2gRbccwPy

APA DIA JEREBU? Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus, kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji. Ia juga dianggap fenomena udara kering. BAGAIMANA JEREBU BERLAKU? Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut (sejenis pencemaran udara berat). Jerebu juga terhasil daripada tindak balas kimia yang kompleks yang berlaku seperti gas sulfur dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan kepada titisan seni asid sulfurik. Reaksi ini dipertingkatkan dengan kehadiran cahaya matahari, kelembapan tinggi, dan keheningan udara. DARI MANA SUMBER JEREBU? Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan. BENTUK JEREBU Dilihat dari jauh (contohnya kapal terbang yang menghampiri) dan bergantung pada arah penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari, jerebu mungkin kelihatan keperangan atau kebiruan, manakala kabus cenderung kelihatan biru-kelabu. Manakala jerebu sering dianggap sebagai satu fenomena udara kering, pembentukan kabus merupakan fenomena udara lembap. Walau bagaimanapun, zarah jerebu boleh bertindak sebagai nukleus pemeluwapan untuk pembentukan titisan kabus berikutnya; bentuk jerebu seperti itu dikenali sebagai "jerebu basah."
LAGI SEBAB DAN PUNCA JEREBU Jerebu sering berlaku apabila debu dan asap zarah berkumpul di udara yang agak kering. Apabila keadaan cuaca menghalang penyebaran asap dan bahan cemar lain, ia

memekat dan membentuk tabir rendah yang biasanya tergantung rendah yang menjejaskan penglihatan dan mungkin menjadi ancaman kesihatan pernafasan. Pencemaran industri pula boleh menyebabkan jerebu tebal, yang dikenali sebagai asbut. Sejak tahun 1991, jerebu telah menjadi masalah yang meruncing di Asia Tenggara, kebakaran hutan di Indonesia yang dibakar bagi membersihkan tanah menjadi punca. Sebagai tindak balas pada jerebu 1997 di Asia Tenggara itu, negara-negara ASEAN bersetuju dengan Pelan Tindakan Jerebu Serantau (1997). Pada tahun 2002, semua negara ASEAN kecuali Indonesia menandatangani Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan , tetapi pencemaran masih merupakan masalah pada hari ini. Di bawah perjanjian itu sekretariat ASEAN menjadi tuan rumah penyelarasan dan unit sokongan. MASALAH KESIHATAN AKIBAT JEREBU
Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan Kanak-kanak Orang tua Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain Perokok

terutamanya kepada:

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah: Iritasi kerongkong dan batuk-batuk Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat Iritasi di mata serta mata yang merah Kulit terasa gatal Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:

Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi Selalu minum air Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan Makan madu 2 sudu setiap hari, guna sudu plastik.

KESAN JEREBU

Jerebu menimbulkan isu dalam penggambaran bumi ("terrestrial photography"), di mana penembusan sejumlah besar atmosfera tebal mungkin perlu bagi mengambil gambar subjek jarak jauh. Ini menghasilkan kesan pandangan seperti kehilangan perbandingan ("kontras") pada subjek, akibat dari kesan penyelerakan cahaya melalui partikal jerebu. Disebabkan ini, warna matahari terbit dan terbenam kelihatan kelam pada hari berjerubu, dan bintang mungkin kabur pada waktu malam. Dalam sesetengah kes, kemerosotan akibat jerebu amat teruk sehinggakan pada waktu matahari terbenam, matahari hilang sama sekali sebelum mencecah ufuk.

KRONOLOGI JEREBU DI ASIA TENGGARA

KRONOLOGI JEREBU 1983-1992 April 1983 Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia(Lembah Klang) Ogos 1990 Semenanjung Malaysia (Lembah Klang) Jun 1991 Barat Sabah, Timur Sarawak dan SemenanjungMalaysia Sambungan . September 1991 Sabah dan Sarawak September Oktober 1991 Barat Sarawak, Semenanjung Malaysia(Lembah Klang dan Lembah Kinta) Oktober 1991 Semenanjung Malaysia (Lembah Klang danLembah Kinta) JEREBU 1997

Menjelang September 1997, kebakaran hutan diIndonesia telah marak di luar kawalan. Kawasan yang terbabit dengan kebarakan telahdianggarkan sebagai bersaiz 4 juta padang bolasepak dan kelihatan malah dari angkasa. Kebakaran hutan Indonesia ini telahmenghasilkan awan asap kuning yang kurangmenyenangkan yang melemaskan kawasan yangluas diAsia Tenggara, sampai sehingga sejauhutaraAustralia. Jerebu merupakan satu masalah BESAR di Asia Tenggara akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal. Akibat jerebu teruk pada September 1997, 7 anggota ASEAN telah menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution) pada 2002. .

Perbatasan angin sejuk, dikaitkan dengan asbut, di Laut Kuning. Perbatasan angin sejuk, ketika bergerak ke selatan, menyerap asbut dari timur China membentuk "perbatasan asbut" Pada Ogos 2005 , kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan menyebabkan keadaan jerebu yang agak teruk di pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang.

Dua kawasan diisytiharkan darurat iaitu Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang setelah IPU di dua kawasan itu mencecah lebih 500. Pada 2006, masalah jerebu berulang lagi. Pada Jun 2013 jerebu datang kembali seluruh Asia Tengara terutamanya di Singapura & Malaysia. Di Malaysia, kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Muar dan Ledang yang terletak di Johor. IPU di kawasan tersebut mencecah sehingga 746 pada jam 7 pagi 23 Jun 2013 dan kawasan ini telah pun diisytihar darurat. Bagi kawasan - kawasan lain, IPU juga mencatatkan peningkatan yang tinggi. Di Kuala Lumpur dan Selangor, sekolah - sekolah telah diarah tutup pada 24 Jun 2013 bagi mengelakkan kesan kesihatan yang teruk kepada para pelajar.

Justeru, langkah pencegahan perlu di ambil apabila terdapat tanda-tanda tersebut bagi mengelak diserang penyakit yang boleh membawa maut. Di antara langkah-langkah pencegahan tersebut ialah :

Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk. Mereka yang berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan. Penutup hidung (topeng muka) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan kumpulan berisiko tinggi. Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. Pakai topeng muka jika ingin keluar dari rumah. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih. Gunakan alat penghawa dingin dalam kenderaan ketika sedang memandu. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100). Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

eh DR. MOHD. NAHAR MOHD. ARSHAD KEADAAN jerebu semasa telah memaksa kerajaan mengisytiharkan darurat bagi kawasan Muar dan Ledang. Beberapa buah negeri juga menutup sekolah-sekolah bagi mengelakkan masalah kesihatan yang serius, terutama buat kanak-kanak.

Masalah jerebu sejak sedekad kebelakangan ini sudah menjadi masalah tahunan. Pembakaran di Indonesia bagi pembersihan ladang menjadi punca utama kedatangan jerebu secara bermusim ini.

Meskipun di peringkat kerajaan Malaysia, Singapura dan Indonesia sudah wujud usaha serantau bagi mengatasi masalah jerebu, namun setakat ini tidak ada hasil yang ketara. Langkah-langkah yang diambil adalah reaktif dan tidak membawa kepada penyelesaian menyeluruh.

Sikap pihak tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan keuntungan sendiri dengan membakar ladang untuk membersihkannya menunjukkan betapa kepentingan sosial tidak diambil peduli oleh mereka. Ya, kosnya murah buat syarikat ladang, namun kos kepada umum adalah mahal.

Kesan jerebu boleh dilihat dalam jangka masa panjang dan pendek. Gangguan kepada aktiviti ekonomi dan sosial harian boleh membawa kesan kepada segala perancangan yang telah sedia dibuat.

Jika keadaan berjerebu ini berakhir kurang dari seminggu dan tidak melangkau jauh ke banyak kawasan, impak ekonominya mungkin minimum, tidak mencecah bilion ringgit.

Sekiranya keadaan jerebu kali ini bertambah serius, berpanjangan serta melangkau kebanyakan kawasan, kesan ke atas ekonomi boleh menjejaskan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun semasa. Kerugian boleh mencecah hingga berbilion ringgit ekoran daripada banyak kegiatan sosial dan ekonomi yang tergendala.

Banyak lagi kesan negatif jerebu yang mungkin kita terlepas pandang dalam menilai kesannya. Misalnya, kita tidak pasti apakah kesan ke atas kesihatan akibat terdedah dengan sinaran matahari yang terbias dek jerebu. Kos juga sukar dikira bagi impak pertanian yang musnah dek kurangnya pancaran matahari akibat bumi diselubungi jerebu. Sehinggalah saintis mengenal pasti perkara-perkara ini, barulah kita dapat membuat anggaran kos jerebu kepada ekonomi dan kesejahteraan hidup manusia.

Antara industri yang akan terjejas teruk oleh jerebu adalah sektor pelancongan. Hotel, restoran dan taman-taman tema di kawasan berjerebu akan menerima tempias negatif jerebu berikutan kurangnya aktiviti luaran oleh orang ramai.

Lebih dikhuatiri jika masalah jerebu ini konsisten trendnya dan agensi-agensi pelancongan asing tidak mengesyorkan pelanggan mereka untuk datang ke rantau ini dalam bulan-bulan jerebu.

Di sinilah impak jangka panjang jerebu akan mula kita rasai. Pelancong asing tidak lagi mahu datang ke sini dan pelancong tempatan memilih destinasi luar negara sebagai pilihan.

Keadaan jerebu yang serius juga boleh membawa kesan negatif kepada sektor perindustrian. Dengan keadaan berjerebu, pihak berkuasa akan memerintahkan kilang-kilang, kuari dan semua aktiviti yang melibatkan pelepasan pencemaran ke udara dikurangkan atau terus diberhentikan.

Di kawasan darurat jerebu misalnya, semua aktiviti ini mesti diberhentikan. Semua ini merenjatkan aktiviti ekonomi di mana banyak kilang dan syarikat akan terpaksa menanggung kos tinggi tanpa pulangan yang diharapkan.

Jerebu juga membawa kepada masalah kesihatan yang serius dan kosnya sukar dikira. Bil-bil untuk mendapatkan rawatan dek masalah jerebu pastinya meningkat pada masa ini.

Sekurang-kurangnya pun kita terpaksa membeli topeng muka. Semua ini merupakan kos dek jerebu. Meskipun industri kesihatan akan menyaksikan lonjakan hasil, pulangan ini kecil dan hanya untuk firma atau individu minoriti berbanding kesan dan kos negatif besar yang terpaksa ditanggung masyarakat.

Para pekerja pasti ramai yang terpaksa mengambil cuti sakit atau pihak majikan sendiri mengambil langkah menutup syarikat dalam keadaan jerebu pada paras bahaya.

Di sini, kos lepas atau kos akibat dari kegiatan ekonomi yang tidak dijalankan akan menambahkan lagi kesan negatif jerebu kepada ekonomi.

Jerebu merupakan masalah oleh tangan-tangan manusia. Masalah ini menjadi ketara sekarang kerana wujudnya estet-estet perladangan berskala besar. Natijahnya, pembakaran ladang untuk tujuan pembersihan juga mencapai ke skala industri yang mencemarkan.

Jika pihak syarikat tidak ambil peduli dengan kesan kegiatan mereka, pihak berkuasa mesti mengambil langkah serius untuk menangani masalah ini ke akar umbi.

Pemberian lesen, permit serta cukai pencemaran boleh dilaksanakan sebagai langkah kawalan. Semua ketidakpatuhan kepada undang-undang wajar dikenakan tindakan keras agar masalah tidak berulang.

Udara bersih merupakan hak semua yang wajar dipelihara. Rakyat marah dengan pencemaran ini dan rakyat menuntut kebajikan mereka dipelihara! Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130626/re_01/Kesan-jerebu-ke-atasekonomi#ixzz2in0xvZ39 Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like